Ratna mematikan enjin kereta.Dia begitu teruja kerana selepas solat subuh pagi tadi Arjuna menghubunginya memberitahu harini doktor membenarkannya untuk keluar.
Dia melangkah keluar dari kereta dan dia menuju ke pintu masuk hospital.Dalam kalut dia melangkah dia terlanggar tubuh seseorang.
"Ahhh sorry... sorry"ucap lelaki itu kepada Ratna.
Ratna membetulkan beg tangannya yang jatuh.Dan memandang lelaki dihadapannya.
"Saya minta maaf sangat dengan encik.Encik tak ada apa-apa"soal Ratna pada lelaki yang berkaca mata bulat itu.
"Saya pun salah dengan Cik.Cik laju berjalan nak pergi mana?"soal lelaki itu.
"Saya nak ambil suami saya dekat sini.Harini dia discharge"kata Ratna dengan nada teruja.
"Ahhh awak dah kahwin sorry.Saya pun lawat kawan saya sakit dekat sini"kata lelaki itu ramah.
"Ahh kalau tak ada apa-apa saya minta diri dulu nanti suami saya tunggu lama.Minta maaf ya"kata Ratna sebelum melangkah masuk.
Ekor mata Raiqal memerhati langkah perempuan yang menggelar isteri kepada Arjuna Basith itu.
"Patutlah kau tak nak kahwin dengan Afrina.Jadi ini sebabnya?"soal Raiqal memalingkan badannya dan berjalan menuju ke keretanya.
Pintu kereta dikuak dan dimasuk ke dalam kereta.Disisinya Raiyan setia menunggunya.
"Siapa perempuan tu?"soal Raiyan.
"Isteri Arjuna Basith"jawab Raiqal menanggalkan spek mata bulat itu.
Raiyan berkerut sedikit mendengar kata-kata Raiqal.
Raiqal memandang Raiyan yang diam.
"Asal kau diam, Sebab kau tak percaya yang Juna tu tak ingat dekat kau pun.Kau aje yang beria-ia anggap dia tu kawan.Tapi dia tak pernah tahu pasal kau"marah Raiqal.
"Juna yang aku kenal orangnya baik.Kau asal dengki sangat dengan dia.Dia tak kacau hidup kau pun"marah Raiyan.
"Kau boleh diam tak.Aku tahu apa aku nak buat.Kau tak perlu masuk campur.Tahu apa aku nak buat.Aku nak dia rasa macamana rasa sakitnya hilang orang yang dia sayang"kata Raiqal menekan pedal minyak dan memutarkan stereng kereta bergerak meninggalkan kawasan hospital.
*******
Ratna membuka pintu dan melihat Arjuna mahu menukar pakaiannya."Amboi tahulah dapat balik dah.Tak tunggu saya pun"kata Ratna dari belakang.
Arjuna tersenyum manis.Rindu rasanya dengan isterinya itu.
Ratna mendekati Arjuna dan tangannya memasangkan butang baju Arjuna.
"Awak dari mana?"soal Arjuna pada isterinya.
"Saya dari rumah Diya"kata Ratna.
"Kenapa awa dari rumah Diya? Bukan rumah kit"soal Arjuna yang mula mempersoalkan.
Ratna melipat pakaian suaminya dan disusun dalam beg pakaian suaminya.
"Saya seganlah nak duduk rumah tu.Lagipun dekat rumah Diya ada orang boleh tengok saya"kata Ratna sambil menutup beg pakaian.
Arjuna mendengus perlahan.Dia menarik kerusi berdekatan dan duduk berhadapan isterinya.
Ratna masih menanti Arjuna.
"Ratna Zinnirah saya rujuk keatas kamu untuk jadi isteri saya semula"ucap Arjuna pada Ratna.
Ratna memegang tangan Arjuna dan tersenyum.
"Arjuna Basith saya terima untuk rujuk dengan awak semula"ucap Ratna sambil menahan air matanya dari mengalir.
Arjuna mengucapkan syukur diberi peluang sekali lagi untuk menjadi suami kepada Ratna dan ayah kepada anaknya nanti.
*****
Keluarga Ratna datang ke rumah keluarga Arjuna selepas dapat tahu yang menantunya sudah boleh keluar dari hospital.
Datin Habsah nampak rancak berborak dengan besannya sejak sampai tadi.
"Minta maaf lah saya lambat sangat jumpa dengan Samsiah.Saya minta maaf susahkan keluarga Samsiah dengan perangai anak saya"ucap Datin Habsah.
"Tak mengapa benda dah lepas lagipun Ratna pun tengah mengandung tak elok cakap macam tu.Ini pengajaran untuk kita semua"kata Puan Samsiah.
Angguk Datin Habsah mendengarnya.Pintu rumah dibuka oleh Arjuna yang sudah sampai dengan Ratna.
Arjuna berjalan untuk bersalaman dengan Datin Habsah, Datuk Arif dan Puan Samsiah.
"Macamana Juna rasa okay dah?"soal Puan Samsiah.
"Alhamdulilah Umi rasa sihat sangat lagipun Ratna ada dengan Juna sekarang"jawab Arjuna.
Puan Samsiah tersenyum.
"Alhamdulilah syukur sangat Umi risau dengan kamu berdua.Lepas ni janganlah ada masalah lagi.Risau hati kami ni"kata Puan Samsiah.
"Betul tu Samsiah.Ingatkan dah besar tak ada masalah rupanya masalah lagi banyak.Pening kepala Mummy fikir"kata Datin Habsah.
Arjuna tersengih memandang isterinya yang diam disebelah.
"Sebenarnya Juna nak bagitahu sesuatu.Juna dan Ratna dah rujuk.Insyallah Juna akan selesaikan pendaftaran perkahwinan nanti"ucap Arjuna.
"Baguslah macam tu jangan lambat-lambat.Yang dah dalam perut tu makin besar"kata Datuk Arif.
Arjuna memandang wajah Ratna yang duduk di sebelahnya.Tangan itu tidak akan dilepaskan lagi.
******
"Arghhh....."jerit Afrina memandang tepat ke arah pregnancy test yang berada ditangannya itu.
Dia cuba menerima kenyataan dalam tubuhnya ada satu nyawa.Satu nyawa atas perbuatannya.Dia cuba melihat sekali lagi.
Dia tidak bermimpi sama sekali sedang tidur.Jadi apa yang berada depan matanya itu sekarang adalah benar.
Dia keluar dari bilik air dan mencari telefon pintarnya diatas katil.Dia mendail nombor telefon Raiqal.
"Hello you I nak jumpa you sekarang?"soal Afrina pada Raiqal dalam talian.
Asap dihembus lepas dari mulut dan hidungnya."Sorry I tak ada dekat sini.I ada urusan luar"kata Raiqal menipu Afrina.
"What??? Ke you lari dari I ? You jangan main gila kalau you cuba lari I akan bagitahu dekat Juna yang you rancang semua ni?"soal Afrina cemas sambil menyelak rambutnya ke belakang.
Raiqal hanya ketawa mengejek dalam talian."You berani ke Rina? Kalau you buat macam tu I akan pastikan karier you hancur sekelip mata and you know what I mean right?"soal Raiqal.
"Tak guna!!!! I akan cari you Raiqal.Wait and see"kata Afrina mematikan panggilan.
Raiqal memandang telefon pintarnya sambil tersenyum sinis.Dia menurunkan cermin keretanya yang diparkir tidak jauh dari rumah banglo mewah tiga tingkat ini.
"Kau nak buat apa ni Raiqal?"soal Raiyan disebelah.
"Kan aku cakap dengan kau, Kau tak perlu masuk campur urusan aku.Ni antara aku dengan dia"kata Raiqal.
Raiyan hanya mampu diam tidak berkata apa-apa.
Raiqal tengah ligat berfikir tentang perancangannya.
*******
Arjuna menyandarkan tubuhnya di katil sambil matanya memandang Ratna yang sedang mengemas pakaiannya ke dalam almari.
Sejak dia masuk hospital isterinya terlalu banyak buat kerja.Jarang dia tengok isterinya berehat dari menjaganya.
Dia bingkas bangun dan mendapatkan tangan isterinya yang mahu menyangkut pakaian pada almari.Dia membantu Ratna menyangkut pakaian pada almari yang agak tinggi.
Ketinggian Ratna hanya di bawa dagunya sahaja.Dia memeluk tubuh Ratna.
"Abang...saya belum habis kemas lagi?"soal Ratna yang sedikit terganggu.
"Alah ni esok-esok boleh sayang.Lagipun sayang kena rehat"ucap Arjuna pada telinga Ratna.
Ratna memusingkan badannya pada Arjuna yang sedang memandangnya."Mana boleh Ratna tak suka kalau bilik tak kemas"kata Ratna pada Arjuna.
"Tahu sayang abang ni terlalu sensitif lagi-lagi sejak mengandung ni.Semua nak dibersihkan kalau boleh"kata Arjuna pada isterinya.
Ratna memegang pipi Arjuna."Tahu takpe, maybe baby ni suka mengemas bila keluar nanti"kata Ratna.
"Awak buatlah kerja awak tu? Saya pun tengah buat kerja ni?"soal Arjuna pada Ratna.
Ratna mengerutkan dahi dengan perkataan Arjuna.
"Kerja? Kerja apa?"soal Ratna seraya mendekati wajah Arjuna.
"Kerja ni..."
Tanpa sempat dihalang, bibir Ratna disentuh.Tambah pula isterinya memang pendek.Bila Ratna mendongak, semacam memberi peluang kepadanya.
"Suka betul buat isteri macam tu?"soal Ratna dengan jelingan manja.
"Suka Dah lama saya pendam.Cuma saya risau saya tak dapat kawal.Kan baby duduk elok-elok dekat dalam"ucap Arjuna menyentuh lembut perutnya.
"Apa?"Mata Ratna membulat pada Arjuna.Arjuna hanya gelak besar dengan Ratna.
Lama dia tahan sedaya upaya kerana risau akan menyakit Ratna seperti dahulu.Bohonglah jika kehendak hatinya tidak bergelojak setiap kali Ratna depan matanya.Dia bersyukur Allah itu maha adil dalam mengawal hati manusia.
Disangkut dagunya dibahu Ratna.Haruman dari rambut dan tubuh isterinya itu adalah haruman yang sentiasa akan dia rindui.Sewangi kasih dan belaian kasih Ratna padanya.
Share this novel