Bab 21

Romance Completed 207871

Intan menekan password bilik rehat Caden. Perlahan kaki mengatur langkah.

Kenapa Caden lain macam pagi ni. Semalam lain sangat tingkahnya. Pening Intan memikirkan.

Semalam tu dia ajak aku kahwin tu betul-betul ke tipu.. Hurm.. Tapi kalau betul-betul pun, boleh ke pun kau kahwin dengan dia.. Kau tu polis makcik oi..

Tersungging senyuman tipis di bibir.

Lupakanlah. Baik buat kerja Intan. Lepas tu turun bawah. Kalau dah boring sangat, tanya En Rahim kot-kot ada apa-apa yang dia perlukan bantuan. Fokus ye.. Fokus..

Ye.. Baik. Fokus la ni.. Kata Intan pada diri sendiri.

Intan meneruskan kerjanya di bilik rehat Caden. Cadar dan sarung bantal dikutip dan dimasukkan ke dalam laundry bag.

Lama juga dia mengemas hari ni. Intan berdiri di tengah ruang tamu sambil cekak pinggang dan memerhatikan sekeliling. Siap, jom turun.

Setelah pasti pintu telah ditutup rapat. Troli ditolak dan disimpan di stor.

Laundry bag di bawa ke tingkat bawah dan dihantar ke bahagian cucian. Baru kaki mahu melangkah ke bilik rehat, tiba-tiba Intan teringat perbualan dengan Sara tadi.

Laju Intan berpusing dan menuju ke lift. Butang ke atas ditekan.

'Ting'

Pintu lift terbuka. Laju Intan melangkah masuk. Butang tiga puluh lima ditekan. Berdebar juga rasa hati. Maklumlah tiada back-up.

Sebaik pintu lift terbuka, Intan perlahan mengatur langkah. Kepala ditoleh kiri dan kanan. Arah mana ni. Oh.. Kiri.

Perlahan Intan berjalan, sedang kepala mencari nombor bilik yang dikatakan itu, terdengar suara lelaki berbual. Ah, sudah.. Macam mana ni. Tadi lupa la pulak nak bawa apa-apa peralatan mengemas. Tak ada la nampak pelik sangat.

Tidak lama dua lelaki tersebut makin hampir dengan Intan, rancak berbual. Intan hanya menunduk dan perlahan berjalan.

Jangan la kena tegur, jangan la kena tegur.

Fuh!

Selamat, kedua-dua lelaki itu hanya berjalan terus tanpa menoleh pada Intan.

Intan meneruskan langkahnya. Hah, sampai pun. Tapi macam mana nak masuk, tak kan tiba-tiba kata "housekeeping" tapi apa barang pun tak bawa. Naya kau Intan.

Tiba-tiba pintu terbuka dari dalam. Terperanjat Intan, sempat juga dia melihat keadaan di dalam bilik itu.

Sama seperti yang dikatakan Sara. Ada beberapa orang perempuan yang sedang tidur di atas katil-katil tersebut.

Pantas lelaki di hadapan ini menutup pintu rapat dan terus berdiri di hadapan Intan.

"Eh, kau buat apa kat sini. Aku tak panggil housekeeping pun." tanya lelaki di hadapan ini.

Intan sudah mati akal. Baru hendak memikirkan jawapan, datang dua orang lelaki tadi.

"Apasal ni?" tanya salah seorang dari mereka.

"Kau ada panggil housekeeper ke?" soal lelaki di hadapan Intan pada dua lelaki tadi.

"Tak ada pulak." jawab lelaki itu pelik. Wajah Intan ditilik.

"Cuba kau tengok. Cantik ni. Ala, housekeeper je pun. Jom try" ajak salah seorang lelaki tadi.

Tergelak-gelak mereka bertiga. Entah apa yang suka sangat pun tak pasti. Gila!

Mata mereka sudah memerhatikan Intan dari atas ke bawah, bawah ke atas. Ikut hati memang dah makan penumbuk dah lelaki tiga orang ni. Intan sudah hilang sabar, tangan sudah menggenggam penumbuk. Tunggu masa sahaja.

Baru Intan mahu menghayun penumbuk. Pantas tangan Intan disambar seseorang di belakang.

"Ehem"

Tertoleh Intan ke belakang. Caden!

"Tuan Caden." terus tegak berdiri lelaki-lelaki tadi.

"Hurm" jawab Caden sambil mengangguk tapi tangan Intan masih belum dilepaskan.

Tajam Intan merenung Caden di sebelah.

"Err.. Tuan Caden buat apa kat sini?" soal lelaki yang keluar dari bilik tadi.

"Why, tak boleh. Ni hotel aku" jawab Caden kasar.

Tertunduk-tunduk mereka bertiga.

"Maaf Tuan Caden" ketiga-tiga mereka jawab serentak.

"Apa hal ni?" soal Caden.

"Tak, housekeeper ni. Tak tahu apa dia buat di sini. Tak ada yang panggil untuk room service pun" adu lelaki tadi sambil matanya tajam merenung Intan.

Apa tengok-tengok, kau takut aku bagitau Caden apa yang aku nampak tadi? Huh, ingat aku takut dengan renungan kau tu? Pi gi dah.

"Dia ikut aku. My housekeeper. Kenapa, salah?" soal Caden dengan pandangan yang tidak berkelip pada lelaki-lelaki tadi.

"Sorry sir" tutur mereka serentak.

Carlos yang berada di sebelah Caden serius wajahnya. Garang. Tak pernah lihat air muka Carlos begini.

"Let's go" ajak Caden lalu menarik tangan Intan mengikutinya ke lift.

Carlos pula mengiringi di belakang. Lelaki bertiga tadi seperti hairan dengan tindakan Caden.

Sebaik sampai di hadapan lift, tangan Intan Caden lepaskan.

Intan menggosok pergelangan tangan kanannya. Sakit tau tangan besar dia tu cengkam. Menjeling Intan pada Caden di sebelah.

Caden masih dengan muka ketat dia tu. Adui.. Mati la aku. Apa nak cakap karang ni.

Tapi macam mana pulak Caden boleh sampai sini? Tak kan dia nak langgan perempuan tu pulak... No no no.. Bukan Caden aku okey..

Pintu lift terbuka, Caden masuk diikuti Intan dan Carlos. Butang empat lima puluh ditekan Carlos.

Senyap dan sunyi dalam lift. Intan menjeling pandang pada Caden di sebelah. Tegak sahaja pandangan Caden ke depan.

'Ting'

Pintu terbuka, Caden melangkah keluar. Pantas Intan mengikut dari belakang.

Carlos laju membuka langkah untuk menekan password pintu pejabat. Daun pintu besar dibuka.

Carlos terus keluar meninggalkan Intan dan Caden berdua di dalam pejabat.

Sebaik pintu ditutup rapat, Caden bersuara.

"Who are you?" soal Caden lalu berpusing menghadap Intan yang berada di hadapan pintu.

Terkejut Intan dengan soalan Caden.

"Answer me" keras suara Caden.

Intan masih lagi diam kerana terkejut. Tidak sangka soalan itu yang akan Caden suarakan.

"One more time I ask. Who are you?" tegak mata Caden memanah mata Intan.

"Apa maksud Tuan Caden?" Intan masih berdalih. Gila, takkan nak bagitau.

"Jangan main-main Afrina. Jawab soalan saya!" marah Caden.

"Saya pekerja di hotel ni la." jawab Intan yang turut memandang Caden.

Bergerak-gerak rahang Caden menahan marah.

Laju Caden melangkah ke arah Intan lalu tangan kiri Intan dipegang.

"Kau jangan nak bergurau Afrina. Aku tak ada masa nak bergurau" marah Caden, tangan kiri Intan ditarik.

"Sakit la" kata Intan. Sakit yang tadi pun tak hilang, dah tambah lagi. Menjeling Intan pada Caden.

Caden hilang sabar lalu tangan Intan dikilas ke belakang dan Intan ditolak ke pintu. Berdentum bunyi. Terpejam mata Intan menahan sakit.

"Kau ingat aku tak tahu kau siapa?" bisik Caden di telinga kanan Intan.

"Lepas la. Awak cakap apa ni. Saya tak faham la" Intan cuba meronta. Sakit lengan kirinya dikilas ke belakang.

"Tak payah nak pura-pura lah. Masa kejadian di gerai cendol lagi aku dah rasa kau berbeza. Tapi aku tak sangka.." sampai situ sahaja ayatnya.

Caden tidak bergerak, masih dalam keadaan tadi.

"Beza apa ni. Saya betul tak faham la." jawab Intan.

"Eh, lepas la. Sakit tau tak" jerit Intan.

"Nak lepas? Tell me who are you?" Caden masih dengan soalan yang sama.

Ish, kalau biar. Mau patah tangan aku kena tekan dengan lengan dia ni. Dah la lengan pun nak sama besar paha aku.

Think Intan, think.. Tiba-tiba, ting!

Pantas tangan kanan Intan yang bebas itu bergerak ke celah kaki Caden. Laju tangannya memegang bahagian itu.

Terkejut Caden dengan tindakan Intan tetapi tangannya masih belum melepaskan Intan.

"Kalau tak nak telur kau pecah kena ramas, baik lepas" keras suara Intan.

"Are you serius?" Caden ketawa.

Intan grip tangannya disitu.

Berubah muka Caden. Laju tangannya melepaskan Intan. Pantas Intan menjauhi Caden. Memerah wajahnya. Tidak sangka Intan seberani itu.

Silap la kau Caden. Intan ni bukan kira, janji dapat lepaskan diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience