Bab 4: 'C.J' untuk Carla Jonathan

Mystery & Detective Series 2682

Tidak pernah terlintas di fikiranku selama ini yang aku akan hilang jejak dengan Carla. Selama lima tahun aku di luar negara, setiap kali event yang di hadiri oleh Carla aku tidak akan ketinggalan. Dia selalu menghantar sekurang-kurangnya tiga keping gambar swafoto atau gambar possingnya ala-ala model melalui whatsapp. Kesunyian tanpa kakak kembarku itu tidak terasa walaupun jarak kami terpisah oleh lautan luas serta ratusan benua namun kami tetap dapat berhubung oleh kerana bantuan teknologi yang bergerak pantas dalam arus pemodenan.

Namun, beberapa bulan sebelum kehilangan Carla aku dapat rasakan yang dia menyisihkan diri daripadaku. Setiap khabar yang aku minta darinya dijawab dengan emoji sahaja. Namun pada mulanya aku hanya menganggap dirinya sibuk dengan kerjayanya. Pada hujung bulan Mac aku akan menamatkan pengajian dan aku mahu berkongsi kisah itu bersama Carla, tetapi dia sudah tidak dapat dihubungi. Puluhan mesej yang aku hantar tidak dibalas, bluetickpun tidak. Sehinggalah aku pulang ke sini dan mendapati yang Carla sudah tiada. Hal itu menyimpul seribu satu tanda tanya misteri kehilangan dan kematian Carla yang belum terungkai.

Hari ini aku malas untuk bangun. Tetapi, teringat pesan papa sebentar tadi. Hari ini, kami akan pergi melihat mayat Carla di hospital sebelum disimpan di dalam kerana dan disemadikan di dalam tanah.

Jam masih awal untuk aku bangun. Fikirku. Bau badanku menusuk hidung. Bau arak campur muntah. Apa yang papa fikirkan apabila mendapati anaknya yang suci ini pulang ke rumah dengan bau arak dan bau basi. Fikirku lagi. Aku tersenyum sendiri apabila membayangkan wajah jijik papa apabila menghidu bau badanku.

“Karl.” suara mama dari daun pintu memanggil namaku dengan lembut. Aku laju menutup mata. Berpura-pura tidur. “Karl.” panggilnya lagi. Aku mula berlakon. Seolah-olah aku baru bangun. Aku menggeliat sedikit sebelum perlahan mengangkat badanku lalu menoleh ke arah mama dengan pakaian serba hitamnya. Matanya sedikit bengkak. Mama menangis semalaman. Fikirku.

“Mama.” jawabku serak. Mama mendekati aku. Dia melabuhkan punggung di sebelahku kira-kira dua meter dari tempat aku duduk. “Hari ini kita pergi jenguk Carla untuk kali terakhir.” ujar mama. Suaranya bergetar-getar seakan-akan mahu menangis. Aku memandang mama. Dia tersenyum. Aku faham senyuman itu. Senyuman yang belum dapat menerima kenyataan bahawa dia baru sahaja kehilangan seorang anak kesayangannya.

“Mama. Semua ni ada hikmah disebaliknya. Hidup mati kita di tangan Tuhan. Kita kena ikhlaskan pemergian kakak, itu sahaja yang kita mampu lakukan sekarang.” ucapku menenangkan mama. Mama tersenyum sambil menangguk. Setuju dengan pendapatku.

“Carla pergi ke tempat yang paling tenang sekarang. Mama cuma terkilan dengan apa yang berlaku.” ujar mama. Belum sempat aku membuka mulut, tiba-tiba papa masuk sambil membawa lipatan pakaian serba hitam dalam tangannya. Papa juga mengenakan pakaian hitam. Aku pernah terfikir, kenapa setiap kali orang mati harus pakai pakaian bewarna hitam.

“Sehari sebelum kehilangan Carla, dia ada call papa.” kata papa. Aku memandang papa dengan penuh minat untuk mendengar keterangan lanjut darinya. “Carla call?” soalku lagi. Mama mengangguk. Air matanya mula jatuh. “Ya, dia kata dia akan pergi bercuti ke luar negara bersama kawan. Tapi, yang buat papa tertanya-tanya masa tu sebab papa seperti terdengar suara lain. Suara seperti mendesak. Tambah lagi, suara Carla terdengar sedikit serak. Mula-mula papa syak dia kena buli ke apa. Tetapi, dia cakap dia baru balik dari kolam renang. Malam-malam.” aku terkejut. Aku bingkas bangun. Tak mungkin. Bisikku dalam hati. “Karl?” aku memandang mama dengan penuh rasa sayu, kemudian papa.

“Ada satu persamaan kami dua Carla yang mungkin papa dan mama tidak tahu.” aku mula bersuara. Mama dan papa berpandangan untuk beberapa saat. “Kami tak suka mandi waktu malam, lebih-lebih lagi kalau limpas jam lapan malam.” jawabku. Aku lihat papa, dia kelihatan teringat sesuatu. “Karl. Mama tak tahu.” celah mama, air matanya mula bercucuran. Mungkin dia faham maksud aku. Aku syak, apa yang difikirkan papa tentang perbualan mereka itu benar.

“Pa. Tengok jam, bila kakak call.” aku mengarahkan papa untuk selidik jam pada panggilan terakhirnya bersama Carla. “Sembilan lima belas malam.” ucap papa. Air mukanya tiba-tiba berubah. Naluri seorang ibu dan bapa tak pernah silap. Itulah yang aku rumuskan dengan apa yang berlaku antara papa dan Carla dalam panggilan mereka sehari sebelum kehilangan Carla.

Semangat untuk menuntut bela kematian Carla makin berkobar-kobar dalam jiwaku. Rancangan demi rancangan berimaginasi di dalam fikiranku. Apa aku perlu buat? Siapa mangsa aku? Apa alat yang aku gunakan? Semuanya terkulis dengan pantas di fikiranku saat itu juga. Namun, hari ini aku harus memberi penghormatan kepada Carla. Aku akan pergi menjenguk dia untuk kali terakhir.

Semua orang sudah bersiap dan hanya menunggu aku. Kemudian, kami bertiga bertolak dari rumah menuju ke rumah sakit. Dadaku turun naik dengan laju. Ini akan menjadi kali pertama aku berjumpa dengan Carla bersemuka setelah empat tahun kami terpisah. Akhirnya, aku akan berjumpa dengan kakak walaupun dalam keadaannya yang sudah tidak bernyawa lagi.

Setibanya di hospital, kami di minta untuk menunggu di luar bilik mayat. Di sana juga ada mak cik Bella dan pak cik Larry dan anak lelaki mereka Albert, mak cik Sally dan pak cik Daniel serta tiga orang anak mereka Beverly, Chistie dan Scott serta ahli keluarga terdekat yang lain. Hanya keluarga mak cik Bella dan pak cik Daniel sahaja yang aku kenal dengan rapat sejak kecil.

“Encik Jonathan. Boleh masuk.” kata seorang doktor. Kami bertiga melangkah masuk ke dalam bilik mayat. Dari jauh, aku dapat lihat Carla sedang tidur di atas katil besi hospital. Dia tersenyum. Rambut hitam kerintingnya disangkut dengan kemas. Aku teringat gambar yang pernah dia hantar pada malam dia mengikut red carpet acara peragaan tradisi di Malaysia, rambut dia semasa itu kerinting namun tidak disangkul.

Carla! Bangun! Carla! Bangun! Hatiku meronta memanggil nama Carla. Aku menahan diri daripada menghentak kepalaku sendiri pada dinding, biar aku yang gantikan tempat Carla. Aku adik kembar yang tidak bertanggungjawab yang gagal menjaga kakak kembar sendiri. Aku adik kembar yang pentingkan diri yang memilih untuk belajar jauh-jauh dengan alasan untuk belajar hidup berdikari. Inilah balasan yang aku terima.

Aku nekad untuk menyentuh Carla buat kali terakhir. Selama empat tahun kami terpisah, aku tidak pernah pulang ke pangkuan keluarga semasa cuti semester mahupun Christmas. Sedangkan setiap kali Christmas, kami sekeluarga memiliki satu tradisi sendiri iaitu bertukar hadiah. Aku rindu saat-saat itu sekarang. Aku pegang pergelangan tangan Carla. Sejuk membeku. Sudah berapa lama dia di dalam peti sejuk mayat. Fikirku untuk sesaat sebelum aku sedar ada sesuatu yanga pelik. Pergelangan tangannya seperti ada kesan kelar. Aku perlahan memerhati, memang ada. Satu garisan kesan kelar pada pergelangan tangannya. Aku tidak memberitahu mama dan papa. Doktor sudah mengesahkan bahawa Carla meninggal akibat terlalu banyak karbon dioksida di dalam badan. Pihak polis juga memberitahu bahawa mereka menjumpai mayat Carla di dalam kereta. Itu sahaja. Bekas kelar di pergelangan tangannya tiada di mention langsung.

Aku semakin tidak sedap hati. Aku teringat gambar Carla yang dikirim oleh pengirim misteri. Di dalam gambar itu, muka Carla ada kesan lebam. Aku perhatikan pada wajahnya, ada kesan pukulan pada dahinya, namun tidak banyak kerana dilindungi oleh rambutnya. Aku tidak mempedulikan mama dan papa ketika itu yang sedang meratapi mayat Carla. Aku sedang sibuk untuk menyiasat mayat itu sendiri. Apa lagi yang disembunyikan pada mayat itu. Something just not right about her death.

Tidak lama kemudian, ahli keluarga yang lain mula masuk. Aku, ketika mereka mula masuk mula melangkah keluar meninggalkan mama dan papa sekali lagi. Aku tiada di sisi mereka ketika mereka dalam kesedihan. Aku melihat mama dalam pangkuan papa. Aku sebak melihat mereka, tetapi aku harus kuat. Aku harus menuntut bela untuk Carla. “Hei.” aku terkejut mendengar suara dari belakang dan aku menoleh dengan laju. Justin. “Hei.” balasku. “I’m sorry about your lost.” ucap Justin lalu memeluk aku. Aku membalas pelukan itu.

“Thank you.” ucapku setelah itu. Kami berdua berdiri sambil melihat ahli keluarga kami meratapi pemergian Carla. “Sesuatu yang tidak betul tentang kematian dia yang aku harus cari tahu kebenarannya.” ujarku. Aku dapat merasakan Justin sedang merenung ke arahku dengan keliru.

“Maksud awak?” “Doktor cakap Carla meninggal sebab terlau banyak karbon dioksida di dalam badan, polis pula beritahu mereka jumpa mayat Carla di dalam kereta. Tetapi, mereka tak bagi tahupun tentang kesan kelar di tangan Carla.” aku menerangkan situasi sebenar kepada Justin. “Mama dan papa awak tahu pasal hal ni?” soal Justin memandang ke arah mama dan papa. Aku menggeleng sambil mendengus. “Aku tak nak mereka fikir yang bukan-bukan. Aku tak nak mereka terlibat dalam hal ini. Biar aku yang akan selesaikan misteri ini.” ucapku lagi. Aku menunggu jawapan Justin, ternyata dia sudah tiada idea untuk menjawab. Semangatku kembali berapi-api dalam misi mencari dalang pembunuhan Carla. Aku syak dia dibunuh walaupun polis berkata dia membunuh diri di dalam kereta itu. Aku tidak memberitahu Justin tentang hal itu kerana aku tidak mahu.

* * *
Sudah seharian, setelah pengebumian Carla. Aku masih terkilan mengenang nasib buruk kakak kembarku itu. Dia seperti rama-rama yang sedang terbang bebas di udara memperagakan kecantikan pada sayapnya sehingga menarik perhatian pemangsanya lalu dia lenyap begitu sahaja.

Semasa ketiadaan mama dan papa di rumah, aku mengambil peluang untuk menerjah masuk ke dalam bilik tidur Carla sekali lagi. Aku mencari sesuatu yang mungkin dapat membantu aku mendapatkan petunjuk dan aku menjumpai sebuah album foto. Pada muka depan album itu tertulis “C & C). Itu singkatan untuk Carla & Cassidy dan itu dibuktikan dengan surat yang ditulis oleh Carla sendiri pada muka seterusnya. Semua gambar kenangan Carla bersama Cassidy terselit kemas di dalam setiap poket album itu. Namun, menarik perhatian aku adalah album itu seperti menceritakan perjalanan kisah cintanya bersama Cassidy.

Pertama: Takdir mempertemukan aku dengan ‘C’ yang bekerja sebagai pelayan di sebuah restoran. Kedua: First date ( Heaven Park). Ketiga: C menghadiahi aku sebentuk cincin. Keempat: Perkelahan pertama kami. Itu tempat kami berdua selalu lepak. Belakang rumah. Lantas, aku terus sahaja membelek ke bahagian terakhir, tiga puluh lima: The day we broke up. ‘Aku melihat Cassidy dengan bermesraan dengan perempuan lain. Hati mana yang tidak hancur melihat si buah hati berjalan bersama orang lain. Hati mana yang tidak hancur, setelah sekian lama pengorbanan yang kita lakukan untuk dia namun disia-siakan begitu sahaja. Aku sendiri melihat mereka berdua menempah di hotel itu. Hari ini juga aku akan meminta putus. Bukan sekali dua dia berbuat demikian. Tiga kali dia menipu aku. Kali ini, aku tak akan berdiam diri. Betul kata Karl, berhati-hati di lorong orang takut hati menyesal.’ Carla masih ingat pesanku pertama kali dia keluar bersama Cassidy. Aku tergelak sendiri.

Kemudian, aku meneruskan misi mencari petunjuk di dalam bilik itu. Almari, laci meja, bawah katil, atas almari semua sudah aku periksa. Namun, tiada yang boleh aku buat sebagai petunjuk untuk misi membalas dendam. Semuanya, barang-barang lama kami. Dia masih simpan.

Namun, yang terakhir ini. Setelah berhempas pulas, memikirkan persamaan kami berdua. Maksud aku, dimana aku atau Carla selalu simpan barang berharga kami. Cuma kami yang tahu, seperti dulu ketika aku menyembunyikan duit tabunganku. Semuanya aku simpan di bawah bantala atau di bawah tilam. Walaupun nampak ringkas, namun orang tidak akan sedar di tempat sebegitulah barang berharga kami selamat.
Tanpa berfikir panjang lagi, aku terus menyambar bantal biru Carla lalu beraba setiap penjurunya. Tiada apa-apa, kemudian aku mengankat tilam dan akhirnya aku menjumpai sesuatu. Aku mendengus dengan kuat tanda lega dan puas. Aku mengambil diari itu. Saiznya sama seperti saiz diari yang aku jumpa di dalam buku keramat Carla.

Aku membuka ikatan diari itu lalu membelek untuk membaca. Semuanya tentang Brandon Malfoy. Di sana disertakan sekeping kad bisnesnya dan tertera nombor telifonnya sekali. Aku tidak minat. Aku langkau ke bahagian yang menjadi penarik minatku untuk membaca. Diarinya bersama Brandon Malfoy.

Tiba-tiba bulu romaku berdiri seperti di dalam filem seram. Aku sedang diperhatikan lagi. Aku lantas memerhati sekelilingku. Kot-kot ada orang. Kau melihat ke arah tingkap yang terbuka lalu melangkah laju ke arah tingkap. Aku memerhati ke luar tingkap. Itu! Jeritku di dalam hati. Seperti seseorang yang sedang berlari bersembunyi ke dalam semak dalam jaket hitam. Seluruh badannya ditutupi oleh selembar kain hitam seperti jaket atau jubah. Aku tidak pasti. Tetapi, tekaanku selama ini memang betul. Selama ini ada orang yang memerhatikan aku atau dia sudah mengintip keluarga kami. Fikirku. Kenapa dia datang ke sini? Diakah pengirim misteri itu atau dialah pembunuh Carla.

Aku harus cari tahu kebenaran itu. Aku harus siasat dulu siapa Brandon Malfoy. Adakah dia ada kaitan dalam kes Carla. Aku akan cari tahu. Aku akan membalas dendam untuk Carla. Bisikku di dalam hati.

Tetapi, kalau aku hendak membalas dendam untuk dia aku harus bermula dari mula. Tempat kerja Carla dahulu. Marcylin’s Haevan. Aku kena dapat bantuan terlebih dahulu. Lalu aku menelefon Justin. Kot-kot dia ada kenalan. Miri ni bukannya besar sangat. Semua orang sudah seperti satu keluarga. Namun, ada juga yang kejam sehingga sanggup membunuh seperti yang berlaku kepada Carla.

“Hello, Justin. boleh kita jumpa. Sekarang. Aku tunggu kau depan rumah kau. Ya, baiklah.” setelah membuat panggilan, aku terus bergerak ke tempat yang aku sebut tadi. Aku menuju ke rumah Justin. Dia sudah menunggu di luar pagar rumah, berpakaian kemeja ungu, logo Polo dan diseragamkan dengan seluar jeans. “Kenapa?” soal Justin. Rambutnya agak kusut. Baru bangun, agakku. “Maaf ganggu kau pagi-pagi macam ni. Aku nak tanya, kau ada kenalankah atau siapa-siapa yang kau kenal dalam Marcylin’s Heaven?” aku lihat dahi Justin berkerut. Dia bingung. Dia menggigit bibirnya untuk seketika sebelum bersuara lagi.

“Marcylin’s Heaven. Itu tempat…” “Ya, bekas tempat kerja Carla.” pintasku tatkala aku melihat Justin seakan-akan cuba tidak menyebut nama Carla.

“Kebetulan saya ada kenalan. Orang yang saya kenal dengan rapat. Kenapa? Awak nak nombor handphone dia tak?” soal Justin tersenyum memandangku. “Bukan begitu.” aku menafikan jangkaan Justin terhadapku. “Habis tu?” tambahnya. Untuk beberapa saat itu, aku berfikir betulkah tindakan yang aku buat ni. Maksud saya, bukankah semuanya kelihatan terburu-buru. Fikirku. “Begini, kalau-kalau awak boleh tolong saya untuk cari kerja di situ.” kataku dengan jujur. Justin, untuk beberapa saat itu memerhatikan aku dari hujung rambut hingga hujung kaki.

“Kebetulan yang amat memberi tuah. Tuah kepada kau. Sekarang ni, syarikat mereka mencari model lelaki. Saya jamin, kalau awak pergi jumpa mereka sekarang mereka akan terima awak tanpa raga ragu. Trust me.” jawab Justin penuh bersemangat. Aku berasa lega mendengar jawapan daripada Justin itu. “Biar betul kau ni.” panggilan saya kepada aku berubah begitu pantas. Tadi, aku guna saya agar perbualan kami kedengaran tidak memaksa Justin. Tak terbayang pula semuanya akan berjalan dengan lancar.

“Eh, kau tinggal di luar negara empat tahun. Saya tinggal di sini, saya tahu apa yang berlaku.” ujar Justin lagi. Aku tersenyum sahaja mendengar celotehnya. “ You got this, bro.” tambah Justin. “Begitu.” balasku separa berbisik. “Eh, jom masuk.” pelawa Justin. Aku pantas menolak. Aku bukannya mahu lama di sana. Takut mengganggu dia pula. “Tak apa. Aku bukannya lamapun. Tak apa, kau rehatlah. Semalaman kau tu bekerja. Tapi, aku tertanya-tanya jugalah, kau kerja apa sebenarnya sampai pagi.” aku langsung tidak ada rasa malu ungkit hal peribadi orang. Kelihatan riak wajah Justin sedikit meregang. Seperti tidak selesa dengan soalan yang aku ajukan tadi.

“Kerja sikit je. Asal dapat cari makan untuk ibu aku yang tengah tenat sekarang.” jawab Justin. Aku memandang ke dalam rumahnya yang kelihatan sunyi. Aku teringat kepada mak cik Maya yang tinggal sehelai sepinggang. Suaminya, pak cik Peter yang meninggal akibat kemalangan jalan raya yang menyebabkan isterinya Maya hanya mampu terlentang di atas katil. Lumpuh. Aku kasihan juga mengenangkan nasib Justin dan ibunya itu.

“Owe, tak apalah. Kau berehatlah di dalam. Aku pulang dulu. Terima kasih sebab sudi membantu aku.” ucapku sambil memukul manja bahu Justin yang sedang tunduk di hadapanku. Matanya sedikit kendur, masih mengantuk. Fikirku lagi. “Anything, anytime bro. Just give me a call.” jawab Justin. “Apa-apa nanti, saya akan update kat awak.” tambahnya lagi sambil menarik pagar rumah mereka. Aku hanya mengangguk.

“Baik.” jawabku ringkas lalu beredar dari situ.

Suasana pagi itu sungguh sunyi. Kawasan perumahan kami memang jauh dari bandar. Papa yang pilih kawasan perumahan itu. Aku juga suka. Sebab sunyi. Sekarang, aku memerlukan suasana yang sunyi untuk tenangkan fikiran. Kenderaan juga jarang lalu kawasan sini. Persekitarannya pula dipenuhi dengan rumput hijau dan semak-samun. Sejuk mata memandang.

Aku (Karl) berhajat untuk bekerja di bekas tempat kerja Carla.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience