67

Romance Series 93218

Sejak pertemuan di rumah Aayra tempoh hari, Sofya dan Ezmal kerap kali bertembung secara kebetulan di luar. Ada ketika mereka bertembung dalam keadaan formal dan ada kalanya mereka bertembung di dalam keadaan penuh santai. Namun begitu kedua - duanya hanya mampu memandang dan tersenyum dari jauh tanpa berani menegur.

Awal pagi itu, Ezmal tiba di pejabat lebih awal dari kebiasaannya. Sementara menantikan pekerja - pekerja yang lain tiba, Ezmal mengambil keputusan untuk turun ke kafe bagi mengalas perutnya yang kosong. Sebaik tiba di tingkat bawah, tiba - tiba langkahnya terhenti apabila matanya terpandang ke arah satu susuk tubuh yang cukup dikenalinya. Tanpa sedar, bibirnya mula menguntum senyum. Akhirnya dengan penuh berani, Ezmal berjalan menghampiri gadis itu.

“Hi, Sofya! What are you doing here? Are you alone?" Tegur Ezmal memberanikan diri.

“Eh, Encik Ezmal! Err.. Hi! Encik Ezmal buat apa kat sini?" Soal Sofya pula. Soalan Ezmal tadi hanya dibiarkan sepi tanpa jawapan.

“Just call me, Ezmal. Tak perlu nak berencik - encik bagai. Actually ni building office I. That's why I'm here. You pulak buat apa kat sini?" Soal Ezmal sekali lagi.

Sofya dilihat menepuk dahinya perlahan. Bagaimana dia boleh terlupa bahawa bangunan ini merupakan milik ZE Corporation? Jadi wajarlah Ezmal berada di sini.

“Err.. Sebenarnya I datang ni nak jumpa someone dekat area - area ni jugak. Tapi disebabkan I sampai terlalu awal, so I've decided untuk take a breakfast dekat sini dulu. By the way you dah breakfast ke? If not, come and join me." Pelawa Sofya ikhlas.

“Boleh ke I join you? Nanti marah pulak orang yang you nak jumpa tu." Usik Ezmal bersahaja.

Sofya tertawa kecil. Entah mengapa dia berasa teruja dapat berbual dengan lelaki di hadapannya itu. Selama ini jika terserempak sekali pun, mereka hanya mampu tersenyum dari jauh. Tetapi hari ini, semuanya berbeza. Namun begitu Sofya tidak mahu meletakkan sebarang harapan yang tinggi. Tambahan pula mereka berdua masih terlalu baru dalam mengenal diri masing - masing.

“Don't worry. Orang yang I nak jumpa tu tak kan marah. Sebaliknya I rasa dia lagi happy kot kalau dapat jumpa orang yang sekacak you." Kini giliran Sofya pula mengusik Ezmal.

Ezmal dan Sofya sama - sama tertawa saat mendengar usikan masing - masing. Tanpa menunggu lama, Ezmal segera menarik kerusi di hadapan Sofya. Wajah tenang gadis itu ditatap lembut. Entah mengapa hatinya seakan berdegup laju setiap kali bertentangan mata dengan gadis di hadapannya itu. Malah perasaan itu telah dirasainya sejak bertemu Sofya di rumah Harraz dan Aayra tempoh hari lagi.

Kelembutan yang dimiliki oleh gadis itu benar - benar mencairkan jiwanya. Namun Ezmal tidak mahu terlalu menyimpan angan - angan yang tinggi. Dia lebih selesa jika perkenalan ini berjalan secara tenang dan santai sahaja. Lagi pula mereka masih baru di peringkat awal perkenalan. Dia masih belum mengenali peribadi Sofya dengan lebih mendalam. Mungkin gadis dihadapannya ini sudah memiliki keskasih hati. Jadi sebelum Ezmal menangggung kecewa, lebih baik dia mengambil langkah berhati - hati.

“By the way, you nak jumpa siapa sebenarnya dekat sini? Harraz ke?" Soal Ezmal memberanikan diri bertanya.

“Ehh taklah!! Kenapa pula I nak kena datang jumpa Harraz? Takde sebab pun kita orang nak jumpa. Actually I datang sini nak jumpa dengan chancellor tempat yang bakal I bekerja tu. Kebetulan dia pun ada meeting dekat area sini. So alang - alang tu kita orang terus junpa dekat sini ajelah." Jelas Sofya dengan tenang.

“Wow, it's sounds interesting! By the way if you don't mind, may I know what you are doing before? Maksud I, you ni baru habis belajar ke? Dalam bidang apa? Dekat mana? Eh, macam banyak tanya pulak I ni kan? Sorry if you feel it is so annoying." Ujar Ezmal dengan perasaan bersalah.

Sofya tertawa kecil. Kepalanya digeleng perlahan tanda menidakkan tanggapan Ezmal itu tadi.

“Never mind. It's ok. You can ask me whatever you want to know. Apa yang I boleh jawab, I akan cuba jawab. Ok. Berbalik kepada soalan you tadi, yes I'm just finished my PhD studies from University of Goettingen, Germany. I belajar dalam kos Molecular Biology of Cells and now I'm just get offered from University Malaya untuk jadi lecturer di sana." Jelas Sofya panjang lebar.

Hampir buntang mata Ezmal sebaik mendengar penjelasan Sofya. Ternyata gadis yang berada di hadapannya ini bukanlah terdiri daripada calang - calang gadis biasa. Timbul perasaan kagum di hatinya kerana dapat mengenali gadis yang bijak dan berpesonaliti menarik seperti Sofya.

“Wow!! Maksudnya gadis yang ada di depan mata I sekarang bergelar Dr. lah ye? Dr. Sofya.."

“Sofya Aleesya Binti Nazimuddin." Jawab Sofya bersama senyuman di bibir.

“Such a nice name, Sofya! Glad to know you. Honestly I'm so impressed with you. Tak ramai gadis di Malaysia ni yang berpeluang untuk melanjutkan pelajaran sehingga ke tahap PhD macam you sekarang. Di tambah pula dalam bidang sains seperti ini. I'm so proud of you. Congrats Sofya!!" Puji Ezmal penuh teruja.

Sofya tersenyum malu apabila menerima pujian melambung seperti itu. Apatah lagi pujian itu datangnya dari jejaka yang diminatinya dalam diam. Secara jujurnya, hati Sofya sangat berbunga - bunga ketika ini. Dia terasa seperti mahu melompat keriangan di situ. Namun dikawalnya perasaan itu dengan sebaik mungkin.

“Thank you so much, Ezmal. Melambung sangat pujian you tadi tu. Risau pulak I kalau - kalau terkoyak kain baju kurung I ni nanti." Seloroh Sofya bersahaja.

Ezmal tertawa besar. Sungguh dia tidak menyangka dalam kelembutan gadis itu terselit juga sifat humornya. Perkara ini sedikit sebanyak menimbulkan lagi rasa selesa di hati Ezmal untuk terus mengenali Sofya dengan lebih dekat lagi.

“So, dah lama ke you berkawan dengan Aayra?" Soal Ezmal ingin tahu.

Sofya mengangguk kepalanya laju. Senyuman masih tidak lekang dari bibirnya.

“Lama. Since from standard one sampailah sekarang. Masing - masing dah bekerluarga. Cuma I sorang aje yang masih single mingle. Sadis kan?" Sofya cuba berseloroh entah untuk yang ke berapa kali.

“Hahaha. Chill la. You pun muda lagi apa? Kalau macam I ni lainlah. Bujang kerepot. Dah takde sape pun yang nak. Itu lagi sadis namanya." Ezmal turut berseloroh sambil tertawa kecil.

“Ishh.. Mustahil lah takde orang yang nak dekat you. Ke you yang memilih sangat ni? Kalau betul you yang memilih, memang tak hairanlah kenapa you membujang sampai tua. Hiduplah you sorang - sorang sampai ke tua nanti. Orang lain sibuk main dengan cucu nanti, you pulak sibuk bermain dengan anak tekak. Putih mata ajelah." Selamba sahaja Sofya mengenakan Ezmal. Lagaknya tidak ubah seperti sudah mengenali Ezmal bertahun - tahun lamanya.

Mendengarkan sindiran Sofya membuatkan Ezmal tertawa besar. Hampir berair matanya menahan ketawa dek penangan sindiran Sofya. Ternyata gadis itu begitu pandai menghiburkan hatinya.

“Sofya.. Sofya.. You made my day lah. Seriously I rasa seronok sangat dapat berbual dengan you macam ni. But sayangnya I dah nak kena pergi since I pun ada meeting pukul 9:30 nanti. If you don't mind, may I have your contact number? Mungkin lepas ni kita boleh lepak - lepak minum lagi macam ni?" Soal Ezmal malu - malu.

Sofya tersenyum manis. Tanpa membuang masa, dia segera mencatatkan nombor telefonnya di atas sekeping kertas lalu dihulurkan kepada Ezmal. Jauh di sudut hatinya, dia juga sangat berharap agar mereka dapat bertemu lagi selepas ini.

“Thank you so much, Sofya. But it's ok, today I will treat you and maybe next time you pula boleh belanja I dengan menggunakan duit gaji you yang pertama tu kan?" Usik Ezmal sambil mengenyitkan sebelah matanya.

“Sure Ezmal. Just let me know when you are free. By the way thanks for you treat. Nice to know you." Ucap Sofya lalu sama - sama berdiri sambil bersalaman dengan Ezmal.

Ezmal mengangguk bersama senyuman di bibir. Dalam sekelip mata, langkah Ezmal -akhirnya hilang dari pandangan mata Sofya. Namun bibirnya masih tetap jua tersenyum mengenangkan lelaki itu. Dalam diam - diam, Sofya berdoa agar mereka akan dipertemukan lagi selepas ini.

Tanpa Sofya sedari, pertemuannya dengan Ezmal sebentar tadi telah pun disaksikan oleh Harraz dari kejauhan. Dalam diam - diam bibirnya mengukir senyuman penuh makna. Andai benar apa yang dilihatnya itu sebentar tadi, Harraz meluahkan rasa syukur di dalam hatinya. Semoga akan ada sinar kebahagiaan buat kedua - dua pasangan itu kelak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience