C-1 DREAM

Romance Completed 92061

't--oloongg-aku--' perlahan bibirku berkata, tubuhku tiada lagi kudrat untuk berdiri kukuh.

'Maafkan aku--aku takboleh nak tolong--'

Airmataku mengalir tatkala jawapan itu yang aku dapat, lelaki yang selama ini aku percaya rupanya bukan lelaki yang aku sangka selama ini.

Mataku kian pudar melihat dia pergi berlari meninggalkan aku di sini. Tempat yang sunyi gelap dan tiada orang.

Hanya aku , darah dan nyawa yang sedikit untuk hidup yang ada disini.

'Tolong--patah balik--' perlahanku meminta, darahku turut mengalir bersama airmata yang turun. Kereta milikku sudah terbabas di tepi jalan bersama aku di dalamnya.

'Kenapa kau biarkan aku sendiri Hay--' belum sempat aku menghabiskan ayatku, dunia aku terus menjadi gelap gelita.

Alat bantuan pernafasan aku buka dari hidung dan mulutnya. Wayar wayar yang terpasang turut aku buka.

"Dekat mana ni.." gumamku perlahan, dapat aku lihat tempat ini seperti hospital yang mewah.

'Kenapa kau biarkan aku sendiri Hay--' mimpi apa tu? Kenapa mimpi tadi tersangkut begitu saja dan siapa Hay?

Siapa aku.

Aku memegang kepalaku yang berat , teka teki yang bermain di fikiran aku cuba buang jauh jauh manakala tanganku yang sebelah bergegas mengambil air putih di atas meja sebelah katil wad itu.

'Ya Allah hausnya' getusku dihati hingga aku tak sedar yang aku sudah menenguk air putih itu satu jag minuman yang besar.

Setelah puas menenguk satu jag air, aku bangun mencari sesuatu untuk di makan lagi. Entah kenapa aku rasa macam seolah olah sudah lama tidak bangun dari tidur hingga aku menjadi raksasa yang kelaparan.

Saat aku buka pintu bilik wad, mataku terpejam sendiri kerana terlalu kuat cahaya di hospital itu. Orang ramai terpusu pusu lalu di kawasan itu lagi membuatkan aku pening bagaimana mahu melintas mereka semua.

Aku tau aku di hospital tapi aku tak tau kenapa aku boleh ada di sini.

"Nak makan" gumamku perlahan sambil menelan airliur kelat melihat orang di depanku sedang menikmati roti jagung.

"Nak makan" kakiku semakin menghampiri orang itu dengan pantas aku merampas roti di tangannya.

"Ibu! Ada orang ambik roti adik!!" Mataku sekadar melihat kanak kanak itu menangis merengek kerana aku ambil rotinya.

"Aku pun lapar lah! Kongsi pun tak boleh ke!" Jeritku kepadanya hingga ibu budak itu menjelingku lama sebelum mereka beredar dari situ.

"Jom sayang ibu belikan adik roti yang baru eh?" Pujuk ibu itu kepada anaknya yang masih tak henti merengek.

"Apa pandang pandang!" Jeritku lagi sekali saat orang di sekelilingku mula berpandangan antara satu sama yang lain sambil berbisik bisik.

"Orang gila"
"Dah jom pergi dari sini, tak psl-psl gila dia berjangkit"

"Mental ke"
"Kurang siuman agaknya"

"Seramnya muka dia"
"Buruk banyak sangat parut hitam"

Bisikan masyarakat sampah di sekelilingku itu masih mampu aku dengari namun aku buat tak endah. Yang aku tau skrg adalah makan sampai kenyang semula.

"Pesakit dari bilik wad mana tu?" Tanya Dr.Hila kepada jururawat praktikal di situ.

"Entahlah dr.Hila , rasanya tak pernah nampak lagi pesakit tu" balas jururawat itu sebelum dia meminta diri untuk pergi.

Hila mendekati gadis itu, matanya mengecil membaca name tag di baju gadis itu

Mata Dr.Hila membesar saat nama 'Deah Alana Calista' yang terpapar. Dengan pantas , dia ke kaunter depan sebelum beberapa doktor lagi di kirim  untuk menjaga dan membawa gadis itu ke bilik wadnya semula.

"Cepat ! Telefon pihak atasan sekarang juga!" Arah Dr.Hila sebelum dia bergegas menelefon Tuan Hendrick dan Datin Azura iaitu ibubapa kepada Deah. Lebih terkenal lagi adalah penyumbang dana yang paling terbesar di hospital itu.

Setelah habis menelefon keluarga Deah dia kembali masuk ke bilik wad Deah.

Baru sampai di depan pintu bilik wad Deah Alana Calista, telinganya pantas menangkap jeritan Deah dari dalam.

"Lepaskanlah! Aku tak sakit!" Mata Hila membesar melihat Deah memberontak sambil menendang nendang doktor yang cuba menahan kakinya.

"Cik Deah, kami perlu buat pemeriksaan sebentar. Tolong beri kerjasama" pinta doktor itu yang hampir mengalah dalam mengawal emosi Deah.

"Sapa Deah?" Tanya gadis itu yang makin perlahan memberontak.

"Cik lah Cik Deah Alana Calista" sebut Dr itu panjang manakala Deah terlopong mulut mendengar mananya sendiri.

"Asal buruk sangat nama aku ni?" Balas Deah dengan penuh menyampah, lagi sekali dia menendang saat Dr.Bella menahan kakinya saat dia cuba untuk bangun dari katil.

"Cik Deah please bagi kerjasama dengan pihak kami" kata Dr.Bella tegas sedikit.

"Aku sihatlah, kau tak fhm bahasa ke. Perlu sgt ke pemeriksaan tu smua, jgn jadi bodoh blh tak. Pergi berhenti kerja sana" balas Deah dengan penuh kurang ajar manakala Hila pula terkilan melihat perubahan Deah.

Deah bukannya gadis yang kasar seperti itu dulu. Malah jika di bandingkan antara dia dengan Hila, Deah sangat sangatlah sopan orangnya dan tidak pernah melemparkan kata kata carut itu kepada sesiapapun.

"Dr.Hila" doktor yang bernama Murni itu memberi isyarat gelengan kepadaku. Murni juga salah satu orang yang kenal dengan sikap Deah dulu.

"Pulak dah, ni sapa pula yang dtg ni. Dtg mmg tak reti bawak makanan ke? Aku lapar tau tak, macam dah bertahun tahun tak makan. Ke hospital ni mmg kedekut, takkan takde yang sumbang bantuan apa apa kot?" Bebel Deah sambil menyilangkan tangannya sebelum dia menghala kakinya ke muka doktor Murni.

"Kaki aku dgn kau tak de beza, dua dua kotor" perli Deah kepada Murni sebelum dia meleraikan ketawanya dengan besar.

"Kau tanyalah ayah kau tu , dia yang penyumbang dana kat hospital ni" balas Dr.Hila sambil melangkah mendekati Deah manakala Deah berkerut dahi mendengar respon dari Dr.Hila.

"Ayah aku? Sapa pula ayah aku ni"

Langkah Dr.Hila terus terhenti dari melangkah, dia dan doktor lain saling berpandangan antara satu sama yang lain. Kenapa dengan Deah? Kenapa dia tanya semula sedangkan itu ayahnya. Tadi nama sendiri pun dia tanya.

Deah berkerut dahi taklama itu dia ketawa melihat reaksi doktor doktor di depannya itu saling berpandangan serius.

"Adoihai, kenapala doktor2 kat sini pelik2. Tadi buat muka pasrah lepastu senyum lepastu buat muka terkejut pula" balas Deah lalu dia ketawa lagi sekali. Namun ketawanya mati saat doktor itu memandangnya lama tanpa tersenyum sedikitpun.

"Ehem" Deah berdehem kecil sambil mengetap bibir menahan malu sendiri.

"Dr.Murni , Dr.Grace ikut aku"
"Dr.Nia , Bella and Dr.Elen tolong jaga Deah jangan benarkan dia makan dulu. Bagi air putih saje" arah Dr.Hila.

Deah membesar mata mendengar ayat dari Dr.Hila.

"Woi aku nak makan lah! Kau tau tak aku ni dah kebulur tak makan! Woi doktor tak bertanggungjwb! Kau dgr tak apa aku ckp ni!" Jerit Deah namun panggilan tidak di endah oleh Dr.Hila.

"Ish! Susah btllah doktor2 kat sini" rungut Deah sambil menjeling 3 orang doktor yang menjaganya sekarang.

[]

Deah tidur berdengkur kuat manakala kakinya di letak atas bahu doktor Nia. Sapa suruh duduk kat bahagian kaki , tu lah yang mendapat tu.

"Haih, sampai bila ni hah. Sakit bahu aku" rungut Dr.Nia sambil mengeleng kepala sendiri melihat perangai Deah yang begitu kurang ajar.

"Kejap lagi family dia datang" celah Dr.Hila yang baru masuk ke wad itu. Dengan pantas ke tiga mereka menunduk kepala tanda hormat kerana Dr.Hila pekerja yang cemerlang setiap tahun.

Dr.Hila pula yang mengeleng kepala sekarang apabila dia nampak gelagat Deah yang terang terangan sangat menampakkan dirinya kurang ajar terhadap doktor yang menjaganya.

Dengan kasar Dr.Hila mengangkat kaki Deah lalu di letak diatas katil semula sebelum dia pukul kaki Deah hingga Deah terjaga.

"Kau ni pahal! Tak nampak ke aku tgh tidur, jangan kurang ajr sgt blh tak?"

Dr.Hila mengeleng kepala sebelum dia masukkan kedua tangannya ke dalam poket baju uniform doktor.

"Siapa biadap skrg, kau ingat doktor kat sini kuli kau ke sampai biadap ltk kaki atas bahu org mcm ni. Hormat sikit, org yg kau letak kaki kat atas bahu dia ni org yang selama ni rawat kau" balas Dr.Hila tanpa rasa takut atau gentar manakala Dr.Elen pula berubah gelisah dengan kata kata Dr.Hila.

Gelisah disebabkan Parent Deah , takpasal pasal bila Deah mengadu kepada ibubapanya pasti kesemua mereka di pecat oleh pihak atasan.

"Kisah apa aku, aku minta makan. Asal korang tak bagi? Pastu nak aku hormat"
"Memang taklah" balas Deah tanpa rasa bersalah sikitpun.

Dr.Hila menghentak meja di sebelah Deah dengan kuat hingga Deah terhinjut bahu. Dahi Deah berkerut memandang doktor itu, lain daripada yang lain betul doktor Hila ni.

"Aku tak kisah kau sapa, kaya atau tidak tu aku tak peduli tapi please jaga adab dengan orang yang lebih tua. Patutnya kau bersyukur, kau masih hidup sampai skrg. Kalau diikutkan aku, dah lama aku keluarkan organ organ kau biar kau mampus je masa bedah dulu"

Deah merah muka, jantungnya berdebar kencang dengan ugutan Dr.Hila.

"Deah nah minum air, mesti haus kan?" Dr.Murni mencelah untuk meleraikan pergaduhan Dr.Hila dengan Deah. Dr.Hila bukan saja bagus dalam bekerja , tapi juga tegas dalam bab bab adab seseorang.

Dr.Hila tak suka dengan orang yang angkuh, malah dia juga tak suka di suruh suruh seolah dirinya kuli bagi pesakit di hospital itu. Dia hanya jalankan tanggungjawabnya sebagai doktor bukannya pembantu.

"Erm nak" balas Deah sambil pura pura takpandang Hila di sebelah yang masih merenungnya tajam.

"Kejap lagi keluarga kau datang, bgitau apa je dgn dorang kalau kau ada sakit sakit nanti" kata Dr.Hila sebelum dia keluar dari bilik wad itu.

Deah menghantar Dr.Hila keluar dari biliknya dengan mata, setelah bayang Dr.Hila menghilang terus dia menghela lega.

"Cik.Deah maaf ye, Dr.Hila memang tegas orangnya. Seeloknya , Cik.Deah jangan kurang ajr dgn dia sbb dia tu bukan biasa biasa orangnya" pesan Dr.Bella sambil tersenyum kelat.

Sejujurnya ini bukan kali pertama dia nampak Dr.Hila begitu, sapa sapa je yang biadap dgn dia ataupun staf di hospital ini pasti dia yang selesaikan sendiri dengan orang yang biadap itu.

"Eleh, macam lah aku takut dgn dia tu" balas Deah belagak. 

Deah menoleh pintu semula saat Dr.Hila kembali bersama sekumpulan orang yang ramai yang kemas berpakaian seragam kemeja dan orang yang paling terakhir pula ada 3 orang lelaki yang kacak bersama 2 orang pasangan suami isteri yang agak berusia.

"Sapa korang ni, asal masuk sini" tanya Deah hingga kedua pasangan itu berubah wajah memandangnya.

"Dr sapa dorang ni? Ada apa apa ke" bisik Deah ke Dr.Bella, yang peliknya pasangan suami isteri itu merah mata memandangnya macam dia pula yang buat mereka menangis.

"Itu ibu bapa Cik Deah, 3 orang lelaki tu pula abang Cik Deah. Manakala lelaki yang berpakaian kemeja tu, orang atasan yang sudah lama menunggu kepulangan Cik Deah semula"

"Kepulangan?"

"Ye Cik Deah, sebenarnya Cik Deah sudah lama terlantar koma selama 2 tahun akibat kemalangan terancang 2 tahun yang lalu" balas Dr.Murni lebih detail.

"What? 2 tahun!?" Aku terdiam terkilan , jadi mimpi malam tadi adalah mimpi 2 tahun yang lalu. Dalam mimpi tu juga , aku dalam keadaan kemalangan di tepi jalan besar. Tapi kenapa begitu lama aku koma.

'Hay-' lagi sekali aku memegang kepalaku yang mula pening bila ingatkan semula mimpi mimpi ngeri itu.

'Ya Allah apa semua ni aku takfaham..'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience