41 - Penyesalan

Romance Completed 45760

“Puan upah orang untuk menjalankan rancangan tak baik tu, kan? Puan upah dia, sebab dia ada motosikal sama macam anak saudara puan, betul? Then, bila Atiqah tengok CCTV, mereka akan menuduh Putri Hanis yang buat semua tu. Setakat ni, ada apa-apa bantahan untuk dilontarkan?” Dengan tenang, Jason menuturkan bait-bait perkataan dengan teliti. Semua yang dikatakan hasil daripada penerangan daripada orang yang diupah oleh Puan Kartini. Wajah wanita separuh abad itu dipandang lama, menanti jawapan yang bakal diberikan.

“A-anak saudara? Saya tak ada anak saudara. Saya rasa kamu salah orang ni,” Kata Puan Kartini cuba berdalih dengan lakonannya. Apa pun yang terjadi, perkara itu tidak boleh pecah.

“Betul ke salah orang? Puan tak kenal siapa Putri Hanis?” soal Rendi sedikit musykil. Laju Puan Kartini menggelengkan kepala, seolah-olah nama yang disebutkan tidak pernah wujud di dalam dunianya. Lantaklah, tiada siapa yang tahu.

“Kalau macam tu, saya minta diri sekejap. Saya nak hubungi orang yang bagi maklumat tadi,” ujar Jason sebelum mengundurkan diri dan menghubungi orang yang dimaksudkannya.

Sebenarnya, dia tahu wanita ini sedang bersandiwara dihadapannya. Dia juga tahu, wanita ini adalah wanita yang datang berjumpa dengan dirinya serta memburukkan Putri Hanis tempoh hari. Memang ada perbezaan dari segi penampilan, tetapi nada suara suara dan cara wanita itu berbicara, tidak dapat disangkal lagi. Dialah orangnya! Namun, Jason hanya membiarkan ia bermain dengan sandiwaranya.

“Puan, kami minta diri dulu. Maaf mengganggu,” kata Jason lalu memberi isyarat kepada Rendi agar beredar dari situ. Rendi akur sahaja. Dia tahu apa rancangan lelaki itu.

Puan Kartini hanya mengangguk. Sejurus selepas kedua pemuda lelaki itu keluar daripada halaman rumahnya, pintu ditutup rapat. Dia kembali mundar-mandir di ruang tamu tersebut, seperti orang ketakutan. Mana tidaknya, hidupnya akan susah kalau benda itu terbongkar. Begitu juga dengan kes Neldia. Serabut kepalanya memikirkan jalan penyelesaian masalah itu. Satu belum kelar, datang lagi bala yang satu. Dia merengus geram!

Lebih kurang 20 minit, seorang wanita yang ditunggu-tunggu telah sampai dihadapannya rumah Puan Kartini. Jason dan Rendi keluar daripada perut kereta apabila menyedari kelibat itu telah sampai. Mereka berdua datang menghampiri. Setelah berbual beberapa minit, akhirnya mereka bertiga mula menghampiri pintu rumah itu. Pintu diketuk beberapa kali. Selang berapa saat, pintu itu dibuka. Terjengul wajah Puan Kartini dikala itu.

“Kamu nak apa lagi ni? Saya dah cakap tadi, saya tak kenal siapa Putri Hanis,” ujar Puan Kartini polos. Diluar nampak okay saja, tetapi di dalam sudah tidak teratur. Lebih-lebih lagi, melihat wajah wanita yang dikenali, iaitu wanita yang pernah di upah untuk menjalankan rancangan jahatnya.

“Aik, Puan. Lempar batu sembunyi tangan ke?” balas wanita itu sinis. Pandangan terus tertumpu pada wajah Puan Kartini. “Tak kanlah Puan tak kenal saya? Kita baru aje berjumpa beberapa minggu lepas. Tak kanlah wajah saya pun dah tak kenal? Sayalah yang Puan upah hari tu nak kenakan Putri Hanis,” tambahnya lagi apabila Puan Kartini tidak memberi sebarang respon.

“Aku memang tak kenal kau pun! Siapa upah engkau? Mesti kerja perempuan tak guna tu kan nak kenakan aku! Rendi, Jason, bukan aunty yang buat..” Puan Kartini masih cuba untuk berdalih. Tegas nadanya melontarkan tutur katanya.

