Bab 9

Fantasy Completed 13895

"hai.." tegur salah seorang pelajar lelaki yang lalu di sebelahnya.

Jane tersipu sipu malu. Sejak dia melangkah masuk ke dalam kawasan sekolah pagi tadi, mata semua lelaki terpaku melihatnya.

"siapa tu?" ujar salah seorang gadis merangkap kawan baik sarah.

Sarah memandang tajam ke arah gadis cantik yang dari tadi menarik perhatiannya.
"macam aku kenal..."

"weh tu jane lah!" beritahu salah seorang temannya.

"hah?!" daripada duduk di kerusi gadis itu terus terbangun.
"kau jangan main main"

"betul tu jane.. Dia dah lawa"

Sarah memandang tidak percaya. Tak mungkin! Macam mana gadis hodoh tu boleh jadi cantik?! Ni mesti ada sesuatu.. Aku kena cari tahu. Sarah menyimpan tekad.
___________

Jane duduk diam di tempatnya. Sedari tadi ramai pelajar mengerumuninya dan bertanya mengenai perubahannya. Tidak kurang juga ada lelaki yang ingin berkenalan dengannya. Apa yang paling tidak di sangka ialah si Danny pun mula menunjukkan minat kepadanya. Itu lawak.

Kai melangkah masuk ke dalam kelas. Dia melihat tempatnya dikerumuni oleh para pelajar dari kelas itu dan juga dari kelas lain.

"tuan.." bisik paul.

"apa?"

Tu. Paul memuncungkan bibirnya ke arah jane.

Kai hanya mengangguk kecil. Kakinya dihalakan ke tempat duduknya. Jane tersenyum memandang kai di sebelah.

"kai.."

Asal? lelaki itu memandang jane sambil mengangkat keningnya.

Terus mati senyuman di wajah gadis itu. Dia ni tak nampak ke aku dah lain?

Sarah yang sedang duduk di tempatnya mula merasa benci melihat wajah jane. Sial! Kau rampas perhatian yang sepatutnya jadi milik aku! Gadis itu menggenggam penumbuknya kuat.
____________

Kelas dimulai dengan pembelajaran oleh puan heni. Wajah guru wanita itu berkerut memandang gadis di sebelah kai.

"kamu siapa?" ujarnya sambil menunjukkan jari ke arah jane.

Jane tersenyum. "saya jane"

"jane? Wah dah cantik kamu sekarang mesti menyesal siapa yang buli kamu dulu kan" ujar guru itu sambil tersenyum lebar.

Sarah yang mendengar terasa meluat.
"ala tu semua sebab solekan je.. Tu mesti solek tebal tebal!" ujarnya lantang.

Puan heni mengelengkan kepalanya sambil memandang sarah. "sarah kamu pun pakai alat solek juga ke sekolah"

Terus terdiam gadis itu. Kata kata puan heni disambut dengan gelak ketawa murid sekelasnya. Kau tunggu rehat ni jane!
____________

Jane melabuhkan punggungnya di tempat duduk di tepi tasik. Hari tu rasa lain pula sebab ramai betul yang rehat di tepi tasik. Selalunya dia seorang sahaja. "mana kai ni?"

Dari tadi dia menunggu kedatangan lelaki itu tapi masih tak muncul muncul.

"hye jane" sarah yang muncul dari belakang tersenyum memandang jane dihadapannya.

"eh Sarah.. Awak.. Nak apa?" tanya jane sedikit takut. Gadis itu lah yang membulinya ketika di tandas sekolah.

"boleh aku duduk?" tanya sarah lembut. Tanpa di suruh gadis itu terus melabuhkan punggungnya di tepi jane.
"sebenarnya aku nak minta maaf" kata gadis itu perlahan sambil memegang botol airnya.

Daripada duduk bersandar terus tegak jane apabila mendengar ucapan maaf dari sarah.
Betulke apa yang aku dengar ni?
"saya dah lama maafkan.." jane tersenyum manis.

"kalau macam tu.. Apa rahsia kau jadi lawa? Boleh kongsi tak?"

Terkejut jane mendengar pertanyaan gadis di tepinya. Sebab ni ke dia nak berbaik?
"mana ada rahsia.. Saya pakai alat solek je"

"tipu.. Bagilah tahu betul betul" bentak gadis itu.

"betul sarah"

"jangan menipu!" serentak itu tangannya membuka penutup botol air minuman miliknya dan disimbah ke muka jane. Habis basah kuyup gadis itu dibuatnya.

Jane terlopong memandang sarah.

"semua tengok ni! Solekan jane mesti tertanggal sebab aku dah simbah air kat muka dia.. Sekarang korang tengok wajah hodoh dia yang sebenarnya" jerit sarah sambil menujuk-nunjuk ke arah muka Jane.

Jane tidak dapat melarikan diri ke bilik air kerana dikerumuni oleh semua pelajar yang hendak melihat wajahnya.

"mana ada hodoh? Tu memang wajah dia lah!"

"aah la.. Tu memang kulit asal dia lah" sokong yang lain.

Sarah mengerutkan dahi. Wajah betul? Langsung dia menoleh ke arah jane yang sedang mengelap wajahnya menggunakan sapu tangan. Be.. Betullah.. Itu wajah di.. Dia!
Terbeliak mata gadis itu kerana terkejut.

"sarah kau ni menipu lah!" ujar seorang pelajar lelaki dan terus menyimbahkan air sirapnya ke muka sarah.

"ahhh pedih pedih" tangannya mengosok gosok matanya dan wajahnya untuk menghilangkan rasa melekit.

Alamak! Baru dia teringat yang solekannya sudah tertanggal dek kerana asyik mengosok muka.

"sekarang korang tengok siapa yang buruk sebenarnya!" jerit pelajar lelaki itu lagi.

Sarah menutup wajahnya dan terus berlari keluar dari kawasan itu. Habis terbongkar rahsianya. Malunya. Semuanya sebab Jane!! Siap kau perempuan sial!

"jane kau okey?" tanya pelajar lelaki itu.

Gadis itu mengangguk. "terima kasih" ujarnya dan terus berdiri untuk masuk ke dalam kelas.

Muka aku memang cantik? Semua ni sebab bedak kai ke? Tapi sekarang.. Mana kai?
___________

Jangan lupa komen ok:3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience