Kertas Majong semakin kering selepas dikipaskan oleh angin daripada dinding kipas di Makmal itu.
Jobi masih terasa badannya semakin berat dan tidak mampu untuk teruskan melukis gambar peta yang diarahkan oleh Profesor Guna.
Jobi memaksa bangun badannya biarpun masih berat dan letih. Dia harus bergerak dengan cepat untuk siapkan lukisan gambar peta itu. Masa sudah semakin suntuk. Jam juga semakin cepat. Dengan cepat dia bergegas ke meja itu.
Jobi memandang ke arah hujung. Jobi risau yang Nora masih belum bangun daripada tidur. Jobi mengangkat sedikit kepalanya.
“Astaghfirullah kenapa dengan dia ni. Masih tak bangun-bangun. Ini tak boleh jadi. Kena pergi tempat dia ni.”.
Dengan cepat Jobi berdiri untuk menuju ke arah Nora. Dia tidak boleh Biarkan Nora terus tidur. Nora harus bangun dengan cepat. Lukisan ini harus disiapkan. Professor guna mahu melihat kerja mereka esok. Jobi juga elakkan kerja ini berlarutan hingga malam.
Mereka sudah dua kali terperangkap di dalam Makmal Professor Guna. Jobi tidak mahu lagi Nora bermalam di makmal ini. Dia harus pulangkan Nora malam ini juga. Jobi tidak mahu lagi pentingkan diri sendiri. Dia harus membantu Nora.
Jobi sudah berhadapan dengan jarak Nora. Dia ragu-ragu untuk bangunkan Nora yang masih belum bangun itu. Rasa geram juga timbul apabila Nora boleh lagi tertidur di makmal itu. Sedangkan cuaca di luar masih belum gelap.
“Nora!”.
Jobi cuba goyangkan kaki Nora. Masih lena Nora tertidur. Walaupun Jobi sudah gerakan kaki Nora dengan kasar.
Jobi melihat kertas Majong Nora. Kertas Majong itu sudah kering sepenuhnya. Nora pula belum bangun.
“Nora! Nora! Nora!".
Jobi cuba bangunkan Nora kembali. Kali ini dia goyangkan tangan Nora pula. Sedikit keras goyangan yang dibuat oleh Jobi itu.
“Jobi apasal kau Bangunkan aku ni. Aku masih nak tidur.”
Rungut Nora. Dia belum lagi mahu bangun dari tidurnya. Nora kembali di dalam posisi menyandar. Masih lagi mahu tidur kembali. Nora abaikan saja Jobi yang sudah bangunkan dia dari situ.
“Nora kau bangun cepat!”.
Kali ini Jobi betul-betul keluarkan suara kuatnya. Dia sangat berang dengan sikap Nora yang masih belum bangun lagi dari tidur itu.
Nora tetap tidur. Dia langsung tidak kisah dengan panggilan daripada Jobi.
“Aku tak boleh biarkan dia tidur terus. Mesti ada cara nak bangunkan dia ni. Tunggu ye Nora.”.
Jobi kembali ke tempat mejanya semula. Gelas plastik yang digunakan tadi mahu diambil. Dengan bergegas dia ke meja itu.
Gelas itu masih kosong. Jobi memasang air yang berada di singki Makmal itu. Dia tidak peduli. Nora harus disimbah menggunakan air. Itu saja cara terakir yang harus dibuat. Jika tidak Nora terus lengahkan masa yang ada.
“Kau tak nak bangun kan. Siap kau!”.
Dengan cepat Jobi ke arah Nora. Membawa gelas plastik yang sudah diisikan air paip.
Tidak lama kemudian Jobi sudah berdiri di hadapan Nora. Nora pula masih terlena dengan tidurnya itu.
“Ambil kau!”.
Air itu sudah disimbah tepat ke arah Nora tidur. Hanya di kepala Nora sahaja air itu terkena. Jobi tidak Sampai hati mahu simbahkan air itu di seluruh badan Nora.
“Apa ni Jobi. Kenapa Kau simbah aku air tu. Nasib je baju aku tak basah. Kau nak apa?”.
Terbuka mata Nora selepas air itu terkena banyak di mukanya. Berang yang dia rasakan sekarang ini. Tapi Nora cuba tahankan. Dia elakkan bergaduh lagi dengan Jobi itu.
“Dah kau tak nak bangun. Aku simbah lah kau dengan air tu. Kalau aku tak buat macam ni, sampai esoklah kau tidur. Sekarang ni aku nak kau berdiri. Lukis peta tu sekarang. Masa pun tak de. Kita kena cepat sebelum malam.”.
Jobi arah Nora segera bangun. Masa pun sudah semakin suntuk. Peta itu harus disiapkan dengan segera.
“Hurm okey.”.
Cepat-cepat Nora bangun dari situ. Kali ini dia mendengar semua suruhan daripada Jobi.
Jobi bergerak kembali ke tempatnya. Membiarkan Nora sambung dengan lukisanya.
“Nora Nora. Kalau aku takde kat sini, memang tak siap lah kerja kau. Kenapalah bebal sangat kau. Semua tempat kau boleh tidur. Mungkin kat tempat sampah tu pun agaknya kau boleh tidur. Tak faham aku.".
Sindir sedikit Jobi. Dia sendiri terasa aneh dengan prilaku Nora itu. Dia hentikan sementara berfikir tentang sikap Nora. Jobi harus fokus siapkan gambar peta itu dengan cepat.
“Jobi.”.
Panggil Nora dari hujung itu. Jobi menolehkan kepalanya ke arah Nora yang memanggilnya dari jauh.
“Apa kau nak?”.
Jawab jobi.
“Jobi tolong aku kejap. Tolong aku ambil kan pembaris yang ada kat meja tu.”.
Nora perlukan pembaris. Tapi pembaris itu berada di tempat meja Jobi.
“Nora kau datang sini. Lebih elok kau buat je kerja kau kat sini. Supaya senang sikit kerja ni Siap. Kalau kau nak aku hantar semua barang-barang tu kat tempat kau, hilang fokus aku nanti.”.
Arah Jobi
Tidak mahu fokus melukis gambar peta itu hilang. Lagipun Jobi tidak larat mahu bergerak ke tempat Nora.
“Eish lelaki ni. Ada saja yang tak kena. Aku rasa tak jauh pun. Mengada-ngada je dia ni. Banyak alasan. Dahlah alasan tu tak logik. Cakap jelah yang kau tak nak tolong aku.”.
Sindir Nora. Dia tahu itu hanya alasan yang direka-reka oleh Jobi.
Jobi perasan yang Nora tengah menyindirnya. Tapi Jobi buat-buat muka tak kisah. Dia hanya sambung melukis gambar peta itu dengan teliti.
Nora menghampiri ke arah Jobi. Terpegun dia sendiri melihat Jobi yang sungguh-sungguh siapkan melukis peta itu.
Sedangkan dia sendiri masih malas buat kerja yang diarah oleh Profesor Guna itu. Melukis peta. Tidak boleh dibayangkan. Sangat besar peta itu. Nora hampir mengalah. Tidak mampu melukis peta sebesar itu. Dia tahu semua ini salahnya sendiri. Disebabkan benci dengan Jobi, dia terpaksa menerima hukuman dari Guna ini.
“Jobi?".
Panggil Nora sekali lagi. Dia hanya bersebelahan dengan Jobi sahaja. Begitu ligat dia melihat lukisan Jobi itu.
Jobi menolehkan kepalanya ke Nora.
“Apa?".
Tanya Jobi. Dia harap Nora tidak meminta benda yang bukan-bukan. Dia mahu siapkan kerja melukis itu dengan cepat.
“Jobi kau boleh ajar tak aku lukis gambar peta ni? Aku tak reti sangat melukis. Lagi-lagi lukisan yang banyak garisan macam ni. Apa cara kau lukis garisan tu? Boleh ajar aku tak? Aku betul-betul tak reti ni.”.
Pinta Nora.
Dia rasa tertekan dengan semua corak garisan yang ada di peta itu. Dia bingung untuk melukis satu persatu setiap garisan yang ada di peta itu.
“ Nora. Nak lukis benda ni bukannya senang. Dia kena ada teknik. Kau tak boleh cuai. Sekali kau cuai garisan tu tak menjadi. Kau kena tengok betul-betul peta tu. Setiap garis tu mesti rata.”.
Jawab Jobi dengan suara yang perlahan. Kali ini dia mahu bantu Nora. Entah mengapa dia tiba-tiba rasa kesian melihat Nora. Dia juga sedar yang Nora masih belum mulakan melukis peta itu.
“Dekatlah sikit Jobi. Macam mana aku nak tahu lukis garisan tu. Sekarang aku nak minta bantuan dari kau. Stop dengan benci kau kat aku dulu. Kau kena bantu aku dengan cepat. Aku janji Lepas ni aku tak buat benda yang sama lagi macam aku buat dekat kau hari tu. Aku tahu ini semua silap aku. Gara-gara aku kita kena siapkan Peta ni.”.
Rayu Nora dengan tunjukkan muka yang kesian. Jobi sahaja yang boleh membantunya untuk siapkan lukisan itu.
“Baiklah.”.
Jobi berdiri dari kerusinya. Bergerak ke arah Nora. Suara yang dikeluarkan dari Nora itu membuatkan dia sedikit simpati.
“Okey Nora. First kau kena pilih pensel ni betul-betul. Pensel kau ni tak berapa nak tajam. Kau kena tukar. Biar aku pilih untuk kau. Tunggu sini dulu.”.
Jobi bergerak menuju ke mejanya untuk ambil pensel yang sesuai digunakan untuk Nora melukis gambar peta itu.
Jobi melihat kesemua pensel yang tinggal. Begitu teliti memilih setiap pensel yang berada di gelas warna hitam itu.
Satu pensel yang bermata tajam sudah diambil. Dia bergerak kembali ke tempat Nora.
“ni pensel yang sesuai untuk kau. Okey sekarang ni kau buka mata kau tengok luas-luas. Tengok macam mana aku buat garisan ni.”.
Ujar Jobi.
“Baiklah.”.
Nora fokus melihat Jobi. Dia harus belajar setiap teknik garisan yang dibuat oleh Jobi.
“Mula-mula kau kena pegang pensel ni halus-halus. Kau tak boleh paksa pensel ni tekan. Nanti lukisan tu tak menarik. Step yang kedua kau kena tengok betul-betul gambar map Malaysia ni. Lepas tu kau cuba bayangkan setiap garis yang ada kat peta tu. Kau jangan fikir dengan lukisan tu dulu. Kau habiskan dulu corak peta tu. Lepas dah habis, kau kena tengok balik. Then kau tengok mana yang salah. Yang salah kau betulkan. Guna pemadam tu. Padam dengan halus. Supaya hasil lukisan tu tak kusut. Faham?”.
Tidak lari mata Nora mendengar setiap kata yang keluar dari mulut Jobi. Semua ajaran Jobi itu membuatkan dia tak sabar lagi nak melukis.
“ Thanks Jobi. Aku cuba buat. Nanti aku tunjukkan kat kau lepas aku dah siapkan peta ni.”.
Nora betulkan kerusinya yang sedikit senget. Dia meletakkan kertas Majong itu di meja menghadap ke arahnya.
Jobi pula kembali ke tempatnya. Sambung semula lukisan itu.
Kedua-dua mereka begitu fokus dengan lukisan itu. Mereka diamkan diri. Sepatah kata langsung tidak keluar dari mulut mereka.
50 minit berlalu.
Jobi sudahpun hampir siapkan gambar peta itu. Dia melihat Nora. Rasa kasihan kembali pula mula timbul. Nora masih belum siapkan peta itu. Tapi sedikit sudah terlihat lukisannya.
“Ok siap.”.
Bangun Jobi dari tempat duduknya. Nora menoleh kepala melihat Jobi yang sedang gembira.
“Nora.”.
Panggil Jobi dengan nada perlahan. Dia mahu bantu Nora melukis peta itu. Dia tahu Nora tidak reti melukis gambar itu dengan baik.
“Ye?”.
Nora membalas merdu.
“Aku akan tolong kau lukis peta ni.”.
Jobi dekatkan badannya ke tempat meja Nora. Diperhatikan lukisan Nora dengan tajam. Hampir tergelak juga Jobi disebabkan lukisan Nora sama sekali tidak sama dengan gembar peta itu.
“Kau betul ke nak tolong aku ni? Ke kau saja nak kena kan aku balik?”.
Nora syak yang tidak baik terhadap Jobi.
“Kau nak aku tolong atau aku balik. Kau nak ke bermalam lagi kat sini? Dah nak pukul berapa dah ni? Kang sampai esok kau kat Makmal ni. Kau nak?”.
Jelas Jobi. Dia tahu Nora tidak mampu lukis peta Malaysia itu. Niatnya baik mahu bantu Nora. Tapi disyak yang bukan-bukan pula oleh Nora.
“Ye lah.”.
Pasrah Nora. Walaupun masih tidak nyaman berada di sisi Jobi. Lelaki yang dibenci mahu saja menolongnya.
Jobi mulakan lukisannya. Disebabkan mahu Nora cepat balik ke rumah. Hampir siap peta itu dilukis Nora. Hanya peta Sabah dan Sarawak sahaja lagi.
“Nora kau duduk kat sana jap. Aku tak boleh nak fokus kalau orang ada kat depan aku.”.
Arah Jobi.
“Ok.”.
Akur Nora. Nora berganjak ke arah lain. Biarkan Jobi yang menyambung lukisannya itu.
20 minit kemudian..
“Nora aku dah siap. Sekarang ni kau boleh lah balik. Aku nak kemaskan Makmal ni jap. Aku dah letak kertas Majong kau tu kat meja.”.
Terbeliak mata Nora selepas mendengar suara Jobi itu. Begitu cepat Jobi siapkan peta Malaysia itu. Nora saja butuhkan 5 jam siapkan peta semenanjung. Nora kategorikan Jobi pakar semua bidang.
“Thank tau dah siapkan peta aku. Kau nak aku bayar ke?”.
Tanya Nora dengan riak muka yang serba salah.
“Nak. Aku nak kau bayar aku sejuta ringgit.”.
Gurau Jobi.
“Betul-betul lah.”.
Nora membuat muka masam. Gurau Jobi sama sekali tidak kelakar baginya. Rasa rimas sedikit ada. Tapi ditahankan sejenak. Dia tahu Jobi cuba ajaknya bergurau.
“Tak de lah. Kau tak payah nak berlagak baik kat aku. Aku tolong kau ikhlas. Sekarang ni kau balik. Jam pun dah nak pukul 8.”.
Arah Jobi.
“Baiklah.”.
Nora mencapai begnya yang berada di meja. Dia betulkan bajunya sedikit. Lalu dengan cepat bergegas ke pintu Makmal. Jobi hanya memerhati pergerakan Nora. Selang beberapa minit bayangan Nora sudahpun hilang. Hanya Jobi yang masih berada di Makmal itu.
Apapun Jobi dan Nora sudah siapkan peta itu dengan berjaya. Jobi yakin selepas ini Guna tidak akan beri denda lagi. Pagi esok dia akan beri kertas Majong itu kepada Professor Guna.
Share this novel