24 : Rahsia Bella!

Drama Series 5510

Di Perpustakaan...

Mulut yang menguap sejak tadi ditutup. Matanya memberat. Pandangan kabur akibat terlampau mengantuk. Jam pada skrin smartphone dikerling. Pukul 6:44.

Waktu petang beginilah selalunya syaitan kencing atas mata. Kata orang-orang tua, kalau tidur selepas asar otak akan melemah. Dia pula tercampur dengan penat mengadap buku dari tadi. Mujurlah sudah solat ashar sebelum datang kemari. Jika solat awal waktu, waktu yang terluang menjadi tenang dan nyaman.

Pandangannya beralih ke sekeliling ruangan luas library. Masih ada tiga orang sekali dengannya.

Beberapa buku dan alat tulis disimpan lalu disumbat dalam bag silang putihnya. Ketika Bella berjalan untuk ke pintu keluar. Dia ditegur oleh seorang senior. Yang sepertinya sedang mengemas juga.

"Bella kan? Tunggu jap."

"Ada apa, senior? Dah nak maghrib ni. Saya nak balik dorm." acuh tak acuh Bella. Mata kuyu berusaha dicelik. Tak mampu nak beramah mesra. Ngantuk! Nak mandi segarkan mata! Malam ni ada extra class lagi.

"Tak ada hal penting pun. Bella jalan dulu." senior ini memberi laluan untuk gadis itu keluar dulu.

Bella membiarkan saja. Langkahnya beriringan dengan senior bernama Fayad itu. Bella tak endahkan senior yang suka tersenyum-senyum itu.

Kenapa la hidup aku ni dikeliling manusia yang pelik. Tanpa sedar Bella menghela keluhan panjang.

"Panjang mengeluh." tertawa kecil Fayad yang perasan muka lesu gadis disampingnya.

Bella yang sedang letih campur mengantuk itu tak mampu nak tersenyum untuk sedapkan hati senior tersebut. Kalau diikutkan nak saja dia tidur di tepi longkang ni.

Suasana senja membuatkan kawasan tersebut berwarna jingga dan semakin gelap. Matahari tenggelam secara perlahan. Kadang mereka berselisih dengan pelajar yang ingin ke masjid. Untuk ke dorm mengambil masa 5 atau 6 minit. Terpaksa la dia berjalan kaki bersama senior itu.

"Senior nak cakap apa sebenarnya? Takkan la saja-saja. Kalau pasal klub teater, drama ke apa. Senior mengalah saja. Saya dah cakap saya tak berminat." tukas Bella agak tegas.

Fayad garu kepala yang tak gatal. Serba salah. Sebenarnya bukan itu tujuannya mengajak gadis itu bicara. Tapi kalau dah dibuka topik itu, dia sambung la.

"Sebenarnya bukan pasal klub. Tapi dah alang-alang Bella sebut. Apa kata hujung minggu ni kita jumpa. Abang dah tanya classmate Bella kata tak ada kelas hujung minggu." ujar Fayad.

Bella yang lebih rendah itu terpaksa mendongak sedikit. Hah... kenapa dia bersungguh pujuk aku masuk klub drama dia tu? Padahal dah beratus kali aku reject. Keras kepala macam Aniq.

"Penting sangat ke? Kalau senior sekadar nak borak kosong. Ajak Aniq je. Kenal Aniq kan? Dia sesuai bab borak." soal Bella terdengar malas.

Fayad sengih serba salah. "Erk, hmm. Tak la penting sangat. Tapi abang harap Bella sudi datang. Abang nak tunjuk video cerpen yang kami baru buat kemarin. Mana la tahu lepas tengok tu, Bella berminat atau berlembut hati ke nak join klub."

Bella kembali menyambung langkah. Pandangan terhala ke depan manakala otak ligat berfikir. Melihat kesungguhan itu, tak sampai hati pula dia nak menolak lagi.

"Baiklah."

Bingung sesaat Fayad. "Hah?" langkahnya terhenti dari mengikuti Bella yang sudah didepan.

Bella berpaling kepadanya sambil menguntum senyum.

"Ada nombor saya kan? Nanti bagitahu la pukul berapa!" lauangnya kerana jarak mereka sudah jauh.

Hal itu membuahkan senyuman senang pada wajah Fayad. Terpamer jelas lelaki itu gembira dan teruja.

"Okay! Nanti abang whatsapp! Jangan lupa tau!"

Bella balas dengan tangan tanda 'ok'. Kemudian sambung berjalan untuk ke dorm.

"Hah... letih."

Keluhan berat dilepaskan lagi. Bag silang yang sebenarnya ringan terasa berat pula. Lenguh bahunya.

Oh, Senior Fayad tadi?

Dia form six. Ketua Klub Drama di sekolah ni. Jadi tak pelik la kalau dia ajak aku join klub drama dia tu. Tapi yang peliknya, kenapa aku? Dah beratus kali aku bagitahu yang aku memang tak berminat. Tapi lebih tepatnya tak handal langsung dalam bidang lakonan ni.

Dia ada juga bagitahu, dia pilih aku sebab rupa aku cantik serupa orang eropah. Sesuai dengan semua watak. Cis, nakkan rupa je rupanya.

Ssbenarnya aku dah kenal dia sejak masuk sekolah ni lagi. Mana tak kenal nya. Dah lama dia kejar aku, kadang tu paksa aku join. Senior Fayad tu boleh dikatakan sebagai pengganggu ketenteraman. Kalau Aniq, Pemusnah Ketenangan. Kiranya dia tu 'Aniq Kedua'.

Tapi ada sekali tu aku tolak sambil marah-marah sebab masa tu geram dengan Aniq. Terlepas kat Fayad pula. Dia mengalah dan tak ganggu aku lepas tu. Rasa bersalah juga tapi aku biar saja. Sekurangnya kurang satu pengganggu hidup aku. Yah, walaupun takkan aman selagi ada Aniq.

"Hmm... hmm..." mulutnya bergumam bernyanyi untuk hilangkan bosan.

Tika Bella melintasi kawasan dewan makan. Matanya tercatap kepada seseorang.

"Delima?" meskipun suasana kian gelap. Tapi dia dapat cam orang yang ia kenali itu.

Kelihatan Delima sedang termenung sambil memeluk lutut di kaki tiga. Betul-betul depan longkang. Aih, kot ye pun nak melamun. Pilih la tempat yang aesthetic sikit. Ini depan longkang. Asal tak masuk je terus dalam longkang?

Langkah Bella terhenti. Dia nak biarkan namun melihat raut muka sedih itu membuatnya berfikir panjang. Ini yang susah jadi manusia yang mudah kasihankan orang ni! Dia lah salah satu!

"Hiks! Hiks!"

Bulat matanya melihat Delima. Eh nangis?

Delima menunduk sambil peluk lutut. Terhinjut bahunya gaya macam tahan tangis. Ada apa pula tu? Apa yang buat dia sedih? Selama ni nampak okay saja.

Oi Delima, walaupun kau perempuan yang menyebalkan, suka sindir aku, pickme, annoying. Tapi aku tak boleh buang perasaan simpati ni. Sebagai manusia normal, kau ingat aku sanggup buat toya bila nampak ada oranng menangis seorang diri.

Bella mengubah jalannya. Menghampiri gadis itu dengan selamba.

Delima yang merasa ada kehadiran seseorang tepat didepannya. Membuatnya angkat kepala lalu mendongak.

Kalut menyeka air mata yang membasahi pipi mulusnya. Jelas sedang tertanya mengapa Bella datang kepadanya.

"Awak buat apa kat sini? Ka-Kalau setakat nak ejek saya, ba-baik awak pergi saja!" gugup pun ada hati nak marah orang.

Bella menghela keluhan berat. Hah... tolong la. Dah maghrib ni. Dari tadi aku tak sampai dorm. Hampar tikar tidur sini sajalah kawan... sekarang dah jadi satu kerja nak kena pujuk orang tengah sedih.

Bella duduk bersila disamping Delima. Sedikit berjarak demi kenyamanan sejagat.

"Kau ada masalah ke?" soal Bella lembut.

*******

Yamanashi, Jepun...

Di restoran mewah Hotel Royal Rose. Salah satu hotel lima bintang yang menjadi tempat berkumpulnya para golongan orang kaya. Menginap mahupun singgah di restaurant terkenal yang ada di situ.

Para pembisness dan ahli korporat juga sering ke hotel tersebut untuk mengadakan pertemuan penting.

Namun,

Di satu sudut ruangan luar balkoni. Kelihatan dua orang sedang menjamu selera tanpa sebarang bunyi. Yang terdengar cuma bunyi sudu dan garfu yang saling berlaga dengan pinggan. Sayup-sayup suara violin yang dimainkan oleh pemain violin di atas pentas.

Sambil mengunyah Tuscan Steak, Rafael melempar pandangan ke luar kota. Cahaya neon yang bertaburan di bandaraya terlihat indah jika dilihat dari atas.

Dia sabar menanti perbualan apa yang akan dimulakan oleh mamanya.

"How about your vacation in Malaysia? Puas hati dapat jumpa adik kesayangan?"

Madam Jasmine yang berpakaian elegen dan anggun bersuara. Tanpa mengangkat wajah. Tuscan Salmon dipotong lalu dimakan bersama spaghetti. Kedua orang berdarah bangsawan ini makan dengan penuh adab tertib meskipun tiada sesiapa di situ. Hanya ada seorang pelayan yang berdiri disamping pintu.

"Yah, best. Terlepas rindu dapat jumpa Rose." Rafael senyum sebaris. Sepertinya dia perlu rahsiakan tentang kejadian Bella tersesat di hutan. Lagipula, syukurlah masalah tersebut sudah selesai dengan baik.

"Anything happens? You look restless." Puan Jasmine bagai dapat hidu sesuatu dari seraut muka Rafael yang seperti sembunyi sesuatu.

Rafael sempat tersentak namun cepat dikawal. "Nothing, ma. I just think about the upcoming competition. Erm, letak tepi pasal saya. Papa macam mana? Saya dengar papa tak berapa sihat."

"He just needs a long rest." ringkas balas dari Madam Jasmine.

"Jadi mama datang ke sini semata untuk jumpa saya? Dan tinggalkan papa." entah keberanian muncul dari mana. Lancar Rafael mengajukan soalan ini.

Kedengaran dentingan bunyi sudu dan garfu yang terlepas dari tangan Madam Jasmine. Menghela keluhan kecil lalu menatap tepat ke muka anak tirinya itu.

"Raf fikir mama ni isteri yang macam mana? Mama datang kemari untuk uruskan beberapa hal. Raf lupa? Papa as pemegang saham kedua terbesar di hotel ni. Dia yang minta mama uruskan. Next time, don't talk like I'm a bad person. You just discouraged me." jelas wanita ini tanpa sebaris senyum. Riaknya menunjukkan sedikit kesedihan.

"Alang-alang nak jumpa anak sendiri. Tak salah kan." sambungnya lagi semakin membuatkan Rafael serba salah.

Rafael sedikit menunduk. "Tak, tak salah. I'm sorry ma. My bad."

Puan Jasmine melakar senyum. "It's okay, dear. Mama faham because you're just a 19 year old teenager. Tapi, mama terkesan dengan satu perkara. Raf betul-betul tak ambil kisah ya segala hal mengenai bisness. Sampai tak sedar this Royal Rose sedang bagi kita keuntungan."

Tangan Rafael terhenti dari memotong steak. Haih, topik ni lagi. Tolong la jangan, ma. Tiap kali topik bisness or whatever ni dibuka, kita takkan berakhir dengan damai.

"Saya... tak berminat. Mama sendiri tahukan saya lebih kepada bidang sukan berbanding bisness." kata Rafael ingin menegaskan hal itu.

Sekali lagi keluhan berat terlepas dari bibir Madam Jasmine. Wajahnya juga berubah. Sepertinya sudah hilang mood.

"Can you make another reason? I'm sick of the same excuse. Ergh! Rosak mood. See? Raf cuma buat mama pening kepala. Kalau dari awal Raf ikut cakap mama kan senang." omel Madam Jasmine sambil mengurut pelipis. Wajah jelitanya terlihat tertekan. Wanita anggun ini masih terlihat muda seperti 30an walaupun aslinya sudah pertengahan 40an. Sebaris kedut pun tiada.

Rafael diam sejenak. Dia penat. Kerana setiap percakapan mereka pasti akan ada perdebatan mengenai hal kerja. Padahal dia sudah tegaskan bahwa dia lebih memilih sukan. Mama dan papa tetap mendesak kerana katanya dia satu-satunya harapan yang ada. Senang cerita, mereka mahu Rafael yang menjadi pewaris L.Tyson meskipun pewaris sebenar adalah adiknya Bella. Kerana Bella anak kandung manakala dia cuma anak tiri. Yang jadi masalahnya, Bella sama sepertinya iaitu tiada keinginan untuk mengurusi L.Tyson.

"Jadi Raf betul tak nak langsung uruskan L.Tyson. Kalau begitu apa boleh buat. Mama pun tak suka memaksa. Terpaksalah mama harapkan dia." ucap Madam Jasmine disertai wajah lelah.

Rafael mula rasa tak sedap hati. Dia? Jangan-jangan mama dah target Rose.

"Dia?" Rafael ingin kepastian.

"Yah, dia. Adik kamu Salsabella Rose. Kamu berdua saja anak mama. Kalau anak Madam Jasmine tak ada yang maju kedepan. L.Tyson akan jatuh ke tangan saudara kamu yang lain. Tidak ke itu akan sia-siakan kerja keras mama selama ni. Susah payah mama bangun semula L.Tyson sampai semaju ini. Takkan la mudah-mudah diserahkan kepada orang lain."

Melihat mamanya seserius itu membuatkan Rafael semakin gelisah. Tapi bagaimana dengan pendapat Bella sendiri? Dia nak ke? Bukan ke Bella juga berkeras tak mahu sama sepertinya.

"Tapi, bukan ke Rose selalu cakap yang dia tak nak. Ma... tak boleh ke mama bagi giliran adik beradik mama pula yang urus syarikat? Mereka bukan orang lain, keluarga mama juga." ragu-ragu Rafael melontarkan soalan. Soalan maut tapi dia sanggup dimarahi demi adiknya.

Madam Jasmine geleng kepala bersama segaris senyum. Entah kenapa senyuman ini membuatkan Rafael merinding.

"Malangnya tak boleh la, sayang. Raf tahukan syarikat tu segalanya bagi mama. Haa, mama dah faham. Masih sempat untuk mama ajarkan Bella jadi pewaris yang sebenar. Buat masa sekarang mama akan biarkan dulu. Biar dia enjoy sepuasnya sebelum masuk kedalam dunia kerja."

"Dengan begitu, dia takkan terlalu bencikan mama kan. Ya, begitu rupanya. Kenapa mama tak terfikir sejak awal."

Rafael menggosok lengannya yang merasa naik bulu roma. Muka terasa hilang darah tika ini. Lidah kelu untuk berkata-kata.

Apa?

Kenapa tiba-tiba nak heret Rose?

Tangan Rafael yang berada dibawah meja menggenggam erat hingga menampakkan urat.

Haa, macam mana aku boleh lupa. Madam Jasmine, mama tiri aku ni seorang yang workaholic yang membuatkan dia terobsess dengan L.Tyson kesayangan dia.

Kadang aku tertanya-tanya. Apa mungkin mama lebih sayangkan syarikat berbanding anak?

******

Aspuri.

Sedang Ifah menunduk belajar di meja belajar. Dia tercari-cari akan sesuatu didalam pencil box. Tiada. Hah, lupa tertinggal dalam kelas.

Dia berpaling ke belakang dimana hanya ada Bella yang berdiri di muka pintu. Seperti nak keluar.

"Tck!" decit Ifah perlahan. Ayu pula sedang berada di surau. Mahu tak mahu terpaksa la dia meminjam pada Bella wahal dia berusaha sehabis baik tak mahu berteguran dengan gadis itu.

"Kenapa? Nak ikut ke? Aku nak pergi tandas je." kata Bella apabila perasan dirinya dipandang lama.

"Erk, kau... ada marker hitam tak? Pinjam boleh? Kalau tak boleh tak apa." Ifah merasa harga dirinya tercalar kerana terpaksa meminjam sesuatu dari orang yang ia tak suka.

"Oh, ambil je atas meja aku. Eh, aku pergi dulu. Kang tak pasal ramai pula orang kat tandas." usai berkata begini, Bella cabut lari. Tergesa-gesa. Yela, masa-masa begini mula la tandas penuh.

Ifah berganjak ke sisi belakangnya dimana ada meja belajar Bella di situ.

"Huh, berselerak meja. Tak reti kemas ke?" rungutnya sambil mencari marker dari lompokkan kertas. Bukan malas mengemas, cuma tak sempat.

Akhirnya jumpa juga sebatang marker yang dicari. Tika Ifah ingin ke mejanya semula. Matanya terpandang akan sesuatu yang membuatnya tertarik.

Sehelai surat beranak Bella yang diprint membuatnya tertarik ingin lihat. Memandangkan selama ini dia dan Ayu tak tahu langsung mengenai hal peribadi Bella. Bella memang tak pernah cerita mengenai keluarganya.

Kertas itu di ambil. Mulanya Ifah biasa saja. Namun, sesaat matanya membulat. Keningnya berkerut bagai tak percaya. Matanya melekat pada nama ibu kandung Bella.

Jasmine Elvy?

Dia cukup kenal dengan nama itu walaupun tak pernah lihat siapa sosok orang tersebut. Rasanya satu sekolah ini kenal.

"Kebetulan atau macam mana ni. Jasmine Elvy, bukan ke penyumbang dana terbesar sekolah ni ke?" sekaligus bekas presiden di sekolah elit L.Tyson.

Tak tunggu lama, Ifah pantas mencapai smartphone lalu membuka aplikasi pencarian.

Jasmine Elvy. Search!

Matanya fokus membaca setiap bait mengenai maklumat wanita itu. Kebanyakannya berisi empayar syarikat yang dikeroka oleh wanita itu dan suami.

Sedang membelek-belek malas, Ifah sudah mengalah. Rasanya dia salah faham. Kebetulan mungkin nama ibu Bella. Mana mungkin roommate nya itu anak kepada wanita berdarah bangsawan kaya raya tersebut.

Mana mungkin. Huh! Ifah sudah tertawa kecil.

"Apa la aku mengarut malam-malam ni. Takkan la si Bella tu ana-"

Terhenti omelan Ifah tatkala terpandang kepada satu gambar yang rasanya dia pernah lihat.

Tika gambar itu ditekan dan terlihat lebih jelas. Tak semenanya Ifah menutup mulutnya terkejut. Hampir terlepas telefon yang dipegang.

"Ini bukan ke gambar yang di Instagram Rafael ke. Apa benda ni? Tak faham aku." gerutu Ifah membelek lagi gambar yang ada.

Gambar budak lelaki dan budak perempuan kecil yang berpegangan tangan. Sama persis milik Rafael!

Mata fokus hingga berkerut mukanya manakala mulut membaca informasi yang tertulis.

"Madam Jasmine Elvy juga dikatakan memiliki dua orang anak. Anak lelakinya merupakan seorang pemain bola sepak antarabangsa yang berlatih di negara Jepun. Manakala, maklumat mengenai anak gadis beliau tidak banyak. Namun, kata Madam Jasmine dari wawancara tahun lalu. Anak gadisnya tinggal di Malaysia hingga sekarang."

"Anak perempuan Madam Jasmine dikatakan misterius kerana tak pernah tonjolkan diri di publik mahupun media sosial."

"Siapa sebenarnya anak perempuan Madam Jasmine? Dikatakan beliau berada di Malaysia."

Pap!

Ifah menekup telefon atas meja. Kepalanya dipegang dengan kedua tangan. Mulanya muka gadis ini bingung. Dia tak tahu ingin bereaksi seperti mana.

"Biar betul..."

Sesaat bibir Ifah menarik senyum jahat. "Jadi selama ni kau sorokkan benda ni dari semua orang."

Dia ada teringat juga Bella pernah cakap yang dia tak suka menonjol atau menarik perhatian. Bella lebih suka hidup tenang dan menjalani kehidupan seperti pelajar biasa.

Jadi ini maksud dia?

"Kenapa aku tak pernah sedar. Gila... memang gila..." Ifah merasa baru mendapat keuntungan kerana dapat tahu rahsia besar Bella.

Apa ini kelemahan Bella?

Ifah yakin Ayu sendiri pun tak tahu hal ini.

"Ini kalau Ayu tahu. Apa jadinya ya?" desis Ifah tersenyum lebar.

Psycho.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience