Sesampainya mereka disebuah garaj rumah banglo, Datin Fazura memimpin tangan kecil Alicia untuk berjalan beriringin memasuki rumah mereka.
Kedatangan mereka berdua disambut hangat oleh Dato' Razman.
"Assalamualaikum .." ucap Alicia saat pintu rumah dibuka oleh Dato' Razman.
"Wa'alaikumussalam .. anak ayah dah balik lah, ayah rindu tau." Ucap lelaki itu memeluk tubuh Alicia dengan erat.
"Ayah .. Alicia rindu sangat pada ayah."
"Ayah pun rindukan Alicia .."
"Amboii dua beranak ni ya, macam dah bertahun-tahun tak jumpa." Usik Datin pula.
Kini Alicia akan masuk ke dalam biliknya untuk menukar pakaian sebelum dia turun untuk makan tengah hari.
Alicia dan ibu bapa nya tidur dibilik yang berbeza, dia sudah diajarkan sejak kecil untuk berdirikari. Tetapi, pada hari-hari tertentu. Datin Fazura akan datang untuk membacakan dongeng penghantar tidur Alicia.
Gadis itu tidak pernah menyangka, dia ditakadirkan masuk ke dalam sebuah keluarga yang memiliki banyak kasih sayang.
"Alicia .. ibu dah siap bacakan buku dongeng, Alicia tidur ya nak, esok nak bangun pagi." Ucap Datin Fazura seraya menutup buku dongeng puteri salju.
"Baik ibu. Terima kasih banyak, good night ibu." Ucap Alicia seraya memeluk tubuh Datin Fazura.
Kemudian ibu nya memberikan satu pelukan erat serta kecupan pada kedua belah pipi Alicia. wanita itu melangkah ke arah pintu seraya menekan suis lampu. sempat Datin Fazura melambaikan tangannya sebelum pintu bilik Alicia di tutupnya.
* * *
Datin Fazura memulas tombol pintu biliknya, dia melihat suaminya sedang duduk seraya membaca surat khabar lama.
Mendengar suara pintu tertutup, Dato' langsung menoleh ke arah Datin.
"Alicia dah tidur ke sayang?" Soal Dato' Razman, surat khabar ditangan itu dia letakkan diatas meja berserta cermin mata nya.
"Belum lagi, tapi dah mengantuk .."
"Abang ... tadi siang masa saya jemput Alicia kan, dia ada cerita pasal kawan dia. Yang Bella tu, dia nak dapat adik tak lama lagi."
"Alhamdulillah, lepas tu?"
"Alicia pun nak ada adik juga."
"Bagus lah tu, kalau dia dah ada rasa nak jadi kakak."
"Tapi saya risau lah, saya ni umur pun dah 40 lebih, boleh ke mengandung lagi?"
"InsyaAllah kalau ada rezeki .."
* * *
Lima bulan kemudian, Datin Fazura disahkan mengandung sekali lagi.
Pagi itu saat mereka sedang menikmati breakfast nya dengan mie goreng seafood. Dato' Razman tiba-tiba mengeluarkan kotak kecil dihadapan Alicia.
"Ermm apa ni, ayah?" Soal Alicia.
"Cuba buka, ada hadiah untuk Alicia." Ucap ibu nya.
"Tapi, hari jadi Alicia masih lama lagi."
Ibu dan ayah nya tersengih kecil.
"Ini bukan hadiah hari jadi, tapi ini hadiah yang paling dinanti-nantikan oleh Alicia." Ucap Ayahnya.
Alicia tersenyum, kemudian tangannya mengambil sebuah kotak hadiah itu.
Tangannya mula menarik penutup itu, betapa tergamamnya Alicia saat melihat isi di dalam kotak itu adalah kasut dan juga pita kecil berwarna pink.
"Tahniah ...Alicia akan jadi kakak tidak lama lagi." Sorak ayah dan ibu nya.
"Be-betul ke ni? Ibu mengandung ke?" Soalnya dengan tak percaya, Datin Fazura menganggukan kepalanya.
Alicia menitiskan air mata, kemudian dia bangkit dari duduknya dan memeluk erat Datin Fazura.
"Tahniah juga kepada ibu dan ayah, jom kita shooping barang-barang adik baby." Ucap Alicia.
"InsyaAllah petang nanti ya sayang, kita sambil check up."
"Okey ibu ..."
Mereka kembali meneruskan sarapan pagi yang sempat tertunda itu.
Pukul 16:30 petang waktu Malaysia.
Mereka bertiga mula berjalan memasuki sebuah klinik kandungan yang berada tidak jauh dari kediaman mereka.
"Ibu .. boleh tak Alicia nak pimpin tangan ibu, lepas tu Alicia nak ikut masuk dalam bilik check up." Tutur Alicia saat kaki mereka memasuki klinik itu.
"Boleh sayang." Ucap Datin kemudian memberikan tangan kanan nya untuk di pimpin, manakala Dato' berjalan di belakang seraya membawa hand beg milik isterinya.
Perlahan tangan Datin membuka pintu kayu yang ditengahnya terletak kaca yang teransparan.
"Assalamualikum Doktor Nina." Ucap Alicia saat pintu itu terbuka.
"Wa'alaykumussalam Alicia." Jawab wanita yang bekerja sebagai doktor kandungan itu.
"Alicia datang sini nak check adik baby .." ucap gadis kecil itu lagi, terus memimpin tangan Datin Fazura.
Datin dan Dato' hanya tersengih-sengih melihat anak nya yang kian hari bertambah pintar.
"Sila berbaring Datin." Ucap wanita itu kemudian menyarungkan gloves ditangannya.
Datin Fazura merebahkan tubuhnya di atas katil, manakala Alicia dan ayah nya berada di sisi kiri Datin Fazura.
Kemudian Doktor Nina mula menggerak-gerakan alat medis yang di sebut 'ultrasonografi' untuk melihat kapan perkiraan hari persalinan Datin Fazura.
"Wahh adik Alicia baby girl lah, tengok tu hidung dia. Mancung macam Alicia." Ucap Doktor Nina seraya menunjuk ke arah screen yang berada dihadapan nya.
Alicia tersenyum-senyum kemudian memeluk ayah nya dengan erat. Perasaannya benar-benar gembira.
Datin Fazura mengusap-usap kepala Alicia seraya tersenyum, gembira betul anak nya itu selepas melihat jentina adik nya.
Sepulang mereka dari Klinik itu, Dato melajukan kenderaan nya menuju ke sebuah pusat perbelanjaan untuk membeli beberapa pakaian dan barang-barang baby.
"Alicia nak belikan semua baju adik warna pink, mesti comel." ucap Alicia saat mereka memasuki pusat perbelanjaan itu.
Waktu terus berjalan, hari demi hari telah pun terlewati. kini kehamilan Datin Fazura sudah memasuki usia sembilan bulan, tinggal menunggu hari sahaja untuk wanita itu melahirkan anak kedua nya.
Pagi itu selepas menunaikan sembahyang subuh, Datin Fazura mejerit kesakitan, saat dia merasakan ada sesuatu yang ingin keluar dari rahimnya. suara lolongan nya itu mengejutkan suaminya yang saat itu sedang berada di lantai bawah untuk menyiapkan sarapan pagi.
Sebaik sahaja mendengar suara itu, Dato' Razman terus berlari meniti anak tangga. saat pintu bilik itu terbuka, betapa tergamamnya dia saat melihat isterinya sudah tidak sedarkan diri, dengan darah yang terus mengalir keluar dari tubuh nya.
Dato' Razman terus mendukung tubuh isterinya untuk dia bawa ke hospital. Alicia yang saat itu sedang tertidur langsung dibangunkan dan dibawa masuk ke dalam kereta.
Setiba nya mereka di sebuah hospital, Datin Fazura langsung dikejarkan ke dalam pilik kecemasan. selepas menunggu beberapa jam, akhirnya seorang doktor keluar dari bilik itu.
Alicia yang saat itu sedang duduk dipangkuan Dato'. terus didukukung.
"Suami kepada Datin Fazura ke?" soal Doktor itu.
"Ya Doktor, saya suami kepada Fazura. ada apa-apa yang terjadi pada isteri saya ke?" soal Dato' Razman dengan perasaan yang cemas, peluh sebesar biji jagung merembes keluar, membasahkan keningnya.
Tiba-tiba Doktor itu mengusap bahu Dato' Razman.
"Saya harap Dato' bersabar, saya dan pihak medis telah mencuba sebaik mungkin. tetapi Allah berkata lain, Datin Fazura telah menghembuskan nafas nya sebentar tadi." ucap Doktor itu, mata nya berkaca-kaca.
"Brug ...."
Tubuh Dato' Razman jatuh bersama Alicia ke atas lantai, perasaan nya begitu hancur saat mendengar khabar yang begitu memilukan dan menyayat hati nya.
Doktor lelaki itu turut sama berada di sebelah Dato' Razman, seraya terus mengusap-usap bahunya. dan memberikan kata-kata semangat.
Saat pemandian jenazah akan di lakukan, Dato' Razman mengusap wajah isterinya yang telah pucat, manakala Alicia di dukung oleh adik perempuan kepada Dato' Razman.
Segayung air perlahan-lahan Dato' Razman curahkan, seraya dia mengusap lembut wajah isterinya.
"Terima kasih sayang, dah jadi isteri yang baik untuk abang. terima kasih dah setia temankan abang dari dulu hingga kini, terima kasih sebab dah lahirkan Alicia untuk jadi peneman dalam hidup abang. semoga sayang dikumpulkan bersama orang-orang yang soleh dan beriman di syurga Allah, Aamiin." ucap lelaki itu, tak mampu dia membendung air mata nya yang terus jatuh membasahi pipi.
Alicia mengusap air mata nya, entah mengapa tiba-tiba dada nya terasa sesak ingin menangis saat melihat ibu nya di mandikan, kemudian ayah nya pula menangis, bukan hanya ayah nya saja, tetapi semua orang yang berada didalam rumah tersebut.
Share this novel