Chapter 22

Romance Completed 35261

“Dr, macam mana dengan pesakit yang bernama Sofia Amelia?” menyoal Iskandar Faiz apabila seorang doktor yang memakai kot warna putih keluar dari bilik pesakit.

“Boleh saya tahu nama encik ni siapa?”

“Nama saya Iskandar Faiz.”

“Apa hubungan pesakit dengan encik?”

“Hubungan?”

“Ye Encik. Adakah encik ni suami dia?”

“Eh, bukan. Saya kawan dia sahaja. Tak lebih dari itu.”

“Owh, kawan. Ahli keluarga dia ada kat sini tak?”

“Saya dah call ayah dia tadi. Sekejap lagi sampai.” Iskandar Faiz menjawab semua soalan doktor dengan tenang. Namun, dalam hatinya berdebar-debar. Risau dengan keadaan Sofia Amelia agaknya.

“Baik lah macam tu. Encik jangan risau. Cik Sofia tak apa-apa yang serius. She is just having heat syncope.” doktor yang rawat Sofia Amelia memberitahu keadaan Sofia Amelia.

“Heat syncope? Apa itu doktor? Maaf saya tak clear.” Iskandar Faiz mula menyoal mengenai heat syncope yang dikatakan tadi.

“Heat syncope is a type of disease where the person cannot stand in a hot surrounding for a longer period of time. Apabila orang yang ada penyakit ini, dia akan rasa pening sekiranya berada di persekitaran yang panas.” terang doktor itu mengenai serba sedikit tentang heat syncope. Iskandar Faiz hanya mengangguk mendengar penjelasan dari doktor itu.

“Patutlah muka dia pucat masa itu. Mukanya berpeluh.” gumum Iskandar Faiz dalam hatinya.

“Is she stable now,doctor?” laju sahaja soalan itu muncul dari mulut Iskandar Faiz.

“Yes. She is stable now. Dia masih belum sedar. Saya nasihatkan let her stay at here for one day. Biar dia rehat.”

“Baik doktor. Nanti saya akan bagitahu dekat ayah dia. Terima kasih ye.” Iskandar Faiz dan doktor bersalaman.

“Alhamdulilah. Nasib baik tak jadi apa-apa kat dia. Baru tahu, dia ni ada penyakit ni. Mana taknya, dia kan selalu duduk dalam aircond, tak biasa lah dengan cuaca panas. Anak kaya kan.”

“Assalamualaikum Is.” dengar Dato’Johari memberi salam di sebelah.

“Waalaikumsalam Dato’.”

“Apa pulak panggil Dato’? Kan uncle suruh panggil saya uncle.” tegur lembut Dato’Johari.

Walaupun ini pertemuan kedua antara Iskandar Faiz dan Dato’Johari, hubungan mereka boleh dikatakan rapat. Ada persamaan antara kedua-dua pertemuan itu. Kedua-dua kali pun mereka berjumpa di persekitaran yang sama. Iaitu hospital.

“Maaf uncle. Is lupa.” sengih Iskandar Faiz.

“It’s okay. Mana Sofi?”

“Sofi kat dalam uncle. Doktor kata dia pengsan sebab heat syncope. Suruh admit kat sini sehari. Esok baru discharge.” terang kepada Dato’Johari.

“Okay. Biasa lah itu. Sofi tak boleh tahan panas. Nanti dia pengsan.”

“Selalu ke uncle macam itu?” tanya Iskandar Faiz.

“Bukan selalu. Tapi kalau dia terdedah cuaca panas, memang macam tu lah.” Dato’Johari memberitahu keadaan kesihatan anaknya.

“Patutlah Dato’ tak risau pun.” Iskandar Faiz sempat mengomel dalam hati.

“Baik lah uncle. Is balik dulu. Ada kerja sikit. Kalau ada rezeki, kita jumpa lagi.” tutur sambil menghulur tangan untuk berjambat.

“Terima kasih Is sebab tolong bawakan anak uncle ke sini. Uncle minta maaf jugak kalau kerja Is tertangguh sebab anak uncle.” Dato’Johari pun berjambat tangan.


******************

“Tia, awak dekat mana?” - Iskandar Faiz

~ 5 minit kemudian ~

“Tia, are you there? Kenapa tak balas mesej?” - Iskandar Faiz

~ 10 minit kemudian ~

“Tia, saya dah sampai tempat biasa kita jumpa. Awak dekat mana? Kenapa tak balas mesej saya?” - Iskandar Faiz

~ 10 minit kemudian ~

“Mana pulak dia pergi ni? Kenapa tak balas mesej aku? Call pun tak angkat. Buat aku risau je.” Iskandar Faiz membebel sambil memanggil kekasihnya tanpa putus asa.

“Answer my call Wahidah Tiara!” hampir 15 kali Iskandar Faiz mendailkan nombor Wahidah Tiara. Namun, satu panggilan pun tidak dijawab.

“Aku kena pergi tengok kat rumah dia je. Itu je cara yang aku ada.” tanpa melengahkan masa Iskandar Faiz masuk ke dalam kereta untuk pergi ke rumah Wahidah Tiara. Hatinya dipenuhi dengan rasa marah dan juga rasa risau.


*******************

“Apa hubungan antara awak dengan perempuan sombong itu Is? Kenapa awak mencempung dia? Kenapa awak berbual dengan dia?” jerit Wahidah Tiara dengan sekuat hati. Air matanya membasah pipi. Hatinya sungguh sakit apabila tengok adegan Iskandar Faiz dan Sofia Amelia di luar pejabat kerja Iskandar Faiz.

Kebetulan Wahidah Tiara pergi ke tempat kerja Iskandar Faiz untuk memberi kejutan. Masa itulah Wahidah Tiara jumpa Sofia Amelia kejar Iskandar Faiz dengan melaung nama kekasihnya. Hati berasa sebak. Perasaan cemburu menyelubungi dirinya. Tidak sanggup tengok kekasih dikejar oleh perempuan lain.

“Ya Allah, kenapa ni Tiara? Kenapa bilik kamu ni bersepah?” Linda terkejut mendengar jeritan anak perempuannya. Terus menghentikan kerja yang dibuat dan masuk ke bilik anaknya.

“Mak, Is!”

“Is? Kenapa dengan Is?” suara Linda menjadi cemas apabila mendengar nama bakal menantunya. Banyak perkara negatif bermain di dalam otaknya.

“Is mak. Tiara tengok tadi. Mak ingat lagi perempuan yang kurang ajar di hospital haritu?”

“Perempuan kurang ajar? Siapa?” blur Linda.

“Ye. Anak Dato’ tu lah.”

“Owh. Cik Sofi ye. Kenapa dengan dia?”

“Apa? Panggilan hormat untuk perempuan itu?”

“Ye lah. Dia kan anak majikan mak. Kena lah hormat dia. Mak tanya kenapa dengan dia?”

“Dia kejar Is mak. Siap laung nama Is lagi. Dia buat apa di pejabat Is mak? Kenapa dia jumpa Is?” Wahidah Tiara cerita semua kepada ibunya sehinggalah situasi mencempung itu.

“Aduh Tiara. Kenapa kamu nak fikir bukan-bukan? Dah dia tu pengsan. Pasal tu lah Is tolong dia. Apa salahnya?”

“Masalahnya kenapa Is kena tolong betina itu? Ada ramai lagi kot.”

“Tiara, mengucap! Kalau Tiara di tempat Is, kamu tak tolong dia ke? Kamu biarkan dia pengsan macam tu je ke?” menyoal Linda dengan nada geram. Marah dengan perlakuan anaknya.

“Bukan macam itu mak…” belum Wahidah Tiara menghabiskan perbualan, suara Iskandar Faiz dengar dari luar rumahnya.

“Tiara, itu suara Is kan?” menyoal Linda.

“Dia nak apa? Kenapa datang sini?”

“Tiara, jangan macam ni. Tak baik! Kalau kamu tak puas hati, kamu bincang elok-elok. Tanya apa yang jadi tadi. Jangan tuduh sebelum siasat, faham?” nasihat Linda.

Linda membuka pintu masuk rumahnya. Bakal menantunya ajak masuk ke dalam rumahnya. Jelas raut wajah Iskandar Faiz bimbang.

“Maaf mak cik. Is ganggu. Tia ada?”

“Tiara ada. Ada kat dalam. Masuklah. Mak cik panggil dia.” Linda masuk ke dalam bilik Wahidah Tiara untuk panggil anaknya.

“Ada apa awak datang sini?” tanya Wahidah Tiara. Mukanya tidak memandang Iskandar Faiz. Sakit hati lagi.

“Kenapa awak tanya Tia? Saya call awak banyak kali, tak jawab! Mesej awak banyak kali, tapi satu mesej pun tak dibalas. Kenapa Tia? What’s wrong with you?”

“You ask yourself Iskandar Faiz!”

Iskandar Faiz terkejut mendengar nada Wahidah Tiara. Kenapa tiba-tiba nama penuhnya disebut? Kenapa suaranya serius? Kenapa mata tak pandang muka?

“Apa saya buat?”

“Apa awak buat?” Wahidah Tiara menyebut balik soalan Iskandar Faiz.

“Tengok ini! Buka mata tu!” Gambar Iskandar Faiz dan Sofia Amelia ditunjuk oleh Wahidah Tiara.

“Pasal ni ke awak marah? Layan saya macam ni?”

“Apa dia buat kat situ? Kenapa dia datang jumpa awak? Kenapa awak tolong dia? Entah-entah dia pura-pura pengsan.”

“Tia, jangan ikut emosi awak sangat! Jangan tuduh seseorang kalau awak tak tahu apa yang telah berlaku!” nada Iskandar Faiz naik seoktaf. Inilah kali pertama Wahidah Tiara berperangai sebegitu.

“Apa? Awak nak cakap apa yang saya tengok ni imaginasi saya ke Is?”

“Tak! Saya tak cakap awak bohong ke awak halusinasi. Memang betul apa yang awak nampak. Tapi jangan cipta cerita boleh tak? Dengar penjelasan saya dulu. Jangan ikut emosi sangat.”

Iskandar Faiz menerangkan apa yang terjadi pagi tadi. Dari A sampai Z. Linda juga turut mendengar penjelasan Iskandar Faiz. Linda juga kecil hati dengan perangai cemburu anaknya. Cemburu tak kena tempat.

Wahidah Tiara setia mendengar penjelasan kekasihnya. Barulah dia sedar yang dia salah anggap. Menyesal dengan kelakuan dia tadi. Cemburu menyebabkan dirinya berubah dari seorang yang lembut kepada seorang yang garang, salah sangka tanpa berfikir secara wajar.

“Saya minta maaf Is. I’m so sorry. Saya salah sangka.”

“Sepatutnya Tia, awak dah kenal saya lama. Kita bukannya kenal setahun, dua tau. Dah kenal lama. Ni je ke awak tahu pasal saya? Honestly I am disappointed with you Tia.”

“Is.” Wahidah Tiara tidak mampu untuk bercakap. Rasa bersalah menyelubungi dirinya.

“Mak cik, Is balik dulu. Assalamualaikum.” tanpa menunggu Iskandar Faiz meninggalkan rumah Wahidah Tiara. Hatinya sedih dengan perangai buah hatinya. Iskandar Faiz tidak boleh terima yang Wahidah Tiara curigakan keikhlasannya.

New chapter dah updated ! Baca, rate and comment ye :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience