BAB 7 – NOTA ATAS KERTAS 2

Mystery & Detective Completed 8363

/Ini merupakan kejadian yang berlaku pada bulan Jun/.

/*-2 Jun 1980-*/
/Lee yang hilang pada 15 April lalu ditemui di lorong itu. Dia mati
ditikam. Yang peliknya, dokter mengesahkan bahawa Lee mati pada 1 Jun.
Apa yang berlaku pada Lee sebenarnya?/

/*-8 Jun 1980-*/
/Saya ke lorong itu bersama-sama dengan John. John merupakan kawan rapat
saya. Kami ke lorong tersebut untuk menyiasat kejadian yang pelik yang
berlaku di situ. Kami letakkan kamera perakam di hadapan lorong itu
untuk merakam sesuatu yang mungkin berlaku di situ./

/*-9 Jun 1980-*/
Kami mengambil kamera perakam dan pergi ke bilik tayangan untuk melihat
rakamam yang berjaya dirakam. Pada permulaan rakaman, tidak ada apa yang
berlaku sehinggalah rakaman yang kami tonton tadi menjadi gelap dan
tiba-tiba bunyi jeritan yang kuat untuk 3 saat. Rakaman tadi kembali
kepada asal dan tiada apa-apa yang berlaku sehinggalah kami mengambil
semula kamera.

/-1//*0*//*Jun 1980-*/
/Mei yang merupakan rakan sekelas saya, ditemui mati di lorong itu
dengan digantung. Doktor mengesahkan bahawa di sudah meninggal pada pagi
semalam. Yang peliknya, saya dan John telah merakam pada malam 8 Jun
hingga tengahari 9 Jun, mana mungkin Mei boleh tergantung di situ. Di
dalam rakamam pun tiada./

/*-23 Jun 1980-*/
/Shin ditemui mati di dalam kelas. Dia ditikam di bahagian dada. Dokter
mengesahkan dia mati pada tengahari 22 Jun tetapi saya dan Shin berbual
dan dia hadir ke sekolah. Jika Shin mati pada 22 Jun, jadi siapa yang
hadir ke sekolah semalam dan bercakap dengan saya?

3 Julai 1980
kelas 4 Biruni menyertai lawatan sambil bercuti di sebuah villa pada cuti
musim panas pada 15 Julai.

15 Julai 1980
kelas 4 Biruni bertolak ke villa. Saya dan John ke hutan yang bersebelahan
dengan villa dan bergambar di hadapan sebuah pondok kecil. Yang
mengejutkan, Kim muncul di dalam gambar tersebut. Apabila kami kembali
ke villa dan bertanya kepada Kim sama ada dia pergi ke pondok itu atau
tidak dan jawapannya, dia tidak pergi dan tidak tahu di dalam hutan itu
ada pondok. Ini sangat pelik.

Pada malamnya, saya dan John terdengar bunyi jeritan daripada Dania.
Jeritan itu berlaku di bilik sebelah iaitu bilik Kim. Apabila kami ke
sana, dia telah mati ditikam dan darahnya bertaburan di lantai dan
bilik. Jika Kim mati ditikam, kenapa saya dan John atau rakan yang lain
tidak mendengar jeritan daripada Kim?

16 Julai 1980
Pada tarikh ini, terjadi satu peristiwa yang sangat pelik untuk di
percayai. Ketika itu saya dan seorang kawan saya yang bernama
...........(perkataan yang terkoyak) pergi ke bukit untuk mengambil
gambar permandangan yang mendung. Ketika itu juga kaki bertengkar kerana
perkara kecil. Saya terus menolaknya dan dia terjatuh dan tidak bangun.
Saya ingatkan dia hanya bergurau tetapi apabila saya lihat betul-betul,
darah mengalir dari kepalanya. Saya sangat terkejut dan terus berlari
meninggalkannya dalam keadaan turunnya hujan. Saya tidak bercakap dengan
sesiapa termasuklah rakan sebilik saya, John. Pada malam itu, saya sukar
untuk tidur kerana teringatkan kejadian yang berlaku petang tadi./

/*-17 Julai 1980-*/
/Kejadian semalam menghantui saya dan membuatkan saya untuk pergi bukit
tadi untuk melihat ............ (Perkataan yang terkoyak), tetapi dia
tiada disitu. Itu mengejutkan saya. Saya kembali semula ke villa dan
memberitahu kejadian itu, tetapi semua orang tidak mengenali
............ (Perkataan yang terkoyak) lagi termasuklah cikgu sendiri.
Apabila saya bertanya tentang jumlah orang yang mengikuti lawatan itu,
mereka menjawab 20 orang bukannya 21 orang. Hanya saya sahaja yang
mengetahui perkara itu. Jika yang mengikuti lawatan itu seramai 20
orang, jadi siapa yang saya bunuh petang semalam?/

21 Julai 1980
Tarikh ini ialah tarikh berakhirnya lawatan kelas 4 Biruni. Selepas kejadian
itu, semua keadaan kembali aman dan tidak ada sesiapa lagi yang mati.
Tetapi kejadian itu masih menghantui fikiran saya.

Kepada sesiapa yang membaca buku ini, maaflah. Saya tidak tahu cara
untuk menghentikan malapetaka lorong itu. Terima kasih kerana membaca
diari lama ini...
Rudy

************
"Nampaknya banyak peristiwa yang berlaku pada tahun tu" kata Harry.
"Tapi kita tak tahu cara nak hentikannya" kata Hendry.
"Betul tu" sokong Han.
"Mungkin ada sesuatu peristiwa yang tersorok. Tengok pada tarikh 16 dan
17 Julai, nama mangsa ditulis tetapi seperti dikoyakkan" kata Rin.
"Betul juga" sokong Harry.
"Cikgu ingat nama mangsa tu?" tanya Han.
"Maaflah cikgu langsung tidak ingat" kata cikgu John.
"Ada sesuatu yang pelik" kata Hendry.
"Apa?" tanya Han.
"Jika pelajar yang menyertai lawatan seramai 20, siapa yang orang yang
dibunuh oleh Rudy dan kenapa nama dia dikoyakkan?" jawab Hendry.
"Cikgu akan telefon Rudy, adakah dia yang koyakkan nama itu atau tidak"
kata cikgu John dan terus menghubungi Rudy.

Selepas mendapat penjelasan daripada Rudy, cikgu John memberitahu bahawa
Rudy tidak mengoyakkan apa-apa yang terkandung di dalam buku tu, dan dia
sudah lupa akan nama mangsa itu.
"Perkara ni jadi semakin pelik la" kata Han.
"Nampaknya kita tidak tahu cara nak hentikan malapetaka tu" kata Harry.
"Cikgu ada apa-apa lagi yang seperti diari lama ni?" tanya Hendry.
"Emm.. Cikgu rasa tidak ada la" jawab cikgu John.
"Susahlah" rungut Han.

Keadaan menjadi senyap seketika.
"Baiklah cikgu akan simpan buku ni, kamu semua boleh balik sekarang"
kata cikgu John.
"Cikgu? Pengiktirafan kampung ni sebagai bandar di buat di mana?" tanya
Harry.
"Di sekolah ni" jawab Rin.
"Apa?" terkejut Hendry.
"Kenapa pula?" tanya cikgu John.
"Cikgu, jika dilakukan di sekolah ni bahaya la. Mungkin malapetaka
lorong tu akan membunuh sesiapa yang hadir di majlis pengiktirafan tu"
jelas Hendry.
"Mungkin juga, tapi perkara ni tidak boleh dielakkan. Menteri besar
sudah memilih sekolah ni" kata cikgu John.
"Susahlah nanti" kata Hendry.

"Baiklah, saya nak balik dulu" kata Harry.
"Saya pun" kata Han diikuti dengan Rin dan Hendry.
"Jumpa lagi esok, hati-hati" kata cikgu John kepada mereka semua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience