BAB 10

Romance Completed 41303

Setahun berlalu….

Hazim dan Hazira yang berlari-lari di laman rumah diperhati dengan penuh minat dari dalam kereta . Anak-anaknya kelihatan sungguh bahagia berkejaran sesama mereka . Kelihatan Hazira berlari menyorok di belakang Lea yang sedang menyiram pokok bunga . Bahagia sungguh wajah Lea saat itu . Cermin mata hitam kembali dipakai . Keretanya terus dipandu meninggalkan hadapan rumah Lea .

Lea meninjau-ninjau di sekeliling rumahnya . Dia merasakan ada seseorang sedang memerhatikan mereka tiga beranak . Hatinya cepat-cepat disedapkan . Anak-anaknya yang sedang bermain-main di kakinya diajak masuk ke dalam rumah . Waktu pula hampir senja .

****************

Mata Lea begitu sukar untuk dilelapkan pada malam itu . Anak-anaknya sudah lama lena di bilik sebelah. Lea segera bangun seraya bergerak ke balkoni rumah . Dia seperti ingin menghirup udara segar . Jam baru menunjukkan pukul 3 pagi . Nafas ditarik sedalam-dalamnya .

Tidak lama selepas itu , Lea dapat menangkap sebuah kereta BMW hitam berhenti di hadapan rumahnya . Lea pantas masuk ke dalam rumah seraya menyorok di belakang langsir . Dia seperti mengenali kereta itu . Seorang lelaki turun dari kereta seraya bergerak masuk ke dalam rumah . Tak mungkin !

Lea membuka sedikit pintu biliknya . Bunyi tapak kaki itu semakin hampir . Lea dapat menangkap imej seorang lelaki sedang bergerak masuk ke dalam bilik anaknya . Lea mengekori lelaki tersebut . Lelaki tersebut kelihatannya sedang mencium dahi kedua-dua anaknya sambil mengusap-usap ubun-ubun anak-anaknya .

Sebaik lelaki itu ingin berpaling , Lea pantas menyorok di dalam biliknya . Haruman tubuh lelaki yang baru sahaja lalu amat dirinduinya . Hati Lea dilanda sebak . Lea mengekori lelaki itu sehingga ke ruang tamu .

“Abang…”,ucap Lea , lirih . Langkah Fakhri terhenti . Tanpa menunggu lama , Lea berlari memeluk suaminya dari belakang sambil teresak-esak menangis . Fakhri turut sama mengalirkan air mata .

“Abang , jangan tinggalkan Lea . Lea tak boleh hidup tanpa abang . Abang , Lea rayu , jangan tinggalkan Lea lagi”,ucap Lea sambil tersedu-sedu menangis .

Fakhri seraya berpaling memandang isterinya . Wajah yang amat dirinduinya itu dipandang dengan perasaan yang sarat dengan kerinduan . Air mata Lea diseka walaupun air mata isterinya masih galak mengalir .

“Maafkan abang Lea , abang tak nak seksa hidup Lea lagi . Abang nak Lea bahagia . Abang rasa bersalah terhadap Lea dan anak-anak kita”,ucap Fakhri sayu . Wajah Lea dipandang sayang .

“Apa erti kebahagiaan pada Lea kalau abang tak ada . Lea tak kisah bang , Lea terima takdir Lea . Lea tak pernah anggap abang seksa Lea . Lea tahu , tu semua takdir . Lea tak pernah berdendam dengan abang sebab Lea sayangkan abang , Lea cintakan abang sangat-sangat”,ucap Lea seraya merangkul erat tengkuk suaminya .

Fakhri turut membalas . Ya allah , terima kasih kerana kau telah kembalikan suamiku kepadaku , ucap Lea di dalam hati .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience