Bab 47

Romance Completed 207871

Setelah bersarapan, Intan dan Syam naik semula ke pejabat masing-masing.

Intan melabuhkan duduk di sofa di dalam pejabatnya sambil berfikir apa yang Naim cakapkan tadi. Biar betul sebab rasa macam tak logik la pula.

Intan mencapai telefon untuk menghubungi Carlos. Sebaik telefon dipegang teringat senjatanya masih ada di tempat simpanan di bilik soal siasat.

Nantilah ambil, lambat lagi nak balik.

Nombor Carlos didail.

Sebaik panggilan dijawab, pantas Carlos bersuara.

Carlos : Hai pretty

Intan : Hai.. Saya ganggu ke ni?

Carlos : Tak lah, baru nak singgah minum.

Intan : Awak ada kat mana sekarang? Saya nak jumpa boleh?

Carlos : Nak jumpa?

Intan : Ye, nak jumpa. Cepat lah, awak kat mana ni?

Carlos : Rindu saya la tu

Intan : Carlos..

Carlos : hahahaha... Jangan la marah, saya dah dekat dengan tempat kerja awak ni.

Intan : Kalau macam tu awak cari mana-mana kedai, kita jumpa

Carlos : Ok pretty, nanti saya send location

Intan : Thank you Carlos. Jumpa nanti.

Carlos : Most welcome pretty

Panggilan dimatikan. Intan pantas mengambil kunci kereta dan jaketnya.

"Lim, saya keluar dulu. Ada apa-apa, call je terus" pesan Intan pada Salim yang sibuk dengan fail untuk mesyuarat petang nanti.

"Baik Puan" jawab Salim.

Kereta diparkir agak jauh dari tempat yang ingin dituju kerana parking semua penuh.

Intan berjalan sambil mata memerhatikan sekeliling untuk mencari Carlos. Sebaik figura itu dilihat, pantas tangan naik melambai.

Kerusi ditarik dan dilabuhkan duduk di hadapan Carlos. Segak dengan kemeja yang lengan dilipat hingga siku.

"Kenapa pandang macam tu?" soal Carlos.

"Tak, semakin hari semakin segak pula saya nampak" puji Intan.

Tertawa Carlos menampakkan lesung pipitnya.

"Saya kena belanja pretty makan la kalau macam ni" usik Carlos

"Saya puji ikhlas okey" kata Intan pula.

Senyum lagi si Carlos ni.

"Awak pergi lah ambil makanan dulu, kita makan tengah hari terus. Dah dekat tengah hari pun" kata Carlos sambil jam di tangan ditilik.

Intan mengangguk lalu terus bangun. Tidak lama Intan sampai bersama pinggang nasi di tangan.

Carlos pula bangun mengambil makanan dan juga kembali bersama makanan yang diambil.

Doa dibaca dan kedua-duannya menikmati makanan tengah hari.

"Ada apa pretty nak jumpa saya. Tak pernah-pernah ajak jumpa di luar macam ni?" soal Carlos sambil menyuap nasi. Sedap lauknya, makanan kampung.

Tidak lama pekerja datang menghantar minuman.

"Saya nak tanya sikit tapi ni saya tanya je tau, saya tak cakap awak macam tu" kata Intan sambil wajah Caden diperhatikan.

Ketawa Carlos. Hm.. Macam tau je apa yang nak ditanya ni.

"Macam mana ye nak tanya. Er.. Betul ke awak dengan Caden.." susahnya la hai nak tanya. Tak terluah.

"Apa, gay?" soal Carlos sambil tersenyum.

"Eh?" bulat mata Intan

"Awak dengar dari siapa? Naim?" ketawa Carlos sambil tergeleng kepala.

Intan hanya mengangguk.

"Awak percaya ke?" soal Carlos sambil mata Intan direnung.

Merah wajah Intan direnung begitu.

Intan menggelengkan kepala.

"Perkara ni dah lama. Caden dan saya kenal hampir lima belas tahun sejak masih sekolah lagi."

"Kemudian saya dan Caden melanjutkan pelajaran ke luar negara"

"Selepas tamat belajar, Caden mengajak saya bekerja dengannya di London, syarikat Tuan Miqail"

"Selepas empat tahun, Caden ambil keputusan membuka syarikatnya sendiri tetapi bersama rakan kongsi yang juga sama-sama study dengan kitaorang"

"Sejak dari situ ke mana pergi memang saya selalu berdua dengan Caden. Ramai yang cakap saya ni partner Caden"

"Ingatkan di luar negara saja, di sini pun sama. Caden sesekali akan pulang ke Malaysia membantu Tuan Miqail. Syarikat Tuan Miqail bukan hanya hotel itu sahaja tapi ada beberapa hotel dan resort di seluruh Malaysia"

"Termasuk di luar negara tetapi di luar negara bukan bidang perhotelan"

"Sepanjang saya mengenali Caden tiada seorang perempuan pun yang pernah rapat dengan dia. Study dulu pun sama"

"Saya tak hairan kalau orang cakap kami ni macam tu termasuk Naim"

"Itu sebab bila Caden beritahu dia nak kahwin dengan awak, saya terus sokong dia sebab saya tahu awak memang sesuai dengan Caden" panjang penerangan Carlos.

Terkelip-kelip mata Intan mendengar.

"Naim tu ada apa-apa ke?" soal Intan lagi.

"Maksud awak?" soal Carlos kembali.

"Maksud saya dia memang macam tu atau dia rasa sakit hati atau ye lah perasaan tak puas hati pada awak ke.." kata Intan sambil menyuapkan nasi yang masih ada.

"Saya pun tak pasti sebab saya ni jenis tak suka ambil pusing dengan benda yang tak logik, mengarut macam tu. Lagi pun kita orang islam, benda tu tak sepatutnya jadi. None sense" terang Carlos lagi.

Intan mengangguk-angguk tanda faham.

"So, sekarang dah puas hati. Tapi sepatutnya awak lebih kenal Caden, awak kan isteri dia" sambung Carlos lagi.

Tersengih Intan dengan ayat Carlos yang akhir itu.

Ya, Intan. Patutnya kau lagi kenal Caden tu macam mana. Tidur malam kalau tak peluk kau tak sah, asyik nak berkepit siang malam. Sebut nama lelaki lain depan dia pun dah muncung.

Adoi la Intan. Macam mana la kau boleh dengar cakap Naim yang sah-sah sakit hati pada kau dan Caden. Ish ish ish...

"Pretty, pretty. Awak dah ke mana ni?" panggil Carlos pada Intan yang tiba-tiba lost.

"Hah, ke mana. Ada sini" jawab Intan kalut.

"Suka sangat berangan. Dah makan, sejuk dah nasi" kata Carlos.

"Erm.. Nama awak memang Carlos ek?" terhenti suapan Carlos. Wajah Intan dipandang.

Sudu garfu di letak ke dalam pinggan.

Macam serius je..

"Ibu bapa saya meninggal semasa saya masih kecil, tinggal saya dengan abang dan kami dijaga oleh makcik."

"Makcik bawa saya dan abang tinggal di semenanjung dan bersekolah di sini tapi abang saya umur tak panjang, meninggal semasa kemalangan sewaktu balik dari kerja part-time"

"Selepas itu saya hampir nak berhenti sekolah tapi Caden tak benarkan dan dia yang banyak bantu saya tamatkan pelajaran hingga ke luar negara"

"Semasa dalam tempoh tu, saya banyak belajar tentang islam dari Caden hinggalah satu hari tu saya bagitau, saya nak peluk islam. Nama Carlos tu nama sebelum islam, nama islam saya Rayyan Haiqal." jawab Carlos. Sudu dan gafru diambil semula dan menyambung makan.

Oo.. Patutlah dia rapat dengan Caden. No wonder lah..

"Kenapa tak panggil Rayyan or Haiqal?" soal Intan.

Carlos hanya jungkitkan bahu.

"Sekarang dah puas hati. Ke ada lagi soalan?" usik Carlos.

"Awak perli saya ke apa ni?" kata Intan.

Ketawa Carlos sambil menggeleng.

"Awak tak ada girlfriend ke?" soal Intan.

Tegak Carlos memandang Intan di depan.

"Tak ada tapi sebelum ini saya ada suka seseorang. Tapi dia tak tau yang saya suka dia" jawab Carlos

"La.. Kenapa tak bagitau?" soal Intan pula. Kalau bagitau takkan la perempuan tu nak tolak.

Helok macam ni, rugi la kalau tolak.

"Tak perlu rasanya, perempuan tu dah kahwin dan bahagia pun sekarang" jawab Carlos sambil tersenyum memandang wajah Intan.

Terdiam Intan. Sensitif soalan macam ni.

Siapalah perempuan tu agaknya ya, kasihan pulak pada Carlos.

Share this novel

liyana
2021-02-13 21:05:05 

intan lah tu yg dimaksudkan carlos


NovelPlus Premium

The best ads free experience