Chapter 8

Romance Series 19229

BAB 8

Aku mengeluh. Kepala otak aku menjadi pening. Perasaan aku jadi tak keruan. Walaupun aku belum pasti dengan kebenaran cerita Farah, namun sedikit-sebanyak ianya telah menganggu emosi aku. Membuat kepercayaan aku pada Navin telah menjadi goyah.

Malam itu, aku terus menghubungi Navin. Aku mesti membuat perhitungan dengannya. Aku mesti mencari kepastian. Jika tidak, selagi itulah perasaan aku tidak akan tenteram. Malah mungkin aku akan jadi gila kerana asakan-asakan perasaan ini.

“Saya dengar awak nak masuk kawadi.”

Dia tersentak sedikit. Kemudian tersenyum kelat. “Hmm…memang ada niat. Cuma tak confirm lagi.”

“Kenapa still nak buat macam tu?”

“Orang kata..kalau buat macam tu..boleh buang bala atau penyakit.”

“Kalau awak masih percayakan benda-benda macam tu..apa maknanya awak belajar Islam? Better awak terus dengan agama awak.”

“Apa salahnya saya buat macam tu? Manalah tahu kalau-kalau penyakit saya ni boleh sembuh. Lagipun saya kan belum convert lagi.” Navin membela diri. Dia macam tidak selesa bila diasak dengan pertanyaan sebegitu dari aku.

Aku mendengus. Jawapannya betul-betul mengejutkan aku. Malah membuat aku mula rasa curiga dengan niat sucinya itu. Dan aku juga mula terasa kebenaran dalam cerita Farah.

Memang selama ini aku sedia maklum tentang penyakitnya. Dia sudah lama mengidap paru-paru berair. Tetapi aku kecewa kerana dia masih percayakan semua itu malah sanggup turut serta dalam perarakan itu semata-mata kerana yakin ianya dapat menyembuhkan penyakitnya itu.

“Well…Pasal awek awak dulu pula macamana?” Aku menukar topik selepas kecewa dengan soalan pertamaku tadi.

“Awek mana pula?”

“Budak kelantan yang awak dah rosakkan tu? Takkan awak nak tinggalkan dia macam tu saja.” Aku bersuara dengan nada geram.

“Budak kelantan?”

“Awak tak perlu nak berlakon baik depan saya lagi. Saya dah tahu semua cerita awak.” Aku bersuara sinis.

“Awak percayakan orang lain lebih dari percayakan saya?”

“Itu tak penting…apa yang saya tahu sekarang ni, awak tak pernah serius dengan apa yang awak lakukan. Awak bukan saja buat saya hilang kepercayaan pada awak tapi awak juga telah merosakkan kehidupan orang lain.”

“Saya tak cintakan dia. Lagipun dia yang datang dan saya tak mampu menolak. Saya ni lelaki Dura…sejauh mana saya mampu bertahan jika digoda.”

Mudahnya dia bercakap. Seolah-olah apa yang dilakukannya itu tidak bersalah. Memang dasar lelaki yang tidak bertanggungjawab. Aku rasa macam hendak bunuh manusia bernama Navin ini.

“Awak tak ada rasa tanggungjawab ke?”

“Macam yang saya kata…saya tak cintakan dia. And please..Jangan minta saya terima dia.”

“Saya betul-betul kecewa dengan awak. Jika saya tahu perangai awak macam ni…” Aku tidak mampu meneruskan kata-kata aku. Dada aku terasa sakit kerana menahan rasa marah dan sebak. Aku rasa macam nak meraung. Nak menangis semahu-mahunya. Ya Tuhan…kuatkanlah semangat hambamu ini.

“Itu dulu, Dura. Saya sekarang bukan macam saya yang dulu lagi. Saya dah berubah.”

“Berubah? Macam ni awak kata awak dah berubah? Awak langsung tidak pedulikan perasaan orang lain. Awak cuma pentingkan diri awak sendiri.”

“Kenapa awak marah sangat ni? Kalaupun saya bersalah, takkan awak tak boleh maafkan saya? Lagipun, saya serius dengan awak.”

“Please Navin… Awak jangan ingat awak boleh memainkan perasaan saya macam apa yang awak dah lakukan pada dia.”

“Saya tak pernah memainkan perasaan awak. Saya memang cintakan awak. Kerana awak juga, saya sanggup tukar agama saya.”

“Awak ingat bab tukar agama ni boleh dibuat main ke? Kononnya awak cintakan saya, awak nak convert. Padahal niat awak tak ikhlas.”

“Awak katalah apa-apa pun. Saya tetap dengan keputusan saya. Saya akan convert dan awak akan jadi milik saya.”

“Gila! Awak memang dah gila.” Aku menjerit geram dan terus meninggalkan Navin yang termangu dengan tindakan aku. Aku langsung tidak pedulikan panggilannya malah semakin cepat melangkah meninggalkannya.

Aku tidak dapat menahan rasa sebak di dada lagi. Air mata aku terus meluncur laju. Hati aku terasa hancur luluh. Sesungguhnya aku benci dengan apa yang aku dengar dari mulut Navin. Sebesar kumanpun aku tidak pernah menyangka bahawa Navin berperangai begitu.

Betapa mudahnya aku tertipu dengan lakonannya. Betapa mudahnya aku hanyut dalam mainan perasaan yang dihulurnya. Mujurlah aku cepat mendapat maklumat. Kalau tidak…entah apa yang akan berlaku padaku.

Sekurang-kurangnya aku patut bersyukur kerana nasib aku tidak semalang nasib gadis yang ditinggalkannya itu. Aku masih belum dijamahnya. Malah cintaku padanya juga baru berputik. Pasti tidak akan mengambil masa yang lama untuk aku lupakannya.

Namun begitu, aku bersyukur juga. Sekurang-kurangnya aku juga telah banyak berubah kerana Navin. Dan aku tetap akan mengekalkan diri aku sekarang walaupun hubungan aku dan Navin telah hancur. Malah aku rasa, aku mahu terus memperbaiki kelemahan diri aku sebagai seorang Islam.

Cuma aku agak terkilan dengan sikap Anisa. Aku rasa, dia tahu cerita sebenarnya. Namun mengapa dia mesti berahsia dengan aku. Patutlah dia bertapi-tapi bila aku menyuarakan hasrat aku untuk menerima cinta Navin dulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience