"Bos....!"
Seorang anak buah Tengku Que Iskandar tergesa-gesa datang mendekati Alex yang masih dengan latihan pertahanan dirinya.Tubuhnya yang lengkap dengan pakaian serba hitam lagaknya ninja terhenti pergerakannnya.
"Pu...puan muda dikesan keluar dari pintu besi menuju ke arah tasik hijau!"
"Bukkkkkk......!"
Serentak itu lelaki itu ditendang kuat sehingga terbanting ke dinding ruangan gym.Walaupun kesakitan,lelaki itu bangun menundukkan kepalanya memohon maaf.
"Maaf,Bos".
Alex membuka langkah besar mencari tuannya tanpa mempedulikan anak buahnya yang kesakitan.Nyawa semua orang menjadi taruhan saat ini.
"Bummmm..."Oleh kerana terlalu panik dan mengejar masa,Alex merempuh masuk ke office Tengku Que Iskandar tanpa pamitan.
"Bos...!"Alex muncul dengan wajah panik dan wajahnya pucat tidak berdarah.Terhenti perbincangan Que dengan Nicholas dan Andrew melihat keadaan Alex.Alex yang sentiasa tenang dalam sebarang situasi,bijak mengawal keadaan dan emosinya jika tiada kaitan dengan tuannya.Tengku Que Iskandar sedia maklum tentang kelemahan Alex.
"Shoot Alex!"Que sudah bangun berdiri memandang ke arah Alex.
"Puan Muda berada di Tasik Hijau!"
Alex berkata dalam satu nafas.Jika sesuatu terjadi pada wanita itu,semua nyawa dalam rumah agam ini akan dicabut oleh Tengku Que Iskandar termasuk nyawanya sekali.
"Whatttt!!!!....."
Tempikan suara Tengku Que Iskandar bergema kuat.Jantungnya berdenyut laju.Tangannya laju mencapai pistol semi-otomatis Glock 17 sebelum kakinya berlari dengan laju ke bawah.Setiap kiraan detik sangat penting baginya saat ini.Jika sampai terjadi sesuatu pada Hazel dia tidak segan silu membunuh semua hidupan di sini.
********************
Hazel bersenang-senang dipelantar simen yang bersambung terus ke tengah tasik yang kehijauan.Hazel berlari kecil sambil mendepakan tangannya menuju ke arah hujung pelantar yang terdapat pondok kecil yang beratap.Moodnya berada dalam keadaan sangat baik.Terasa bangga dirinya kerana berjaya meloloskan diri dari penjara istana Tengku Que Iskandar.
Hazel tidak pandai berenang namun dia sangat menyukai pemandangan semulajadi yang jarang-jarang dapat dinikmati jika tinggal di kawasan bandar.Hazel melabuhkan duduk dipondok hujung tasik tetapi hatinya tiba-tiba gelisah.Suatu rasa yang tidak enak menyelinap ke dalam hatinya,bulu romanya meremang bila deria baunya menangkap bau busuk seperti bangkai yang meloyakan.
Hazel memegang dadanya yang berdenyut laju.Mungkin kerana dia berlari sebentar tadi,jadi jantungnya juga bergerak laju.Bunyi kocakan dan percikan air yang besar mengejutkannya.Dia berdiri untuk mencari punca tetapi ragu-ragu takut ternampak jelmaan hantu air didepan mata.Kepalanya digeleng-geleng mengusir fikiran yang bukan-bukan.Dia memberanikan diri menjenguk ke luar pondok namun dia hanya melihat sepintas lalu bayang-bayang di dalam air.Air yang bewarna hijau lumut yang keruh agak sukar untuk dia mengenalpasti.
Tiba-tiba momokan cerita seram dari pembantu rumah datang menghantui fikirannya.Memikirkan itu,jantungnya semakin laju berlumba lari.Hazel berfikir sendiri kenapa Tengku Que Iskandar sangat melarangnya datang ke sini sedangkan dia tidak mengesan sebarang bahaya yang ada di sini.Tetapi dia tidak nafikan suasana tasik ini sangat menyeramkan.
Hazel berkira-kira mahu merendam kakinya namun rasa tidak sedap hati melarangnya berbuat demikian.Lagipun mungkin bau yang tidak enak datangnya dari air itu jadi dia hanya menikmati pemandangan sambil matanya melihat bayang-bayangnya sendiri dipermukaan air.
Tiba-tiba matanya menangkap satu objek terapung dari bawah pondok seperti kaki manusia.Kakinya berganjak sedikit ke belakang kerana rasa terkejut.Dia sangat yakin objek putih itu bahagian kaki sehingga paras paha.Mungkin juga kaki patung.
Dia memberanikan dirinya menjenguk kembali ditempat yang sama malah kali ini mata bundarnya bagaikan mahu terpocot keluar dari soket matanya.Dengan jelas dia melihat seekor buaya yang tersangat besar dan panjang timbul dipermukaan air dan yang membuatkan Hazel nak menangis bila buaya itu sedang menelan bahagian kaki manusia.Mata buaya itu tepat memandang ke arahnya.Hilang semangatnya sehingga kakinya melembik tak berdaya.
"Aaaaaaa.......Aaaaaaaaa".....
Jeritan demi jeritan Hazel bersambung-sambung sehingga sampai di pendengaran mereka yang seperti sekumpulan gagak hitam berlari laju ke arah tasik.
Tanpa membuang masa Hazel bangun berlari laju menuju ke daratan.Kakinya yang lemah menyebabkan langkahnya sumbang dan jatuh berkali-kali.
"Bang...Bang...Bang!!!
Tengku Que Iskandar menembak ke arah air untuk mengalihkan perhatian sang bedal.Dia takut Hazel jatuh ke dalam air kerana larian sumbang isterinya.Larian Tengku Que Iskandar juga semakin besar dan akhirnya Hazel jatuh ke dalam pelukan Tengku Que Iskandar.Dia mengeluh kelegaan walaupun kemarahan juga membakar hatinya.
"Bu....buaya!"...Ada buaya"..hik....hik....hik..."
Bibir kecil Hazel terketar-ketar mengadu dibalik pelukan itu.Dia kenal bau pemilik badan yang memeluknya tetapi dia tidak berani untuk memandangnya.Jadi ada baiknya dia berpura-pura pengsan sahaja.
"Keras kepala...!"
"Degil....!"sempat dia mendengar lontaran suara marah suaminya namun dia masih bersembunyi di dalam pelukan suaminya dan terus berlakon pengsan walaupun esakan dan gigilan di badannya jelas terasa.
********************
Dua jam sudah berlalu namun Hazel masih dengan lakonannya. Walaupun naik lenguh badannya berbaring dalam posisi yang sama dan perutnya pula sudah berdendang sayang minta diisi,dia tetap gigih menutup matanya rapat.Dia tahu Tengku Que Iskandar ada bersamanya dari tadi memerhati ke arahnya.
"Tok....Tok....Tok...!Alex muncul di depan pintu.
"Glass room ready,Bos!...."
"Hhmmmmmm....."
Hazel membuka besar kelopak matanya bila telinganya mendengar perkataan 'glass room'.Jantungnya mula berlari kencang,serta merta kejadian hukuman Jasmine menerjah,rasa takut memenuhi badannya.Sungguh dia tidak mahu mengalami kejadian ngeri seperti itu lagi.
"Baru nak bangun?"
"Tak penat berlakon pengsan..kenapa tak berlakon koma sekali?"
Bertubi-tubi Tengku Que Iskandar menyindirnya namun Hazel dapat rasakan aura suaminya sangat dingin.Dia bangkit dari baringannya dan duduk di pinggir katil berhadapan dengan suaminya yang tegak berdiri memeluk tubuh dengan wajah bekunya.Hazel mendongak memandang suaminya,mata mereka bertaut namun pandangan Tengku Que Iskandar yang tajam menikam membuatkan Hazel menjatuhkan wajahnya kembali.
"Bangun bersihkan badan,lepas tu turun dining room!"
"Abang tunggu dekat bawah!"
Hazel kembali memberanikan diri memandang ke arah suaminya namun raut wajah itu sangat keras dan bengis,dia jadi takut sendiri.Hatinya dipalu rasa sebak bila Que melayannya dingin,hilang suaminya yang sentiasa nakal mencari peluang bermanja dengannya.Matanya terasa memanas dengan airmata.Bibir bawahnya digigit menahan luka.
"Padan muka kau Hazel!.."
"Suka sangat melawan suami sendiri,sekarang kau tanggung sendiri akibatnya!"suara itu bergema mengejeknya.
Selesai membersihkan diri,Hazel segera turun ke ruangan makan.Kelihatan suaminya sudah menunggu sambil matanya fokus dengan tabletnya seperti biasa.Hazel berjalan perlahan mendekati Tengku Que Iskandar namun lelaki itu seperti tidak mengendahkannya sahaja.Terdorong dengan rasa kecil hati,Hazel hanya duduk mendiamkan diri sambil manjamah hidangan.Walaupun pelbagai makanan enak terhidang,seleranya bagaikan sudah mati.Hazel hanya makan beberapa suap makanan sebelum menolak pingannya.Dia meneguk fresh oren sehingga habis.
Hazel bangun perlahan-lahan beredar dari ruang makan bila tiada tanda-tanda Tengku Que Iskandar mahu menegurnya.Hazel lemas dengan keadaan itu lebih-lebih lagi pandangan membunuh lelaki itu.Sakit dadanya menahan rentak jantung yang laju.Hazel membawa langkahnya ke ruang tamu untuk merehatkan diri.Dia duduk dan bersandar ke dada sofa merehatkan badannya yang lenguh.
Terimbas kembali kejadian petang tadi di fikirannya.Andai saja dia mengikut kata hatinya yang teruja untuk masukkan kakinya ke dalam air,apakah akan terjadi?Dia memejamkan mata cantiknya mengusir fikirannya yang membayangkan dirinya menjadi makanan sang bedal gergasi tadi.
"Hmmmmmmm.....Mengantuknya!!
"Kenapa ngantuk sangat ni?"
Hazel mengumam perlahan sambil tangannya naik menggosok matanya yang sudah kabur.Hazel memejam celik matanya berkali-kali bila terasa mengantuk yang keterlaluan hingga dia tidak mampu mengawalnya.Terasa pelik dengan rasa kantuk yang datang tiba-tiba seperti ini.Matanya semakin layu melayan rasa mengantuk akhirnya dia tewas dan terlentok berpindah masuk ke alam mimpi.
Share this novel