1 Misi Nuri

Drama Completed 93389

Langkah diatur anggun dengan liuk lentok punggung yang mampu menjegilkan biji mata yang memandang. Dress ketat merah menyala membungkus tubuh hingga ke pangkal buku lali dengan belahan tinggi atas lutut yang pasti tambah membuat setiap pasang mata miang terbakar dengan rasa berahi.

Dia tak peduli apapun tanggapan manusia yang ada di situ. Dia punya misi yang harus dicapai walau apapun yang terjadi. Paha putih terserlah setiap kali kaki diorak buat dia jadi perhatian kumbang-kumbang kegersangan. Dia tak peduli! Persetan dengan jelingan membunuh yang diterima dari wanita-wanita yang memegang title kekasih, selingkuhan ataupun isteri pada sang kumbang-kumbang di situ.

Maaf, dia tak berminat dengan kumbang yang baru mulai belajar merangkak ataupun yang sudah mahir menghisap madu apatah lagi kumbang pencen. Hanya ada satu kumbang begitu bersinar di layar matanya saat itu. Dan di situlah bola mata tertancap sedari tadi, yakni sejak kaki melangkah masuk ke perut restoran mewah itu.

NUHAN HAZZAN!

Sebaris nama itu dilaung dalam batin. Lelaki yang sudah dua bulan diburu. Seorang duda paling laris di pasaran. Tiga bulan lalu, melafazkan cerai pada isteri yang baru beberapa hari melahirkan seorang bayi yang sangat comel. Lebih malang, anak kecil itu langsung tak dipandang, apatah lagi disentuh. Dia langsung tidak berminat mahu tahu apa yang terjadi pada rumahtangga lelaki itu, tapi yang pasti tiada wanita mahu dan berhak diperlakukan seperti itu. Yang dia tahu, sampai sekarang bekas bini masih menagih kasih. Bodoh! Batin menyumpah. Cinta sememangnya buat akal waras jadi senteng.

Langkah diatur penuh menggoda. Tubuh yang sedia terbentuk cantik itu sengaja ditarik paksa buat urat hampir putus semata-maha kerana mahu tubuh membentuk huruf S, dengan posisi dada ke depan dan punggung tonggek ke belakang. Terliuk-liuk punggung ketika menghampiri meja yang diduduki oleh lelaki terpaling laris di pasaran itu. Bergegar daging pejal di punggung setiap kali langkah dibuka, buat mata-mata yang melihat telan berdas-das air liur serakah.

Sampai di depan lelaki berwajah persis dewa-dewa kekacakan dalam mitos Greek itu, dia terus melabuhkan punggung bertentangan dengan lelaki itu tanpa salam, tanpa kebenaran. Lelaki itu mendongak, menghunus renungan dingin menusuk sampai ke tulang sum-sum. Itu mungkin dirasai oleh wanita lain, tetapi bukan dirinya kerana jiwa sedang sarat menanggung dendam hingga tiada ruang untuk perasaan lain.

“Nuhan Hazzan… marry me!” Sebaris ayat itu dilontar dengan keyakinan setinggi gunung Everest. Siap melipat lengan di dada, dan badan bersandar angkuh di penyandar.

Namun tidak sedikitpun berjaya mengubah riak wajah tampan tanpa sebarang perasaan di hadapannya itu. Riak wajah itu cuba dibaca, namun tiada sebarang klu ditemui. Hanya datar!

“Marry you? And what do I get if I take someone like you to be my wife?” Lelaki itu lempar sebuah renungan mengejek, buat dia rasa semakin tercabar.

“I’ll help you to get rid of your ex wife.” Riak wajah tampan itu spontan berubah. Urat kekar di tangan bertimbulan bila penumbuk dikepal erat.

“Really?” Tawa kecil penuh sinis diletuskan. “And tell me… what do you want from this marriage?”

“Power, I want your power cause I have some issues to solve too.” Sebelah kening di wajah tampan itu terjongket tinggi. Renungan datar yang dilemparkan berubah sedikit. Lelaki itu mula menunjukkan sedikit minat untuk mengetahui lebih lanjut.

“Then, if I am that powerful, what makes you think that I can’t get rid of her by myself? Why do I need you to do that for me?” Dia terjeda. Cuba memikirkan kata-kata yang tepat untuk membuatkan lelaki itu percaya padanya.

“I am a woman, and only woman knows what women want.” Punggung terangkat sedikit ketika badan ditarik merapat ke arah lelaki itu. Bibir dirapatkan di kuping telinga Nuhan Hazzan.

“I’ll do whatever you want, Mister Nuh. Make her suffer, I will. Make you feel in heaven, I’m expert on that. Use me as you wish, I can give you all.” Suara menggoda dilontar. Dapat dia lihat dari sudut peripheral anak tekak lelaki itu naik turun dengan laju.

Batin tergelak sakan. Dasar lelaki, semuanya sama! Kata cinta sampai mati, tapi baru terima sedikit godaan dah macam kuda terover pil perangsang!

“Who do you think you are? How dare you!” Seraya suara keras terlontar, batang tengkuk dicekik kuat oleh sepasang tangan kekar itu. Dia terbatuk keras, hampir pitam bila oksigen tidak mampu disedut masuk ke paru-paru.

“Perempuan macam kau berlambak di luar sana. Macam sampah sarap, di buang ke sana sini, dipijak-pijak hingga membusuk bersama tanah.” Dia menggeleng, cuba melepaskan cengkaman kuat itu. Mulut terbuka, mahu membidas namun suara tidak mampu dikeluarkan.

“Do you think I am that easy huh? Go awayyy!!! Aku tak mahu tengok muka kau muncul di depan aku lagi!!!” Seraya cengkaman dilepaskan, tubuh ditolak kasar hingga punggung terhempas di atas lantai.

“Ha… hahahaha…” Tawa psiko diletuskan dari bibir tercalit gincu warna darah itu. Dahi licin bersih Nuhan berkerut nipis. Wajah lelaki itu direnung tajam. Dengan susah payah dia cuba bangun. Buku lali terasa sakit. Rupanya sebelah kasut tinggi patah tumitnya gara-gara terjatuh tadi. Again huh?!

Syaitan! Lelaki memang bangsat. Batin menyumpah. Apa lelaki itu ingat dengan berkasar akan buat dia takut dan berundur dengan mudah? Tak akan berlaku! Lelaki itu tidak tahu bahawa dia sudah kebal dengan kekasaran yang dilakukan oleh tangan lelaki. Malah, dia pernah diperlakukan dengan lebih teruk. Tapi, sayangnya duhai Nuhan Hazzan… untuk kali ini, dia takkan berdiam diri. Kaum lelaki harus diajar secukup rasa! Sebabnya mudah… Nuhan bukan siapa-siapa dalam hidupnya.

“You know mister Nuh…” Walaupun sedikit terhinjut kerana ketinggian kasut yang menyarung kaki sudah tidak sekata, dia tetap mara merapati Nuhan.

“Congratulation! You make me want you more and more.”

“You!!!” Nuhan bingkas menegakkan badan. Malangnya, belum sempat berbuat apa-apa wajah tampan itu habis basah disimbah air di dalam gelas kaca.

“The more you hurt me, the more I want you!” Pipi basah Nuhan dia sentuh. Butiran air di pipi itu dikesat guna jemari dengan penuh sensual. Laju tangan Nuhan naik menepis.

“You bit…”

Pang!

Terteleng kepala Nuhan ditampar oleh tangan bertapak halus itu.

“You!!!”

Pang!

Sebelah pipi lagi jadi sasaran tangan. Dia senyum penuh kepuasan. Tapak tangan yang masih pijar digosok perlahan.

“At least you have to pay for what you did to me. Kau bukan lelaki dayus kan?” Dia perli dengan sinis. Semakin marak terbakar wajah Nuhan.

“Nuri Ashura… remember my name Nuhan Hazzan because soon, I’ll be your lovely, adorable wife!” Seusai berkata, badan dipusing. Kesukaran melangkah buat dia tunduk membuka kasut. Marak bola mata lihat kasut yang baru dibeli dengan harga mahal itu sudah tidak boleh dipakai.

Berang, dia toleh semula ke arah Nuhan yang sedang mengeringkan wajah dan kot mahal yang dipakai dengan beberapa helai tisu.

“Nuhan Hazzan!” Dia laung sebaris nama itu dengan lantang. Nuhan memandang dengan mata dipenuhi api kemarahan.

“I don’t need these!” Sepasang kasut itu dilontar deras ke arah Nuhan. Satu berjaya ditangkap. Malangnya satu lagi menghempuk dahi putih bersih itu. Bingo! Batin menggilai. Bibir menyeringai sebelum langkah dibuka meninggalkan restoran mewah itu.

Nuhan merenung tajam. Sebuah senyum kecil terkoyak. So… it’s her! And once again, she managed to hurt him… twice with those damn stilettos!!!

Lama kaki terpacak di depan sebuah rumah konkrit sederhana besarnya. Tujuh tahun bercinta, dua tahun mendirikan rumah tangga. Ia bukan tempoh yang singkat! Dia bersusah payah bekerja selepas membuat loan untuk menyiapkan rumah tersebut, hampir setahun terhenti pembinaannya kerana lelaki itu tidak mampu membayar upah pekerja lantaran terlibat dengan pengurangan pekerja di syarikat tempat lelaki itu bekerja.

Tidak cukup gaji sebagai seorang kerani, dia sertai beberapa produk kecantikan yang menjalankan perniagaan jualan langsung kepada pelanggan. Selain itu, dia berniaga kecil-kecilan dengan mengambil pelbagai tempahan makanan bermasak dan biskut. Semua demi meringankan beban dan menjelaskan hutang piutang lelaki itu.

Apa yang dia dapat? Pengorbanan yang dia lakukan selama ini langsung tidak dihargai malahan, dia diusir pergi dari rumah hasil titik peluhnya. Dia kalah dalam perbicaraan untuk menuntut rumah tersebut lantaran dia tidak mampu mengupah peguam terbaik seperti yang lelaki itu buat. Dia hanya dapat bayaran balik secara cash tidak sampai separuh duit yang dilaburkan pada rumah itu. Adil?

Kata lelaki itu, dia manusia tidak reti bersyukur kerana masih bising walaupun duit sudah diambil. Bersyukur atas penindasan seorang lelaki yang pernah dicintai sepenuh hati? Nope! Dia memang tidak akan bersyukur dan hari ini, dua akan tunjukkan bagaimana sikap seseorang yang tidak reti bersyukur!

Langkah penuh keyakinan diteruskan, masuk ke perut rumah tersebut. Sekilas bola mata melilau memerhati sekitar ruang tamu yang terhias kemas dan cantik, hasil titik peluhnya selama ini. Tidak dinafikan, ada rindu menerpa. Dua tahun masa dihabiskan untuk menjadikan rumah itu selesa didiami. Duit, tenaga dan masa yang dihabiskan cuma sia-sia!

“Kau! Beraninya kau muncul semula di sini?!” Suara bertempik nyaring menggegarkan segala makhluk penghuni corong telinga bergema hingga ke setiap pelusuk rumah.

“Ah… dari mana muncul langau busuk dan kotor ni?” Lubang hidung spontan dipicit. Wajah terpampang sinis, ada garis mengejek pada senyuman yang dia leretkan.

“Kurang ajar kau! Langau tu kau, sedar diri tu sikit. Kau dah diceraikan talak tiga oleh suami aku! Kalau kau masih ada rasa malu, sila keluar dari rumah aku sekarang! Aku haramkan kau pijak rumah aku! Kau faham tak?!” Semakin galak tawa dia letuskan. Tangkai hati bagai digeletek-geletek dengar kata-kata dari mulut busuk milik perempuan tak sedar diri itu.

“Oh dear! Atipah… oh Atipah! Sedarlah, nama yang tertulis dalam surat lahir you tak mungkin boleh diubah, cuma boleh tambah alias je… dari Atipah jadi Atiffa Effa. That’s who you are, gadis dari ceruk bumi. Konon mahu ubah nasib keluarga, kena kejutan budaya sampai lupa diri, lupa siapa yang banyak tolong kau. Apa kau buat Tipah? Kau ambil Amar Arif. Rumah kau? Haram satu sen pun kau tak sumbang Tipah. Anak dalam perut kau, itu anak haram kau dan Arif. Kau…”

“Cukup Nuri!!!” Satu suara kasar menempelak dari pintu masuk. Bibir tercalit lipstick merah darah itu menyeringai lebar. Ah, si pembela langau dah muncul. Satu langau, satu lagi najis! Memang sepadan. Najis dan langau berpisah tiada.

“Abang… tengoklah perempuan gila ni. Terkejut sayang tau. Perempuan ni datang menyerbu dan teriak-teriak macam orang gila. Sampai baby pun ikut terkejut. Perut sayang ni sekejap-sekejap mengeras. Kasihan baby…” Dan perempuan berhati lebih busuk dari pembentung tandas itu mulai main peranan, menyucuk jarum beracun dengan lakonan mantapnya. Dan si najis bodoh mengalahkan beruang Koala itu macam tertelan ubat pengasih, berlari mendapatkan langau kesayangannya lalu mengusap perut buncit itu dengan penuh kasih sayang.

“Sayang tak apa-apa? Perempuan tu ada pukul sayang tak? Maaf sayang, abang terlambat. Banyak betul kerja dekat office. Maklumlah abang baru saja dinaikkan pangkat. Terima kasih sayang. Ini semua tuah sayanglah ni. Makin bertambah-tambah rezeki sejak sayang hadir dalam hidup abang.”

Nak ketawa ke nak nangis lihat drama memualkan depan mata tu? Jangan tanya apa perasaannya saat lihat pasangan yang kelihatan sangat mesra itu. Geli geleman! Cemburu? Tak, semua rasa pada lelaki itu mati saat dia sendiri menangkap kecurangan lelaki itu tiga bulan yang lalu!

“Mau apa lagi kau kemari Nuri? Hal antara kita sudah selesai! Semua bayaran aku dah selesaikan.” Amar Arif membentak dengan suara keras.

“Bagaimana dengan kepercayaan yang kau hancurkan? Bagaimana dengan sekeping hati yang kau luluhkan, Arif? Bagaimana kau nak pulihkan semua tu?”

“Nuri Ashura! Bahagian mana lagi kau tak faham hah?! Kenapa bengap sangat? Aku dah tawar hati pada kau bodoh! Pergi dan jangan sesekali kau pijak rumah aku lagi!” Tempikan berang itu disambut dengan gelak tawa sakan menggilai, memenuhi setiap pelusuk ruang tamu tersebut.

“Yes Arif! Dulu aku bodoh! Ketika itu, aku cuba jadi yang terbaik. Segala kemahuan kau aku turuti tanpa mengeluh. Sakit pedih aku tanggung sendiri. Kau balas dengan apa? Kau curang dengan Tipah minah ulu tu! Aku tangkap sendiri permainan asmara korang di atas katil kita selepas seharian aku berjualan di kiosk seorang diri. Kau sikitpun tak datang membantu kononnya tidak sihat. Rupa-rupanya kau dah berkomplot dengan perempuan sund*l tu! Kau bela wanita itu tanpa sedikitpun rasa bersalah!” Bola mata berkalih ke arah wanita mengandung yang sedang memaut erat tangan lelaki itu seolah takut lelaki itu akan bergerak dan melekat pada dia seperti tarikan kuasa magnet.

“Dan kau Atipah! Kau hampir hilang segalanya selepas teman lelaki kau tinggalkan kau sehelai sepinggang! Atas dasar persahabatan, aku tolong kau. Silap aku kerana tumpangkan kau di rumah aku! Apa balasan kau pada aku? Kau hancurkan keluarga aku Tipah! Bersyukurlah, langau yang sudah ditebuk seperti kau masih mahu diambil oleh najis tu! Sepadan betul.”

“Kurang ajar!!!” Lelaki itu meluru sambil mengangkat tangan tinggi di udara. Belum sempat tangan itu hinggap di pipi, tapak tangan halus dia lebih dulu singgah di pipi lelaki itu manakala sebelah tangan lagi naik menepis tangan yang mahu melempang wajahnya itu.

“Aku tak datang untuk dibelasah free-free oleh kau Amar Arif, I’ll never let you do that again, NEVER!!! You heard me?!”

“KAU!!!”

Pang! Pang! Pang!

Tiga kali berjurut-jurut wajah tampan Amar Alif dilempangnya sekuat tenaga. Sempat berdecit menahan sakit pada tapak tangan. Tapi puas. Dia benar-benar puas lihat wajah tercengang Amar Arif dan perempuan langau itu.

“Ingat… I will make your life miserable like hell, don’t forget Nuri Ashura too fast, Amar Alif!”

Dan langkah diorak, meninggalkan rumah itu dengan liuk lentok penuh keangkuhan.

Lihat saja nanti. Jangan panggil dia Nuri Ashura kalau dia tidak berjaya jatuhkan dua manusia keji itu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience