Series
                        
4680
                    Suasana pada masa itu sangat aman . Dengan suasana yang sepi dan hanya ditemani dengan angin semula jadi . Boleh tertidur aku macam ni .
   Sudah satu jam aku berdiri di luar balkoni bilik ni . Dapat aku feeling tinggal dekat hotel sekarang ni hehe . 
   Aku memejamkan mataku dan kedua wajah insan tersayang menghiasi minda aku . Aku rindu mama dan papa .
   Perlahan-lahan air mataku jatuh tanpa aku sedar . 
Bum !!
   Mata aku terbuka luas . Terkejut aku oi ! Masuk tak pandai ketuk pintu kah ?! 
   Aku menoleh lalu memandang ke arah pintu . Disaat mata aku bertembung dengan matanya , tiba-tiba hati aku berdegup laju . 
   Kenapa dengan aku ni ? 
“ Makan ! ”
   Ui boleh tak cakap elok-elok sikit ? Dah lah masuk tak ketuk pintu tadi .
   Aku hanya memandangnya tanpa berkelip . Dahiku berkerut . Dekat mana aku pernah dengar suara ni eh ?
“ Kalau kau tak nak mati dekat sini , baik kau makan sekarang . Jangan buang masa aku . ” kata Cleo sambil meletakkan dulang makanan itu di atas meja berhadapan dengan katil aku .
   Aku malas nak dengar dia membebel lalu aku menoleh semula untuk menikmati pemandangan malam yang terganggu tadi . 
  Baru aku perasan , asal besar betul rumah dia ni ? Dari balkoni ni , aku boleh nampak semua perumahan di dunia ni
“ Pura-pura pekak atau memang dah pekak ? ”
  Eh eh , sakit pula hati kite ni . Aku merengus kasar lalu memandangnya semula .
  Dia lagi berpeluk tubuh sambil memandang serius ke wajah aku .
“ Awak boleh keluar sekarang . Awak tak nak saya buang masa awak kan ? ”
   Aku memberanikan diri untuk mendekatinya . Padahal hati aku ni dah nak terkeluar ui . Takut punya pasal .
   Tiba-tiba dia mendekatkan wajahnya ke telinga aku . Sangat dekat sehingga aku boleh mendengar pernafasannya . 
   Seram pula aku dengan perbuatan dia ni .
“ Kau jangan nak main main dengan aku . Bila-bila masa saja aku boleh tamatkan riwayat kau . Faham ?! ” bisiknya perlahan namun keras suaranya .
   Meremang bulu roma aku bila dengar dia cakap macam tu . 
   Ya tak ya juga kan ? Macam mana aku boleh lupa yang dia ni vampire hadeh .
   Cleo menjarakkan mukanya semula . Aku berundur beberapa langkah . Aku tatap matanya buat seketika .
   Pandangannya sama seperti tadi , tajam sehingga menusuk ke tulang rusuk . Cleo menjeling lalu melangkah keluar dari bilik itu . 
“ Mautnya jelingan anda . ” kataku perlahan sambil membuat muka apabila dia sudah hilang dari pandangan .
  Mata tu .. Sama seperti mata yang meraung nama Cealyn dalam mimpi aku . Tapi masa tu mata dia nampak sedih . 
  Dan sekarang mata dia menampakkan aura kejam dia .
••••
  Dengan segera Cleo masuk ke dalam bilik . Pintu dihempas kuat . 
  Entah apa yang mengganggu fikirannya pada masa itu . Wajahnya diraup buat seketika . Sudah lama dia tidak melihat wajah itu .
   Perasaan rindu mula mencuit tangkai hatinya . Tapi tak mungkin ! Mana mungkin dia kembali semula . Argh !
   Stress kepalanya apabila memikir semua perkara ini . Rindu itu memang rindu , tapi dia juga tidak percaya bahawa orang yang paling dicintainya sudah kembali . 
   Lagipun dia seorang manusia ! Mana mungkin vampire dan manusia bersatu . Lantas dia duduk di birai katil . Rambutnya diraup kasar . Stress !
“ Cleo ? ”
Cleo mengalihkan pandangannya ke arah gerangan yang memanggil namanya itu .
“ What's wrong ? ” soal abangnya Carl .
“ Nothing . ”
  Carl mengecilkan matanya . Tahu sangat perangai Cleo yang tidak suka memberitahu masalah yang sedang difikirkannya .
  Carl mendekati Cleo lalu duduk di sebelahnya .
“ Mesti sebab manusia tu kan ? ” teka Carl .
  Cleo memandang wajah abangnya itu lalu menghembuskan keluhan berat . Dia tidak dapat berbohong lagi .
  Carl menepuk bahu Cleo , cuba memberikan kekuatan untuk adiknya itu . Kasihan sungguh Cleo . Selepas kematian Cealyn , dia jadi seorang yang serius .
   Padahal dulu dialah yang paling ceria di rumah ini .
“ Aku tahu semua ni berat untuk kau terima , tapi kau kena kuat . ”
   Sekali lagi Cleo melepaskan keluhan . Macam mana aku nak hadapi semua ni ? Sudah lama dia tinggalkan aku dan sekarang , tiba-tiba dia kembali . Sebagai seorang manusia .
   Tapi kalau betul pun itu dia , kenapa dia tak ingat aku langsung ?
“ Kau kena lupakan Cealyn . ” sambung Carl .
“ Aku tak akan pernah lupakan dia ! Dan jangan sebut nama dia lagi ! ” tengking Cleo lalu melangkah keluar dari bilik itu .
    Hatinya terluka setiap kali mendengar nama itu . Mungkin kerana masih terkesan dengan kematian Cealyn di pangkuannya .
   Carl hanya menggeleng sambil tersenyum sinis . Kau tak nak lupakan dia tapi kau tak nak dengar nama dia . Pelik kau ni Cleo .
Share this novel