BAB 8

Romance Completed 2053

Aku terdiam sebentar mendengarkan suaranya yang hampir mirip seperti Taylor Swift. Lagu Red versinya agak...sedikit rancak berbanding versi asal. Mungkin sebab dia gunakan gitar elektrik.

Perhatian aku sekali lagi teralih ke arah stage apabila beberapa orang male student meletakkan dua buah kerusi dan sebuah mic stand. Ada show lagi ke?

“This is it! Oh man! I never thought that this day would ever come! This is the highlight of this night!” Akmal mengetap bibirnya manakala tangannya melambai-lambai ke arah gadis tadi. Aku yang berdiri di tepinya ini, ditolak-tolak dan berkali-kali dia menggoncangkan bahuku. Seperti tidak percaya dengan apa yang dilihat matanya. Dia betul-betul sukakan gadis itu ke?

Gadis itu juga membalas lambaian Akmal. Tajam juga matanya. “Hey guys. This is me. Again.” Sorakan meminta persembahan diulang, bergema di dalam dewan. “Okey, okey. Aku akan nyanyi satu lagi lagu. Tapi kali ini, there’s a friend that will join me. Kau orang tak kisah kan?”

Sekali lagi, hanya sorakan menandakan mereka mahukan lagi menjadi jawapan. Kali ini, seorang lagi gadis yang lebih kurang ketinggiannya menyertainya di atas stage. Dress lengan panjang dan labuh berwarna maroon ala-ala princess dan topeng warna merah jambu menyerlahkan lagi kulit putihnya.

Aku menolak si Akmal ke tepi dan menghampiri stage untuk mendapat tempat ‘VVIP’. Entah apa yang mendorongku berbuat demikian. Aku juga terkejut sebenarnya. Tidak menyangka yang aku akan berbuat sedemikian hanya untuk menyaksikan persembahan.

Mungkin juga disebabkan selama ini aku selalu membuat persembahan dengan kumpulan aku, membuatkan aku lupa bagaimana keseronokan melihat persembahan orang lain secara live.

“Dude! Gila ke? Kenapa kau tolak aku sampai macam tu sekali?! Nasib baik aku tak terpeluk Miss UiTM tau?!” Akmal menumbuk bahu aku sekuat hatinya. Geramlah tu. Oh ye, Miss UiTM yang dimaksudkan ialah siapa lagi kalau bukan diva UiTM ni. Shaza Edrina.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience