?Bab 12
Lim melangkah dengan lemah kearah isterinya. Dia tidak sanggup melihat keadaan isterinya dalam keadaan begini. Dengan pelahan,dia memegang tangan isterinya lalu mengucup pelahan dan dia tidak dapat menahan tangisannya. Dia merasa teramat menyesal. Sejak hari itu,dia menjadi pengujung tetap dihospital itu. Dia tidak memperdulikan makan minunnya asalkan dia sentiasa berada disisi isterinya. Kini sudah genap sebulan Aliana menjadi penghuni bilik itu.
Pada hari itu,ketika dia baru tiba dibilik isterinya, kelihatan ramai saudara-mara dan rakan karib datang melawat isterinya. Mereka juga memberi kata-kata semangat padanya.
“Lim, papa nak cakap sikit dengan kau. Mari kita berbual diluar.” Mereka diikuti oleh Pn Chuah dan Makcik Rokiah.
“Mak rasa,lebih baik kau lepaskan Liana pergi menghadap Ilahi. Jangan tahan-tahan lagi. Kita akan seksa dia. Cuba Lim fikir,sudah sebulan Liana macam tu.Tiada perubahan langsung. Jangan le seksa dia lagi. Izinkan dia pergi menghadap yang maha Pencipta. Mak rayu pada kau Lim. Mak dah tak sanggup melihat Liana seperti tu.” Makcik Rokiah menangis tersedu-sedu. Lim tidak dapat berkata apa-apa. Mama dan papanya cuma menganggukkan kepala tanda setuju apa yang dikata oleh Makcik Rokiah .
Dengan lemah longlai, Lim melangkah kearah katil isterinya. Dia tidak sanggup hendak melepaskan isterinya pergi meninggalkannya tapi dia juga tidak sanggup melihat isterinya menderita menanggung kesakitan. Dia memegang erat tangan isterinya dan mencium lalu menangis tersesak-esak. Mereka yang melihat juga tidak dapat menahan kesedihan.
“Liana. Abang minta maaf andai selama kita hidup bersama, abang ada menyakitkan hati dan mengabaikan Liana. Sebenarnya abang tak sanggup berpisah dengan Liana tapi abang juga tak sanggup melihat Liana menanggung kesakitan seorang diri. Dengan ini abang rela melepaskan Liana pergi menghadap yang maha esa. Daripada dia kita datang, kepada dia kita kembali. Selamat tinggal isteri ku sayang.” Selepas habis berkata, Lim mencium dahi isterinya. Kelihatan dada Liana berombak menandakan, dia sedang nazak. Lim terus mengucap dua kalimah sahadah di telinga isterinya. Habis sahaja dia mengucap, Liana pun menghembuskan nafas yang terakhir. Suasana sedih menyelubungi dalam bilik itu.
Jenazah Aliana selamat dikebumikan selepas waktu zohor. Ramai jiran tetangga telah pun pulang kerumah masing-masing. Kelihatan Lim masih termenung di bawah pokok mempelam yang sangat lebat daunnya. Disitu terdapat pangkin yang dibuat oleh adik iparnya. Dia teringat pertama kali dia datang kerumah ini. Dia dan Liana berbual sambil bergelak ketawa dibawah pokok ini. Masih terbayang-bayang dimatanya gelagat mereka ketike itu.
Tiba-tiba bahunya disentuh oleh seseorang. Kelihatan papanya sedang tersenyum kearahnya.
“bersabarlah Lim. Sudah takdir dia pergi meninggalkan kita terlebih dahulu. Janganlah kau termenung begini. Kau kena tabah menghadapi cubaan ini. Jom naik makan. Papa tengok dari semalam kau tak makan. Papa takut kau pula yang jatuh sakit. Kalau arwah tengok tentu,dia pun tak suka kau berkeadaan begini.”
“Papa pergi dulu. Nanti,bila Lim berasa lapar,Lim makan ok. Lim tak ada selera nak makan. ‘’ Encik Chuah hanya mampu menggelengkan kepalanya. Dia tidak mampu lagi hendak memujuk anaknya. Mungkin anaknya memerlukan masa untuk mengubat hatinya yang dalam kesedihan.
‘’Lim, boleh aku cakap sikit dengan kau ?’’ Lim terkejut dengan sapaan dari Hafizah. Dia memaling kebelakang dan melihat Hafizah sedang berdiri dibelakangnya. Lim hanya menganggukkan kepala saja.
‘’Sebelum arwah kemalangan, aku ada berjumpa dengannya. Dia tidak pernah menceritakan layanan kau padanya sama ada baik atau buruk. Tapi dari riak wajahnya aku tahu dia menderita dengan sikap kau sejak korang pindah kerumah baru. Aku dapat bezakan sebab semasa korang tinggal dengan mama kau, dia cukup seronok. Wajahnya sentiasa ceria tapi bila korang berpindah,hanya seminggu sahaja aku tengok dia gembira tapi selepas tu, wajahnya sentiasa muram seperti orang menanggung masalah. Walaupun aku mendesak,dia tidak akan menceritakan masalahnya. Mungkin sekarang kau gembirakan dia sudah tiada dan kau boleh berfoya-foya dengan perempuan itu. Dia ada beritahu pada aku yang dia mengangdungkan anak kau. Dia cukup seronok dan beria-ia hendak memberitahu pada kau tapi bila dia call telefon kau, kau matikan talian mungkin sebab itu dia tergesa-gesa pulang kerumah. Ha …. Ada satu lagi. Untuk pengetahuan kau,sebenarnya Liana telah lama jatuh cinta pada kau sebab tu dia bersetuju berkahwin dengan kau walaupun dia tahu kau tak cintakan dia. Eh …… kenapa kau menangis? Bukan itu yang kau mahu selama ini?” Hafizah berasa hairan apabila melihat Lim menangis seperti budak kecil yang mahu dipujuk.
“Aku tahu. Aku bersalah dalam hal ni. Aku sedar aku telah abaikan dia. Aku tak ikut perjanjian kami. Aku menyesal …. menyesal……. Kau tau tak?”
“Ha…ha…ha… kau kata menyesal?apa guna kau menyesal sekarang? Dia pun sudah tiada.” Nada suara Hafizah mula menurun sedikit kerana berasa kasihan melihat wajah Lim yang sunggul sejak semalam.
“Aku bukan nak marah kau. Aku tahu tak guna aku marahkan kau. Perkara dah berlalu tak boleh diundurkan lagi. Kalau kau betul-betul sayangkan dia, kau sedekahkan bacaan yasin padanya setiap kali kau selesai solat. Itu saja jalan untuk kau menebus segala kesalahan kau pada arwah. Aku nak minta izin pada kau. Andai anak yang aku lahir nanti perempuan, aku nak namakan anak aku dengan nama Liana iaitu Nuraliana. Aku harap kau tak marahkan aku. Kau pun tahukan dialah satu-satunya kawan baik aku. Jadi aku nak abadikan namanya pada anak aku.” Lim memandang Hafizah dengan perasaan sayu. Dia menganggukkan kepala.
“Bila kau bersalin?”
“dalam tiga bulan lagi.” Hafizah tersenyum.
Kelihatan Tajul Zaman sedang mendekati mereka.
“Maaflah. Aku minta diri dulu.”
Lim bersalam dengan Tajul Zaman. Lim melihat pasangan bahagia itu berlalu sehingga kelibat mereka tidak kelihatan lagi ……
TAMAT
Share this novel