bab 21

Romance Series 425423

“Arhhhhhhhh bodoh! Lain aku plan lain yang jadi. Macam mana perempuan tu boleh kejar pulak!” Wawa seperti dirasuk. Sakit hatinya apabila niat mahu mengenakan Fariz tidak berjaya.

“Tak tahu…. kami pun tak sangka perempuan tu yang kejar diaorang…” kata salah seorang daripad mereka.

“Tak pernah lagi aku buat kerja tertangkap… dengan perempuan macam tu pon tak leh pakai. Aku tahu dua ekor tu tak libatkan aku! Kalau aku tahu mati aku kerjakan sorang sorang.” tengking Wawa sambil berlalu pergi meninggalkan mereka yang lain.

“Tengok apa jadi? Tangan dah terseliuh… yang yayang pergi kejar penyangak tu buat apa? Tahu tak bahaya.” bebel Fariz di dalam kereta… kali ini Ayriz duduk depan sekali di sebelah Fariz yang sedang memandu. Satu kereta dengar leteran suaminya.

“Hah tengoklah tu, orang cakap tunduk orang cakap tunduk. Ingat sikit yayang perempuan tau… buat dioarang ada pisau ke pistol ke tadi macam mana? Cuba nak buat something tu fikir dulu.”

“Mana sempat fikir.” cepat Ayriz menjawab kemudian dia menunduk kembali apabila dia sedar sudah terlepas. Fariz disebelah menjeling sakit hati.

“Tengok tu….. menjawab pula. Nasib baik tangan je terseliuh kalau tulang belakang retak ke apa tadi macam mana?” sambung Fariz lagi.

‘Aduh dia ni bebel macam perempuan lah.’

“Hah mengutuk orang pula tu. Ingat bagus sangat?” perli Fariz. Terkejut Ayriz apabila Fariz dapat membaaca apa yang dia fikirkan… Ayriz memandang ke luar tingkap… Kalau dia dengar bebelan suaminya risqu dia juga akan meletop di situ. Ayriz bukan suka akan leteran panjang begitu.

“Dah la tu Riz…bini kau baru lepae excident kau nak bebel pula. Kau ganggu emosi dia kau tahu tak.” doktor Azman mula bersuara apabila melihat perubahan wajah Ayriz. Dia tahu niat Ayriz baik dan situasi tadi berlaku dengan cepat. Fariz yang melirik ke arah isterinya mengeluh panjang dan hanya diam sepanjang perjalanan.

Tiba sahaja di tempat penginapan mereka, semua berkumpul ke arah Ayriz. Mentuanya sungguh risau akan menantunya itu.

“Ayriz, Ayriz okay? Ya allah macam mana boleh jadi macam ni? Fariz? Kenapa tak jaga isteri ni hah?” marah Malisa… Dia sangat terkejut mendapat berita itu lalu terus balik.

“Ma… benda berlaku pantas, tahu tahu Ayriz dah hilang je.” Fariz cuba mempertahankan dirinya.

“Ayriz minta maaf buat semua risau. Ayriz okay tangan terseliuh sikit je ma.” kata Ayriz lembut. Terselit rasa bersalah melihat masing masing.

“Syukur tak ada apa yang berlaku.” kata ayah mentuanya pula.

“Dulu sebok jadi bini express ni kejar peragut pula. Konon nak tunjuk diri tu baguslah tu.” perli Ros menjeling ke arah Ayriz.

“Maa… apa mama ni.” tegur Haikal tidak suka dengan kata katanya. Ayriz merenung tajam ke arah perempuan tua itu.

“Ha asal pandang macam tu? Tak puas hati?” kata aunty Ros lagi seolah olah mencabar Ayriz.

“Atlest saya hidup buat kebaikan… daripada aunty dah tua tapi tak ada jasa buat apa?” jawab Ayriz sedikit pun tidak kesah dengan pandangan orang sekelilingnya. Semua terkejut dengan kata kata Ayriz itu. Benarkan itu Ayriz?

“Kau cakap apa? Biadap punya budak! Kak tengok mulut menantu kau ni?” Ayriz tergelak seperti mengejek.

“Ingat aunty kubur dah panggil, jangan sombong sangat. Diri sendiri bukan baik sangat.” jawab Ayriz terus beredar. Mereka terkedu dengan kata kata Ayriz. Buat pertama kali mereka melihat Ayriz begitu. Tidak sangka gadis itu akan berkata begitu. Riak Haikal sedikit lain kerana dia pernah melihat Ayriz seperti tadi cuma lebih menyeramkan semasa dengannya. Fariz mati kata terus mengejar isterinya.

“Tengok? Itu yang akak abang cakap bagus sangat? Biadap.” marah aunty Ros.

“Dah la ma!” tinggi suara Haikal. Dia memang tidak suka dengan sikap ibunya. Selama ini dia bersabar dan tahan malu apabila ibunya bersikap begitu di hadapan orang.

“Abang tengok anak kita? Dah berani tinggi suara dekat saya? Sebab berkawan dengan budak tu lah!”

“Ros baik awak diam sebelum tangan saya naik.” kata suaminya yang masih lagi bersabar dengan karena isterinya. Semua beredar tidak ingin masuk campur hal keluarga mereka. Sedang Hanees, Azman dan Tya masih lagi teringat dengar riaksi Ayriz tadi. Riak wajah gadis itu mengubah wajah asal Ayriz yang lemah lembut.

“Ayriz! Berhenti…. kenapa cakap macam tu tadi ha?” panggil Fariz mendapatkan Ayriz. Ayriz membehentikan langkahnya.

“Tak betul apa saya cakap?”

“Awak sedar tak yang awak cakap tu mak sedara saya… kenapa biadap sangat?” Fariz mula panas hati melihat perangai isterinya.

“Dan awak sedar tak siapa depan awak ni? Isteri awak! Awak tak dengar apa mak sedara awak kutuk saya tadi? Kenapa awak diam? Kenapa biarkan aunty awak cakap macam tu dekat saya? Sebab awak setuju! Awak setuju yang saya ni bini express lepastu nak tunjuk diri ni bagus! Kan!” tinggi suara Ayriz. Ia menambahkan lagi panas di hati Fariz. Merah muka lelaki itu menahan amarahnya. Ayriz yang melihat Fariz hanya diam tertawa seketika lalu bertukar semula dengan riak seriousnya.

“Sebenarnya apa function awak sebagai suami ya Fariz Mikael? Sejak awak jadi suami saya, saya tak nampak kat mana awak tu berguna.” perli Ayriz.

“Jangan biadap Ayriz Elyna. Saya suami awak!” sekali lagi Ayriz ketawa tapi kali ini lebih kuat.

“Suami? Tak ada suami yang ada scandle dengan ex dia sendiri! Tak ada suami yang tak kesah bini dia buat apa! Tak ada suami yang sanggup berjauhan dengan isteri dia! Awak buat apa? Hah apa awak buat selama ni? Nothing!”

“Setiap bulan saya bagi duit dekat acc awak! Saya cari awak merata tempat!”

“Apa? duit? Eh berapa sangat duit yang awak bagi! Saya lagi berduit daripada awaklah….” saja Ayriz ingin membuat Fariz semakin marah akannya. Selepas kejadian tadi. Hatinya makin kuat dengan keputusan itu.

“Kurang ajar! Kau sedar tak aku suami kau! Jangan nak cabar aku Ayriz!” kali ini kesabaran Fariz di hujung tanduk.

“Cabar? Bila masa saya cabar awak? Kenapa awak tercabar ke sebab saya lagi kaya?” perli Ayriz bersama jelingan.

Dalam pentengkaran mereka, Azman, Haikal, Tya dan Hanees setia menyaksikan. Hanees ingin pergi ke arah mereka namun dihalang oleh abang sepupunya. Hanees dan Tya sudah menangis. Mereka tidak sangka hal itu menjadi sebesar ini.

“Kau….” tangan Fariz sudah naik namun belum sempat Fariz ingin menampar, Ayriz lantas bersuara.

“Tamparlah!” tengking Ayriz kuat membuatkan Fariz terhenti perbuatannya. Fariz mengumpal penumbuknya kuat.

“Lama saya bersabar dengan perangai awak, family awak…nampaknya jasa saya sikit pun family awak tak pandang. Lagi lagi awak! Saya dah muak dengan keluarga ni! Lepaskan saya!” Mereka terkejut dengan permintaan Ayriz itu. Fariz juga turut terkesima.

“Balik daripada bercuti ni kita jumpa dekat mahkamah!” jawab Ayriz terus melangkah pergi. Fariz pula sudah menjerit sambil menendang di sekeliling. Serabut!

“Akak, akak nak pergi mana malam malam ni. Kita bincang elok elok akak.” rayu Hanees sambil menarik tangan kakak iparnya. Ayriz masih lagi sibuk mengemas beg pakaiannya. Hatinya sudah meraung melihat adik iparnya sudah tersedu sedu.

“Akak janganlah buat macam ni. Tolonglah kak.”

“Ayriz please jangan tinggalkan kitaorang. Please Ayriz kak Tya merayu.” Ayriz merasakan dia tidak boleh berlama di sini. Tembok air matanya makin retak. Ayriz terus mengzip beg pakaiannya.

“Akak! Please jangan tinggalkan adik! please kak…” rayu Hanees lagi dalam tangisan sambil tangannya menarik tangan Ayriz. Ayriz merentap kasar.

“Lepaslah! Aku muak dengan perangai budak budak kau!” Hanees sudah menangis teresak esak. Tya mendapatkan adik sepupunya. Ayriz berjalan meninggalkan mereka tanpa toleh belakang. Keluar sahaja daripada bilik… Azman dan Haikal ada di luar.

“Ayriz…” panggil mereka serentak. Ayriz mengangkat kepala memandang mereka. Riak wajahnya cuba disorokkan.

“Tepi.” arah Ayriz mendatar.

“Ayriz… apa..” belum sempat Azman menghabiskan kata katanya Ayriz sudah memotong.

“Tepilah aku cakap!” tinggi suara Ayriz. Azman dan Haikal sedikit terkejut dan perlahan lahan mereka memberikan laluan. Tanpa berlengah Ayriz terus jalan. Selang beberapa minit grab yang diorder tadi tiba. Ayriz terus masuk dan tanpa menunggu lama air matanya sudah membasahi pipi tidak cukup dengan itu dia teresak sambil tersedu sedu. Pemandu grab itu hanya diam tidak rasa ingin bertanya melihat keadaan gadis itu.

“Apa yang jadi Fariz Mikael?” nama panjang itu disebut oleh ayahnya. Mereka baru sahaja dapat khabar itu pagi tadi. Malisa sudah menangis teresak.

“Papa tanya apa yang jadi? Kenapa kamu biar dia balik seorang diri? Dia tu perempuan, isteri kamu!”

“Fariz minta maaf pa… Fariz marah sangat dekat dia, jadi Fariz tak halang dia pergi.” jawab Fariz menunduk.

“Kamu cakap apa dengan dia hah? Bagitahu apa yang jadi!” tinggi suara Razak marah akan anaknya. Ayriz sudah di anggap seperti anaknya sendiri.

“Ay…Ayriz dia…. dia minta cerai.” jawab Fariz perlahan. Hal itu membuatkan semua terkejut. Pentekaran semalam boleh jadi sekian rupa. Malisa lebih kuat menangis.

“Abang saya nak menantu saya bangg…” rayu Malisa. Hati Fariz bagaikan digores apabila melihat ibu dan adiknya menangis.

“Ini semua punca daripada aunty! Kalau mulut aunty tu pandai jaga kakak Hanees tak akan lari.” marah Hanees. Sungguh dia sakit hati dengan mak sedaranya itu. Berubah air muka aunty Ros ketika itu.

“Hanees.” tegur Fariz. Dia tidak mahu adiknya berkasar dengan orang tua.

“Apa? Patut akak tinggalkan abang! abang tak pernah pertahankan kakak selama ni! Yang abang tahu apa diam pastu suruh orang sabar! Abang ingat semua boleh terima dengan mulut aunty ni hah! Abang memang tak layak untuk akak! Hanees nak balik!” Hanees terus beredar meninggalkan mereka semua. Hatinya meronta ingin mencari kakak iparnya. Walaupun baru berapa bulan, Hanees sangat sayang akan Ayriz.

“Puas hati kamu Ros! Sebab mulut kamu anak menantu aku macam ni! Kalau jadi apa apa dengan menantu aku atau dorang berpisah, kau jangan sesekali jejak kaki rumah aku!” Sesayang itu Malisa terhadap menantunya. Malisa terus beredar tanpa mengendarkan Ros yang sejak tadi memanggilnya. Fariz menggarukan kepalanya yang sangat serabut.

mungkin lepas ni lgi slow update sebab sis busyyy

Share this novel

Siti Rohani Idris
2022-08-19 11:44:55 

tq wak sbb update. can't wait for next chapter.

norsila
2022-08-17 11:37:29 

eeemmm bru trasa syok lak bc crta ni..dah bzz lak taukenya..huuu hehehe..


NovelPlus Premium

The best ads free experience