Bab 2(Deria Ke Enam II)

Thriller Completed 8862

Ada skali tu makcik aku dengar sepupu aku ni borak dengan seseorang di buaian depan rumah. Mak cik aku ingatkan anak dia sedang main dengan anak jiran.

Jadi dibiarkannya seketika sebab makcik aku sedang sibuk memasak di dapur. Tapi lepas setengah jam, mak cik aku tengok anak dia tak masuk-masuk lagi sebab selalunya anak dia akan masuk untuk minum air ke atau minta sediakan sesuatu untuk kawan-kawan yang datang bermain tapi ni tak. Senyap saja.

Apabila mak cik aku keluar tengok, tak ada orang lain cuma sepupu aku saja di situ.Tapi dia masih bercakap-cakap macam sembang dengan orang lain.Terus makcik aku tarik anak dia masuk dalam rumah.

Satu hal lagi ketika sepupu aku nak mandi. Dia boleh nampak ada tangan berbulu kat celah tingkap bilik mandi tu tengah lambai kat dia. Bila dia pandang balik benda tu dah tak ada.

Lepas tu, dia ceritakan mak cik aku apa yang terjadi. Mak cik aku jenguk bilik air dan terus rasa bulu roma tegak. Ada goosebump!

Terus dua beranak ni keluar dari bilik air dan tak mandi dah masa tu. Esok paginya baru mandi.

Pernah juga terjadi ketika aku dengan keluarga datang bermalam di rumah mak cik aku ni.

Aku masih ingat, petang tu hujan renyai-renyai dan kami dengan sepupu yang lain tak boleh keluar rumah dan akhirnya kami buat keputusan nak main sorok-sorok di tingkat atas banglo mak cik aku ni. Siap main baling-baling bantal dan yang bestnye kami main baling-baling satu teddy bear ni sampai tercabut mata dia sebelah. Alih-alih tengok, teddy bear tu dah macam ngeri dah...Mungkin imaginasi kanak-kanak tapi mungkin juga bukan.

Selepas itu, dekat waktu maghrib tu ada seekor kelawar hitam masuk rumah. Kami pun halaulah kelawar tu keluar. Entah macam mana sepupu aku ni pulak tersilap pukul kelawar tu dengan penyapu sampai mati...

Malam tu kami tidur berhimpit-himpit kat tingkat atas. Masing-masing dah takut sebab teringat kelawar yang mati tu takut datang semula kacau kami semua.

Tengah malam tu, sepupu aku ni tiba-tiba terjaga. Dalam ramai-ramai tu dia tidur tepi sekali pula. Dia rasa ade orang mendengus di sebelah dia (dari tepi dia yang takde org tu). Apabila dia bukak mata je dia tengok ada sepasang mata merah terjegil tengah pandang dia macam orang tengah marah.

Apa lagi sepupu aku ni terperanjat terus bukak lampu dan kejut sepupu-sepupu yang lain. Kami semua bangun dan tiba-tiba ada sepupu aku yang lain ni tunjuk ada kesan calar kat badan dia sampai luka-luka.

Mungkin itu cuma dugaan, tapi kebanyakan orang memang suka diduga,kan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience