Ryan masih tidak berganjak dari bilik air. Cermin di hadapannya dipandang untuk kesekelian kalinya. Wajahnya lebam seperti ditumbuk begitu juga tangannya. Apa yang telah terjadi semalam. Hann muncul semula ke?
Tiba muncul imej Hann di dalam cermin.
"Ye bro aku dah kembali hahaha,gelak Hann
"Apa yang kau nak Hann aku dah buang kau aku nak jadi normal. Dah 2tahun kau tak muncul tapi kenapa sekarang kau....
Ryan tidak menghabiskan ayatnya.
"Sebab budak Zara tu Ryan sebab Zara. Aku dah pernah cakap dengan kau jangan ada apa-apa perasaan dengan dia tapi kau degil kau mula cintakan dia. Kau lupa apa yang dah jadi dekat ibu kau ke ha?
"Itu dulu Hann sekarang semua dah berbaik. Hubungan aku dengan papa mama semua dah okay.
"Tidak Ryan aku tetap tak boleh lupa yang dah kau lalui .Mungkin kau lupa kau yang cipta aku hahahaha,
Hann menghilang menyebabkan Ryan terduduk lantas dicurah air ke seluruh badannya. Lama mungkin perlu selamanya air itu mengalir supaya Hann tidak perlu muncul.
Ye Hann adalah ciptaannya yang terhasil kerana trauma kehilangan ibu dan dibenci ibu tiri disebabkan itu Hann penuh sifat benci.
Rawatan yang dilakukan berjaya menghalang personaliti keduanya muncul namun setelah dia mula menyatakan perasaan cinta kepada Zara, ciptaannya itu muncul semula. Disebabkan itu dia menolak cinta Zara ketika Zara meluahkan perasaan tetapi ketika itu juga Hann muncul. Dia sendiri tidak tahu apa yang dilakukan Hann.
"Ryan mak Jah ni boleh mak jah masuk?
Pintu tidak berkunci.
"Mak jah masuk ye
"Ya Allah Ryan. Apa kamu buat ni sejuk lama-lama dalam bilik air dengan baju tak buka muka lebam ni kenapa Ryan.
"Mak Jah,dia muncul balik mak jah dia dah muncul mak jah. Hann dia...tangis Ryan teresak-esak.
Kesian kamu Ryan. Ya Allah Kau bantulah anakku ini Ya Allah. Mak Jah tahu semua yang terjadi pada Ryan kerana dia selalu ada di samping Ryan dari kecil. Sudah beberapa kali Ryan melakukan rawatan untuk penyakitnya dan sudah beberapa kali Ryan tewas walaupun semangatnya kuat.
"Sudah la Ryan,ambil wuduk solat mohon pada Allah.Hanya Dia yang Maha Berkuasa.
.......................
Multiple Personality Disorder boleh juga dikenali sebagai Dissosiative Identity Disorder (DID) juga split personality merupakan satu kondisi psikiatri yang dihidapi sejak kanak-kanak.
Kondisi ini biasanya terjadi akibat trauma di zaman kanak- kanak ataupun pengalaman yang memberi impak yang teramat besar pada sesorang individu. Minda individu tersebut akan mencipta personaliti yang lain untuk melindungi diri sendiri daripada memori yang dasyat tersebut. Mereka tidak akan perasan tentang kehadiran personaliti tersebut dan tidak akan mengingati memori pada tempoh masa personaliti tersebut mengambil alih badannya.
Ini yang terjadi kepada Ryan dan disedari Mak jah ketika umur Ryan 12 tahun.
"Ryan,makan elok-elok kenapa tidur atas meja makan ni.
Ryan tiba-tiba bangun.
"Boleh tak jangan bising mak cik aku penat ni aku tak suka la makan lauk macam ni aku anak orang kaya la mak cik.
Terkejut Mak Jah ketika itu. Ryan kesayangannya bukan begini sikapnya dia seorang yang sopan dan suka tersenyum tapi yang di depannya cukup agresif dan tidak sopan tutur katanya.
Ryan sendiri tidak sedar apa yang berlaku sehinggalah dia menjumpai nota kecil tertulis nama Hann. Ryan menceritakan hal ini kepada Mak Jah,dia menjadi kuat marah ketika Hann mengambil alih badannya dan sentiasa bertumbuk dan berkelahi dengan rakan sekolah.
Mak Jah nekad memberitahu papa Ryan namun kerana kesibukkan kerja kata-kata Mak Jah didengar acuh tidak acuh. Atas nasihat abang Mak Jah ketika itu Ryan dibawa menjalani rawatan psikatrik dan disitulah dia mula mengenali siapa Hann.
Setelah selesai solat, Ryan turun untuk minum di dapur. Rumah terasa sunyi kerana papa,mama Jas mengerjakan umrah Hanya tinggal dia dan Mak Jah di rumah.
Ketika ingin minum bibirnya terasa pedih dek kerana luka di bibir angkara Hann. Entah apa yang dia buat semalam dia pun lupa.
Tiba-tiba handfon berbunyi menandakan 'Ikhwan' menelefonnya.
"Assalamualaikum"
"Waalaikumsalam wan,kenapa kau call aku ni.
"Aku jumpa Hann semalam and aku yang tumbuk dia maksudnya ,aku tumbuk hang sekali. Sorry wei aku terkejut nampak dia.
No wonder la muka aku lebam. Ikhwan tahu perihal penyakitnya kerana mereka sudah bersama ketika belajar masakan sahabatnya itu tidak perasan jika dia berubah tingkah laku secara tiba-tiba.
"Apa yang dia cakap wan.
"Dia kata dia tak mau hang ngan Zara bersama dia nak hang pisah ngan Zara. Dia kata macam macam sampai aku geram aku tumbuk dia sedaih.
"Erm sorry wan sebab aku kau pun terlibat sama. dekat mana kau jumpa dia Wan.
"Dekat cafe Zara.
Whats?.
Share this novel