BAB 5

Romance Completed 9492

“Tak sangka kau ni penipu.” Bisik Abang Asyraff dan terus berlalu. Aku terkedu, terdiam, tercengang dan segala ‘ter’ lah. ‘Ya Allah, apa aku dah buat ni.’

Malam tu, barulah aku menghantarkan meseg meminta maaf tapi lain pula dengan balasan dari Abang Asyraff. “Aku tak nak tengok nombor kau naik kat tepon aku lagi. Kalu aku jupe kau lepas ni, tak teragak-agak aku tumbuk kau. Dan ingat, aku takkan maafkan kau sebab menipu aku begini.” Menggigil juga tangan aku selepas membaca meseg itu.

Aku cuba hubunginya, tapi handphonenya telah dimatikan. Lama juga aku cuba menghubunginya tapi tiada balasan. Last-last umi aku bagitahu Abang Asyraff dah berangkat ke Jordan. Sedihnya hati ini, menyesalnya diri ini, tuhan saja yang tahu.

Bertahun aku cuba melupakan kenangan itu, sekarang aku dah berusia 20 tahun. Hampir setiap detik aku dihantui dengan perasaan bersalah. Pernah 3 tahun yang lalu, ketika aku di tingkatan 5, aku cuba meng’add’nya di fac tapi terus di’block’nya aku dari menjadi kawannya.

Sekarang pula, mimpi tu menjadi igauan ngeri setiap malam. Dan kerana Abang Asyraff juga, aku lebih selesa menyendiri. Bukan tak ada yang meminta untuk bercinta tapi perasaan takut itu terletak tinggi dalam hati ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience