Hadiah

Romance Completed 28079

Nadia membuka mata perlahan-lahan. Dilihatnya kipas yang berpusing-pusing. Apa yang berlaku ni? Nadia mengurut kepalanya. Terasa sakit. Nadia cuba untuk bangun namun gagal kerana kepalanya begitu sakit.

"Eh kau dah bangun? Sorry aku tak perasan." kata Sofea.

"Aku dekat mana ni?" tanya Nadia lemah.

"Oh kau dekat bilik rehat atau bilik sakit. Tadi kau pengsan so kami bawa la kau dekat sini" jawab Sofea prihatin.

"Erm thank you" ujar Nadia.

"Yer sama-sama...so kau dah okay? Jom kita pergi ke bilik kita. Kalau kau nak tahu kita berempat tinggal sebilik! Alya dan Atiffa tengah siapkan tempat tidur kau! Almaklumlah bilik tu ada kami 3 je so faham-faham je la...semak itu biasa...hehe" kata Sofea sambil tersengih.

"Oh ye ke...korang pon tinggal di sini?" tanya Nadia.

" Yer...rumah aku jauh...Rumah Alya pon...Atiffa tu saja je nak hidup berdikari dia kata," ujar Sofea.

Nadia hanya mengangguk.

"Jom la kita pergi...btw kau jangan risau lelaki tu dengan perempuan tu tak tinggal di sini" tutur Sofea. Barangkali gusar Nadia trauma.

"Oh erm...okay" kata Nadia.

Sofea memapah Nadia perlahan-lahan ke bilik mereka. Di blok A, B, C, D dan E ada kelas, makmal, bilik guru dan pejabat serta dewan dan tapak perhimpunan. Blok F pula ialah Aspuri dan Blok G ialah Aspura. Bilik rehat di Blok E. So dekat je.

Sampai saja di dorm mereka...Sofea mengetuk pintu lalu memberi salam.

"Waalaikumusalam, ha dah datang! Meh masuk, buat macam rumah sendiri, hahaha" seloroh Alya.

Nadia meletakkan kasut di rak kasut yang disediakan dan masuk ke dorm mereka. Sekali lagi Nadia tergamam. Ya Allah...ini bilik ke hotel! Semua lengkap! Dapur, TV, Sofa...peh ini rumah ke bilik... Memang sekolah kaya.

"Yang kau tercegat dah kenapa? Jom la aku tunjuk bilik kau" kata Atiffa mematikan lamunan Nadia.

Oh ya mereka dah tukar panggilan saya-awak kepada aku-kau kerana mereka kata panggilan saya-awak terlalu sopan dan itu bukanla sikap mereka. Nadia hanya mengiyakan bahawa mereka agak 'ganas'. Tengok sudah la kejadian Alya menampar Aina tu. Oh ya...Sofea dah cerita semua kejadian yang berlaku hari ini. Nadia agak terkejut apabila diberitahu Alya telah menampar perempuan yang tiada insurans tu. Main lepas je cakap.

"Welcome to Nadia' s ROOM." ucap Alya...acah-acah upacara perasmian.

"Wau cantiknya." Nadia tergamam sekali lagi, sungguh cantik! Dindingnya dicat berwarna biru laut dan cadar katil pon berwarna biru. Itu memang warna kegemaran dia!

"Macam mana korang tahu warna biru warna fa-" Kata-katanya di pintas oleh Sofea.

"Warna favourite kau? Haha dah agak...well ini Sofea! Segala maklumat kau aku tahu la...well aku ni bahagian maklumat pelajar. Hehe...sorry tertengok!" kata Sofea tersengih.

"Oh wau...thank you guys! Siap ada lampu kelip-kelip lagi. Hehe...okay la aku nak mandi dulu...nanti kita borak eh!" kata Nadia.

"Okay." kata mereka serentak. Amboi sehati sejiwa sungguh!

Nadia terus menyalin pakaian dan mandi. Selepas membersihkan badan Nadia hanya memakai T-Shirt dan bertrack suit. Nadia keluar dari bilik lalu bergerak ke ruang tamu. Kelihatan yang lain sedang menonton cerita seram. Macam mana tahu? Ha si Alya tu menjerit-jerit macam hantu itu akan keluar dari tv. Harapkan kasar ja depan orang tapi penakut juga!

"Hai...meh join...layan hantu malam-malam" ajak Sofea.

Nadia duduk di sofa bersebelahan Atiffa. Tiba-tiba Atiffa menghulurkan satu kotak yang dihiasi reben.

"Apa ni? Hadiah untuk siapa?" tanya Nadia.

Ye la nak kata Birthday dia? Tak kot!

"Hadiah untuk kau. Sempena jadi kawan kami! Hehe" kata Atiffa tanpa memandang sedikit pon ke arah Nadia. Semua fokus dengan cerita yang disiarkan.

"Thank you! Tapi aku tiada apa-apa nak bagi korang...erm korang tahu kan aku ni susah" kata Nadia perlahan.

"Sokay la... Kami tak minta pon...ini kami sendiri yang nak bagi! Anggap je ni hadiah birthday kau, " kata Sofea.

"Yer betul tu!" kata Alya pula.

Nadia membuka kotak itu. Nadia mengambil bungkusan itu dan membuang pelekatnya.

"Weyh mahal duh...taknak la aku, apa ni! Lagi pon aku tak pandai nak guna! Dan tak perlu pon!" kata Nadia. Manakan tidak!! Mereka memberi telefon berjenama Oppo! Ergh mesti mahal.

"Alaa kau ambil je la... Sokay la," kata Alya

"Hm thank you wey...korang la sahabat aku" tutur Nadia, dia ingin menangis.

"Dahh tak perlu berdrama sangat! Aku nak tonton filem seram ni! MaiGoddddddddd arghhhh hantuuuu" jerit Alya.

Nadia,Sofea dan Atiffa hanya mampu ketawa. Nak tonton tapi takut!

Adam merenung ke luar jendela. Diambil gitar dan mula menyanyikan lagu.

Jika, harusku bersabar dengan segala derita
'Ku terima
Jika pahitnya terasa
Bagai dipenjara tanpa
Bicara kurela
Cinta akan 'ku mengasihimu
Sehingga nadiku tiada lagi berlagu
Andai rembulan tidak lagi mampu bercahaya
Terangilah gelapku walau dalam gelita
Dengarkanlah aku
Jiwaku tulus untukmu
Jika, harusku bersabar dengan segala derita
'Ku terima
Jika pahitnya terasa
Bagai dipenjara tanpa
Bicara kurela
Cinta akan 'ku mengasihimu
Sehingga nadiku tiada lagi berlagu
Andai rembulan tidak lagi mampu bercahaya
Terangilah gelapku walau dalam gelita
Dengarkanlah aku
Jiwa 'ku tulus untukmu
'Ku harap kau mendengar apa yang
'Ku bisikan selama ini
Tanpamu seluruh nyawa tak bermakna
Andai rembulan tidak lagi mampu bercahaya
Terangilah gelapku walau dalam gelita
Dengarkanlah aku
Jiwa 'ku tulus untukmu
Andainya bumi tidak mampu berputar lagi
Sumpah setiaku 'kan tetap ada di sini
Dengarkanlah aku
Jiwa 'ku tulus untukmu
Sumpah

Fikiran Adam bercelaru. Entah kenapa. Selama ini dia menghina dan mengkritik ramai orang namun tidak terasa gelisah seperti ini. Ah kenapa!

Aku kena minta maaf dekat dia dan explain kenapa aku benci dia! Lepas minta maaf semua settle kan? Aku harap semua settle! Tapi jatuhlah maruah aku! Aku ni TENGKU ADAM FIRASH la! Ahh serabut! Aku kena lepaskan jawatan aku ke? Ah stress! Kata Adam dalam hati.

Adam mengambil susu yang diberikan oleh pembantu rumah mereka dan meneguknya sekaligus. Selepas itu dia meletakkan gelas itu di situ. Ah ada pembantu rumah kan? So biar la diorang buat kerja. Adam terus ke katilnya lalu berbaring. Diambil telefonnya dan membuka aplikasi whatsApp. Adam mengerut dahi. Siapa ni?

5A Hebat?

telah ditambah oleh Alya

Alya
Welcome?

Sofea
Hai?

Atiffa
Waalaikumusalam,
hahaha??

Alya
?? assalamualaikum

Aimangila
Siapa korang
add tu?

Awiepoyo
Ha ah...siapatu?
Awek baru ke?

Siapa pulak?

Alya
Nadia...??

Ainamereng
What! Why?

Sofea
Dah dia kelas 5A kan?
Pehal kau!

Ainamereng
Tak! Apa perempuan
Tu buat dekat sini!
Semak!

Alya telah mengeluarkn Ainamereng

Awiepoyo
Hahaha
Terbaiklah!

Adam menutup group chat itu. Di ambil nombor telefon Nadia dan di save contact. Dia berfikir agak lama sebelum menelefon seseorang.

Tut...tut..tut

"Hello?" jawab seseorang

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience