BAB 8

Drama Completed 1228

Azura melihat dinding, matanya berkelip- kelip mengenang pertemuan dia bersama Karim.

Imbasan pertama

Karim dan Azura berjalan- jalan di persisi pantai setelah makan.


"Shioknya, kalau kita tinggal dekat
dengan laut," saran Azura.


"Banyak angin tak apa, jangan kepala angin," ulas Karim.


"Awak ni perli lagi. Saya cubit baru
tahu."

Azura mencuit badan Karim


"Eh, eh, kita belum kawin lagi tak
boleh cuwit. Nanti kalau dah kawin baru boleh cubit-cubit saying."


"Ala nantikan kita kawin," kata Azura dengan manja.

Azura mengajak Karim ke tepi pantai bermain air laut dengan jarinya. Azura merenjis air ke muka Karim. Mereka ketawa seperti budak-budak kecil.


Imbasan kedua.

Azura membeli dua Happy Meal dari Macdonald. Azura longgokkan kesemua kentang. Azura makan kentang dan burger sambil bermain dengan figurine happy meal.


"Awak tu makan sampai habis, young girl," gurau Karim.


"Apa susuh, kalau tak habis awak
makan," balas Azura sambil menyuap sekeping kentang ke mulut Karim.


"Nanti kalau dah jadi isteri orang,
tak boleh makan main-main. Awak
mesti berlajar berjimat. Lagipun
kita tak boleh selalu keluar makan, awak  kena lah belajar masak."


"Senang aje, order menerusi talian atau Internet.. Buat apa nak susah-susah."


"Lagi satu, Azura dari sekarang tak
boleh bercampur dengan rakan-rakan lain terutama rakan lelaki," tegas Karim.


"Azura kan masih muda, ramai kawan," balas Azura, ada saja alasan Azura.


"Tak manis, kita dah bertunang."

Imbasan ketiga

Karim berjalan menuju ke Azura yang ditemani kawan lelaki dan perempuan. Ada seorang lelaki memgang bahu Azura. Karim menghela nafas dan memanggil Azura. Dia mengajak Azura berjalan jauh dari kawan-kawan Azura.


"Azura, aku dah kata, jangan bergaul
dengan budak lelaki." Karim menghembus nafas.


"Awak jealous ke. Lelaki pun suka
cemburu," sindir Azura.


"Tak manis," tegas Karim hilang sabar.


" Tapi Azura kan manis," usik Azura.


"Awak ni, aku cakap awak ingat
main-main. Azura, dengar sini, kita
putus tunang aje," kata Karim lalu meninggalkan Azura.


"Abang, abang," teriak Azura tetapi Karim terus berjalan pantas

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience