EPISODE 1

True Story Series 34123

Assalamualaikum semua..

Dengar sini.." Saya ada satu pengumuman khas untuk anggota disini, Sila dengar dengan teliti dan hadam baik-baik.

Waalaikumusalam.. tuan Syarif.." Tujuh anggota termasuk tiga pegawai lelaki yang baru berdaftar juga bangun dan melihat kearah Syarif lama.

Saya disini bersama awak semua untuk menaikkan dan mengharumkan nama jabatan pengakutan jalan raya malaysia. atau lebih dikenali sebagai jpj.. dan saya berharap sebarang masalah atau tidak kepuas hati anda disini sila jujur dan amanah, saya tidak mahu sesiapa pun berani curi tulang atau berkata-kata dibelakang faham maksud saya..

Faham tuan Syarif..

Syarif memerhati seseorang sehingga ke arah Yani berada dihujung pejabat.

Dan awak Yani sebagai pekerja lama disini sila berlaku adil dengan anggota-angota lain faham kan..

Faham tuan.

Kalau dah faham terima kasih.. semua boleh kembali berkerja. Syarif terus masuk ke dalam biliknya..

Garang juga tuan Syarif tu ya.." Lutfi berbisik kepada kawannya.

Shh.. memanglah.. nama pun esp. mestilah kena garang.. kalau tak garang memang kena pijak dengan anggota sendirilah, dah buat kerja!!

"Nasib baiklah aku tak bertindak terburu-buru fuh" Yani mengurut dada perlahan.

•••

Tok.. tok.. pintu bilik Syarif diketuk.

Masuk... Syarif melihat kearah pintu bilik seketika.

Assalamualaikum, Tuan Syarif...

Ooh tuan Faizal waalaikumusalam, Syarif terus bangun dan mereka berdua berjabat tangan sebelum duduk.

Silakan duduk..

Baik terima kasih.. Faizal mula duduk dan dilihat sekeliling, beberapa piala anugerah dipamir dirak belakang Syarif di perhati lama.

Syarif hanya senyum ia tahu apa maksud Faizal tiba-tiba kesini.

Cemerlang juga kerja awak ya tuan Syarif, Saya kagum dengan awak.. tapi boleh saya tahu satu benda?

Syarif kembali senyum..

Jangan puji begitu tuan, Kita sama-sama cemerlang.. cuma kerja kita saja tak seiringan, ada apa-apa ke yang boleh saya bantu..?

Saya dengar banyak tentang reputasi awak dari anggota saya, bayangkanlah bertapa popularnya awak sekarang ni apa ilmu...? "pak.. pak.. pak.." tangan ditepuk didepan Syarif.

Tuan Faizal.. sebenarnya tiada apa yang popular pun cuma bila didalam kawalan atau dipejabat jangan ada "knightback" itu saja saya tak suka..

Ooh.. padu juga awak ya..!! baguslah sampaikan ketua kita turun bagi anugerah cemerlang kepada awak ye, Hebat..

Jadi sebab itu ke tuan kesini..? Syarif senyum penuh bangga.

Ooh tidak, "Sebenarnya iya" Saya kesini cuma nak ucap tahniah atas pingat kecermelangan itu saya turut bangga, Assalamualaikum... Faizal bangun dan terus pergi dari situ.

Waalaikumusalam.." Syarif senyum sendiri.

•••

Ape kite nak buat sekarang ni..! Lana dah tak boleh tunggu lagi Lana malu tahu tak sebab Lana di halau keluar macam tu jer dari rumah mak hari tu, Mak langsung tak backup Lana.. ape ni mak!! mak dah lupa janji mak untuk bantu Lana ke..?

puan Atikah hanya memerhati wajah Lana lama sebelum pelayan menghantar minuman di depan mereka berdua.

Cakaplah mak..!!!

Suhada terkejut dan ia sempat meletak kedua air diatas meja sebelum pergi dari situ.

Bukan mak taknak tolong tapi situasi sekarang tak okey.. cubalah faham keadaan mak sama Lana! kamu ingat Syar macam dulu ke..?

Haish!! mak ni kan.. itu anak mak so mak memang ada hak nak lentur dia kembali untuk Lana. Mak dah lupa mak dah ambil duit Lana berapa ribu huh..?

Suhada masih menolong kawan-kawan mengelap meja dan disembur pewangi diatas meja sedikit.

Lana tak kisah janji Lana nak Syarif!! muktamad.. Lana terus bangun dan pergi dari situ.

Suhada hanya mengerling empunya tubuh itu dan digeleng kepala perlahan..

Erm.. anak, puan atikah mula memanggil..

Ye puan..

Berape harga semue ni makcik nak bayar..

Ooh baiklah, semue total rm12.90

Duit dihulur kepada Suhada dan ia bangun pergi dari situ.

Puan baki.. Suhada kembali kepada puan Atikah

Tidak perlu terima kasih...

Suhada mengangguk lemah dan ia kembali ke casier untuk menyimpan kembali wang selebihnya di dalam laci.

Jarum jam sudah berganjak ke 6.50 minit petang

Hii.. saya nak Laici honey pudina satu hot cup dan cake cheese satu.

Suhada masih membatu didepan kaunter

Syarif memetik jari didepan Suhada dan didalam sekelip mata Suhada memerhati tepat wajah Syarif.

Eh.. maaf.. tuan nak order ape tadi..?

Fikir ape tu sampai saya didepan mata awak pun awak tak nampak, travel kemana tu..? Saya nak Laici honey pudina hot cup satu dan cake chesse satu.. makan sini.

Oooh baik, Tuan duduk dulu ya nanti saye hantarkan eh pelayan hantarkan..

Kenapa ni resah je wajah tu ada masalah rumah tangga ke..?

Berkedut dahi.."

Taklah.. ni masalah negare tuan tahu ape..!! dah pergi duduk sane..

Oh lupa... saya nak tanya ni dah cukup ke nak bayar balik barang yang awak dah ambil tu..? lama sangat ni!

Ia mengigit bibir, belum cukup lagi tuan.. lagipun terlalu mahallah tuan letak harga cash untuk satu bulan tu.. Bagi sikit mase lagi boleh tak..?

Tuan nak letak air dimana ye..? Wawa menghampiri Syarif.

Disana, Syarif menunduk ditepi tingkap.. kini disitu sudah menjadi tempat kegemarannya sejak pertama kali kesini.

Baik.. Wawa hanya senyum ringkas sebelum pergi dari situ.

Tuan duduklah dulu nanti sejuk air tu..

Syarif menongkat dagu didepan Suhada.

Tuan janganlah macam ni.. sini tempat cari rezeki tahu tak? tolonglah jangan buat hal!! kalau saye dipecat nanti saye nak tuan bertanggungjawab faham..

Faham.. dan saya nak itu terjadi boleh kan!!

Tuan!!! kini suaranya ditegas walaupun dana keadaan suara ditekan dari dalam.

Baru adilkan..

Adil hidung tuan!! lebih baik tuan duduk sekarang sebelum saye sembur air cili ni ke tuan..!

Semburlah kalau berani.. Untuk pengetahuan awak Hada, lebih pada itu saya dah rasa... jadi janganlah ugut saya dengan benda alah tu!.. penyembur air cili diambil dari tangan Suhada dan diletak didepan Suhada dan ia pergi dari situ.

"Tergamam buntat.."

Syarif termenung sendiri pemandangan diluar dipandang lama. cake hanya dijamah sedikit fikiran nya bercelaru memikirkan masalah semakin hari semakin bertambah didalam benaknya.

Kenape ni..? dia ade masalah ke..? sebab ni ke dia asyik sakat aku..? ke sebab dia fikirkan barang dia yang hilang tu.. kesianlah pula..

Suhada menghampiri. "Tuan tisu.." dua keping tisu diselit dibawah piring cake...

Terima kasih... Syarif kembali melihat diluar dimana pohon segar melambai kearahnya.

Errr.. tuan, maaflah bertanye ni tuan ade masalah ke..? nak berkongsi dengan saye tak..?

Tak ada masalah pun saya cuma ambil angin disini.. "maaflah kalau dah sakitkan mata awak Hada.."

Tuan janganlah macamni, Saye risaulah dengan keadaan tuan ni boleh tak tuan jangan termenung sendiri macam tadi..?

Awak risau..? kenapa..? awak menyampah ye tengok saya disini setiap hari.

Tuan...!! ya allah saye takde maksud macam tu pun. kenape ye tuan cakap macam tu? saye risaukan keadaan tuan sekarang ni.. faham tak..??

Duduklah.. saya diluar kawalan kerja ni jadi janganlah berdiri seperti orang bersalah didepan saya ni duduk sini.. tangan didepa kearah kerusi kayu didepannya.

Suhada terus duduk dan mata memerhati lama wajah muram lelaki itu.

Wawa berdiri di kaunter dan hanya jadi pemerhati saja.

Tuan kene pakse kahwin ke..?

Syarif terus memerhati lama ke anak mata Suhada. kini mata mereka bertentangan..

Hurmm awak ni Hada..

Kenape dengan saye..? jadi betullah kan..

Syarif menongkat dahu didepan Suhada.

"Ya Hada.." tapi saya keliru sebab hubungan kami berdua tak seperti dahulu lagi.. dia tinggalkan saya selama sepuluh tahun, dia lari ke uk bersama lelaki lain masa hari pernikahan kami hari tu..

Suhada menutup mulut sendiri.

Jadi dia kembali kesini untuk dapatkan tuan kembali ke..?

Syarif mengangguk tanda "Ya"

Saye tak setuju..!!

Syarif sengeh sendiri...

Kenapa ni tetiba awak tak setuju pula! awak bukan nak kahwin dengan saya pun malah awak tolak terus lamaran saya malam tu.

Eeeeii tak kire!! biarlah perempuan tu nak meroyan sendiri asalkan tuan jangan kahwin dengan die faham. Suhada bangun dan terus pergi dari situ..

Syarif senyum sendiri, kini didalam hatinya sudah kurang beban kerana sikap kebudak-budakkan Suhada sempat dipamer didepannya seketika tadi..

Tepilah kau..!! eeeiii.." Suhada terus menolak tubuh Wawa pergi ke tepi dan ia menongkat dagu sambil melihat kearah Syarif lama.

Asal ni period ke oiii..? Wawa memerhati wajah Suhada dari dekat.

Diamlah...!!

Syarif tergelak lucu bila Suhada cuba mengontrol amarah dihati.

Eh kau ni kan..! sejak berkawan dengan abam jpj tu sikap garang kau ni boleh tahan juga eh...

Takde kene mengenalah..!! haish panas betul hati ni..

Hahaha asal..? abam kau tu nak berkahwin eh!! kau lambat bertindak sangat sebab tula kau terlepas dibelakang, kesian eh..

Kau...!! Suhada terus berlari ke bilik air, Kini hatinya benar-benar sakit entah mengapa sedangkan mereka berdua tiada apa-apa hubungan pun, berchatting selalu jauh sekali.

Syarif hanya memerhati Suhada pergi dari situ, air dihirup sedikit dan ia bangun dan terus ke kaunter.

Saya nak bayar..

Oh baik, Semua total rm19.30sen

Debit or cash tuan..?

Debit, setelah selesai semua Syarif terus pergi dari situ sendirian..

Kini langkahnya berat untuk kembali ke rumah kemungkinan masalah sudah menunggu beberapa lori dirumah.

"Ya allah jauhkanlah syak was sangka aku pada ibuku ya allah.. dia ibu kandungku, bukan niatku untuk biadap dengan dia tapi ini sudah keterlaluan buat ku ya allah.." ia sempat berdoa didalam hati

Saye tak benarkan tuan kahwin dengan perempuan tu..!!

Syarif mengalih perhatian ke empunya suara itu.

"Suhada.." Kenapa ni.. menangis..? Syarif mendekati Suhada

Tak menangis pun cuma lepas geram je.. hidung Suhada merah bak delima akibat menangis sendirian didalam toilet.

Ubun-ubun Suhada diusap perlahan.

Masih nak mengelak..? kalau awak nak berbohong dengan saya teruskanlah.. saya tak ada hak nak memaksa awak melainkan...

Kini airmata Suhada tidak dapat menahan lagi.

Baiklah.. terserah tuan, saye pun takde hak nak memakse tuan untuk ikut cakap saye ni. Saye minta maaf sebab dah keterlaluan.. hati-hati drive tu ingat orang tersayang okey, bye.. Suhada terus menyeka airmatanya perlahan dan pintu dibuka dari luar dan ia pergi..

Syarif mula panik bila pertama kali Suhada begitu dengannya dan beberapa langkah ingin masuk ke dalam cafe itu semula dan nada dering mula berbunyi nyaring.

Psssst" mohon jangan sendu ye lap airmata tu.. hehe

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience