PROLOG

Romance Completed 139249

Air mata Adriana tidak berhenti mengalir. Tangannya masih kuat mencengkam kaki ayahnya,Encik Iqbal.

Ibu Adriana,Puan Alia hanya memerhati tanpa kata.Hati ibu mana yang tidak sayu melihat keadaan anaknya begitu.Puan Alia menapak mendekati Adriana.

Bahu Adriana diusap lembut olehnya.

"Intan sayang,sudahlah.Dengar cakap ayah tu.Apa yang ayah buat semuanya untuk kebaikan Intan juga."Puan Alia memujuk lembut anaknya.

"Ayah tolonglah Intan.Izinkan Intan bersama dia ayah."Adriana masih melutut merayu.Tangisannya semakin kuat.

"Sudah, aku kata sudah, sudah!Kenapa Intan susah sangat nak dengar cakap ayah?Ayah ni yang bela kamu dari kamu lahir sampai sekarang.Ayah tak mahu hidup anak ayah susah macam ayah dulu."Encik Iqbal menggengam erat penumbuknya menahan amarah.

"Intan tahu tu semua ayah, tapi tak boleh ke kali ni ayah penuhi kehendak Intan.Intan sayangkan dia ayah.Terlalu sayangkan dia."Intan menunduk menahan sebak.

"Ayah tak kira,mulai hari ini ayah haramkan kamu berjumpa dengan dia!Ini arahan ayah,kamu faham!"Encik Iqbal menarik kakinya dengan kuat dan terus berlalu keluar.Dia perlu menenangkan hatinya sebelum amarahnya kian memuncak.

"Ayah, ayah!Ayah tak boleh buat macam ni kat Intan.Intan sayang dia, ayah!" Adriana melepaskan tangisan semahu mahunya.Puan Alia menarik anaknya terus ke dalam dakapannya. Dia cuba menenangkan Adriana.Rambut Adriana dibelainya dengan lembut.Satu keluhan berat dilepaskan.

"Intan,ibu bukan nak membela ayah. Tapi apa yang ayah buat memang untuk kebaikan kamu.Ilham tu dia tak pernah pun fikir masa depan dia sendiri.Macam mana dia nak jaga kamu nanti.Intan masih muda. Perjalanan hidup kamu masih jauh.Intan dengar ye cakap ayah.Jangan bantah cakap ayah.Ayah lebih kenal Ilham tu dari kamu."Adriana memandang wajah ibunya.Dia kembali tenang.

" Setiap orang boleh berubah ibu.Intan yakin Ilham pun akan berubah.Cuma sekarang ni kami masih muda dan mungkin Ilham belum bersedia nak pikul sebarang tanggungjawab.Intan bukan suruh ayah kahwinkn kami.Ilham cuma minta ayah dan ibu restu hubungan kami sahaja."Adriana cuba memujuk ibunya.

Puan Alia hanya diam tanpa sebarang kata.Tidak tahu apa lagi yang harus dia lakukan untuk memujuk anaknya ini.Dia segera bangun dan berlalu meninggalkan Adriana sendirian.

Adriana hanya memandang susuk tubuh ibunya hilang dari pandangan.Satu keluhan dilepaskan.Adriana mengambil telefon bimbitnya.Dia menaip sesuatu dan pesanan ringkas terus di hantar kepada si penerima.

************************************

"Apa!Apa yang abang cakap ni!Macam tu je abang dah mengalah.Mana janji setia abang pada sayang? Mana?"Adriana jatuh terduduk apabila mendengar kata-kata Ilham.

Ilham meramas rambutnya yang kelihatan semakin kusut.Pandangannya kemudian dibawa ke arah Adriana, kekasih hatinya.Kekasihkah dia? Atau hanya sekadar untuk memenuhi hawa nafsu dia semata-mata? Ilham mula memejamkan matanya buat seketika.

"Abang minta maaf.Ada betulnya apa yang ayah Intan katakan tu.Diri abang sendiri tak terurus inikan pula nak jaga anak orang."Ilham ketawa sinis. Kelopak matanya dibuka kembali.

"Abang boleh berubahkan.Cari kerja yang lebih baik.Kita bina hidup baru.Bukan susah pun.Yang penting niat abang nak ubah kehidupan abang untuk jadi lebih baik."Adriana menggengam erat jari jemari Ilham.

Ilham memandang sayu wajah perempuan di depannya ini.Ntah mengapa hatinya berat untuk melepaskan Adriana.Walhal sebelum ini sudah ramai gadis-gadis yang dia sudah tinggalkan begitu sahaja.Siapa yang tidak kenal dengan sifat playboynya itu.

"Ah,aku tak pernah tunduk dengan mana-mana perempuan sebelum ini!Pergi jahanamlah perasaan ni." Bisik hati kecil Ilham.

"Kenapa abang diam?Abang tak sayangkan Intan lagi ke?"Adriana masih mengharapkan jawapan dari Ilham.

Ilham terus berdiri dan cuba melangkahkan kakinya meninggalkan Adriana.Tetapi dengan lajunya Adriana memaut lengan Ilham.

"Tolonglah abang.Jangan tinggalkan Intan.Intan dah sayang sangat dengan abang.Abang orang yang pertama sentuh Intan.Takkan abang nak lepas semuanya."Pegangan tangan Adriana semakin erat.

" Aku tak pernah sayangkan kau."Luah Ilham dengan suara yang mendatar.

Adriana terkejut dengan kenyataan Ilham sebentar tadi.Salah dengarkah dia?Atau Ilham hanya bergurau.

" A...a..apa yang abang cakap ni?Abang berguraukan?Enam bulan abang cuba macam-macam cara untuk pikat Intan.Bila Intan dah sayang dan boleh terima abang, macam ni balasan abang berikan pada Intan!Kenapa abang?Apa salah Intan?" Air mata Adriana gugur lagi.

"Biar aku jujur dengan kau.Aku tak pernah anggap hubungan kita ni serius dan aku tak pernah terfikir nak buat kau jadi pasangan hidup aku.Kau sama je macam perempuan dekat luar sana yang mana aku dah pakai dan aku akan buang kalau aku dah bosan.Macam sekarang ni,alang-alang ayah kau memang tak suka dengan aku,lagi senang aku nak pergi jauh dari hidup kau..."

" Pang!"Ilham memegang pipinya yang terasa pedih kerana tamparan yang diberikan oleh Adriana.

Turun naik nafas Adriana menahan amarah.Matanya membulat mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Ilham.Tidak disangka dia fikirkan panas sampai ke petang,rupanya hujan di tengahari.

"Aku pekakkan telinga bila orang lain mengata pasal kau.Aku melawan orang tua aku untuk mempertahankan kau.Aku beri segala-galanya pada kau.Maruah aku,maruah aku kau gadaikan demi kepuasan diri kau."Adriana menahan air matanya dari gugur.Dia tidak boleh nampak lemah di mata jantan keparat ini.

" Habis madu sepah dibuang.Bodohnya aku sebab percaya semua janji-janji manis kau, Ilham.Aku doakan kau akan terima balasannya atas perbuatan kau pada aku dan perempuan-perampuan yang pernah kau sakitkan dulu.Aku harap aku mangsa terakhir kau Ilham.Terima kasih... Sebab dah hancurkan hidup dan hati aku! "Adriana menoleh buat kali terakhir ke wajah Ilham.

Pandangan sayang dan cintanya kini sudah  bertukar menjadi satu pandangan yang amat dia bencikan.Lalu Adriana melangkah laju meninggalkan Ilham tanpa dia menoleh lagi ke belakang.

Ilham hanya berdiri membatu melihat langkah Adriana yang kian jauh dan menghilang dari pandangan matanya.Setitik air jernih mengalir di pipinya.Ilham segera menyeka air matanya.

'Menangiskah aku... Tapi kenapa? Bukan ni ke yang aku inginkan bila aku dapat apa yang aku nak!'Desis hati Ilham.

Dia mengepal penumbuknya lalu tumbukannya dilayang ke arah batang pokok yang berada di tepinya.Ada satu perasaan halus yang menjalar di hatinya saat ni.

"Tak mungkin aku dah jatuh cinta dengan dia... Tak... Tak mungkin!Ah...!" Hanya jeritan penyesalan Ilham yang bergema di pantai itu.Akhirnya Ilham terduduk melepaskan tangisannya dan membiarkan segala-galanya terlepas begitu sahaja.

************************************

Wajah ibunya dipandang dengan pandangan yang sayu.Tangan wanita di hadapannya dipegang erat.Dia cuba menyalurkan kekuatan dan semangat buat ibunya.Air matanya gugur ntah ke berapa kali.Mengapakah dia merasakan hidupnya terlalu sedih.Dia tidak berhak ke merasa bahagia?

"Ibu... Ibu mesti kuat.Ibu kena tahan.Tahan demi Intan dan ayah.Intan tiada sesiapa lagi di dunia ni melainkan ibu dan ayah.Intan minta maaf ibu.Intan banyak dosa dengan ibu dan ayah." Adriana menundukkan wajahnya menahan sebak.

"Intan,sabarlah.Kita doakan ibu kembali sihat seperti dulu.Ayah pun sayangkan ibu.Kita semua sayangkan ibu.Intan kena kuat baru ibu akan kuat."Encik Iqbal memberi kata-kata semangat kepada anaknya.

Hanya Allah sahaja yang tahu perasaannya waktu ini apabila melihat cinta hatinya terbaring lemah dengan wayar penuh di badan.Dia harus kuat supaya isterinya akan kuat juga melawan penyakitnya.

Tiba-tiba dada Puan Alia berombak laju. Mesin pernafasan juga mengeluarkan bunyi bukan bunyi kebiasaannya.Punat merah di tepi katil ditekan oleh Encik Iqbal.Tidak lama kemudian doktor dan para jururawat memenuhi ruang bilik yang menempatkan Puan Alia.

"Maaf encik,cik diminta keluar.Doktor nak memeriksa pesakit."Pinta seorang jururawat di situ.

Adriana dan Encik Iqbal hanya menurut.Perasaan Adriana semakin cemas apabila melihat keadaan ibunya tadi.

"Ayah...ibu akan ok kan?Ibu akan terus dengan kitakan ayah."Encik Iqbal hanya diam membisu.Mulutnya berat untuk berkata-kata.Matanya dipejamkan. Hanya doa yang tidak pernah putus buat isterinya di dalam hati.

Tidak lama kemudian seorang doktor keluar dari bilik ibunya.Pandangan sayu doktor itu membawa seribu maksud yang tersirat.

"Encik Iqbal,maafkan kami.Allah lebih sayangkan isteri encik."Ucap doktor itu kepada Encik Iqbal.Bahu Encik Iqbal ditepuk lembut.

" Ya Allah,ibu..! "Adriana berlari masuk ke bilik yang menempatkan ibunya.Kelihatan sekujur tubuh yang telah ditutupi kain putih berada di depan matanya.Dia segera memeluk jasad ibunya.Kain putih itu dibuka.Kelihatan wajah ibunya yang tenang seperti sedang tidur.Adriana mengambil kesempatan mencium wajah ibunya buat kali terakhir.Begitu juga dengan Encik Iqbal.

'Pergilah sayang... Abang reda.Selamat jalan sayangku...' Bisik Encik Iqbal di telinga arwah isterinya.

Adriana meninggalkan ayah bersama ibunya.Dia melangkah keluar dari bilik itu.Adriana duduk menangisi pemergian ibunya.

'Maafkan Intan ibu sebab tak dapat jadi anak yang baik untuk ibu.Moga ibu tenang di sana..'Bisik Adriana di dalam hati.

Share this novel

Aceng
2023-08-22 02:28:58 

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dd gmn buat link dan buat novelnya contohin

Muhammad
2023-06-24 02:29:38 

haii

Noranita Ahmad Tarmizi
2022-12-29 18:52:33 

update citer ni sis.....best ler


NovelPlus Premium

The best ads free experience