BAB 36

Romance Completed 11647

HAMKA

Wajah diraup kasar. Bayu malam yang menyapa lembut langsung tidak dapat menenangkan kegusaran hatiku ketika ini. Aku sedar, aku telah membuat pilihan yang salah. Aku terlalu bodoh!

"Kalau Hamka cintakan Rose, kahwinlah dengan Ainun. Itu permintaan Rose. Jangan malukan Mak Mah dan Pak Mid."

Kata kata Rose masih kedengaran di telingaku. Aku seolah olah dipukau ketika itu, hanya mengikut kata katanya.

Tiba tiba kedengaran suara riuh rendah di luar rumah. Aku memanjangkan leher untuk menjenguk siapa yang datang. Rupanya Ainun dan saudara maranya. Kedatangan mereka sekeluarga langsung tidak menarik minatku. Aku hanya mendiamkan diri di tepi jendela.

"Hamka, duduk sini jap." Panggil emak lembut.

Aku tetap mengeraskan hatiku untuk tidak pergi ke arah mereka. Aku risau amarahku tidak dapat dikawal apabila melihat wajah Ainun. Masih terbayang bayang wajah polos Rose yang sedang menahan kesakitan akibat ditolak Ainun. Walaupun diperlakukan begitu, Rose masih cuba berlembut dengannya.

"Hamka." Panggil emak lagi. Kasihan aku mendengar suaranya.

"Apa lagi kau nak Ainun, dah puas ke kau sakitkan orang lain? Selama ni aku perhati je perbuatan kau kat Rose. Aku dah sah jadi suami kau, apa kau nak?" Aku berkata tanpa memandang ke arahnya.

"Ainun cuma nak cinta Abang Hamka." Tersedu sedan dia menahan tangis.

"Kau tak dengar ke apa yang aku cakap? Kau takkan pernah dapat cinta aku."

"Tapi abang..."

"Dah lah. Aku taknak dengar. Mak, baik mak pergi bagi ais kat Rose. Mesti benjol kepala dia tu."

Suasana sepi di dalam rumahku dipecahkan dengan suara emak memijak lantai kayu. Kadang kadang terdengar juga esakan Ainun. Namun langsung tidak dapat menyejukkan hatiku yang panas.

"Hamka, Hamka tak terima ke Ainun jadi isteri Hamka?" Tanya Cik Da yang sedari tadi menyepi. Jelas nada sayu dalam bicaranya.

Aku hanya mendiamkan diri. Malas rasanya hendak menjawab. Kalau diikutkan hati ingin saja aku menjawab tidak. Tapi apa pula kata Cik Da nanti.

"Hamka."

Terasa bahuku dipegang. Taufiq sudah berdiri di sebelahku.

"Aku minta maaf. Aku tak tahu semua akan jadi teruk macam ni. Memang aku tahu pasal Rose, tapi tak sangka kau ada hubungan dengan dia. Terkejut juga aku terima kad undangan perkahwinan kau dengan dia. Adik aku macam nak gila dah, Hamka. Abang mana yang sanggup tengok adik dia macam tu kan? Aku tahu kalau Zahra masih hidup kau pun mesti taknak tengok dia sedih. Ainun tu lah satu satunya keluarga kandung yang aku ada. Esoknya kami terus bertolak ke Shah Alam sebab nak bincang hal ni. Entah apa yang mereka bualkan, aku tak tahu. Aku malas nak masuk campur. Tiba tiba Ainun cakap dia akan kahwin dengan kau. Maafkan aku, Hamka. Aku memang tak tahu apa apa . Kau masih anggap aku kawan kan?"

Panjang lebar Taufiq bercerita kepadaku. Takut benar jikalau aku tersalah faham tentangnya. Sebuah senyuman ikhlas terukir di bibir. Bahu Taufiq dipeluk.

"Kau masih kawan aku. Selamanya. Kau tak buat salah pun, Taufiq. Dah benda nak jadi. Nak buat macam mana kan?"

Aku menepuk nepuk bahu Taufiq sebelum melangkah ke arah Cik Da.

"Baliklah Cik Da. Esok kan ada majlis bersanding. Banyak lagi tak siap kat rumah."

Tangannya aku gapai dan dicium. Dia hanya diam tak terkata. Mungkin hairan dengan perubahan sikapku.

"Pastu, Ainun?" Tanya Cik Da.

Aku tersenyum sinis. Jelingan tajam dihadiahkan buat Ainun. Tiba tiba aku terdengar suara orang bergelak ketawa. Rose dengan Husna rupanya. Entah sejak bila Husna sampai. Aku memerhati mereka berdua sehingga hilang dari pandangan. Baguslah Rose bahagia.

"Abang." Ainun bersuara gedik. Meluat aku dibuatnya.

"Ainun Cik Da bawa baliklah."

Aku melangkah meninggalkan mereka. Sebelum aku meloloskan diri ke dalam bilik, sempat aku berpesan kepada Ainun.

"Lepas ni jangan panggil aku abang. Kau tak layak!"

Badan direbahkan ke atas katil usang milikku. Berkeriuk bunyinya apabila aku bergerak. Baru saja hendak terlelap, pintu bilik diketuk.

Dengan perasaan malas bercampur mengantuk, aku gagahkan diri untuk bangun bagi membuka pintu. Aku sangkakan ayah atau emak yang mengetuk, rupanya Ainun.

"Nak apa? Kan aku suruh kau balik."

"Mak Mah dengan Pak Mid suruh duduk sini." Ujar Ainun. Senyuman terukir di bibirnya.

Hairan aku dengan si Ainun. Dalam keadaan aku marah boleh lagi dia tersenyum. Aku mendapat satu idea. Kita lihat sama ada Ainun boleh tersenyum atau tidak selepas ini.

"Masuklah." Aku melebarkan bukaan pintu untuk membenarkan dia masuk.

Dengan senyuman meleret, dia memasuki bilikku. Sempat aku menggeliat kegelian melihat aksi gediknya apabila masuk ke dalam bilikku.

Aku mula menjalankan rancanganku.

Ainun yang sedang duduk di birai katil dipandang dengan ekor mata. Aku mendekati almari pakaian. Satu persatu pakaianku ditanggalkan, hanya boxer yang membaluti tubuhku ketika ini. Dengan selamba aku berjalan melintasinya dan berbaring di atas katil.

Aku mencelikkan sedikit mata untuk melihat reaksi Ainun. Dia tidak lepas memandang ke arah ereksiku yang masih berbalut boxer. Dia mula menanggalkan pakaiannya satu persatu. Aku tidak sanggup melihat adegan ini, tidak ingin mata dicemari dengan melihat badan orang lain selain Rose.

Tidak lama selepas itu, aku terdengar bunyi katil berkeriuk menandakan Ainun sudah duduk di atas katil. Satu sentuhan terasa di pipi. Dielus lembut pipiku. Sengaja aku membiarkan kelakuannya.

Aku menggeliat kecil.

"Tak tidur lagi?" Sengaja aku melembutkan suara untuk melihat reaksinya.

"Tak. Ainun nak tengok abang, rindu."

Tangannya mula merayap ke arah leherku. Ainun seperti sudah pakar dalam hal ini. Aku terfikir dari mana dia belajar semua ini.

"Ainun, apa Ainun buat ni?" Kataku sambil mengubah kedudukan. Aku berbaring mengiring menghadapnya. Dia hanya memakai singlet dan kain baju kurung yang dipakainya semasa akad nikah. Make-up di wajah masih tidak dicuci.

Aku mengelus lembut wajahnya. Tanganku dilarikan ke pangkal leher lalu menuju ke bahunya.

"Abang." Matanya sudah tertutup, mungkin melayan kenikmatan yang diberi olehku. Aku tersenyum puas apabila dia sudah masuk ke dalam perangkap.

Deruan nafasnya sudah tidak menentu. Dadanya berombak kencang. Mungkin dia sudah tidak dapat menahan nafsu, terus disambar bibirku. Kemaluannya digeselkan ke ereksiku. Segera aku menolaknya menjauh.

"Pandai kau ya? Mana kau belajar?" Tanyaku dengan sinis. Entah entah dia sudah pernah melakukannya sebelum ini.

"Er abang." Dia kelihatan takut.

"Apa? Kau nak mengaku salah?"

"Salah apa abang?" Tangannya kelihatan terketar ketar.

Aku hairan melihat reaksi Ainun. Dia kelihatan begitu takut. Aku yakin dia sedang menyembunyikan sesuatu. Kepakaranku dalam menyiasat penjenayah digunakan untuk mencari kebenaran.

"Dah berapa kali kau buat?"

Dia tidak menjawab persoalanku. Segera dia memakai semula baju kurungnya dan bergegas keluar dari bilik.

Tidak sangka rancanganku yang sengaja hendak mengujinya berjaya menyingkap satu rahsia. Tapi masih samar samar. Tiba tiba telingaku tertangkap bunyi Rose menjerit serentak dengan bunyi kaca pecah.

Aku bergegas keluar dari bilik. Terkejut aku melihat keadaan Rose. Kain putih yang dipakainya berlumuran darah. Husna kelihatan terkejut melihat keadaan Rose. Dia segera berlari ke dapur sebelum terdengar suara seperti orang sedang muntah. Mabuk darah rupanya dia. Ainun pula hilang entah ke mana.

"Rose, apa yang jadi?"

Rose tidak menjawab sebelum rebah di dalam pelukanku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience