Termengah-mengah Diana berlari sekuat hatinya untuk segera sampai ke rumah. Sewaktu dia melarikan diri dari Mustafa, masih dapat dia mendengar suara lelaki itu memanggil namanya.Mujur dia tidak mengendahkan panggilan itu. Kalau dia bersetuju untuk di hantar pulang oleh Mustafa, pasti akan ada sesuatu yang buruk berlaku.Sudah-sudahlah dia seringkali bercakaran dengan along, dia sudah penat untuk bergaduh lagi. biarlah dia penat berjalan kaki balik ke rumah,asalkan dia tidak penat untuk menghadap along dan mendengar dia menyindir. Mungkin juga akan bergaduh.Along sudah menantinya di tangga. Dengan wajah yang mencebik dan bengis along memanggil namanya.
“Woi budak kemari kau! Kemari kau!” Panggil along sambil bercekak pinggang.Dapat Diana rasakan, ada sesuatu yang tak kena. Kalau tidak masakan kepulangannya di sambut?
“Ada apa lagi ni?” rintih Diana yang masih beridri di tanah.
“Kau jangan fikir aku tak tahu apa kau dah buat, kau cuba nak goda Mukhriz aku tu kan?” Tuduh along.
“Astaghfirullah mana ada!. Tadi abang Mustafa yang…”
“So aku memang tak salah pandanglah tadi? Betina yang dengan Muhriz tu kaulah kan? Apa yang kau nakkan dari dia hah!” Along sudah berada di hadapannya dengan wajah yang membengis.
“Tak. Semua tu bukan macam along fikir.” Diana cuba memberi penjelasan.
Prakkkk!
Sepakan maut mengena di pipi Diana. Merah wajahnya menahan sakit. Terasa kebas di pipi.
“Dengar sini baik-baik. Mustafa tu tunang aku. Jadi kau tak payah nak menggatal nak goda dia. Aku takkan lepaskan kau kalau kau berani buat pada dia! Ingat, ni amaran terakhir aku.”
Tin!tin! bunyi hon kereta.
Mereka berdua menoleh ke arah datangnya bunyi hon kenderaan itu. Mustafa! Diana sudah berlari masuk ke dalam. Tak sanggup untuknya menatap wajah lelaki yang bertamu di rumah keluarganya.
“Abang..” Berubah rona dan rentak alunan kata along apabila Mustafa sudahpun berada di hadapannya.
“Mawar, ibu awak ada tak? Saya ada bawakkan sedikit makanan untuk dia. Umi pesan suruh bagi pada ibu awak.” Bungkusan di tangan Mustafa di rampas oleh along.
“Ibu? Ibu tak ada. Dia keluar tadi pergi beli lauk sikit. Baru je keluar. Eh, abang, jomlah masuk. Boleh kita berbual-bual kejap dekat dalam.”Pelawa along.
“Tak palah. Ibu awak tak ada, rasanya tak manis kalau saya masuk. Lain kali jelah.” Mustafa meminta diri untuk pulang. Namun di halang oleh tunangnya.
“Awak! Kejaplah. Jom lah kita masuk dulu. Saya buatkan awak air ye.” Along sekali lagi memujuk.
“Tak palah. Lagipun saya ada kerja nak buat. Lain kali ye. Assalamualaikum.” Mustafa terus menaiki kenderaannya dan berlalu tanpa memperdulikan tunangnya yang sedari tadi menjerit memanggil namanya.
“Ish! Dia ni!” Along marah.
‘Haihlahh! Macam manalah ibu boleh suka dengan dia ni? Bukan ke Diana yang sepatutnya yang jadi tunang aku? Perangai yang macam tu ke yang ibu nakkan jadi ibu kepada cucu dia? Ibu.. tolong Mus bu. Mus tak da perasaan langsung dengan dia bu. Mustafa cintakan Diana. Bukan Mawar.’Penghawa dingin di dalam keretanya seolah tidak berfungsi langsung. Kemarahan yang membara di jiwanya tidak mampu untuk di padamkan lagi.Laju sahaja keretanya meluncur laju ke ladang tempat ayah Diana bekerja. Ini sahaja jalan yang dia ada. Semuanya harus di perbetulkan semula.Dia yakin, pasti ada yang tidak kena sewaktu majlis merisik dan bertunang tempoh hari.
“Assalamualaikum pakcik.” Mustafa bersalaman dengan Pak Cu Diana.
“Wa’alaikumsalam. Hai, macam pelik je pakcik nampak kamu di sini. Ada apa?” Tanya Pak Cu.Memang sesuatu yang pelik kalau Mustafa datang ke mari. Lagi pula, dia datang seorang diri macam sekarang. Lagi pelik.
“Eh, mana ada pelik pakcik. Saya ni saja je datang nak lawat Pak Amin.” Jawab Mustafa. Bagi menutup segala resah dan gejolak di dalam hatinya.
“Pak Amin? Oh, ada. Dekat bawah pokok nun sana. Dia tengah berehat. Kamu nak jumpa dia ke? Pergilah sana.” Balas Pak Cu.Lalu dia meninggalkan Mustafa kerana dia hendak pergi ke kedai membeli sesuatu. Mustafa berjalan menuju ke arah pokok yang di maksudkan oleh Pak Cu tadi. Kelihatan Pak Amin sedang leka dengan pembaringannya.
“Assalamualaikum Pak Amin.” Mustafa memberi salam sekali lagi. tapi kali ini dengan Pak Amin pula. Ayah Diana.
“Ha. Wa’alaikumsalam. Mus…” Pak Amin memanggil.
“Ada apa kamu datang ke mari? Tak pernah-pernah kamu ke sini. Mesti ada hajat.” Pak Amin terrtawa kecil sambil berhasa.Sesiapa sahaja yang melihat pasti akan merasa aneh dengan kehadiran Mustafa di kebunnya yang tak seberapa luas ini.
“Er, pakcik. Saya ada benda yang saya nak bincangkan dengan pakcik. Tapi saya tak tahu macam mana nak mulakan.” Mustafa mula berbicara.Pak Amin memperbetulkan duduknya yang tadinya dia menyandar di batang pokok, kini dia menyelesakan duduknya secara bersila.
“Ada apa Mus? Ceritalah pada Amin , kalau Amin dapat tolong insya Allah, Pak Amin bantu.” Sungguh luhur kata-kata yang Pak Amin lontarkan.
“Ia berkaitan apa?” Tanya Pak Amin lagi. ‘Masakan anak sepertinya kekurangan duit? Tak mungkin pasal duit. Sedangkan keluargaya terlalu kaya. Dia juga punya syarikat kecil-kecilan. Pasti ia bukan berkait dengan duit. Apa masalah anak ini ya…’ fikir Pak Amin.
“Saya nak cakap pasal Diana.” Perlahan suara Mustafa menyatakannya.
Share this novel