Bab 52

Romance Completed 53836

"Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan, manakala kebencian membawa kepada kemusnahan."

"Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta."

"Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.”

"Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu."

"Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita."

"Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya."

"Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama."

"Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali sebuah kepercayaan."

'Adakah aku layak mencintaimu kembali?....'

Yg benar..'Munirah Safiyah.'

Tok..tok..tok..Irah..Mari turun ada tetamu datang ni. Mereka mahu berjumpa dengan kamu.. Panggil Puan Ruziah dari arah luar bilik Munirah.

Yee..kejap..Jawab Munirah segera menyimpan diari lamanya semula ke dalam laci meja. Segera dia memakai tudung untuk melihat siapakah yg datang pada jam sekarang. Pukul 10.30 a.m. Munirah menguap kasar. Masih mengantuk lagi walaupun matahari sudah terpacak di langit. Munirah menghela nafas perlahan sebelum keluar dari biliknya.

Sudah masuk 2 minggu Munirah tinggal dengan keluarganya. Dalam 2 minggu ini juga dia sudah banyak terima atas apa yg berlaku ini. Munirah memilih untuk tenangkan diri dahulu. Sembuhkan penyakit yg dialaminya ini. Dirinya sudah banyak menunjukkan perkembangan diri yg lebih baik. Menjadi seorang wanita yg tabah demi 'cahaya' yg satu. Munirah perlu kuat dan berdiri dengan kaki sendiri. Umurnya masih muda tidak mungkin dirinya akan mudah mengalah. Perkara yg lepas biarlah berlalu. Mungkin semua ini akan meninggalkan kesan pahit tetapi kita sebagai manusia tidak boleh lari dari kesilapan. Terus bertaubat dan memohon satu keampunan kepada yg maha esa.

Siapa yg datang umi?? Tanya Munirah sambil melangkah anak tangga turun ke bawah. Dengan berhati-hati sekali melangkah setiap anak tangga itu. Silap hari bulan nanti dia akan jatuh tersungkur pula ke bawah. Munirah tidak mahu semua itu berlaku. Tergamam Munirah melihat tetamu yg datang ke sini. Langkahnya terus mati saja di anak tangga ketiga. Rasa sebak di dadanya mula terasa. Bukan sekarang Munirah mahu berjumpa dengan mereka semua.

"Munirah..."

..............................................................................

"Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatian kau. Dari kalangan yang kau pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari aku walau dimana sahaja kau berada."

"Tak usah sebut pasal cinta jika kau tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hati kau. Tak usahlah menunjuk ke dada, jika kau berhasrat melukakan hati pasangan kau."

"Minat bukan bermaksud cinta, bangga bukan bererti cinta, kagum juga bukan bermaksud cinta, dan suka juga tidak serasi dengan cinta, malah sayang pun bukan cinta. Tetapi, cinta itu adalah cinta."

"Berkemungkinan apa yang kau sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kau benci tersimpan kebaikan di dalamnya."

"Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa."

"Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan."

"Seandainya kau dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam , tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirim kau tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemerincing."

"Cinta adalah keabadian…dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan."

Maafkan abang Munirah..abang tak meminta semua ini berlaku. Abang cuma terlalu sayangkan Munirah..

'Muhd Azhar'

Azhar mengelap peluh di dahinya yg sudah meleleh turun ke bawah. Penat mengemas semua barangan itu ke dalam beg bagasi. Hampir siap segala barangan di dalam beg itu. Azhar mengeluh perlahan sebelum membawa turun 3 beg bagasi itu ke bawah. Dia mengambil masa sebentar melihat keadaan di sekeliling dalam biliknya itu. Hampir kosong saja ruangan bilik ini. Satu senyuman terus terpancar di bibir Azhar. Azhar menutup pintu biliknya lalu mengunci pintu bilik tersebut. Dia berjalan menuju ke ruang bilik utama pula. Pintu bilik itu di kuak perlahan. Senyuman Azhar terus mati. Pandangan sayu apabila melihat suasana bilik itu tidak ubah seperti sebelumnya. Semua barangan masih lagi tersusun rapi. Azhar melangkah kaki masuk ke dalam bilik itu. Dia mendekati almari baju lalu membukanya. Terlihat sususan rapi saja setiap baju kurung yg disangkut di situ. Azhar membelek setiap pasang baju kurung itu lalu membawa keluar sepasang baju kurung yg sangat ia gemari. Azhar melabuhkan punggungnya di atas katil. Pandangan redup saja apabila melihat baju kurung berwarna merah jambu di tangannya itu. Fikirannya terus memutarkan memori lama.

"Abang!! Abang!!! Menjerit Munirah kuatnya sambil memanggil Azhar dari dalam biliknya."

"Ohhh Mak kau!! Melatah Azhar apabila terperanjat dengan jeritan Munirah itu. Dia sedang mencuci kereta di luar rumah tetapi jelas sahaja jeritan Munirah itu. Cepat-cepat dia menutup pili air lalu bergegas masuk ke dalam rumah semula."

"Sayang!! Kejap..abang datang..Bersuara Azhar lalu berlari laju melangkah anak tangga. Hampir saja kakinya tergelintir kerana basah tetapi Azhar sempat memaut pemegang tangga. Dia lebih risaukan keadaan Munirah lagi. Entah-entah apa yg telah terjadi kepadanya nanti. Azhar mula rasa gelisah apabila fikirannya mula berfikir bukan-bukan. "

"Sayang!!! Kenapa?? Apa yg dah berlaku?? Tanya Azhar gelabahnya selapas membuka pintu bilik Munirah. Termegah-megah dia mencari nafas semula. Risau saja kalau ada apa yg berlaku kepada Munirah."

"Taraaa!!!! Cantik tak Irah pakai baju kurung ni?? Tanya Munirah seronoknya sambil berpusing-pusing sedikit badannya di depan Azhar. Senyuman di bibirnya manis sekali. Bukan selalu dia beri 'show' seperti ini di hadapan Azhar. Selalunya isteri akan berpakaian seksi-seksi saja tunjuk semua ini di depan suami tetapi lain pula dengan Munirah kali ini. Memakai baju kurung berwarna merah jambu pemberian hadiah kali pertama Azhar kepadanya. Baru sekarang dia mahu mencuba baju ini."

"Azhar hanya tergamam saja di situ. Ingatkan apalah tadi Munirah menjerit kuat memanggilnya. Rupa-rupanya ingin menunjukkan semua ini sahaja. Sedikit senyuman pun tidak terlihat di wajahnya. Bahkan hanya tangannya diletakkan ke dadanya saja. Azhar memandang lama ke arah Munirah. Dari atas sehinggalah bawah. Biarkan saja Munirah menarik gembiranya di situ. Di dalam hati, Sudah lama Azhar tersenyum riang. Cantik saja isterinya cuba memakai baju kurung ini. Azhar ingatkan Munirah tidak suka dengan baju kurung pemberiannya ini. Ternyata baru sekarang Munirah mahu mencubanya."

"Abang!!!! Sampai hati abang tengok Irah macam tu..tak cantik ke? ke tak sesuai warna ini dengan kulit Irah? Kalau macam tu tak nak lah pakai baju kurung ni lagi..Rajuk Munirah apabila melihat reaksi Azhar begitu saja. Muncung saja mulut Munirah sambil berjalan dengan hentakan kaki kuat menuju ke arah tandas. Dia mahu menukar semula baju ini. Kalau dia tahu tak sesuai lebih baik tidak susah-susah tunjuk kepada Azhar. Azhar hanya ketawa kecil saja melihat rajuk Munirah ini. Rasa kelakar saja Munirah cepat makan hati dengan semua ini. Munirah hanya memberi jelingan maut ke arah Azhar. Sesungguhnya lelaki di depannya ini kejam sekali. Langsung tak kisah tentang perasaannya. Belum sempat Munirah melangkah kakinya masuk ke dalam tandas, pantas saja tangan Azhar mengcepung tubuhnya lalu di dukung berpusing-pusing di dalam bilik.

" Hahahaha"

"Kedengaran suara mereka berdua ketawa bersama. Munirah memaut kuat tangannya di leher Azhar. Suaminya ini berpusing tidak ingat dunia. Pening saja kepalanya rasa ketika ini. Pada masa yg sama, rasa bahagia yg teramat sangat. Munirah suka Azhar selalu berbuat begini kepadanya. Dengan cara inilah Azhar selalu menunjuk rasa sayangnya kepada Munirah. Kadang-kadang rasa cinta tidak usah luah dengan perkataan, hanya tindakan sudah cukup membuktikan segalanya."

"Aduh..duh..penatnya rasa..Sayang ni semakin beratlah..Dah berapa berat sekarang?? Tanya Azhar apabila merebahkan tubuh Munirah di atas katil. Sekali dengannya terdampar di atas badan Munirah. Penat saja rasa berbuat begitu tadi. Melepaskan penatnya di atas badan Munirah tanpa sedar."

" Abang!!! tepilah!! beratlah badan abang ni..Lemas Irah di buatnya..dengan berpeluh lagi. Irah berat 42 kg jaa jika nak dibandingkan dengan badan abang ni!! Marah Munirah sambil menolak tubuh badan Azhar ke tepi. Rasa lemas badannya dihempap oleh tubuh besar Azhar. Azhar ketawa saja dengan tindakan Munirah menepuk dadanya lalu Azhar berbaring di tepi saja. Tangannya masih lagi giat memeluk tubuh Munirah. Munirah membiarkan saja Azhar berbuat begini. Rasa aman saja berada dalam dakapan Azhar."

"Sayang..sayang cantik sangat. Sesuai baju kurung merah jambu ini dengan sayang..Ermm..tak salah abang pilih untuk isteri abang ini. Pakailah selalu. abang suka Irah pakai baju kurung ini. Sayang tak perlu tanya kalau cantik atau tak..Apa pun sayang pakai semuanya cantik di mata Abang. You're my wife Sweetheart. Muahh love u..Bisik Azhar di telinga Munirah lembutnya. Dia melepaskan satu kucupan di leher Munirah. Dihidu dalam-dalam bau wangi pada setiap inci tubuh Munirah. Satu senyuman terus terukit di wajah Munirah. Suaminya ini pandai mengambil hati rupanya. Munirah terus menghadap badannya ke arahnya Azhar. Sekarang mereka berdua berhadapan antara satu sama lain."

"Katakan..yg abang cintakan Irah lagi?? Kata Munirah sambil menatap dalam anak mata Azhar. Senyuman di bibirnya tidak pudar lagi. Menanti satu jawapan ikhlas keluar dari mulut Azhar. Azhar terus memberikan senyuman manja ke arah Munirah. Dicukup dalam dahi Munirah lamanya."

"Abang sayangkan Irah sampai bila-bila..Sampai akhir nyawa abang akan tetap sayangkan Munirah Safiyah.."

Butiran jernih terus tumpah di wajah Azhar. Teresak-esak Azhar menangis sendiri di dalam bilik Munirah.

'Arghh!!!! Abang Cintakan Munirah!!! ' Meraung Azhar kuatnya. Dia mengenggam erat baju kurung merah jambu Munirah. Tubuh Azhar terus jatuh terduduk di atas lantai. Azhar mengambil baju kurung itu lalu dipeluknya erat sekali. Air matanya berjuru-juru mengalir di wajahnya. Azhar menangis semahunya di situ. Melepas satu keperitan yg amat menyakitkan. Rasa rindu itu amat beban dan menyakitkan. Azhar rasa tersiksa dengan semua ini. Dia amat rindukan Munirah. Perasaannya tidak boleh berbohong dengan semua ini. Hanya satu saja ia pinta..'Kembalikan Munirah' kepadanya, Azhar tidak akan mengsiakan lagi sisa hidup Munirah bersamanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience