PENAT seharian bekerja belum lagi reda, wajah sugul Datin Jenny dan Ehsan yang seakan ingin menerkamnya terpaksa ditelan dengan seribu keterpaksaan. Hati yang sarat menanggung duka telah terbiasa dengan sinis dari tampang mereka. Dia tidak melatah mahupun terasa hati. Sudah menjadi rencah dalam hidupnya diterima dan dicop sebagai anak perampas. Apa boleh buat, belas ehsan dari Tuan Kassim terpaksa dibalas dengan terus menetap di situ meskipun jauh di lubuk hatinya, Allah sahaja yang mengerti.
"Tak cukup dengan emak dia buat hal, kini dia pulak conteng arang ke muka kita! Dasar anak tak tahu malu!" dengus Datin Jenny dengan raut wajah penuh kebencian.
Eirfan memejam mata serentak menghela nafas panjang. Sudahlah hati, sudahlah kau makan hati! Belajarlah menerima setiap cacian mereka. Kau diam saja, kau sabar saja.
Malas hendak melayan, dia teruskan langkah menaiki anak tangga menuju ke kamar. Semakin lama dia di situ, alamatnya semakin tipislah keimanan yang selama ini dia simpan. Berdepan dengan manusia yang acapkali mencuba untuk menyingkirkannya, bahu dan hati harus sentiasa kuat! Jika tidak, seorang demi seorang sudah pasti layu di tangannya. Kerana kesabarannya punya had. Dan mereka hampir saja memecah masuk ke dalam garis had itu.
"Kau buat apa sampai masuk balai polis?" sergah Datuk Elias pula saat mereka berselisih bahu di hadapan bilik Tuan Kassim.
Eirfan tunduk menyalami tangan Datuk Elias namun seperti sudah diduga, tiada huluran yang diterima.
"Ada salah faham yang berlaku masa Eirfan dalam perjalanan ke ofis tadi" sahut Eirfan. Masih mampu bersopan dalam nadanya.
Ehsan yang mendengar dari tingkat bawah menyinggung senyuman sinis. Pucuk dicita, ulam mendatang!
"Salah faham? Ye ke? Kenapa aku dengar lain cerita?" Ehsan sengaja mengenakan Eirfan.
Eirfan ketap bibir. Kalau si muka kerut bertingkat-tingkat ni dah masuk campur, sorry sajalah dia nak lepas dari situ dengan aman!
"Lain cerita? Kau twist cerita? Nak tipu aku?" tuduh Datuk Elias yang merasakan Eirfan seakan-akan sedang memperbodohkannya. Dasar anak tak dianggap!
"Saya boleh jelaskan Datuk. Saya kena tuduh..."
"Bukan kena tuduh. Tapi dia kacau perempuan kat tepi jalan. Ended up, perempuan tu sendiri yang buat police report. And surprisingly, that girl is from our department. What a small world! Kalau ye pun nak woo perempuan, carilah yang elok sikit. Yang nampak wow standard sikit. Ni tak, yang macam jantan jugak kau tibai! Tasteless betul!!" komentar Ehsan. Dia jadi teringat akan wajah dan gaya kelelakian Natrah itu. Gadis itu dengan selambanya sengaja mempermalukan dia di hadapan semua orang. Tunggulah! Akan ada pembalasan dari dia. Sesiapa saja yang berani mencari pasal dengan dirinya, takkan semudahnya melepaskan diri!
"She's not a jantan!" Marah Eirfan dengan wajah kemerahannya. Dia mencerlung memandang wajah selamba Ehsan di bawah sana.
"Wowwww!! What a surprise! She's not a jantan! Ha ha ha..." Berdekah Ehsan ketawa. Entah apa yang lucu, Eirfan juga tidak tahu. Yang pasti, dia amat menghormati seorang wanita dan baginya Natrah adalah seorang wanita! Dan bukannya seorang jantan seperti yang diwara-warakan oleh Ehsan.
"Anak pungut dah pandai melawan! Well, no doubt. You suit her well" Ehsan menyindir sambil menepuk tangan.
"Datuk. I think our conversation is over. Can I go?" Masih mengekalkan nada sopan dan penuh hormat, Eirfan meminta izin.
"Not that quick! Go down and we still have things to discuss about. Now!" jerkah Datuk Elias.
TUAN KASSIM memandang wajah Eirfan dengan penuh persoalan. Dia sudah mengetahui akan perkara yang menimpa cucunya yang satu itu melalui Tuan Idzmir. Tuan Idzmir adalah salah seorang pegawai di balai polis tersebut dan juga merupakan sahabat akrab kepada Tuan Kassim. Mendengarkan saja berita itu, dia terus menghantar Ehsan untuk menguruskan segala-galanya. Dan kini dia inginkan penjelasan daripada Eirfan mengenai perkara tersebut.
"Apa dah jadi sebenarnya Fan?" Tuan Kassim memulakan mukadimah saat suasana menyepi.
Datin Jenny tayang wajah benci. Apabila Tuan Kassim sudah campur tangan, tiadalah peluang mereka untuk mengenakan Eirfan. Jadi dia terpaksa harus menjadi patung cendana di situ!
"Salah faham je tok. Fan tak sengaja terlanggar budak tu. So Eirfan cuma nak tolong dia. Tapi dia salah anggap akan niat Fan. Dia ingat Fan nak merompak dia..."
"Dah memang muka perompak!" getus Ehsan tak puas hati.
Tuan Kassim berdehem, memberi isyarat agar Ehsan mampu untuk diam dan tidak mencelah.
Dan Ehsan terpaksa akur!
"Jadi dipendekkan cerita, dia jerit sampai dapat perhatian semua orang. Dan dia cakap yang Fan berniat tak baik. Thats how things messed up!" keluh Eirfan dengan sesalan.
"Fan nak tolong dia je?" Tuan Kassim inginkan kepastian.
"Ye tok" sahut Eirfan dengan anggukan.
"Apa bukti? Kita tak tahu niat dalam hati kau macam mana. Entah-entah kau betul-betul nak rompak dia atau buat benda tak baik dengan dia. Almaklumlah, kau bukannya berduit sangat" Datin Jenny menyetir. Puas hati dapat mencelah.
Kata-kata Datin Jenny disambut dengan gelak tawa. Seketika wajah putih itu dipandang dengan serius. "Kalau betul saya ada niat tak baik atau nak merompak dia yang tak wow standard tu, dah lama saya buat pada keluarga ni. I don't need to look for another wow standard while I know they are just around me. Living with me. Staying with me. Here!"
Makan dalam dek kata-kata Eirfan ,Datin Jenny menggigit bibir. Dia menggenggam penumbuk, tak puas hati dengan bidasan Eirfan yang memang sudah menyindirnya di hadapan semua orang.
"Are we done?" Eirfan aju soalan kepada Tuan Kassim. Wajah tua itu dipandang, menagih jawapan.
Melihatkan anggukan daripada Tuan Kassim, Eirfan menarik nafas lega dan segera angkat kaki dari situ. Dia ingin cepat-cepat lari dari suasana tegang yang rimas dan panas itu!
"I know, you guys hate him. Tapi jangan lupa Lias. He's your son. Biological son! Sebenci apapun kau pada mak dia, dia masih lagi anak kandung kau. Darah kau mengalir dalam tubuh badan dia. Ingat tu!" pesan Tuan Kassim sebelum menganjak pergi dari situ. Dia faham kebencian Datuk Elias terhadap arwah Atilia. Tetapi kenapa kebencian itu harus dipikul pula oleh Eirfan? Anak itu tidak bersalah. Bahkan dia juga tidak pernah menginginkan kelahirannya di muka bumi ini. Jika dia tahu begini kesudahannya, tidak akan dia menyetujui perkahwinan tersebut.
Apakan daya, nasi sudah menjadi bubur. Menebus rasa bersalahnya terhadap Atilia dan arwah isterinya, Tuan Kassim berjanji untuk menjaga dan membesarkan Eirfan sehingga dia benar-benar yakin Eirfan sudah bisa mandiri.
"Perempuan tu. Hidup ke mati ke, masih je tetap menyusahkan aku!" dengus Datuk Elias.
"Dari dulu lagi I dah cakap, buang je jauh-jauh si Eirfan tu. You yang tak nak. Tengok sekarang apa dah jadi!" rungut Datin Jenny. Suaranya perlahan sahaja ,bimbang bakal didengari oleh Tuan Kassim.
"You jangan nak tambah semak I boleh tak?!" tukas Datuk Elias seraya meninggalkan Datin Jenny dan Ehsan di situ.
"Mi, what should we do now? Atok lebihkan Eirfan. Kalau macam ni, susahlah Ehsan!" Ehsan sudah mula mengutarakan kebimbangannya. Dia tidak mahu kedudukannya sebagai CEO tergugat dek kerana kehadiran Eirfan. Sungguh, dia tidak akan sesekali menyerah kalah pada Eirfan!
"Why you have to worry? Atok takkan lebihkan budak tu! You are the right one. The heir of the family. Kalau budak tu mampu rampas apa yang Ehsan ada sekarang, mummy akan ajar budak tu cukup-cukup! You have my back"
Kata-kata Datin Jenny melegakan sekeping hati Ehsan. Dia tahu dia tidak sendiri. Jikalau Tuan Kassim mungkir janji, dia tidak perlu khuatir kerana ada mummy daddynya yang akan memihak kepadanya!
EIRFAN menapak masuk ke dalam lif. Punat nombor 15 ditekan. Kemudian dia mengeluh sambil bersandar pada dinding. Sejak semalam dia tidak lena tidur kerana terlalu merindui arwah ibunya. Dia tiada tempat mengadu. Dia tiada teman untuk berbicara. Selama 32 tahun dia hidup, dia hanyalah sebatang kara. Segala-galanya dibuat sendiri. Semuanya atas usahanya sendiri. Kereta yang dipandunya bukanlah dari pemberian Tuan Kassim meskipun lelaki itu ada menawarkannya sebuah kereta. Namun kereta itu adalah hasil usahanya sendiri.
Bukan dia sengaja menolak pemberian Tuan Kassim, tetapi dia tidak mahu dianggap sebagai pengampu oleh keluarganya yang lain. Sementelah kehadiran dia dibenci oleh mereka. Itupun masih juga ada yang tidak berpuas hati dan menuduh dia sengaja bermuka-muka di hadapan Tuan Kassim kerana berjaya membeli kereta hasil usaha sendiri.
Arghhhh!! Dia penat. Betul-betul penat! Dia ingin keluar dari rumah agam itu dan berpindah ke tempat lain. Menyewa pun takpe. Asalkan jauh dari muka-muka yang membencinya. Mana tahan dia hari-hari harus menjamah cacian demi cacian dari mereka. Namun apakan daya, Tuan Kassim melarang keras akan permintaannya itu. Terpaksalah dia mengalah dan menurut sahaja.
Pintu lif terbuka. Terjengul muka ceria Natrah di situ yang sedang bersiul. Tengok je wajah Eirfan, terus dia senyap. Perlahan pulak tu langkahnya masuk ke dalam lif.
'Alamakkk!! Dia lahh..'
Natrah tekan punat nombor 17. Finance department. Karang kalau tak tekan punat, Eirfan tuduh dia sengaja bertukar department pulak! Nayaaaa...
Suasana sepi antara mereka. Natrah masih malu berkenaan hal semalam. Apabila teringatkan dia menggelar Eirfan sebagai mangkuk hayun, dia jadi malu dan kekok. Dia panggil Eirfan begitu hanya di hadapan Hasma dan Azizah sahaja. Di depan orang lain ,apalagi di depan Eirfan, malu berlari tak pijak lantai dia! Tiba-tiba saja dia teringat akan gelaran yang diberikannya kepada encik Ehsannya itu. Alamakkk!! Kes naya...
'Ishhhh, ni semua dua badak tu punya pasal!! Kan tak pasal-pasal dah cari pasal sekarang! Eeihhhh yang lif ni pun lambatnya nak bergerak! Natrah tekan punat berkali-kali. Eirfan gelak kecil.
"Awak tekan banyak kali macam tu, tak pasal-pasal kita terkandas kat sini. Sabarlah. Kejap lagi sampailah destinasi awak. Tapi sebelum destinasi awak sampai, saya sampai dulu. Awak boleh je lepak-lepak dekat sana. Mangkuk hayun kan??"
Natrah tersentak. Mati terus mulutnya nak jawab.. Alahai.. Serentak itu, pintu lif terbuka luas. Eirfan melangkah keluar dengan senyuman memekar di bibir.
"Eeeeeee...." Natrah menjerit namun hanya didengari oleh dirinya saja.
USAI sahaja meeting, Ehsan menghantar beberapa ahli lembaga syarikat sehingga ke pintu utama dan berbalik semula ke biliknya. Namun semasa melewati meja kerja Natrah, dia berhenti dengan wajah seriusnya memandang gadis itu.
Natrah telan liur. Perut dah kecut bagai nak meletup! Dia berlaga mata dengan wajah serius Ehsan itu. Tidak dinafikan, wajah itu mirip dengan wajah Eirfan.
'Peliknya. Mereka bukan adik-beradik tapi wajah sama. Arghhh! Lantaklah! Bukan hal aku nak fikir wajah-wajah diorang ni!'
"Encik nak sesuatu ke?" tanya Natrah polos.
Ehsan mengerut dahi. Dia pandang Natrah atas bawah atas bawah. 'Boleh tahan cantik minah ni!'
Dan berlalu tanpa sebarang kata-kata.
"Ek elehhh!! Poyooooo betullahhh! Eeeeee, nasiblah kau bos. Kalau tak..." Natrah berjeda. Lama dia diam memikirkan sesuatu.
"Bos?? Dia bos aku ke? Aduhhh, masaklah aku nak kena hadap muka dia hari-hari lepas ni! Tak habis lagi isu dengan mangkuk hayun, si muka kerut bertingkat-tingkat pulak jadi masalah sekarang!"
"Oii Araaa!! Apahal kau ni. Macam baru lepas nampak hantu je aku tengok!" tegur Hasma yang mulut memang takdak insurans itu! Geram pulak dia nak tenyeh mulut tu dengan cili.
"Aku sedihlah!!" Natrah tarik wajah dia sendiri. Kemudian wajahnya disembamkan ke atas meja. Meraung-raung pulak dia kat situ.
Azizah mendekati. Bahu Hasma dicuit.
"Apahal tu?"
"Si pokok Ara ni buat sinetron pagi-pagi buta ni. Tadi bukan main happy je aku tengok masa kat park lot tadi. Keluar-keluar je dari lif, terus masa muka. Ni dah buat muka macam nampak hantu. Lepas tu, buat sinetron pulak kat sini"
Tergelak Azizah dengar Hasma panggil Natrah dengan panggilan pokok Ara. Ha ha ha...
"Oii Natrah oii!! Awat hang sedih? Mai habaq kat kami" pujuk Azizah.
"Amboiii, tukar loghat utaralah pulak!" Hasma menyetir.
"Alaaa, mother tongue tu.. Aku bangga jadi anak utaqa" Azizah mendabik dada.
"Kenapa dunia ni kejam?" Hasma dan Azizah berpaling kepada Natrah. Terkebil-kebil mereka memandang keanehan Natrah itu.
"Kau tak payah nak berdrama bagai! Ceritalah kat kita orang. Kau apasal?"
"Sahlah si pokok Ara ni kena sampuk hantu!" omel Hasma lagi.
"Weyyyy encik Ehsan tu bos kita ke?"
"Yelah, bos kita. Baru kena lantik, aaaa.. bila ye? Aku tak ingatlah. Apasal?"
"Kau boleh tanya apasal?"
Azizah mengerut dahi. "Apa masalahnya kalau encik Ehsan tu bos kita?"
"Itulah masalahnya!" sahut Natrah.
"Aku dah pernah kutuk dia kaw-kaw hari tu. Aku tak rasa dia akan lepaskan aku macam tu je. Dahlah dia pandang aku semacam je tadi.."
"Ha ah lah. Hari tu yang kau cakap pasal usaha apa semua tu kan?" sampuk Hasma pula.
"Yelah. Aku baru je teringat. Masaklah kau Ara oii!! Encik Ehsan tu..." Azizah pandang Hasma.
"Kalau kau buat silap sedikit je..." Hasma pula menyambung.
Azizah tak lepas peluang. Giliran dia pula menyakat. "Habislah kau!"
"Orang puteh cakap, dead meat!" Hasma bercerita sambil menahan gelak. Saja dia buat suara ala-ala macam dalam cerita seram.
Wajah cemberut Natrah jelas kelihatan. Sempat juga dia telan liur dengan kata-kata dari kedua sahabatnya itu. Tapi....erkkkk? Boleh percaya ke diorang ni??!
"Korang saja nak takut-takutkan aku kan?"
"Pulak dah!" Hasma mengeluh.
"Mana ada! Betullah! Kau tak pernah dengar ke kes-kes yang berlaku sebelum ni?" Azizah cuba membawa bukti di hadapan mata Natrah. Otaknya ligat memikirkan nasib beberapa bekas rakan sekerja mereka dahulu yang pernah dipecat gara-gara hal kecil sahaja. Dan itu semua berlaku di bawah pemerintahan Encik Wan Ehsan Dzulhemi bin Datuk Wan Elias!
"Kes apa?" Natrah tak sabar nak tahu. Manalah tahu, kot-kot dia pun akan jadi kes seterusnya!
"Nantilah cerita. Lunch time! Ni waktu kerja. Tak pasal-pasal encik muka kerut bertingkat-tingkat tu hambur kita kat sini, maunya kita lari tak pijak tanah nanti! Chaoww dulu laa" Azizah segera berlalu ke meja kerjanya.
"BIAQ BETIKKKKK!" Tersentak Natrah tatkala mendengar cerita yang dibawa oleh Azizah dan Hasma itu. Laju pula air kosong yang dipesannya disedut. Entahkan kerana dia benar-benar haus atau kerana cerita yang dibawa oleh mereka itu mendahagakan tekaknya. Gulp!
"Uiiiii boleh tahan kau eh? Terkejut punya pasal, sampai terkeluaq loghat utaqa naaa.." perli Hasma dengan dekahan di hujung bicara.
Dan tawa itu disambut meriah oleh Azizah pula. Lucu apabila mengingat kembali aksi dan reaksi wajah Natrah saat itu. Dengan sebutan utaranya yang tidak betul itu, dengan ekspresi wajahnya pula. Haishh... Selasak-lasak si pokok Ara ni, not bad jugaklah orangnya!
"Hampehlah korang berdua ni! Sahih ke cerita tu?" Natrah mahu kepastian. Jangan pulak nanti dia merisaukan perkara yang palsu lagi tidak benar. Mahunya kena luku dua-dua nanti!
"Betullah cerita tu.." tukas Hasma.
"Sahih lagi pasti" sahut Azizah pula.
"Tidak diragukan lagi" Hasma menyambung kembali.
"Benda kecik dan simple pun boleh kena pecat ke? Apa punya kejamlah bos macam tu! Tu bukan etika kerja yang betul. Etika kerja yang betul bukannya ikut hati dan perasaan je nak main pecat orang" Natrah komentar.
Jus oren yang dipesan oleh Azizah sudah habis disedut. "Kejam tak kejam nyah! Kalau dah namanya bos tu Wan Ehsan Dzulhelmi, sorry lerr for the second chance. Memang tak lerrrr derrr" Azizah sempat serda di hujung bicaranya.
"Tak sopanlah kau ni nyah!" gerutu Hasma sambil tangannya laju menampar bahu Azizah.
"Ni lagi satu. Kau ingat kau boleh cakap macam tu depan-depan dengan encik bos kau tu? Kalau kau berani, kau buatlah" Azizah seakan mencabar.
Natrah terdiam sejenak. Berani tak berani, tapi kalau kesalahan tetap jugak kesalahan! Tapi betullah cakap Azizah tu. Berani ke dia? Haihhh...
"Beranilah!" Dengan penuh yakin Natrah lantang bersuara. Walhal dalam hati bagai nak kecut rasanya.
"Kalau berani, buatlah!" Sampuk satu suara dari arah belakang.
Mereka bertiga menoleh dan masing-masing tercengang. Apalagi Natrah ,macam nak terus lenyap saja dari situ. Dia lagi!
Wajah senyum sinis Eirfan mengunci mulut ketiga-tiga mereka. Eirfan terus saja melabuh punggung bersebelahan Natrah. Dari tadi dia menguping perbualan ketiga-tiga gadis itu. Seperti biasa, itulah hobinya semenjak dua menjak ini. Know-know saja lunch time, dia pasti ke port biasa kerana dia tahu Natrah dan dua temannya itu pasti lepak di tempat sama.
"Encik Eirfan.. haii!" Hasma bermanis muka tetapi hatinya sudah berdebar-debar. Masaklah! Mesti encik segak bergaya ni dah dengar perbualan mereka. Goshhh!!!
"Kenapa muka korang macam tak cukup darah je ni? Saya masih lagi manusia. Belum lagi jadi hantu" Eirfan berseloroh serentak dengan tawa kecilnya. Macam seronok je lepak dengan mereka!
"Memang tengah nampak hantulah ni!" sahut Natrah tanpa segan-silu.
Mata Hasma dan Azizah terjegil serentak. Takde insurans betullah mulut minah ni! Lantas, Azizah menyepak kaki Natrah membuatkan gadis itu mengaduh.
"Apa?!" jerkah Natrah. Tersentak Eirfan dibuatnya. Mana taknya, jerkahan itu terlalu lantang sehinggakan jantungnya hampir nak terkeluar!
"Kau nilah kan..." Suara Hasma mengendur. Malu tiba-tiba dengan perilaku Natrah di hadapan Eirfan.
"Encik Eirfan lunch jugak ke?" tegur Azizah, sekadar menjernihkan keadaan sekaligus menukar topik perbualan.
"Yupp.. dari tadi"
"Dari tadi? Dari bila tu?" Hasma menyoal. Masaklah!
"Dari sebelum korang duduk sini" selamba saja nada suara Eirfan.
Hasma dan Azizah saling berpandangan. Oopps!! Rahsia gosip mereka sudah bocor!
"Kiranya encik dah dengarlah gosip kitaorang?" sampuk Natrah selamba. Dari tadi juga dia menggosok-gosok bahagian kakinya yang sengaja disepak oleh Azizah. Sakit uii! Mana taknya, yang disepak itu kaki. Yang menyepak itu pulak jaguh high heels!
Hasma dan Azizah membundarkan mata mereka. Haishhh...
Eirfan gelak. "Yupp..."
"He he he..." sengih Azizah pula. Boleh tak kalau aku nak lari terus dari sini? Tak cukup selesai lagi dengan kes bos yang satu itu, yang ini pulak datang menghimpun!
"Takut?" Eirfan psiko. Tiba-tiba saja. Wajah sengaja disiniskan.
"Ya" Hasma dan Azizah serentak.
"Tak!" sampuk Natrah.
"Oii!" sergah Hasma.
"Apa??!" tukas Natrah.
Eirfan gelak saja dengan gelagat mereka. Dia boleh nampak sirna ketakutan pada wajah Hasma dan Azizah. Namun riak Natrah melukiskan yang sebaliknya. Tercuit sungguh hatinya denga keberanian gadis itu.
"Orang buat salah, tegurlah! Nak takut buat apa? Sebab dia bos besar?" Lantang pula suara Natrah. Tetapi sungguh hatinya juga kecut. Buatnya Eirfan mengadu dengan Ehsan?? Dahlah kes tempoh hari belum selesai. Aduhhh menempa bana betullah kau Natrah!
"Awaklah tegur dia! Teguran kami tak makan saman" adu Eirfan. Sambil-sambil itu, dia mengambil kesempatan untuk menilik setiap inci wajah Natrah. Wajah itu memang langsung tak berubah dari zaman sekolah dulu! Babyface betul...
Gulp!! Natrah telan liur. Betul-betul terasa pahit. Dia cabar aku ke? Atau saja-saja nak kenakan aku? Berani dia nak kenakan aku! Tak cium bau tanah dia nanti!
"Ehsan tu... too spoiled!" Eirfan mula membuka cerita. Mungkin cara didikan atau memang semulajadinya begitu ,dia sendiri susah hendak memahami.
"Spoiled? Spoiled yang maksudnya manja atau dah rosak?" Hasma menebak. Mula berminat dengan cerita Eirfan. Azizah juga sama. Berdiam saja. Mendengar lebih aman dan selamat baginya sekarang. Play safe!
"Both of it!" jawab Eirfan. Terdengar keluhan panjang di hujung bicaranya.
"Tapi saya tak salahkan dia. Mungkin didikan dari kecik. Couldn't agree more..." keluh Eirfan lagi. Entahlah, dia juga malas nak fikirkan masalah Ehsan itu.
"Sebab tu, siapa-siapa yang kerja dengan dia ,kena kuat mental. Kena tabah. Kalau tak, habislah! Atau ada antara korang yang nak bertukar department?" Eirfan menyindir di hujung bicara. Lebih kepada menyakat si Natrah itu.
Natrah berdecit. Dia ni kan.....
"NAK saya tumpangkan?" Eirfan memperlawa setelah menyedari tubuh badan Natrah terpacak setia di hadapan bus stand itu dari tadi.
Natrah buat-buat tak dengar. Syuhhh, syuhhh, jauhkanlah makhluk ini dari aku! Syuhhhh!
"Assalamualaikum.." Dia sudah berdiri di sebelah Natrah.
Natrah diam lagi. Lehernya dipanjangkan lagi, melihat sekiranya ada bas atau teksi untuk dinaiki. Malaslah lama-lama dekat situ. Suhu panasnya naik pula tiba-tiba! Elok je angin bertiup, tup-tup monsun bertukar pulak! Karang tak pasal-pasal dia pulak yang bertukar karakter!
"Dosa tak jawab salam" tegur Eirfan.
"Saya jawab dalam hatilah!" jawab Natrah dengan riak tak puas hati. Eeeee lahhh mamat ni!!
Senyum simpul Eirfan dibuatnya.
"Saya tumpangkan awak, jom? Lama lagi awak nak tunggu bas kat sini"
"Mana awak tahu? Naik bas pun awak tak pernah"
"Ish ish ish! Mana awak tahu saya tak pernah naik bas? Haaaa awak stalk saya eaa?"
"Apa punya merenglah si mangkuk..."
"Hayun kan? Awak panggil saya mangkuk hayun kan? Jangan ingat saya tak tahu" cantas Eirfan. "Dan saya pun tahu apa yang awak gelar bos awak. Ni kalau saya cerita kat Ehsan, agak-agaknya apa dia nak buat kat awak? Dia pecat awak ke? Atau saman awak sebab malukan dia hari tu? Ataupun..."
"Stopp!!" potong Natrah. Gerunnya memikirkan semua itu bakal terjadi pada dirinya. Apalah nasib dia hari ni. Kena kaw-kaw dengan Eirfan!
Eirfan sembunyi senyum. Tahu pun takut!
"Encik Eirfan. Encik nak apa dari saya sebenarnya? Saya elok-elok je nak tunggu bas kat sini. Tak kacau encik pun, yang encik tiba-tiba datang sini kacau mood saya ni apahal?"
"Saya nak tumpangkan awak. Lagipun, saya yang salah hari tu sebab skuter awak masuk bengkel kan? Saya tahu skuter awak tu dah tenat sangat. Lama lagi nak siap" Eirfan menuturkan kekesalan sekaligus menghimpun kemaafan di atas ketidaksengajaan melanggar Natrah tempoh hari.
Keluhan panjang terluah juga. Wajah Eirfan dipandang sepi. Ada riak kesal di situ. Dia tahu, Eirfan tidak berniat sebegitu. Dan dia jugak bersalah kerana sudah mengheret lelaki itu sehingga ke balai polis.
"So how?" Eirfan menunggu jawapan. Masih berharap reaksi positif daripada Natrah.
"Encik tak menyesal tumpangkan saya?"
"Menyesallah jugak..."
Tampang Natrah mencuka. Agak-agaklah nak jujur sekalipun...
Ketawa Eirfan terburai. "Taklah! Saya gurau je. Dah jom!"
Share this novel