Bab : 15

Action Completed 52398

Tidak tahu kemana dia di bawa, Eden hanya ikutkan langkah Davina sehingga la tiba di sebuah cabin penginapan yang ada di situ. Sampai saja di situ, Davina pimpin dia di atas katil lalu di dudukan atasnya.

Tanpa berkata apa-apa. Davina gerak ke pintu almari tempat simpan barangannya. Dari dalam tu dia keluarkan kit rawatan yang sememangnya jadi tabiat untuk di bawa sekiranya dia kemana-mana sebagai langkah persediaan. Lantas dia dekati ke katil semula.

Eden perhatikan setiap pergerakan Davina tanpa berkata apa-apa. Wajah bersih dengan kerutan di kening itu menggamit hatinya untuk terus menilik akan Davina. Sampaikan rasa sakit yang di rasai ketika ini sikit pun tak terasa.

Setelah Davina berdiri di depan Eden yang sedang duduk itu, Davina tunduk untuk memeriksa anak mata Eden. "Ada sakit dekat mana-mana tak?"tanya dia sambil suluh akan mata itu dengan pen kecil di tangannya.

"Tak."jawab Eden dengan mendatar dan pendek.

Davina pandang Eden dengan muka 'seriously'. Malas nak cakap banyak. Kalau sakit cakap sakit, jangan nak berlagak kuat. "Oh really?"tanpa amaran satu pukulan hinggap dekat tangan Eden yang luka.

"Auwh."aduh Eden serta merta sambil pegang lengannya.

"Hmp...kata tak.."getus Davina yang kemudiannya duduk dekat sebelah Eden dan Tarik dekat akan kit rawatannya. "Bukak baju tu.."

Menggunakan satu tangan saja, Eden dengan susah payah buka butang dan klip yang ada pada sut combatnya. Semuanya sakit-sakit. Masa bertarung dengan lanun-lanun tadi, dia rasa macam lawan ahli muathai professional pun ada. Hebat betul seni pertarungan mereka. Lagi-lagi yang seorang tu. Entah kenapa dia rasa macam familiar dengan suara orang tu.Tapi tak ingat dekat mana dia dengar. Apa yang pasti lelaki tu kuat.

Bila Davina perasan Eden sedang bergelut, dia terus lepaskan hela nafas Panjang. "Sini la. Biar aku tolong.."ajunya yang terus buka butang dan baju itu dengan sekali rentap, tertanggal semua butang dan klip di situ.

Eden hanya diam termenung memandang ke lantai. Masih tak tahu nak capa apa pada Davina sedangkan banyak soalan dan kata-kata yang ingin dia sampaikan kepada Davina.

"Adakah kau akan senyap sampai bila-bila dan takkan bercakap dengan aku?"tanya Davina sambil tanggalkan baju itu dari badan Eden perlahan-lahan. Sekali tu dia nampak darah masih mengalir dari kesan belahan di tangan dan bilah bahu. Lebam di sekitar perut dan tepi tulang rusuk. Kalau bekas luka lama-lama jangan cakap. Memang berterabur dekat badan ni.

Mata Eden gerak mengerling ke Davina. "Kau sendiri cakap nak putuskan hubungan dengan aku dan tak nak ada kaitan dengan aku"beritahu dia.

Davina yang mahu mengesat luka Eden berhenti. Dia pandang tepat ke Eden dengan tangan berada di bawah. Dia hilang kata-kata buat seketika. Memangla..sebab masa tu emosi dia terganggu dan dia tak dapat nak fikir dengan jelas. Dia ingatkan dia boleh dapatkan tempat berteduh dari Declan tapi lelaki tu khianati dia. Yang mana buatkan dia menyesal pasal keputusannya.

"Sorry."ucap Davina dengan perlahan sebelum menyambung semula niatnya hendak mengesat darah dari luka Eden.

Dengusan kecil lepas dari Eden. Dia pandang ke depan dengan sengih meleret. "Sorry?...kau ingat dengan perkataan tu boleh patah balik masa dan pulihkan perasaan aku yang dah kecewa dengan keputusan kau...kau sanggup pilih lelaki asing dari orang yang selama ni dah ada dekat samping kau hampir seumur hidup kau...wow...senang betul kan jadi orang perempuan ni."

Berasa jengkel dengan komen itu, Davina tonyoh sedikit kuat pada luka tu..

"Auw!Sakit la!"aduh Eden serta merta. "Kau nak rawat aku atau parahkan lagi keadaan aku ni.."pandang dia dengan kening mencerun ke Davina. Isy!Perempuan ni kan!

Tak Declan tak Eden. Dua lelaki ni tahunya nak marahkan dia. Ya sudah!Dia takkan cakap langsung dengan mereka terus. Patutnya dia tak perlu pasang harapan untuk bertemu dengan Eden. Perangai menjengkelkan lelaki ini tak pernah berubah. Sekali tu tak boleh nak keluarkan kata-kata yang menyenangkan.

"You are such a pain in the ass.."gerutu Davina dengan perlahan.

"Well good then cause you also like splinter stuck on the thumb,Annoying and pain!"getus Eden.

SLAP!

Satu tamparan mengenai peha Eden.

"Auw!Sakit la!Arghhh!!!Mesti ramai pesakit mati dekat tangan kau sebab dapat doctor macam kau ni kan!"

SLAP!Satu lagi tamparan hinggap di kesan lebam yang ada di badan tu.

"Stop it!"ngerang Eden. "Seriously?"

Tanpa cakap apa-apa, Davina hanya focus pada pekerjaannya itu. Dia lakukan sekemas dan secepat mungkin. Cepat siap cepat Eden keluar. Dia dah mintak maaf pada Eden. Sama ada lelaki ni terima atau tidak lantak situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience