Bab 63

Romance Completed 78326

Habis saja fashion show, ramai wartawan mula mengerumuni Gia untuk ditemu-ramah memandangkan Gia mula berjinak-jinak sebagai model di Thailand. Banyakkannya bertanyakan soalan peribadi dan ada jugak yang bertanya journey dia sebagai seorang model. Semuanya Gia jawab dengan sopan sama ada soalan itu peribadi atau tak.

Bagi dia, tak perlu jawab dengan style sinis atau berlagak bila orang bertanya soalan elok-elok kepada kita kecuali ada wartawan yang bertanya soalan melampaui batas. Tapi, selalunya kalau wartawan tanya soalan yang tak sepatutnya, Maya yang akan menjawab.

Bila ditanya mengenai boyfriend, Gia hanya tersenyum lalu menjawab tak ada. Rata-rata tak percaya yang Gia masih single dengan paras rupa Gia yang cantik begini. Mustahil tak ada yang berkenan tapi memang sebetulnya tak ada. Kalau ada pun, si gila Danial tu je!

“She’s lying!” Tiba-tiba saja suara Lisa bergema.
Wartawan yang tadinya mengerumuni Gia mula beransur ke tepi memberi ruang kepada Lisa untuk berhadapan dengan Gia.

Gia dan Maya saling berpandangan. Dah buat apa pulak Lisa ada dekat sini?! Ini mesti tak bukan nak cari gaduhlah ni!

“She is lying to all of you that she is single!” Lisa pula dah tersenyum sinis.

“Uiiii…” wartawan pula mula berbisik antara satu sama lain.

“What do you mean she is lying?” Tanya salah seorang dari wartawan tersebut.

“Actually, she has a boyfriend and her boyfriend is mine! She stole my boyfriend!”

Makin berkilau cahaya kamera mengambil gambar Gia dan Lisa silih berganti. Puas hati Lisa dibuatnya dapat mengenakan Gia di hadapan wartawan terus.

“Diau na tuk kon (kejap ye semua)…nee mee khau jai pid
na (ada salah faham di sini). Chan mai dai khmoi kon rak khong khau ley dtae wah faen khong khau neeya bpen peuan khong chan ka (saya tak rampas kekasih dia tapi kekasih dia tu kawan kepada saya).”

“Ohooo…”

“Don’t you ever lie with your innocent face!”

“I’m not lying! This is the truth! Between me and him just a friend. Just that. Chan mai chai kon chob kohok (saya bukan orang yang suka berbohong)! Dtae arai kwahm jing chan bok kwahm jing (but what is the truth I tell the truth)! Kae nan lhek (just that)!” Tegas Gia menuturkan ayatnya. Sakit hatinya bila dituduh sebegitu rupa depan orang ramai. Lisa ni memang nak cari pasal dengan aku.

“Sinungaling (penipu)!” Lisa masih lagi tak berputus asa.

“Nasa sa iyo kung nais mong tawagan akong sinungaling o ano (terserah dekat kau nak panggil aku penipu ke apa)!” Mata Gia tajam menikam ke dalam anak mata Lisa. Kau ingat bila kau cakap macam tu, aku akan berdiam? Salah orang ni kau nak attack!

Tangan Lisa ditarik dari belakang. Dia dipaksa untuk mengikut langkah Jericho keluar dari bangunan tersebut.

“I’m sorry…it’s just a misunderstanding…” ujar Maya.
Untung saja Jericho memang ada di kawasan sini dan sampai cepat. Kalau tak, entah apa lagi yang Lisa ni nak cakap bukan-bukan.

“Jer! Let me go!!!” Lisa cuba menarik tangannya dari genggaman Jericho tapi tak boleh. Genggaman Jericho pada pergelangan tangannya kuat.

Akhirnya, tangan Lisa dilepaskan bila mereka tiba di tempat agak tersorok. “You ni dah kenapa Lisa? Tiba-tiba pergi buat kecoh dekat situ?! You tak malu ke hah?!”

“I? Nak malu? Nak malu apanya? Sepatutnya Gia tu yang kena malu sebab dia cuba nak rampas you dari I!”

“You cakap apa ni Lisa?! Sejak bila Gia nak rampas I dari you?! You boleh tak fikir benda yang make sense sikit?! You nampak bodoh sangat tadi bila you cuba burukkan Gia!”

“You nak kata I bodoh ke Jer?!”

“Yes! I nampak you bodoh sangat tadi sebab sanggup nak malukan diri you semata-mata nak malukan Gia! You tahu tak Gia tu orangnya macam mana? Dia takkan
senang-senang jatuh macam tu! You jangan main-main dengan Gia! I bagi amaran dekat you Lisa! Urusan antara kita jangan pernah babitkan Gia!”

“You memang tak pernah sebelahkan I kan Jer? You selalu sebelahkan Gia berbanding dengan I! Kenapa?! You dah tak sayangkan I ke Jer?! Tell me!”

“Sepatutnya soalan tu I yang tanya dekat you sama ada you still sayangkan I atau tak? Kalau you sayangkan I, you takkan buat I macam ni! You selalu akan percayakan I! Tapi you? Apa yang you buat? You tuduh I ada affair dengan Gia! You gila ke apa hah Lisa? I nak cakap dekat you Lisa…kalau I dah sayangkan seorang tu, I akan sayang dia sampai bila-bila. Sama macam I sayangkan you Lisa. I sayang dan cintakan you tapi you? Tak habis tuduh I macam-macam. Kalau you rasa you dah tak boleh go dengan I, you cakap je dekat I. I ready untuk tinggalkan you kalau you dah tak perlukan I ataupun you tinggalkan I je macam I ni tak ada perasaan. Ok?”

Mata Lisa mula berkaca bila Jericho bercakap begitu dengannya. “Are you serious Jer?”

“I am serious! Kalau you rasa you dah tak nak dengan I, you boleh tinggalkan I! Simple! Kalau you rasa you masih sayangkan I dan still nak dengan I, tolong percayakan I macam mana you percayakan I dulu. I rasa you faham kot apa yang I cakapkan ni.”

Jericho melangkah pergi meninggalkan Lisa sorang-sorang di situ. Dia tak bermaksud untuk marahkan Lisa tapi dalam keadaan sekarang ni perlakuan Lisa memang agak melampau. Cuba burukkan imej Gia di depan wartawan sedangkan Gia tak pernah cari pasal pun dengan dia. Bab-bab macam ni memang dia tak boleh nak tolak ansur.

ERIC menghampiri Danial yang beristirehat di ruang tamu sambil bermain dengan telefonnya. Apa lagi? Layan awek-awek gatallah tu. Danial memandang Eric dengan hujung matanya. Tu mesti ada apa-apa kalau datang dekat aku ni.

“Ada apa-apa ke kau nak cakap dengan aku?” Soal Danial. Matanya masih lagi melekap di skrin telefon.

“Aku ada benda nak cakap dengan kau.”

“Cakap jelah.”

“Aku harap kau behave masa kita ada dekat sana nanti. Dekat event Gia jadi presenter tu. Aku rasa kau faham kot apa aku cuba maksudkan?”

Telefonnya diletakkan ke tepi lalu memandang Eric dengan pandangan tak puas hati. “Apa masalah kau?”

“Aku tak ada masalah apa. Kau tu je yang bermasalah.”

“Aku bermasalah?”

“Dah tu? Siapa lagi yang bermasalah dalam rumah ni kalau bukan kau? Kau kena ingat Danial! Aku tak nak kau buat benda bukan-bukan masa dekat sana nanti. Jangan burukkan imej keluarga kita!”

“Rilekslah. Yang kau nak triggered sangat ni dah kenapa?”

“Aku bukan triggered tapi aku bagi amaran. Kau jangan sesekali nak kacau urusan Gia dekat sana.”

“Tengoklah dulu.”

“I’m serious Danial!”

Bengang pulak aku dengan si Eric ni! Tukas Danial dalam hati. “Aku tak janji sebab kau tahukan aku memang sukakan Gia?”

“Bukan suka tapi kau nafsu kalah bapak kuda dekat si Gia tu! Aku tak fahamlah dengan kau ni! Dalam banyak-banyak orang kenapa dengan adik tiri kau sendiri?! Dah hilang akal ke?!”

“Maybe.” Jawabnya sinis.

“Kau jangan pernah apa-apakan dia macam mana kau pernah nak buat benda buruk dekat dia masa dekat gudang dulu!”

Kata-kata Danial membuatkan dia terdiam seketika. Macam mana dia boleh tahu pasal tu?

“Pelik macam mana aku boleh tahu?” Kali ini dia pulak yang ukirkan senyuman sinis kepada Danial. “Kau jangan ingat kau sorang je yang bijak dalam dunia ni. Aku abang kau dan segala tindak-tanduk kau aku tahu. So, please! Jangan buat hal macam tu lagi next time! Cukup dulu Vitalika sorang je yang pernah jadi mangsa kau! Itupun sebab dia nak selamatkan Gia!”

“Tapi tulah…kau ni nampak macam bijak tapi bodoh sebenarnya. Gia dengan Vitalika pun kau tak dapat nak bezakan. No wonder kau main terkam je kan? Nasib baik daddy tak pernah tahu apa yang jadi antara kau dengan Vitalika! Kalau tak, kau dah lama kena tendang dari keluarga ni.”

“Ikutkan time tu nak je aku bagitahu daddy rancangan kau dengan mummy tapi aku tak bagitahu sebab apa? Sebab aku nak tengok sejauh mana kau boleh buat! Tapi, sayang…banyak dah plan yang kau buat tapi satu pun tak menjadi sebab Gia always lucky!”

Puas hati aku bila dapat sakitkan hati si Danial ni. Selama ni kau berlagak sangat kau hebatlah apa…tapi sampai ke sudah Gia pun dia tak dapat. Dah nak dapat tapi sekali lagi terlepas! Kesian…

“Kau sengaja kan nak naikkan kemarahan aku?”

“Tak ada. Siapa cakap aku nak naikkan kemarahan kau? Tak ada siapa cakap kan? Oklah, aku balik dulu. See you around,” Eric bangun dari sofa dan melangkah keluar dari rumah. Lantak kaulah nak sakit hati ke apa. Ada aku kisah?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience