BAB 7

Mystery & Detective Completed 29704

Aina keluar dari keretanya. HEAVEN. Itu yang tertera pada pintu bangunan itu. Kakinya terasa berat ingin melangkah. Dengan bacaan Basmallah, Aina cuba masuk ke dalam namun ada seorang lelaki bertubuh sasa menghalang perjalanannya. Aina mengetap bibirnya memikirkan sesuatu. Setelah berfikir panjang, Aina mengeluarkan not RM100 dan cuba dianggapnya darurat. 'Ya Allah Ya Tuhanku. Aku melakukan semua ini untuk menyelamatkan mereka yang tidak berdosa. Ampunilah dosaku ini.' desis hati Aina. Lelaki bertubuh sasa itu mengambil duit tersebut lalu membenarkan Aina masuk.

Masuk sahaja, lagu berdengung kuat di telinga Aina. Terasa hendak pekak sahaja telinga Aina. Terus ditutup kedua-dua telinga. Dipandang pula sekeliling. Banyak gadis menari-nari di situ. Tanpa segan silu, membiarkan tubuh mereka diramas oleh lelaki-lelaki yang kelaparan. Matanya melirik ke tempat lain. Ternampak pula mereka yang sedang minum air kencing syaitan dengan lagaknya. Ada juga tanpa segan silu sedang bercumbu-cumbuan. Saat itu, Aina terasa hendak menangis dan melarikan diri dari tempat itu.

“Ya Allah, lindungilah aku sebagaimana Engkau melindungi hamba-Mu yang lain. Teguhkanlah imanku.'”Aina beberapa kali berdoa. Sungguh dia benar-benar takut akan situasi ini. Dicuba tidak tersentuh dengan lelaki. Kakinya melangkah ke arah bar.

"Minum apa, cik adik?"

Lelaki yang bekerja di meja bar itu mendekatinya. Aina takut-takut namun dia cuba menghilangkan rasa gelisahnya dengan menggelengkan kepalanya.

"You're sure? My treat."

Lelaki itu mula tersenyum nakal namun Aina menggeleng kepalanya sekali lagi dengan senyuman penuh kepura-puraan. Lelaki itu meninggalkan Aina bersendirian. Aina memandang sekeliling, mencari-cari sesuatu. Dia tidak pasti apa yang dicari namun dia cuba memberanikan dirinya. Matanya terpandang kepada dua pasangan di sebelah. Mereka sedang berbual dengan mesranya lalu bercumbu-cumbuan dengan rakusnya. Aina terkejut lalu melarikan anak matanya. Dia beristighfar banyak-banyak. Akhirnya, dia berpaling dan tiba-tiba terasa dirinya terlanggar terhadap sesuatu yang bersaiz besar.

"Ouch !"

"Are you okay, miss ?"

Tangannya diurut seketika sebelum dia bangkit dari tempat dia terjatuh. Sebaik sahaja dia berdiri, Aina memandang orang yang dilanggarnya tadi. Mata Aina terbeliak seluas-luasnya. Lidahnya tiba-tiba terasa kelu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience