Angin bersepoi-sepoi bahasa, acewahhh. Kemain lagi pida dengan syikin dok sibuk dengan restoran mereka.
Syikin mengambil pesanan di meja 18. Dia terlihat zarif dengan fadhil . Eh eh ?
"Ya encik nak apa ?" Kata syikin. Fadhil yang melihat buku pesanan tersebut baru nak ambil pesanan .
"Kita pernah jumpa sebelum ni?" Kata fadhil. Syikin tiba tiba cuak. Lahai~ dia ingat rupanyaa.
"Ehemm ! Kalau ye pun fadhil kau nak ngorat orang kat sini , jangan la ni kita nak makan , bukan nak ngorat awek." Kata zarif, Fadhil hanya tersenyum. Dipandangnya muka syikin , Ayu. Entah la hatinya bagai diketuk , ditambah lagi penampilan syikin memakai shawl muslimah.
Syikin pulak mula rasa tak selesa. "Pahal budak ni? Pandang aku semacam" bisik hati syikin.
"Bagi nestum panas satu , milo ais satu. Makanan pulak bagi nasi ayam dua. " kata zarif sambil tersenyum.
"Okeyy ." Syikin berlalu dari situ , syukur buat masa ni fadhil tak mengenalinya lagi.
Syikin menghantar pesanan tersebut. Fadhil pulak hanya memerhati syikin.
"Ingat aku tak kenal kau ? Ingat aku tak kenal muka yang sembur aku nasi" kata fadhil sambil tersenyum sinis . Asyikin ? Terkejut bukan main kepalang lagi , "macam mana la mamat ni cam aku." Bisik hatinya .
Asyikin hanya diam. Dia terus berlalu dari situ , hatinya dupdapdupdap ! Siapa tak cair woi hadap lelaki hensem macam dia. Dah la hensem boleh pulak dia ingat aku sembur nasi 4tahun lalu ke mukanya. Hahaha.
Fadhil hanya tersenyum, Entah kenapa rasa lucu pulak tengok muka asyikin ni, Lucu-lucu jugak tapi perut kena isi. Dia makan tanpa menunggu zarif yang jauh entah kemana.
*********
Shafidah balik ke kampung kerana urusan penting. Jadi, terpaksa la asyikin menguruskan Butik dan restoran mereka secara sendiri. Penat? Memang penat tapi kena cari rezeki jugak.
Asyikin terdengar bunyi kecoh diluar butik perkongsian shafidah dan dia. Kelam kabut pergi ke luar butik. Dilihatnya pekerjanya memohon maaf dengan seseorang , tapi orang tersebut marah marah.
"Apa kecoh-kecoh ni ina ? Kenapa ni?" Tanya asyikin penuh prihatin.
"Cikk, saya tertumpah air yang cik pesan ke bajunya." Kata ina dengan nada sedih. "Ya allah. Mudah-mudahan cik tak mengamuk." Bisik hati ina.
"Takpa laa , mari saya ganti baju encik." Kata asyikin sambil memandang baju pemuda tersebut.
"Asyikin?"
"Fadhil?"
"Maaf sebab pekerja saya bagi tumpah air tu, tapi maybe dia tk sengaja." Kata asyikin.
"Kau kena ganti jugak baju ni ." Kata fadhil , Kesian mamanya nanti. Dah la mamanya minat sangat baju ni.
"Takpa, masuk la dalam butik saya." Kata Asyikin. Fadhil hanya menaggukkan kepalanya. Dia masuk ke dalam butik dan duduk di kaunter.
"Boleh bagi saya baju tu?" Kata asyikin.
"Nah" fadhil menyerahkan baju di beg kertas tersebut. Asyikin melihat baju tersebut. "Eh ? Baju perempuan ? Dia nak beli untuk siapa eh ? Mak dia kot. Kot laaa " bisik hati asyikin, dia ke stor mencari baju dan saiz wanita tersebut. Cari punya cari , jumpa pun ! Asyikin tersenyum. Lahaii , Hahaha
"Nah encik. Maaf sekali lagi sebab tumpahkan air ke baju encik." Kata asyikin. Fadhil hanya menanggukan kepala , sebelum dia keluar....
"Aku tak tahu la , 4tahun lalu kena sembur nasi , Hari ni kena air . Esok esok kalau aku jumpa kau , ada lagi tersembur. " kata fadhil. Dia berlalu dari situ. Asyikin terkedu. "Dia ingat lagi. " Dia tersenyum. Angau lettuw . Hahaha
Fadhil menghempukkan punggungnya dengan kasar di atas sofa buatan itali tu. Hilang lelahnya seketika yang seharian berkerja. Memang padan la harganya mencecah beribu ribu. Namun tak jadi penghalang dengan mamanya.
"Haaa fadhil , baru balik sayang ?" Kata mama fadhil.
"Ha,ah ma. " kata fadhil.
"Ni barang apa ? Untuk siapa ?" Tanpa berlengah mama fadhil memgambil beg kertas tersebut.
"Ni..." belum sempat fadhil menyambung ayatnya , mamanya dulu memintas.
"Ni mesti bakal menantu mama bagi en ? Kalau fadhil mesti fadhil pilih tak cantik cantik. Cakap la siapa menantu mama tu ." Kata mama fadhil dengan nada gembira , yelah siapa tak gembira yedak ? fadhil terdiam , terkelu. "Habis la pahal pulak menantu sakan ni." Bisik hati fadhil.
"Sebenarnyaa ni..." kata fadhil.
"Sebenarnya ni bakal menantu mama bagi , yedak ? Kau dik ada gf tak bagi tahu , senyap senyap. Amboi." Kata Abang fadhil.
"Apaaa ni ? Mana ada gf lagi ni mama ! Abang ! Alamak. Ni mesti kes kes ingat aku cinta senyap senyap." Bisik hati fadhil.
"Mana adaaa mama, tu fadhil beli la." Kata fadhil yang ingin membela dirinya. Yelah takda ribut , hujan tiba tiba gajah menyerang.
"Jangan nak sembunyikan dengan mama , kan hari jadi mama tau dil, mama nak jumpa esok menantu mak. Boleh tak ? Boleh eh ?" Rayu mama fadhil. Aduhhh, ni yang buat fadhil terpaksa ni , nak kata ada gf takda jugak. Lagi lagi dengan nada gembira mama fadhil. Tu buat fadhil tak sampai hati.
"Oke oke la. Nanti dil bawa, dil usahakan. " kata fadhil. Mama fadhil ? Gembira bukan main lagi. Yelah bakal menantu dia tu. Hahahaha.
"Esok malam , masing-masing bawa bakal menantu mak. Mama nak tengok. Faham ? " kata mama fadhil. Along dan angah happy kemain lagi eh. Fadhil ? Hanya diam. Yelah siapa dia nak bawa eh ? Fadhil naik ke atas sampai sahaja dibiliknya , dia merebahkan badannya. Fikir punya fikir , Asyikin ! Ya budak tu.
*********
Esoknya awal awal pagi lagi fadhil menunggu dihadapan butik asyikin , Ya ! Kali ni hatinya perlu diluahkan. 4tahun pendam. Sakit tuu. Hahaha
Asyikin khusyuk mengira barang barang di stor , dia sibuk semenjak shafidah balik kampung kerana ada hal. "Lahai pida pat la balik" bisik hati kecilnya.
"Assalamualaikum" kata fadhil.
"Waalaikumussalam." Balas asyikn pulak ? Fadhil ?
"Fadhil , kenapa datang sini ?" Kata asyikin , takkan dia nak datang beli baju lelaki. Yelah kat sini hanya baju muslimah wanita sahaja.
"Jom keluar , saya nak bincang sikit" kata fadhil.
"Errrr, tak manis kalau kita berdua duaan. Tak elok " asyikin cuba mengelak sedaya upaya. Hatinya berdebar setiap kali lihat fadhil.
"Tak tak, dekat taman tu je , boleh ?" Kata fadhil. Asyikin diam , sesaat kemudian dia menaggukkan kepalanya. Tanda dia bersetuju.
**********
"Saya nak tnya , dah berpunya ke belum ?" Kata Fadhil.
"Eh ? Kenapa tanya ?" Kata asyikin , pelik jugak dia.
"Cepat laa, "
"Be...belum." tergagap Asyikin menjawabnya.
"Saya suka awak." Kata fadhil , Fuhh ! Terluah jugak beb , lahai aku tak leh tahan dah .
Asyikin Nak tersenyum "takpa takpa , kau tahan dulu senyum tu. Lahai lahai ni nak terbng ni." bisik hati asyikin.
"Bukan macam ni cara nya !" Kata asyikin tapi nada tegas. Fadhil terkejut.
"Awak sepatutnya jumpa mak bapak saya, Bagi tahu diorng bukan saya sebab ini tak elok di sisi agama. Kaau suka jumpa mak bapak saya , oke la banyak lagi kerja saya. Assalamualaikum ." Asyikin berlalu disitu , bila berdiri dia senyum senyum sumbing , gembira ? Mestilah. Untuk pengetahuan korang , Asyikin dah lama minat kat fadhil seja fadhil disembur nasi. Hahahaha.
Fadhil hanya terkebil kebil , tanpa sedar bibirnya mengukir senyuman. Bersyukur sebab Terjumpa macam asyikin , Jaga ikhtilat dan menutup aurat. Fadhil duduk tersenyum senyum sendiri , Tak sabar rasanya nak jumpa mak dan bapak asyikin.
Share this novel