Rate

BAB 2

Fantasy Series 199

"Banyak buku kau baca Bev.Ambik ah banyak banyak lagi.Bagi puas."
Ujar Emily.
Tahu sangat dia yang Beverly amat menyukai buku.Apatah lagi lama.
Beverly diam.Sudah lebih dari tiga buku dia baca dalam masa satu jam itu.
Tiba tiba Emily menekan perutnya kuat.
"Aduh,Bevvie.Perut aku tetiba senak sangat ni.
Nak muntah ah. Aku gi tandas dulu.Pape rojer..."
Ujar Emily dengan suara yang tertahan tahan.
"Okey.Amy,take care ya."
Ujar Beverly risau melihat keadaan teman baiknya itu.
Emily terus berlalu ke tandas.Nak terburai dah tu. "Kesian Amy."
Ujar Beverly perlahan.
Ketika Beverly sedang ralik membaca buku,tiba tiba dia terdengar bunyi.Bunyi itu kedengaran seperti buku yang jatuh. Beverly belum berani menoleh.Sudahnya pada kala ini,hanya dia saja yang berada di dalam library itu.Seram doh...
'Takpe Bevvie,takpe,mungkin hanya sekadar buku yang jatuh dari rak buku.'
Bisik Beverly dalam hati. Cuba menenangkan dirinya sendiri.
'Eh.Takkan buku boleh jatuh dengan sendiri aje?Takutnyee...'
Beverly mula berfirasat tak baik.
Dengan semangat yang ada,Beverly dengan beraninya menoleh ke belakang.
Yang dilihatnya hanya sebuah buku yang berada bersebelahan dengan rak buku.
Beverly menghela nafas kelegaan.
Kemudian dia tersenyum senget.
"Apelah,yang aku nak takut sangat tadi?Kalau sekadar buku jatuh aje apelah sangat."
Ujar Beverly dengan tawa yang dibuat buat.
Perlahan lahan Beverly mendekati buku tersebut. Lalu dia memegang buku tersebut.Mahu melihat tajuknya.
Namun saat Beverly menyentuh buku tersebut,dia merasakan seperti terawang awang.Hanya dingin rasanya.Tetapi dingin yang tak disenangi.
Apabila Beverly melihat sekelilingnya,dia merasakan seperti berada di angkasa lepas.Kerana dia ternampak seperti bintang bintang berkelipan.Beverly mula rasa seram sejuk.
Adakah dia tidak berada di bumi lagi? Jika bukan,di manakah dia sekarang?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience