Bab 31

Romance Series 114022

"Apa hubungan abang dengan Mona? Dia girlfriend abangkan. Kenapa tak nak mengaku." tanya Yus. Tegak matanya memandang Aniq.

"Sayang.. Mona bukan girlfriend abang. Sayang jangan salah faham" ucap Aniq lalu tangan Yus dicapai tetapi pantas Yus menepis.

"Dah la abang. Ikut suka la abang nak buat apa. Sayang dah tak nak ambil tahu" tutur Yus lalu terus membuka langkah dengan laju keluar dari mini gym.

"Sayang!" panggil Aniq.

Malam itu meja makan sunyi tanpa gurau senda. Aniq cuba mahu berbincang dengan Yus tapi Yus tetap dengan tidak mahu ambil kisah dan ambil tahu.

Selepas makan, Yus terus masuk bilik dan tidur. Manakala Aniq pula ke bilik kerjanya seperti biasa menyiapkan beberapa laporan yang perlu dihantar.

Sudah hampir seminggu keadaan itu berlalu. Yus masih dengan sikap tidak mahu dengar penjelasan Aniq.

Aniq pula bila dah Yus tidak mahu dengar, buat apa dia terhegeh-hegeh nak terangkan.

+++

Aniq melangkah masuk ke pejabatnya. Serabut kepalanya memikirkan mengenai hubungannya dengan Yus.

Tok tok tok

"Masuk"

"Hai Aniq" tegur Syam.

"Oh kau, ingatkan siapa. Ada apa?" soal Aniq.

"Saja aku datang nak jenguk kau. Kenapa, dah tak boleh ke?" tanya Syam.

"Tak de lah. Aku tanya" balas Aniq.

"Kau okey ke ni. Dua tiga hari ni aku tengok kau macam serabut je. Ada masalah ke?" tanya Syam prihatin.

Terbit keluhan halus dari mulut Aniq.

"Hari tu Mona ajak aku teman dia makan, elok aku masuk dan duduk kat meja, orang tua tu datang tegur aku minta maaf" terang Aniq.

"Orang tua? Orang tua mana pulak?" soal Syam kurang faham.

"Tan Sri Mokthar" pendek jawapan Aniq.

"Oh, papa kau. Dia nak apa? Tiba-tiba cari kau pulak". Tanya Syam lagi.

"Kan, kau pun tanya soalan yang sama. Kenapa baru sekarang cari aku?"

"Dah tu kau buat apa?"

"Aku bangun terus blah. Aku belum hilang ingatan untuk lupa apa yang dia buat pada aku dan mama la Syam" keras suara Aniq.

"Aku tak boleh nak cakap apa sebab ni antara kau dengan papa kau. Aku orang luar" balas Aniq.

"Lepas tu, aku terus balik dan kebetulan hari tu Afya pun balik awal. Aku stress sangat petang tu jadi, aku work-out kat mini gym rumah. Masa tengah sibuk tu Mona call" bagitau Aniq.

"Pastu jadi apa" soal Syam tak sabar.

"Ish kau ni, sabar la aku bagitau. Lepas aku selesai bercakap dengan Mona, aku pusing belakang, tengok-tengok Afya elok tercegat belakang aku. Terkejut jap"

"Apa masalahnya Yus dengar pun?" soal Aniq pelik.

"Kau ni.. Afya masih tak tau Mona tu adik aku, adik mak lain. Lepas tu pulak aku ada sebut pasal siapa Tan Sri Mokthar tu pada aku. Tapi aku tak rasa Afya dengar pasal tu. Dia cuma syak Mona tu girlfriend aku" terang Aniq lagi.

"La.. Apa payah, kau bagitau je la siapa Mona tu" tepuk dahi Syam dengan tindakan Aniq.

"Aku dah cuba untuk terangkan tapi Afya asyik mengelak. Lama-lama aku dah jadi malas nak bagitau. Kalau dah Afya yang tak nak dengar, buat apa aku susah-susah nak terangkan pada dia. Masuk ni dah dekat seminggu aku tak bercakap dengan dia." tambah Aniq.

"Hm.. Patut la serabut sangat aku tengok. Ada masalah dengan Yus. Lama tak dapat la ni.. Patut muka macam tempe basi" usik Syam.

"Kau ni, aku tengah serius, kau main-main pulak" marah Aniq.

Terkekek kekek Syam ketawa.

"Aku gurau je la. Tak kan tu pun nak marah. Dah tu kau nak buat apa sekarang?" soal Syam.

"Aku pun tak pasti, dah la mama call bagitau minta aku dengan Afya balik sabtu nanti sebab mama nak buat doa selamat sambil-sambil nak kenalkan Afya sebagai isteri dan menantu mama. Ish.. Pening la. Buatnya Afya tak nak ikut balik kampung macam mana? Mama dah siap tempah semua, pacak dua biji khemah lagi." ucap Aniq serabut sambil tangannya mengurut rambutnya.

"Hm.. Payah jugak ni. Bila kau nak bagitau pasal kenduri tu?" soal Syam.

"Aku pun tak pasti lagi. Aku ingat nak minta mama call Afya sendiri" cadang Aniq.

"Hm.. Elok juga tu, mesti Yus tak sampai hati nak kecewakan mama kau" sokong Syam.

"Harap-harap Afya setuju la hendaknya"

"Tu lah. Eh, lapar la. Jom teman aku makan. Serabut-serabut macam ni lapar la pulak."

"Jomlah, aku pun tak makan lagi. Kita makan tengah hari teruslah" jawab Syam

"Tapi nak makan kat mana?" soal Syam

"Mana-mana je la, yang penting sedap." balas Aniq.

+++

Selepas makan Aniq dan Syam bergerak ke kereta Aniq untuk pulang. Sampai sahaja di kereta, Aniq dapati ada satu sampul diletakkan pada wiper kereta.

"Eh, sampul apa pulak tu?" tegur Syam.

Aniq kemudian mengambil sampul tersebut dan masuk ke dalam kereta di bahagian pemandu.

Sampul dibuka dan kandungan dalam sampul dikeluarkan dan diletak di atas riba.

Sehelai kertas bertulis sesuatu.

'Seronok kau kan. Jangan ingat aku diam, aku tak peduli Tuan Aniq. By the way, cantik isteri kau'

Kemudian satu lagi sampul kecil dikeluarkan kandungannya.

Terkeluar beberapa keping gambar dan bila diperhatikan dapati orang di dalam gambar tersebut adalah Afya. Terkejut Aniq.

"Kau tengok ni?" Kertas dan beberapa keping gambar Yus diserahkan pada Syam.

"Eh, ini gambar Yus." ucap Syam

"Ini gambar masa Afya naik kereta aku sebab kereta dia ada di rumah arwah abah. Yang ni pulak gambar Afya di tempat parking restoran. Apa yang orang ni nak sebenarnya?" soal Aniq tidak puas hati.

"Syam, kau tolong aku semak CCTV yang ada di sekitar kawasan tempat gambar Afya diambil termasuk CCTV tempat aku parking kereta ni tadi. Tak guna. Siapa dia ni?" marah Aniq.

Kereta dipandu laju menuju ke pejabat. Bergerak-gerak rahang Aniq menahan marah. Bertimpa-timpa masalah yang datang.

+++

Ting ting

Bunyi menandakan ada whatsapp masuk di telefonnya. Yus ambil telefon di atas meja lalu ditekan icon whatsapp. Mesej dari Aniq dibaca.

Abang : Sayang, abang lewat balik. Mungkin malam sikit. Sayang tidur dulu okey. Bye sayang. Love you.

Yus hanya biarkan mesej tersebut dengan blue tick tanpa rasa mahu membalasnya. Tiada mood mahu meneruskan kerjanya petang ini.

Lap top di hadapannya ditutup, beg tangan diambil lalu bangun meninggalkan pejabat.

Sebelum balik Yus singgah di bilik Amy.

Tok tok tok

"Masuk"

"Amy" seru Yus.

"Eh, akak. Nak ke mana ni siap handbag bagai" tanya Amy.

"Akak nak balik dulu boleh, rasa tak sedap badan la" kata Yus sebaik masuk dan berdiri di hadapan Amy.

"Akak sakit ke?" soal Amy terus berdiri dan datang pada Yus. Dahi kakaknya dirasa dengan tangan.

"Akak tak demam la. Cuma nak balik rehat je" terang Yus sambil menolak tangan Amy yang berada di dahinya.

"Hm.. Amy nak dapat anak saudara kot.. Berapa bulan dah?" usik Amy.

"Dah, kau jangan nak memandai ek. Akak nak balik rehat je. Dah la, akak balik dulu. Layan kau, sampai esok pun tak habis" ucap Yus lalu meninggalkan Amy. Dilihat Amy tersengih-sengih melambai tangan pada Yus.

Hish, sengal budak ni!

Sampai di rumah jam sudah menunjukkan pukul tiga setengah petang. Kalut Yus membersihkan diri dan solat zohor. Setelah itu Yus duduk berteleku di atas katil termenung sekejap. Kosong.

Tiba-tiba Yus bangun menukar baju dengan memakai short pants dan sport bra lalu menuju ke mini gym. Lama tak work-out dan traning. Kalau lama tinggalkan makin tumpul skillnya nanti.

Petang itu Yus menghabiskan satu jam masanya di mini gym. Punchbag Aniq menjadi mangsa selain dari alatan lain yang ada. Bermandikan peluh Yus petang tu.

Betul kata orang, kalau stress, salah satu cara untuk mengatasi adalah dengan bersukan. Rasa lega walaupun badan penat.

Malam itu Yus hanya makan roti bakar bersama koko panas. Disebabkan badan penat, mata mudah sangat nak terpejam. Awal Yus masuk tidur setelah memastikan pintu dikunci.

Aniq pula pulang lewat ke rumah tetapi dia telah beritahu pada Yus melalui whatsapp terlebih dahulu. Aniq tahu Yus telah baca whatsappnya itu walaupun tiada balasan daripada Yus.

Sampai sahaja di rumah, Aniq masuk ke bilik tidur dan dapati Yus telah pun dibuai lena. Tenang sahaja wajah kesayangannya itu.

Aniq duduk di birai katil di sebelah Yus dan Aniq lihat, kedua-dua belakang tangan Yus pada bahagian buku lima merah. Pasti Yus melepaskan marahnya pada punchbag di mini gym.

Perlahan Aniq menggosok tangan Yus.

"Sayang.. Jangan sakitkan diri sayang kerana abang. Abang tak pernah menduakan sayang. Abang cintakan sayang sepenuh hati abang" luah Aniq perlahan lalu dahi Yus dicium lembut. Bimbang andai terjaga.

Aniq kemudian bangun menuju ke laci dan meja solek lalu mengambil krim sapu untuk bengkak dan luka lalu disapu pada tangan Yus dengan hati-hati. Selesai menyapunya, kedua-dua tangan itu dikucup perlahan. Krim kemudian disimpan semula ke dalam laci.

Aniq membuka pakaian dan masuk mandi di bilik air. Tanpa Aniq sedari, Yus sudah terjaga semasa Aniq menyapu krim pada tangannya itu. Tersentuh Yus dengan tindakan Aniq.

Tidak lama kemudian Aniq keluar dari bilik air dan memakai seluar lalu naik ke atas katil untuk tidur. Sebaik Aniq baring di sebelah Yus. Yus pantas memeluk badan Aniq. Hampir seminggu tidur malam Yus keseorangan. Aniq kemudian menarik Yus ke dalam pelukannya. Ubun-ubun Yus dicium. Mudah sahaja matanya dijemput kantuk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience