Iskandar tersenyum memandang dua orang pemuda yang teruk dipukul olehnya."Tolonglah...Jangan...Kami dah...Mengaku itu salah kami..."
"Kau mengaku ke,tak mengaku ke,apa yang masuk dalam badan isteri aku tu tak boleh nak hilangkan.Macam mana ek nak hilangkan?Ouh,I know.."Iskandar mengambil satu gunting besar dan itu membuatkan mereka terkejut."Jangan...Jangan!"
"Jangan...Jangan...Time isteri aku cakap macam tu,kau layan ke?TAK!KAU TERUSKAN PERBUATAN BODOH KAU TU!DASAR MANUSIA BABI!BAIK KAU MAMPUS JELA!TAK PAYAH HIDUP!!!"
"ISKANDAR!"jerit Loqman,menahan Iskandar yang cuba menerkam mereka dengan gunting besar itu.
"Astaghfirullah!Sabar Is!Sabar!"
"Macam mana aku nak sabar Man?!"
"Sudah sudah!Sekarang ni dua orang ni.."
"BABI!DUA EKOR BABI!!"
"Ye ye..Budak dua ekor babi ni kita serahkan kat mahkamah.Kita tunggu keputusan mahkamah,"kata Loqman,menenangkan sahabatnya itu.
Tanpa Loqman sedar,Iskandar telah mencucuk gunting yang besar itu di peha salah seorang pesalah yang merogol Nabilla dan itu menyebabkan pesalah tersebut menjerit.
"ARGHH!!"jerit Iskandar,melepaskan geramnya dengan menekan gunting tersebut di peha lelaki itu dengan lebih kuat berturut-turut.
"IS!"
"Setelah membuat rawatan,kami percaya bahawa isteri tuan telah dirogol berkali-kali dan itu membuatkan kecederaan dalam berlaku.Tetapi,tuan jangan risau.Dia selamat tetapi akan ditahan di wad terlebih dahulu," - doktor
Kata-kata doktor yang membuat rawatan kepada Nabilla itu terngiang-ngiang di kepala otaknya.Tangannya spontan mencucuk gunting itu berkali-kali di peha dua orang pesalah itu.
"ISKANDAR!"jerit Loqman,terpaksa menarik dan memberhentikan Iskandar daripada meneruskan perbuatannya.
(2 hari kemudian)
"Iskandar bin Ismail,jawatan anda ditangguh buat sementara waktu atas tindakan cubaan membunuh kepada pesalah dan dipenjarakan selama lima bulan.Keputusan mahkamah adalah muktamad,"kata hakim mahkamah tersebut.Dia pun dibawa keluar oleh beberapa pegawai polis di sebelah kanan dan kirinya.
"Lek ah,baru 5 bulan,"kata salah seorang pegawai polis di sebelah kanannya.
"Takpeklah.Nak buat macam mana kan.Aku pulak rasa lega bila kau tikam berkali-kali dekat peha babi tu,"
"HAHAHAHAHAH,"Iskandar hanya tersenyum mendengar perbualan dua orang rakannya itu.
"Papa,"panggilan tersebut membuatkan dia berhenti.Dia memalingkan wajahnya ke arah belakang.Dapat dia melihat Ikbal yang sedang berdiri di hadapan Nabilla.Matanya tertancap pada Nabilla.Sudah 5 hari dia tidak menatap wajah itu.
Ikbal berlari-lari ke arah Iskandar dan memeluk ayahnya.Iskandar tersenyum dan melutut memeluk anaknya.Apabila Nabilla berdiri tepat di hadapannya,dia pun berdiri dan melihat mata coklat kepunyaan Nabilla.Nabilla hanya mampu tersenyum.Dia memegang wajah Iskandar dengan air mata yang bertakung di bola mata.Perasaan rindunya menggunung kepada lelaki itu.Iskandar mengetap bibirnya.Dia mula menangis apabila Nabilla memeluknya.
"Sayang okay?"tanya Nabilla tersenyum dan mengesat air mata Iskandar yang jatuh ke pipinya berkali-kali.Iskandar mengangguk.Dia menunjukkan tangan yang luka akibat dia menumbuk dua orang pesalah itu.
"Sakit baby,"kata Iskandar dengan suara manja.Nabilla tersenyum apabila melihat Iskandar berkara begitu.
"Sakit ye?Meh sini baby betulkan,"kata Nabilla,tersenyum manja dan mencium tangan suaminya.Rindunya dia kepada Iskandar hanya Tuhan sahaja yang faham.Iskandar mengangguk sambil membuat muka comelnya.Mengenyit mata ke arah kawannya yang sedang membuat muka menyampah.
(5 bulan kemudian)
Nabilla tersenyum melihat Ikbal yang berlari memeluk Iskandar.Matanya pula berair memandang Iskandar.Iskandar pun mendukung anaknya dan pergi mendekati Nabilla.Nabilla pula menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan suaminya.
Rindunya kepada suaminya itu bukan main hebat lagi.Iskandar mencium dahi isterinya itu.Selama 5 bulan berjumpa dengan dihalangi kaca gelas,kini dia dapat berada tepat di hadapan isterinya itu.
"Okay duduk dengan mama?"
"Okayy.Tapi rindu papa,"Iskandar hanya tersenyum.
"Sayang,ada sesuatu yang baby nak bagitahu,"
"Apa dia tu?"tanya Iskandar,tersenyum.Dia tidak dapat menahan hatinya.Perasaan rindunya kepada isterinya itu sungguh besar sehingga bumi pun tidak mampu menampungnya.
"Nek ma dah takdek,"
"Innalillah wa inna ilaihi rajiun,"Iskandar menunduk sedih.Bahunya disentuh oleh isterinya.
"Kita balik rumah kita sayang.Baby ada masak makanan sedap untuk sayang.Special untuk sayang je,"Iskandar tersenyum lalu mengangguk.
(beberapa hari kemudian)
Iskandar pun memarkirkan keretanya di luar rumah selepas menziarahi kubur arwah mamanya.Dapat dia melihat beberapa jenis kereta yang berada di luar rumahnya dan itu membuatkan dia terkejut.
Dia pun keluar daripada keretanya.
"NABILLA!"jeritnya dan masuk terjah ke dalam rumahnya itu.Dia tidak kisah jika dicopkan sebagai orang gila asalkan isteri dan anaknya baik-baik!
Dia melihat orang-orang yang hadir di rumahnya.Dapat dia melihat Natasha yang sedang menunduk.
"Ei!Kau nak apa?!Kenapa kau datang kat rumah ni lagi?!Keluar!"baran Iskandar.
"Is..Natasha.."ayah Natasha cuba menghalang tetapi cepat dielak oleh Iskandar.
"Natasha dah bawak masuk dua orang lelaki untuk rogol Nabilla!5 bulan lepas!5 Julai!Kenyataan dan sejarah tu tak boleh dilupakan pakcik.Hari dimana saya gagal menjadi suami dia.Sekarang pakcik nak cakap apa lagi?"
"Is,bawak bertenang dulu,"
"Apa yang nak ditenangnya pakcik?Saya..."
"Sayang,"Iskandar pun memandang wajah Nabilla yang berada di sebelahnya.Terasa tenang pemikirannya buat seketika.
"Sabar ye.Biar saya ceritakan dulu dekat Is,"kata Nabilla,menghulurkan tangannya ke arah Iskandar.Iskandar pun membalasnya dan mengikuti Nabilla.Meninggalkan keluarga Natasha,Natasha dan suaminya di ruang tamu.
Share this novel