Chapter 2

Romance Series 1597

Serena bertungkus lumus menyiapkan kerjanya yang sudah lama tergendala.Dia perlu menghantarnya kepada pembantunya untuk disemak.Serena banyak menghabiskan waktunya bersama tetamu istimewanya itu.Zeke sudah sembuh sepenuhnya,kemungkinan lelaki itu akan pulang ke rumahnya sendiri pada hari ini.Serena sudah tidak memikirkan perkara lain kerana sibuk menaip,malah Zeke juga sudah dihiraukannya.Hari berlalu dengan cukup pantas tanpa disedarinya.Selepas siap membuat kerjanya,Serena bangun untuk menyapa Zeke.Dia tidak bertemu lelaki itu sejak dari pagi lagi kerana sibuk dengan kerjanya.Tombol pintu bilik Zeke dicapai,namun bilik itu tidak berkunci.Ini menunjukkan bahawa Zeke tiada di biliknya.Serena mula berasa hairan,dia tidak mendengar sebarang bunyi menandakan Zeke keluar dari biliknya.Serena cuba untuk melihat di dapur jikalau lelaki itu ada di situ,namun hasilnya tetap sama.
‘kemanakah dia pergi’,getus Serena di dalam hati.Serena terus berjalan keluar ke laman belakang rumahnya.Matanya terus mencari kelibat Zeke dan masih tidak menangkap sosok lelaki itu.Serena melabuhkan punggungnya di pangkin kecil yang yang terdapat berhampiran kebunnya kecilnya.Hatinya mulai rasa sedih kerana tidak memjumpai sosok Zeke.
‘Adakah Zeke pergi tanpa salam perpisahan?’,tanya Serena pada dirinya sendiri.Hatinya jadi semakin sedih kerana lelaki itu pergi tanpa sebarang khabar.Serena mengeluh lalu menongkat dagunya sambil melihat ke arah tanah.Tiba-tiba matanya menangkap tulisan di atas tanah,tulisan itu agak besar.Serena bangun untuk membaca tulisan itu,tulisan itu berkata,..
“SAYA UCAPKAN TERIMA KASIH ATAS LAYANAN BAIK KAMU TERHADAP SAYA,SAYA AKAN SENTIASA MENGINGATINYA,MAAF PERGI TANPA KHABAR DAN PERPISAHAN.ADA HAL PENTING YANG PERLU DIURUSKAN,JUMPA KAMU LAGI NANTI,BYE. -ZEKE”
Serena tersenyum lebar,tidak dia sangka Zeke akan meninggalkan nota sebesar ini di atas tanah.Mujur hatinya terdetik untuk datang ke sini.Serena terus melihat ke sekelilingnya.Dia mahu mencari jikalau Zeke masih tidak jauh dari rumahnya.Namun,di situ hanya ada dirinya sahaja.Serena kembali duduk di atas pangkin dan dia merasakan seperti punggungnya dicucuk oleh sesuatu.Serena cepat-cepat bangun untuk melihatnya.Betapa terkejutnya apabila terdapat sekuntum bunga ros bewarna merah dan mekar dengan cantik.Bunga itu diambilnya lalu dicium,bunga itu masih segar seperti baru dipetik dari pokok,setahunya di kawasan rumahnya tiada pokok bunga ros dan sewaktu dia duduk di pangkin ini tadi tiada apa-apa langsung di atasnya.Bagaimana bunga ros itu boleh terdapat di situ dan siapa yang meletakkannya?.Serena menggaru kepalanya yang tidak gatal.Mungkin saja bunga ini sudah lama di atas pangkin dan berkemungkinan Serena yang tidak perasan akan kewujudannya.Serena juga rasa bunga tersebut diberi oleh Zeke kepadanya atas tanda perpisahan.Bunga Ros itu dibawanya masuk ke dalam rumah dan diletakkan di dalam pasu kecil di atas meja dapur...

Serena habiskan masa petangnya dengan menuai hasil tanaman dan menanam pokok yang baru di kebunnya .Dia juga menanam beberapa pokok bunga ros yang baru dibeli benihnya.Sejak mendapat sekuntum bunga Ros dari Zeke,Serena mula rasa suka dengan bunga tersebut.Dia menanam benih bunga tersebut ke dalam pasu bunga dan selebihnya di taburkan di sekeliling pagar kebunnya.Selepas selesai menyiram,Serena mengemas semua peralatan berkebunya lalu berehat di atas pangkin.Dia mahu menikmati pemandangan petang yang cantik itu.Pemandangan kampung yang sungguh cantik membuatkan hatinya tenang.Semuanya lengkap di situ kerana ada gunung-ganang yang tinggi,ada hutan tebal yang kehijau-hijauan,ada tanah yang lapang,ada burung berterbangan,ada permandangan matahari terbenam dan sebagainya.Serena bersyukur kerana diberi peluang untuk menyaksikan keindahan alam itu lagi.
Dia mengangkat bakul yang berisi sayur-sayuran yang dituainya sebentar lalu dibawa perlahan-lahan menuju ke arah jalan yang hanya dilitupi rumput,tidak seperti jalan di bandar yang dilitupi tar hitam.Jalan dikampung itu hanya dikelilingi oleh pokok bunga dan pagar kayu sahaja.Serena membawa bakul itu sambil berjalan-jalan melihat sekeliling .Dia juga disapa beberapa orang yang melintasi.Ada daripada mereka yang menaiki basikal.Serena hanya membalas sapaan mereka dengan senyuman dan lambaian tangan.Akhirnya,Serena mendekati tempat yang ditujunya iaitu rumah Makcik Ann.Dia berniat untuk berkongsi hasil tuaian dengan wanita itu.Serena menyapa seorang gadis yang sedang mengendong bayi lelaki di hadapan rumah Makcik Ann tersebut.
“Hai,selamat petang.Makcik Ann ada?”,tanya Serena kepada gadis itu.Gadis itu kelihatan terkejut melihatnya.
“Dia ada di dalam,tetapi siapakah kamu?”,tanya gadis itu kepada Serena.
“Oh,iya saya Serena dan saya duduk di Teratak Andrea di hujung sana.Kamu?”,Serena menunjukkan ke arah rumah neneknya.Gadis itu mengangguk sebaik melihat ke rumah tersebut dari kejauhan.
“Saya Connie dan ini Billy”,Gadis tersebut memperkenalkan dirinya dan bayi lelaki dan dukungannya.
“Saya anak makcik Ann .Mak saya ada di dalam,dia sedang sibuk memasak untuk makan malam,mahu saya panggilkan dia atau kamu mahu masuk ke dalam sendiri?”,Ujar Connie sambil mendodoi Billy yang mula meragam.
“Boleh kamu panggilkan dia.Biar saya pegang adik kamu”,Serena menawarkan dirinya untuk memegang Billy.
“Adik?!,adakah dia nampak seperti adik saya?Billy anak saya”,ujar Connie dengan wajah menyampah kepada Serena.Serena menahan wajah terkejutnya.Gadis semuda Connie sudah memiliki anak?!.Dia sangat terkejut.Connie berjalan masuk ke rumah sambil mengendong Billy.Dia keberatan untuk memberikan anaknya kepada orang yang baru dikenalinya.Tidak lama selepas itu,Kelibat Makcik Ann dengan lengkap memakai apron.
“Oh,Serena.Kamu datang ke rumah makcik”,Ucap Makcik Ann gembira rumahnya didatangi tetamu.
“Masuk ke dalam,tidak perlu malu”,Serena dijemput masuk ke dalam rumahnya.Serena ingin menolak dengan baik kerana badannya yang agak kotor kerana berkebun.
“Tidak mengapa,saya sekejap sahaja datang ke sini.Saya ingin beri sesuatu”,Makcik Ann kelihatan kecewa dengan kata-kata Serena.Wanita itu mengintai ke arah bakul yang dibawa Serena.
“Sayur-sayuran.Dari mana kamu ambil?”,
“Saya tuai dari kebun kecil saya.Ambillah semua ini.Saya masih ada banyak di rumah”,
“Kamu memang baik hati,terima kasih.Mesti kamu suka berkebunkan sejak duduk di kampung”,
“Betul itu,berkebun buat saya rasa seronok.Paling menyeronokkan bila tiba masa menuai”,ujar Serena.Makcik Ann mengambil bakul yang berisi pelbagai sayur-sayuran itu.
“Saya minta diri dulu untuk pulang.Hari kian gelap”,Serena meminta diri untuk pulang,tetapi ditahan oleh Makcik Ann.Wanita itu beria-ria ingin mengajak Serena makan malam di rumahnya.Serena agak keberatan kerana segan dengan keluarga wanita tersebut.Namun begitu,Serena tetap beralah dan tetap masuk ke rumah Makcik Ann kerana ingin mengambil hatinya.Keluarga Makcik Ann melayannya dengan sangat baik

sekali lagi..kalau ada yang salah ,buat tak thu jelah eh :))

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience