Rate

BAB 1 ( SUASANA BAHARU )

Romance Completed 121661

"Eisya..ooo..Eisya..manalah budak
bertuah ni..kering tekak aku menjerit nama dia
dari tadi, tak dengar ke suara aku ni..."
Rungut Mak Leha satu-satunya mak saudara yang aku ada.

"Ye...ye...Eisya ada ni kat belakang tengah masak
Mak Su..."
Sahut aku yang tengah menambahkan kayu api
supaya masakanku biar segera siap.

Mak Leha melangkah kakinya ke belakang rumah untuk mendapatkan aku.

"Ooh...ingatkan Eisya takde kat rumah...ni Mak Su ada hajat ni...esok ikut Mak Su ye, kita ke bandar.."

"Nak ke bandar...buat apa Mak Su kita ke sana...adik-adik nanti siapa nak jaga.."

"Pasal Eira dengan Ernie tu Eisya tak perlu risau..
Mak Su dah uruskan mereka.. kembar kan dah masuk asrama..Eisya dah lupa ke.."

"Ya Allah...macam manalah Eisya boleh lupa ni..baiklah kalau Mak Su nak bawa Eisya ke bandar esok Eisya ikut jelah..."
Aku meneruskan kerja-kerja memasak setelah melihat Mak Su melabuhkan punggungnya di pangkin kayu hasil kerja arwah Abah.

"Hah...baguslah kalau macam tu..Mak Su tahu Eisya seorang anak yang baik, mendengar kata...untung arwah Umi dan Abah kamu dapat anak yang baik macam kamu ni...tak macam Mak Su ni anak dah la seorang tak balik-balik ikut suami dia duduk negara omputih tu.."

"Takpelah Mak Su...janji Hanie tu balik juga walaupun setahun sekali...tulah Mak Su.. Hanie ajak Mak Su duduk sana Mak Su jual mahal..."

"Isshh...tak kuasa aku nak duduk sana...speaking memanjang...entah apa yang dikatanya sepatah haram aku tak faham...aku ni orang kampung Eisya oii...makan ubi kayu dengan sambal belacan.."

"Yelah...Mak Su tu dengan sambal belacan berpisah tiada...Eisya dah siap masak ni Mak Su..jomlah kita makan sekali...cuma Mak Su kena buat sambal belacan je...Eisya tak pandai nak buat macam Mak Su buat tu...nanti tak sedap..."

Setelah selesai menjamu selera, aku disuruh oleh Mak Leha untuk mengemaskan pakaianku. Aku menurut sahaja kemahuan Mak Leha tanpa banyak persoalan, namun di hati kecilku tertanya-tanya apa yang direncanakan oleh ibu saudaraku itu.

"Eisya...Eisya mesti tertanya-tanyakan Mak Su nak bawa Eisya ke mana esok...?"

"Yelah Mak Su...mata ni tak boleh lelap tau dari tadi tunggu Mak Su buka mulut...tapi Eisya tak berani nak tanya Mak Su depan-depan.."

"Budak ni..betul-betul bertuah tau...kalau Mak Su kata esok Mak Su nak jual Eisya kat bandar sana tu Eisya menyerah je ke..."

"Mak Su...biar betul Mak Su...takkan Mak Su sanggup nak jual anak saudara Mak Su sendiri..darah daging Mak Su ni.."
Ada getaran di suaraku. Air mata aku sudah bergenang di kolam mata cuma tinggal untuk gugur sahaja.Menggigil tubuhku mendengar setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Mak Leha.

"Ya Allah budak ni...dah..dah...takkan sanggup Mak Su nak buat kamu macamtu la...aku belum gila lagi Eisya oii...walaupun kita ni serba kekurangan tapi kita ada maruah..Maruah kita lagi tinggi nilainya...ingat pesan Mak Su ni..."

"Mak Su ni suka tau...kenakan Eisya ...nanti Eisya nangis satu hari satu malam baru tahu 'haru-biru' hidup Mak Su..."

Mak Su memeluk aku erat dalam dakapannya. Teserlah kasih sayangnya terhadap aku yang tidak terhingga sehingga aku dapat merasakan sentuhan dari seorang ibu yang amat aku rindui.

Mak Leha yang lebih mesra dipanggil Mak Su olehku merupakan adik kepada arwah Umi, seorang janda muda akibat kematian suaminya semasa menjalankan tugasnya sebagai anggota polis bahagian jenayah berat, ikhlas menjaga kami tiga beradik setelah kami kehilangan Umi dan Abah setahun yang lalu. Abah dan Umi terlibat dalam sebuah nahas kemalangan jalan raya sewaktu hendak pulang beraya di rumah Tok Wan di Terengganu.Ketika itu aku berusia 16 tahun manakala kembar Eira dan Ernie baru 12 tahun.

"Apa yang dimenungkan lagi tu...dah tidur cepat esok pagi-pagi kita dah kena gerak ke bandar..."

"Baiklah Mak Su....Eisya tidur sekarang"

*************************************************

Setelah sampai di bandar, Mak Leha membawa aku terus ke rumah majikannya iaitu Dato Sri Zainuddin bersama isteri kesayangannya Datin Sri Zarina Amylea. Banglo mewah dua tingkat itu membuatkan aku terpaku di halaman perkarangan luar rumah tersebut. Bulat mata aku memandang sekeliling kawasan yang terhidang di hadapan mata aku sekarang.

"Eisya...dah mari masuk... ni lah rumah majikan Mak Su...Eisya jangan risau Dato dan Datin baik orangnya.."

"Mak Su...cantik betul rumah Dato Sri dan Datin Sri kan...tak sangka Eisya berpeluang jejak kaki dalam rumah ni selalunya dapat tengok kat tv je..."

"Dah rezeki kamu...kebetulan orang gaji sebelum ni dah diberhentikan kerja sebab tertangkap mencuri barang berharga dalam rumah ni..sebab tu Mak Su bawa kamu ke sini sebab nak ganti tempat dia lah.. tak larat Mak Su nak kerja sorang dengan rumah besar macamni..."
Mak Leha membawaku terus ke dapur sementara menunggu Datin Sri Zarina Amylea turun untuk bersarapan.

"Eisya tolong Mak Su cepat siapkan hidangan ni kejap lagi turunlah Datin Sri tu..."

"Baiklah Mak Su...Dato Sri dengan Datin Sri dah tahu ke kedatangan Eisya ni nanti tak pasal-pasal Eisya kena halau pulak..."

"Ehmm..mmm...Mak Leha dah siap ke sarapan saya.."
Kebetulan Datin Sri Zarina Amylea terus ke dapur untuk mengambil segelas minuman.

"Dah Datin Sri... nak saya hidangkan dekat meja depan ...atau...."
Belum sempat Mak Leha menghabiskan ayatnya terlebih dahulu Datin Sri Zarina mencelah.

"Tak perlu bawa ke depan..hari ni saya rasa nak sarapan dekat dapur saja... Dato Sri pagi-pagi lagi dah keluar on the way ke KLIA dengan Pak Samad. Seminggu outstation dekat Dublin katanya...kamu ni tentu anak saudara Mak Leha kan..."
Berderau darah aku setelah ditegur secara drastik oleh Datin Sri Zarina Amylea sebentar tadi. Segera aku menundukkan kepalaku tanda hormat kepadanya.

"Ye...ye...saya anak saudara Mak Su...eh..eh..
Mak Leha...nama saya Eisya Adriana..panggil Eisya je.."
Tergagap-gagap aku menjawab persoalan dari Datin Sri akibat terlalu takut berhadapan dengan orang-orang kebanyakkan sepertinya.

"Emmm...cantiklah kamu ni Eisya...mata bulat..betul ke nak kerja dekat sini..muda lagi...tak nak sambung belajar ke.."

"Saya...saya...."

"Bukannya tak nak Datin Sri...maklumlah kami ni bukannya orang senang...tak mampu Datin Sri..biarlah adik kembar Eisya ni sahaja yang meneruskan pelajarannya"
Mak Leha menjawab segera setelah melihat wajahku terpinga-pinga dan agak suram di situ.

"Sorry...saya bukan bermaksud untuk merendah-rendahkan kamu, tapi saya rasa terkilan sebab gadis umur macam kamu ni sepatutnya teruskan belajar..tapi muda-muda lagi dah kena bekerja..by the way...siapa yang buatkan breakfast saya pagi ni...tak macam selalu..rasanya lain sangat.."

"Maaf Datin Sri...Mak Leha yang suruh Eisya buatkan tadi sandwish tu kenapa tak sedap ke...?"

"Eh...taklah...sedap sangat ni..rasa sama macam dekat hotel pula...tengok habis licin saya makan.."

"Datin Sri nak lagi ke...nanti saya suruh Eisya buatkan untuk Datin Sri.."

"Eh...takpe..ni dah cukup ni..nanti rosak diet saya Mak Leha...Mak Leha dengan Eisya dah sarapan ke..?"
Tanya Datin Sri Zarina Amylea sambil menyisipkan sedikit air fresh oren di hadapannya.

"Kalau belum jom join saya sekali...duduk lah dari tadi kamu tu berdiri je...Jangan takut saya ni tak makan orang dan lepas ni jangan tunduk-tunduk lagi macam tadi..saya bukannya orang Jepun ke Korea ke nak tunduk bagai.."

Mak Leha tersenyum sahaja di situ sambil menyuruh aku duduk di sebelahnya. Setelah selesai bersarapan Mak Leha dan aku meneruskan kerja-kerja kami manakala Datin Sri Zarina Amylea ke butik pengantinnya yang sudah lebih lima tahun diusahakan hasil titik peluhnya sendiri.

salam perkenalan semua..... terlebih dahulu saya ingin memohon kemaafan jika penulisan saya di sini tidak memenuhi cita rasa pembaca platform Novel plus ini. Terimalah karya pertama dari saya bertajuk 'Cintaiku Seikhlas Hatimu' Mengisahkan seorang gadis muda yang baru lepasan SPM bernama Eisya Adriana yang terpaksa mengalas tanggungjawab membesarkan adik kembar perempuan nya selepas kehilangan kedua orang tuanya setahun yang lalu. Faiz Asmara anak kepada majikan Mak Leha menaruh hati pada Eisya buat pertama kali bertentangan mata namun satu malam yang malang buat pasangan ini kesucian Eisya yang sangat dipertahankan diragut oleh Faiz Asmara Kehilangan Eisya secara tiba-tiba merubah Faiz Asmara 360 darjah Kehadiran Aleeya dalam hidup Faiz Asmara sedikit sebanyak mengisi kekosongan dalam hidupnya namun hatinya tetap teguh untuk Eisya Adriana Mampukah Eisya Adriana menerima Faiz Asmara kembali dalam hidup Ketahui kisah mereka selanjutnya di karya pertama saya Cintaiku Seikhlas Hatimu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience