Kaku

Drama Series 421991

Sementara menanti lif untuk ke tempat letak kereta, aku lihat sudah ada beberapa rakan media yang kukenali. Pasti mereka ditugaskan untuk membuat liputan untuk rancangan berkaitan perkahwinan. Aku membelakangkan mereka. Aku tak mahu disoal dengan pertanyaan yang bisa merobek hati dan membuatkan empangan air mataku pecah. Walaupun mungkin mereka akan memberi kata kata semangat, aku tak nak buat masa ini. Yang tertanam di fikiran, aku bahagia dengan Arif. Full stop.

Tatkala pintu lif terbuka, Jasmeen yang berpakaian kebaya pendek, ketat dan sendat keluar dari situ. Kami berpandangan. Dalam hatiku tertanya, mengapa Jasmeen datang awal untuk majlis Arif? Apa kaitan dia dengan Arif? Jika setakat pekerja, baik datang makan tengah hari nanti.

"Ha Jazz, cepat sikit. Nak siapkan Anor ni. Boleh pula tertinggal cucuk sanggul tu".

Aku tak menoleh pada siapa yang menuturkan ayat itu. Biarlah. Yang pasti, Jasmeen ada pertalian dengan Anor. Dan dengan keluarga Arif. Kini jelas kenapa reaksinya sebegitu ketika aku datang ke pejabat Arif dulu.

Memasuki perut kereta, aku menarik nafas berulang kali. Hatiku makin berdebar, jiwaku makin bergelora. Telefonku yang aku matikan semalam kuhidupkan sementara enjin kereta dipanaskan.

Bertalu talu mesej dan panggilan tak berjawab menerjah masuk. Tak satu pun menarik perhatianku. Ada nama KakZah, along, angah dan saudaraku yang lain. Aku tak hiraukan. Untuk bercerita tentang aku dan Arif akan menambahkan perit di hati. Telefon kumatikan semula.

Aku memandu pulang tanpa rasa. Kosong. Beberapa kali aku dihon atas sebab yang tak diketahui sebelum tiba di perkarangan apartmen. Aku berdiri di pintu lif bersama beberapa orang yang aku tak nampak raut muka. Fikiranku telah dikuasai dengan kecamukan emosi.

"Nak pergi tingkat berapa?"

Soalan itu buat aku tersedar. Aku tak memandang pada siapa yang bertanya.

"Lima".

"Dah sampai". Aku mendongak ke papan skrin. Terpapar nombor 5. Aku melangkah keluar. Aku berdiri di situ memandang ke kiri dan kanan. Aku lupa di mana pintu rumah.

"Nak pergi rumah siapa?", tanyanya lagi.

"Aaa??". Aku bingung seolah aku terlupa mengapa aku di situ.

"Nak ke rumah siapa?"

"Rumah pintu biru"

"Oh. Rumah perempuan cina yang mengandung tu"

"Haah"

"Kawan dia ye. Acik duduk pintu depan". Aku mengangguk tanpa bersuara. Aku berjalan mengikut langkah wanita tadi. Kemudian aku nampak pintu biru di sebelah kiri. Aku membuka pintu tanpa meninggalkan sebarang ucapan terima kasih kepada wanita tadi.

"Kau ok tak ni?".

Aku memandang Joy tanpa sebarang perasaan dan terus mengatur langkah masuk ke dalam bilik. Tubuhku rebahkan ke atas tilam. Secara automatik, mataku terpejam. Aku menangis dalam diam.

*********

"Mak, bagi dia minum air tu. Sapu sikit kat muka".

Mukaku basah. Kepalaku diangkat sedikit dan mulutku disuap dengan segelas air. Kepalaku sakit.

Aku memerhati sekeliling. Aku masih di bilik. Cuma ada seorang wanita separuh usia di sebelahku. Seorang lelaki lebih kurang seusiaku di hujung kaki dan Joy di muka pintu mengesat air mata.

"Kenapa?". Soalan kulontarkan pada Joy.

"Tadi awak meracau. Takut kawan awak ni. Dia minta tolong kat makcik".

Meracau? Aku meracau? Apa kena aku ni?

"Sapa nama tadi?", tanya lelaki itu kepada Joy.

"Joy"

"Awak hubungi ahli keluarga kawan awak ni, Joy. Minta carikan orang pandai. Saya ni setakat menolong je"

Aku merebahkan semula tubuhku. Sakit seluruh badan. Aku tak ingat apa apa.

"Duan balik dulu la mak. Nak tengok Wani, kot kot dah bangun. Takut dia terjun dari buai".

Lelaki yang membahasakan dirinya Duan beredar dari bilikku. Mak Duan masih duduk di sebelah aku, rambut aku dikemaskan. Aku perhatikan wajah Mak Duan. Aku rindukan mak. Aku mula teresak. Joy terus rapat padaku.

"Jangan la nangis. Aku takut kau nangis. Nanti kau nangis jadi macam tadi".

Aku mengerdipkan mata, "macam tadi?"

"Kau mula mula menangis, lepas tu macam mengilai. Pastu menangis makin kuat. Bila aku panggil kau, mata kau liar pandang aku. Seram tau.  Nasib baik makcik ada".

Aku termangu mendengar cerita Joy.

"Nura kan? Ada mak lagi tak?". Aku mengangguk dengan pertanyaan mak Duan.

"Telefon mak. Minta datang sini ambil Nura bawa balik kampung".

Aku membisu. Aku mengerling pada jam di meja. Sudah tengah hari. Maknanya Arif sudah pun melafazkan akad. Maka dengan ini, rasmilah aku dimadukan.

"Oii.. termenung lagi. Mana telefon kau? Telefon la mak kau"  sergah Joy.

"Tak payah la. Aku ok dah ni. Kalau aku balik kampung, kau macam mana?", tuturku satu persatu perlahan. Aku cuba bergerak namun tak berdaya.

"Jangan risau la pasal aku. Adik Aedy ada call aku, bagitau nak datang sini dengan parents dia. Diorang kata nak jaga aku dalam pantang". Aku sayu dengan kata kata Joy. Maknanya aku tak dapat jaga Alicia. Aku nak merasa walaupun bukan anak sendiri.

"Makcik ada, boleh tengokkan Joy. Nura ni yang sakit. Kata Duan, Nura perlu berubat cepat".

Aku merenung wajah mak Duan. Jiran yang aku tak pernah kenal, boleh baik begini.

"Joy, telefon aku dalam handbag. Password birthdate aku", ujarku kemudian menutup mata. Lemah di segenap sendi tubuhku.

"Eh Nura, ada missed call from your mum". Mendengar kata kata Joy, aku terus membuka mata. Mak hubungi aku??

"Call semula. Bagitahu dia", kataku ringkas.  Aku memasang telinga, Mak Duan yang berbual dengan mak di ruang tamu.

Manakala Joy menemaniku dengan telefon di tangan. Tiba tiba dia mencuit lenganku lantas aku membuka mata. "Ada orang tumbuk Ariff masa akad nikah. Viral ni".

"Ha??? Teruk tak?", responku.

"Tah la tapi tengok ni. Madu kau bersanding sorang sorang atas pelamin. Padan muka dia". Aku tersenyum melihat gambar tersebut. Anor memakai kebaya dari songket kuning diraja sementara Jasmeen menjadi pengapitnya. Aku hanya boleh tersenyum sebelum terlena.

"Kakak". Aku tersedar dari dunia mimpi. Aku tak dapat membuka mata. Rohku masih belum masuk sepenuhnya ke dalam batang tubuh.

"Bangun kakak. Mak datang ni".

Air mata aku rasa mengalir dari tubir mata bila mendengar suara itu. Perlahan kelopak mataku terbuka. Mak ada duduk di sebelah aku. Tanpa lengah aku memeluk mak seeratnya. Aku memang rindu sangat pada mak.

"Mak sihat?", tanyaku selepas mencium tangan dan pipi mak sepuasnya. Mak tersenyum lebar.

"Sihat la. Kakak?"

"Kakak sihat". Mata mak melirih keluar pintu. Along berdiri di situ.

"Kak Zah mana?", soalku. Bila kelibatnya tak kelihatan.

"Kat rumah. Masa mak nak datang sini, dia baru tenggekkan gulai".

"Mesti sedap gulai tu. Dah lama tak rasa masakan Kak Zah"

"Jom la kita balik. Boleh kakak makan gulai tu". Aku menggeleng bila mak kata begitu.

"Kakak dah janji nak jaga Joy dalam pantang". Mak menghela nafas panjang.

"Joy kata mak Aedy nak jaga dia. Kita boleh bawa Joy balik rumah kita dulu. Nanti famili Aedy datang ambil Joy", pujuk mak supaya aku bersetuju untuk balik.

"Hah... apa cerita kau ni?". Suara lantang along bergema sama seperti dalam kelas agaknya.

"Ala.. ambil statement je. Lantak la kalau dia nak saman. Aku dah bagi amaran dulu, dia buat jugak memang mendapat la. Yang penting aku dah pecahkan muka dia". Suara angah membalas. Eh.. angah datang. Aku memandang mak penuh tanda tanya.

"Angah kau pergi tumbuk si Ayeh kat hotel tadi. Tak pasal ke balai. Nasib baik menteri tolong. Kalau tak memang merengkok dalam lokap", ujar mak sambil mengeluh.

****************

Lauk pauk malam itu amat menyelerakan. Aku lihat laju Joy menyuap nasi ke mulut. Mereka semua pun meriah berbual. Aku saja yang diam. Tiap kali aku menelan, tekakku pedih dan perit. Hatta air sekalipun, terasa perit. Namun aku tetap menelan perlahan lahan, menjaga hati mak. Semua pergerakanku perlahan sejak tiba di rumah mak. Malah ketika solat berjemaah dengan berimamkan along pun, aku perlahan.

"Kakak tidur dengan mak malam ni. Biar Joy tidur bilik tu. Nanti apa apa Joy jerit je ye", ujar mak sebelum meninggalkan dapur. Aku melangkah perlahan lahan secara menjingkit, tapak kakiku terasa panas.

"Kau kenapa?", tanya Joy mencuit aku.

"Sakit la".

"Aku masakkan air, kau rendam dengan air suam nak?". Aku menggeleng dengan pelawaan Joy.

Malam itu seperti biasa tidurku tak berapa lena. Bilik mak panas kerana kipasnya hanya pada kelajuan satu. Pendingin hawa pun tiada. Mak sudah biasa, jadi lelapnya diiringi dengkuran halus. Hati kecil aku tersentuh. Mak tetap menyayangi aku walaupun apa terjadi. Meskipun aku telah menghancurkan hatinya, menipu dia hidup hidup.

"Kakak, bangun. Dah subuh".

Entah bila aku terlelap. Mak sudah pun bertelekung putih sewaktu mengejutkan aku. Sedang aku terpisat membuka mata, mak sudah keluar dari bilik. Dengan malas aku mengiringkan badan. Tak berjaya. Aku cuba melipatkan kaki untuk bangun. Gagal.

"Mak!!!"

Berlari mak masuk ke dalam bilik.

"Kakak tak boleh gerak". Hanya mulut dan mata sahaja yang masih berfungsi seperti biasa.

Along masuk ke dalam bilik. Kak Zah cuba menolong aku melipatkan kaki setelah mengurut kakiku dengan minyak panas. Tiada perbezaan.

"Mak, kita solat dulu. Takut habis waktu. Nanti kita ikhtiar", ujar along.

Lewat pagi itu, seorang lelaki berbaju melayu masuk ke bilik diiringi along dan mak. Lama dia berdiri di sebelah katil dengan mulut terkumat kamit sebelum merenung wajahku.

"Izinkan saya pegang kakinya". Along mengangguk. Sekejap saja dia sentuh.

"Berat ni bang Noh. Banyak gangguannya. Saya rasa saya tak mampu tolong semuanya". Mak menggengam tanganku.

"Kenapa? Kan Fuad selalu tolong dalam hal begini", soal along kedengaran sedikit kecewa.

"Saya sekadar menolong tuan guru je. Ilmu saya tak tinggi", balasnya merendah diri.

"Habis macam mana ni? Ada sesiapa yang lain boleh bantu?".

"Ada. Guru saya. Tapi dia takde sekarang. Dia keluar daerah".

"Bila baliknya?", tanya mak.

"Wallahualam".

"Ni ustaz Fuad memang tak boleh tolong langsung?", tanya mak lagi.

"Saya tolong sekadar boleh ya", katanya pada along. Ustaz tersebut mengalih pandangan padaku.

"Erm... dah lama ke awak kena gangguan?"

"Tah. Tak perasan", jawabku malas. Aku tak suka sejak dia tiba dengan motor kapcainya lima belas minit lalu. Kalau boleh, aku nak saja beredar dari rumah mak semasa dia tiba tadi.

"Langsung tak? Tak nampak apa apa yang pelik?", soalnya lagi. Aku mendengus. Dia terus menanti.

Lama aku diam, "ada kucing hitam ikut saya sejak mengandung hari tu. Saya sorang je nampak. Suami tak pernah nampak"

"Astagfirullahalazim", sebut mak.

"Lagi?"

"Pernah la beberapa kali saja nampak lembaga hitam kat luar rumah. Takde muka", jawabku. Mak mengurut dada sambil menyebut Allah berkali kali.

"Tu la mak tak bagi dari dulu. Sebab ni lah", bebel mak perlahan. Sungguhpun pedih, namun aku rindu dengan bebelan mak.

"Lebam lebam ada? Lesu? Mengantuk? Sakit kepala?". Aku mengangguk dengan pertanyaan ustaz.

"Kenapa ya Ustaz?", soal along yang duduk di sebelah ustaz tadi. Dimintanya kain warna hitam pada mak untuk diselimutkan kakiku dari pinggang hingga ke hujung kaki dan dia berada di hujung kakiku.

"Awak berselawat ya dalam hati. Saya cuba buangkan gangguan pelesit", pesannya padaku.

Dipicit kawasan diantara ibu jari kaki dengan jari kaki keduaku. Aku tersenyum tak rasa apa. Sebaik habis al fatihah, ustaz tadi memperlahankan bacaannya namun matanya merenung aku. Kami berlawan renungan. Aku menjerit kesakitan, nak saja aku sepak ustaz tersebut. Terasa kawasan yang dipicit tadi seolah dihiris dengan pisau tajam berkali kali. Aku tak dapat menarik kaki memandangkan aku tak dapat bergerak. Lama kelamaan aku lemah. Suara jeritan pun hilang.

"Bang Noh, ni air dua botol. Buat mandi dan minum adik abang. Mandinya tu campur sekali limau ni, garam kasar serta lada hitam. Bacaan macam biasa la", ujar ustaz Fuad tadi sebelum bangun untuk meninggalkan bilik aku.

"Yang tak boleh bergerak ni macam mana?"

"Ni bukan calang calang bang. Kita doakan semoga guru saya mampu tolong".

Share this novel

Malaya Sanitra
2020-02-26 16:35:12 

iya bagus banget......... kasihan nura nya

malinda de
2020-02-26 16:32:38 

wah ceritanya bagus banget aku suka

Tiara JYT
2020-01-21 01:01:40 

keciannya kt nura..arif tolong la selamatkan nura.sedih plak rasenya.


NovelPlus Premium

The best ads free experience