“Perempuan mana pula ni? Sudahlah, puan. Mengaku ajelah. Puan tak dapat apa pun terus berdalih macam ni. Tiada siapa pun yang kenakan Puan. Puan sendiri datang jumpa saya petang tu kan?”

Baru sahaja Puan Kartini ingin menjawab, dua buah kereta datang serentak pada masa itu. Kereta pertama adalah Aidil yang baru sahaja pulang daripada hospital. Aidil risau juga dengan keadaan ibunya sendiri di rumah, takut ada kejadian yang berlaku. Jadi, dia pulang terlebih dahulu sementara Faresha menunggu khabar daripada doktor tentang keadaan Neldia.

Kereta kedua pula, adalah Jayden dan Atiqah. Jason telah menghubungi mereka tadi. Masing-masing, datang menghampiri mereka berempat yang berada dihadapan pintu. Terkebil-kebil Aidil melihat keramaian disitu. Apa hal pula ni?

“Aidil, tolong ibu...” Puan Kartini terus mendapatkan anaknya.

“Ibu, kenapa ni? Jason? Korang buat apa dekat sini? Apa yang berlaku?” tanya Aidil dalam keadaan masih keliru. Wajah-wajah dihadapannya dipandang silih berganti.

“Ibu engkau ke?” Tanya Jason tanpa menjawab soalan Aidil sebentar tadi. Aidil mengangguk. Sedikit mengejutkan bagi Jason, saat tahu Puan Kartini adalah ibu kandung Aidil Hakimi. Jadi, ini bermakna lelaki itu adalah sepupu kepada Putri Hanis. Tapi, sedikit pun Hanis tidak pernah cerita tentang lelaki itu.

“Mereka semua ni jahat, Aidil. Mesti si Neldia dah upah diaorang untuk kenakan ibu! Mereka tuduh ibu!” Luah wanita itu bersungguh-sungguh. Tidak lupa dengan riak wajah takut dan cemas. Hanya Aidil saat ini harapan baginya untuk mendapatkan pembelaan dan kepercayaan.

“Tuduh apa, ibu? Cuba ibu ceritakan dekat Aidil. Apa dah jadi? Aidil tak faham semua ni,”

“Maaf kalau saya menyampuk. Saya tidak mahu rasa bersalah ni terus menebal dalam diri. Lebih baik saya berkata jujur. Sebenarnya, saya di upah oleh Puan ni untuk meletakkan kotak sihir tu dekat rumah Atiqah. Kebetulan, masa tu saya memang perlukan duit. Secara kebetulan juga, motosikal saya sama dengan motosikal milik Hanis. Oleh sebab itu, Atiqah senang nak tuduh Hanis,” jelas wanita itu panjang lebarnya.

“Tak, tak! Jangan percaya cakap dia. Ibu tak buat macam tu. Dia fitnah ibu, Aidil. Ini semua kerja Neldia! Dia dendam dengan ibu!” bantah Puan Kartini. Dirinya masih tidak mahu mengaku kesalahannya.

“Saya ada bukti rakaman video. Puan sendiri datang dengan saya waktu tu. Saya saje nak rakam, tapi tak sangka ia boleh jadi bukti. Kepada semua, saya minta maaf. Saya mengaku salah dan saya sanggup terima apa jua hukuman,” ujarnya lagi.

“Betul ke semua ni ibu buat?” Wajah Puan Kartini ditatap dalam, sedalam lautan. Puan Kartini tidak menjawab. Pandangannya hanya tunduk memandang lantai. Tidak berani menatap wajah yang sedang menatap dirinya saat ini. Dia malu. Terselit sudah rasa bersalah dalam diri. Tiada apa yang boleh diundur lagi.

“Kenapa makcik diam? Jawablah pertanyaan tu! Saya nak tahu sendiri jawapan daripada makcik!” Akhirnya Atiqah mula bersuara. Mula tidak sedap hati dirinya saat itu. Lambat-lambat wanita separuh umur itu mengangguk perlahan. Akhirnya, dia mengaku kesalahannya.

Diri Atiqah bagaikan terkena panahan petir saat tahu perkara itu. Terkejut yang bukan kepalang. Selama ini, tuduhan dan makian telah dilemparkan kepada orang yang tidak bersalah. Dia mengurut dadanya perlahan. Penyesalan dalam diri Atiqah sudah pun menebal. Tidak dapat dia maafkan dirinya saat ini kerana telah menuduh sahabatnya sendiri. Bahkan, dia juga telah memutuskan talian persahabatan itu. Bodoh!

“Maafkan makcik, Atiqah. Makcik buat tu supaya kamu benci dengan dia,” ujar Puan Kartini dengan wajah tebak menahan malu. Lengan Atiqah diraih, cuba memohon kemaafan dari wanita muda itu.

Atiqah menggeleng perlahan. “Kenapa makcik nak saya benci dia? Hanis satu-satunya sahabat yang saya ada. Makcik tak ada perasaan ke? Hanis tu tak ada sesiapa dalam dunia ni! Sampai hati, makcik!” marah Atiqah.

“Makcik... makcik buat semua tu... sebab...”

“Sebab apa, ibu?” Tiba-tiba suara Hanis mengasak kuping saat itu. Dari tadi lagi dia mendengar semua kejadian itu. Kini, pandangan mula tertumpu pada dirinya. Dia berjalan menghampiri Puan Kartini.

“Kau bagitahu dia ke?” bisik Jason di telinga Rendi. Saat itu, Rendi hanya tersengih dan mengangguk.

“Sejak saya tinggal dengan ibu sampailah saya keluar dari rumah tu, ada saja nak kenakan saya. Ibu nak apa sebenarnya? Ibu nak saya mati baru puas hati?” tak semena-mena air matanya keluar membasahi pipi.

“Hanis...” tegur Aidil.

“Apa?! Awak nak marah? Awak tak rasa apa yang saya rasa. Hidup saya terseksa mendengar cemuhan semua orang! Ibu nak apa sebenarnya?! Saya tak pernah ganggu hidup ibu pun. Ibu marah saya, pukul saya, buang saya dari hidup ibu. Semua tu saya diam! Ingatkan semua tu dah berakhir. Rupanya, tidak! Perbuatan ibu kali ni, buat hidup saya lebih sengsara!” nada kemarahan Hanis tidak dapat dikawal lagi. Hatinya sangat sakit.

“Ibu minta maaf, Hanis. Ibu buat ni sebab tak nak kamu kahwin dengan Jason.” Ujar Puan Kartini. “Ibu terlalu berprasangka buruk dengan kamu. Ibu berfikir, kalau kamu berkahwin dengan Jason, kamu boleh balas dendam dengan ibu dan Aidil. Disebabkan tu, ibu cari jalan supaya semua ahli keluarga Jason benci dengan kamu...” tambah wanita itu lagi.

Pengakuan Puan Kartini sedikit sebanyak mengejutkan orang sekeliling. Aidil mengeluh panjang. Tak sangka ibunya sejahat itu pada Hanis.

“Kamu tak pernah salah, Hanis. Ibu minta maaf, banyak dosa ibu pada kamu,” tangan Hanis digenggam erat bersama air mata yang tidak henti mengalir.

“Aku pun nak minta maaf dengan kau, Hanis. Aku bodoh sangat sebab tuduh kau tanpa soal siasat. Tolong maafkan aku...” Atiqah juga meraih tangan Hanis. Kedua mereka menatap wajah Putri Hanis menunggu jawapan.

Hanis hanya berdiam bersama air mata deras mengalir. Entah kenapa hatinya berat untuk memaafkan kedua insan itu. Dia melepaskan pegangan itu sebelum melangkah pergi. Hatinya masih sakit serta kecewa dengan perangai Puan Kartini dan Atiqah. Senang je kan, buat kesalahan lepas tu minta maaf. Mereka tidak rasa seksanya menanggung derita.

“Hanis....” panggil Atiqah dalam keadaan tersendu-sendu. Ingin dikejar, tetapi Hanis pantas meninggalkan kawasan itu bersama motorsikalnya. Marah sangat Hanis pada dirinya. Maafkan aku, Hanis...

****

Happy reading semua <33

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience