BAB 1

Horror & Thriller Completed 307

“AKU dengar citer dalam bangunan ni pernah diduduki seorang pembunuh bersiri. Aku dengar lagi yang roh pembunuh bersiri tu ada di sini. Orang yang lalu-lalang berdekatan bangunan ni selalu nampak kelibat pembunuh tu.” Beria-ia Dinzly bercerita.

Scha , Muiz, Hanna, Lian, Ian dan Jazzle hanya mendengar. Lian dan Ian kembar sepasang. Mereka tidak ambil serius dengan cerita bodoh Dinzly itu. Bagi mereka orang sudah mati mana boleh bangkit balik. Dah mati, mati la.

“Pembunuh bersiri mati ditembak polis kat sini. Tiada sesiapa berani duduk di bangunan ni lagi sebab mereka nampak hantu.” Dinzly membawa ke enam-enam kawan masuk ke dalam satu bilik kosong. Bilik itu sudah bersawang sana-sini dan baunya kurang menyenangkan.

“Wei, kita nak main di sini ke?” soal Ian.

“Eeee…. aku tak naklah main benda mengarut tu!” desis Scha . Kalau bukan Jazzle yang paksa dia datang, kirim salamlah dia nak ikut mereka.

“Come onlah babe. Kita cuma nak test hantu keluar ke tak? Tapi aku rasa tak jamin keluarlah!” Jazzle memeluk leher Scha , buah hatinya itu.

“Kalau keluar betul-betul?”

“Kita lari! Hantu mana makan orang.” Sahut Muiz. Mereka ketawa kecuali Scha . Mukanya sudah berubah lain macam.

“Kau cakap besar ya, Muiz. Sekali muncul depan kau baru tahu!” Dinzly bercekak pinggang.

“Kalau muncul depan aku… aku penampor muka dia! Hahaha…” Muiz menghamburkan tawa. Tawanya disambut oleh Lian dan Jazzle .

Ian dan Hanna gelengkan kepala.

“Cepatlah. Kata nak main!” rengus Lian. Dia sudah tak sabar mahu menyeru hantu depan mata.

“Kejap aku bentang kertas.” Jazzle mengeluarkan kertas “Oujia” yang berlipat-lipat dari kocek seluar jeans lusuhnya itu.

Dia bentangkan atas lantai. Sementara Hanna memasang beberapa batang lilin yang dibawa.

“Mana duitnya?” pinta Ian.

“Muiz…” Jazzle menadah tangan.

“Nah!”

Duit syiling lama di letakkan atas kertas yang sudah siap tersusun dengan tulisan A-Z, nombor 0-9 ‘Yes’ or ‘No’, ‘Home’ dan ‘Good Bye’ dan Ketujuh-tujuh anak muda itu membuat satu bulatan mengeliling kertas terbabit.

“Betul ke hantu keluar bila kita main benda ni?”

“Aku selalu tengok kat TV yang game ni untuk ritual dan kepercayaan untuk berhubung dan berbual dengan orang sudah mati. Roh yang datang tu selalunya roh orang mati kena bunuh.” jelas Lian.

Scha sudah mula seram sejuk.

“Aku nak tarik diri!” Dinzly bingkas bangun namun ditarik semula oleh Jazzle .

“Kau ni pengecutlah.” marah Jazzle .

“Syirik main benda ni semua!”

Jazzle ketawa.

“Sejak bila jadi alim ni? Kau tu solat 5 waktu tak lepas.” sindir Jazzle .

“Dosa aku, aku tanggung ngok!” cebik Dinzly .

“Dah-dah. Kalau bertekak sampai sok pagi pun tak abis!” Hanna meleraikan keadaan. Dinzly dan Jazzle ni kalau dah bergaduh macam anjing dengan kucing.

“Letak jari telujuk macam aku buat ni!” arah Lian.

Mereka menurut.

“Rules yang harus korang patuhi, jangan sesiapa berani angkat jari sebelum permainan ini tamat.” sambung Lian.

Masing-masing mengangguk.

“Paham!”

Lian menjadi ketuanya. “ Sprit of the coin, please come to the game.” seru Lian.

Mereka mula mengerakkan duit syiling lama itu. Tiada nampak apa-apa perubahan pun. Jazzle dan Muiz mulai bosan. Asyik pusing sana-sini aje. Mana hantunya.? Tak muncul-muncul pun depan mata. Game ni cuma kelentong aje kot.

Api lilin terpadam. Suasana gamat seketika. Scha dan Hanna sudah menjerit. Mereka serentak mengangkat jari masing-masing. Jazzle menyalakan lighternya. Begitu juga dengan Muiz
dan Ian. Scha ketap bibir.

“Baby… you kata dah stop!”

“Dalam keadaan macam ni ko nak bising-bising.” marah Hanna.

“Lain tahun aku stop.” balas Jazzle .

Dinzly sudah memeluk Ian. Nak terkencing dalam seluar ni. Dia menangkap bunyi derapan tapak kasut.

“Woi, korang dengar tak apa yang aku dengar?” suara Dinzly separuh berbisik.

“Dengar apa?” Jazzle yang sentiasa tunjuk berani itu bertanya.

“Shhh…” Ian meletakkan jari telunjuk pada bibir.

Masing-masing pasang telinga. Bunyi derapan tapak kasut itu semakin hampir.

“Cabut!” pekik Muiz.

Mereka cabut lari.

Berderau darah Dinzly . Nafas tercungap-cungap. Gila? Ini kerja gila yang pertama kali dia buat. Dia tak sepatutnya ajak mereka ke bangunan puaka tu. Taubat dia nak main lagi.

“Aku rasa ngarut aje game tu?” Mulut celupar Jazzle bersuara. Excited nak jumpa hantu punya pasal, dia join sekaki. Buang karan! Lebih baik lepak berasramadana dengan Scha .

“Aku pun.” Muiz menyokong. Selama ni dia dengar yang game tu berhantu. Apa pun tak der. Budak-budak sekolah dulu suka main game ni di asrama sampai ada yang kena rasuk dan histeria.

“Kita test lain kali.” ujar Lian.
“Aku dah tak nak main game tu?” Dinzly menolak. Dia memakai topi keledar dan memecut motorsikalnya laju.
“Penakut budak Dinzly tu? Harap muka saja hensem.” gelak Ian.
“Malam ni nak tidur rumah sewa I tak, babe?” Jazzle senyum nakal.
Scha sudah naik membonceng di belakang.
“Baby… I nak balik rumah I.” Tak kuasa dia nak tidur di rumah bau longkang Jazzle . Baik tidur rumah sendiri.
Dinzly sudah lesap depan mata mereka. Lian naik bersama kembarnya Ian. Muiz bersama teman wanitanya Hanna.
“Kita rempit malam ni?” Ajak Muiz.
“Korang rempitlah. Aku nak terus balik.” Ian tidak mahu join sekaki. Tak naklah dia mati katak kat jalan raya.

Ian dan Lian berlalu. Muiz pandang Jazzle .

“Tunggu apa lagi!”
Tujuh remaja itu sudah meninggalkan bangunan puaka. Satu kelibat manusia muncul di balik cermin dengan mata yang merah menyala.


Sebaik sampai di rumah bujangnya, Dinzly terus meloncat atas katil berselimut. Teman-teman serumah juga naik hairan melihat wajah pucat Dinzly . Mereka tak ambil endah. Siapa suruh keluar lewat-lewat malam. Tubuh Dinzly menggeletar. Apa yang dia nampak, rakan-rakan lain tak nampak. Benda tu ada di balakang Jazzle tadi. Game tu tak tipu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience