16.Tamu tak diundang

Crime Series 1643

***Beberapa hari berlalu, aku masih di rumah merehatkan diri dan menjauhi masalah..

*kringgggg, telefon ku berdering***

“Hello lang, apa cerita, dah sihat belum tu” soal azam padaku..

“Ha zam, aku ingat lagi 2 hari baru aku jumpa kau, aku nak cukupkan rehat dulu ni,” balasku sambil membalut barang baru.

“Okay2, rehat2 lah dulu, apa2 bagitahu nanti” balas azam lalu menutup panggilan.

**beberapa bari dirumah, aku banyak berehat didalam bilik sahaja, sakit kepala ku makin kerap terjadi, ubat tahan sakit jangan cakap, kadang aku telan lebih dari yang sepatutnya.

***knockk knock kkk, pintu rumah ku diketuk. **ika membuka pintu lantas berkata.

“Along, angah”? soal ika dengan nada terkejut kerana 2 pemuda yang didepannya adalah abang kami.

“Ya ika, ni along dengan angah datang ni, alang dengan ibu mana”? soal along pada ika.

Sejurus aku mendengar perbualan tersebut aku terus keluar bilik.

“Ika sape tu, kan alang dah kata, jangan buka pintu sembarangan, tah perompak ke apa” jawab ku sambil menoleh ke arah dapur, enggan melihat wajah orang yang ku benci.

“Alang, ni along ni, angah ni, kami datang ni lang, ibu mana” soal mereka padaku.

“Ibu? kau tanya aku? perlu ke aku bagitahu, selama ni tak pernah korang ambil tahu” soalku dengan sindiran..

“Kami tahu kami salah, kami datang ni pun nak minta maaf, kami sedar, alang, ika, along datang ni nak ajak korang duduk dengan kami sekali, ayah ada beli rumah baru, so kita duduk sekali, kita jadi family sekali lagi, ayah rindu dekat ibu” jawab angah padaku..

“Alang, jangan macam ni, alang bagitahu je along denga angah cerita sebenar, jangan kita panjang kan lagi” kata ika padaku sambil rapat dengan ku..

Aku diam, aku lihat muka ika seperti sedang menahan sedih, aku lemah tengok ika macam tu. tapi kemarahan aku belum surut, aku nak ajar mereka berdua.

“korang nak tengok ibu sangat kan, baik, aku bawa korang tengok ibu sekarang” jawabku dengan nada marah lalu menarik tangan ika untuk turun ke bawah..

*****Sampai dibawah.. “Naik kereta alonglah ye, senang sikit nanti” kata along mengajak aku dan ika untuk naik sekali.

“Tak payah lah susah-susah, aku ada kereta sendiri, ikut je aku dari belakang nanti” jawabku mengejek lalu terus ku memanaskan enjin kereta..

*****Didalam kereta aku hanya mendiamkan diri, ika tak berani menegur ku kerana dia tahu aku kalau dah marah memang pantang orang ajak berborak.

Sesudah sampai di kawasan perkuburan, aku mematikan enjin kereta lalu keluar.

“Eh kenapa kita berhenti kat sini, ibu kerja dekat sini ke” angah bertanya padaku..

“Tak payah banyak tanya lah, ikut je"balasku lalu berjalan menuju kedalam kawasan perkuburan.

***Setelah beberapa ratus meter melangkah, aku berhenti di satu kubur.

“Ha nah, jumpalah ibu korang ni,” kataku.

“Alang, ika, tak bergurau kan, ibu... ibu....” balas along, dia terduduk, terdiam melihat kubur didepan nya tu.

“7 tahun dah ibu meninggal dunia, ada korang ambil tahu? sebabkan miskin, korang tinggalkan kami untuk mencari kehidupan baru katanya, dahlah, sekarang korang dah tahu kan kubur ibu, so lepas ni bolehlah korang bawa orang tua tu datang sini ye minta maaf” kataku smbil menahan air mata yang cuba keluar membasahi pipi.

“Orang tua yang kau panggil tu ayah kau fif, ayah kau” balas angah padaku lalu berdiri menghadapku.

“Perkataan ayah tu dah lama mati dalam hidupku, dah lama mati.” jawabku dengan nada menengking.

“Dahlah, depan kubur ibu ke nak bergaduh ke, please stop it” kata ika, air mata nya deras laju membasahi pipi.

“Dah, sekarang ni korang dah dapat apa yang korang nak, please jangan ganggu hidup aku dengan ika lagi, cukuplah apa yang aku alami sebelum ni, aku taknak tambah beban lagi” balasku sambil memegang tangan ika lalu berjalan keluar dari kawasan perkuburan.

Air mata ku mengalir sendiri, perasaan ku bercampur, namun cuba ku tahan..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience