Faridah dan Syira sudah sampai di hadapan rumah masing-masing. Faridah berdiri sahaja di hadapan rumah dan tidak berkata apa-apa langsung. Syira melihat sahaja gelagat rakannya yang berdiri sahaja di hadapan rumah.
“Eh kau ni tak rasa panas ke? Asal kau berdiri kat luar nih? Masuklah dalam rumah nanti mak kau perasan pulak” kata Syira.
“Weh Syira...aku takut lah nak masuk. Macam mana nak tunjuk slip ni kat mak aku hm” kata Faridah dengan cemas.
“Takde apa lah Ida. Kau sabar je . Kau tunjuk jelah slip kat mak kau. Kalau kene bebel ke kau dengar jelah...takde apa pun sebenarnya” kata Syira sambil menepuk bahunya.
“Okay Syira thank you. Take care tau Syira” kata Faridah lalu membuka pintu pagar kecil dan masuk ke dalam rumah.
Faridah masuk ke dalam rumah dan mendapati rumahnya kosong sahaja. Jam menunjukkan pukul 1 tengah hari.
"Mama mesti standby nak solat nih. Hmm macam mana nak tunjuk result kat mama nih" kata Faridah dalam hati. Dia menutup pintu rumahnya lalu naik ke tingkat atas menuju ke bilik ibunya.
"Mama...mama ada kat dalam ke tuh?" kata Faridah sambil mengetuk pintu bilik ibunya itu.
"Ada ni Ida. Masuk jelah" kata Puan Yusnita dari dalam biliknya. Faridah membuka pintunya.
"Mama nak solat ke?" tanya Faridah kepada ibunya yang sedang duduk di atas katil dengan bertelekung.
"Belum lagi Ida. Azan Zuhur pun belum lagi. Ada apa Ida tiba-tiba masuk bilik mama ni dengan tak mandi lagi apa semua ?" kata Puan Yusnita.
"Mama..erm Ida ada something nak bagitau mama nih. Mama okay je kan" kata Faridah.
"Mama okay je sayang. Ada apa ni cakap lah" kata Puan Yusnita.
"Mama...Ida nak mintak maaf tentang semalam. Ida dah tipu mama sebenarnya..." kata Faridah dengan nada yang tersekat-sekat.
"Ida tipu apa nih ? Bagitau mama" kata Puan Yusnita.
"Ida tipu mama pasal yang Ida mintak mama duit untuk bayar seminar SPM. Sebenarnya duit tu Ida guna untuk beli barang mekap Ida. Mekap Ida habis. Ida memang nak mintak kat mama dengan ayah tapi mesti ayah dengan mama tak bagi. Sebab tu Ida tipu mama. Ida mintak maaf mama..." kata Faridah dengan wajah yang muram. Puan Yusnita terdiam.
"Ida pergi mall yang dekat sekolah tu dengan Syira. Masa tu lepas sekolah ada kelas tambahan. Ida dengan Syira ponteng kelas tambahan semalam untuk pergi mall" kata Faridah.
"Hm Ida. Kenapa Ida tipu mama nih. Bulan puasa ni Ida nak menipu mama ke. Kalau nak apa-apa mintak la dengan mama dengan ayah. Bukan tak bagi tapi mama dengan ayah nak bagi Ida fokus exam dulu. Lepas exam baru lah Ida mintak apa-apa kat mama dengan papa" kata Puan Yusnita.
"Takde niat Ida nak tipu mama. Sebab barang mekap Ida dah habis. Ida terpaksa...takut mama tak bagi nanti" kata Faridah lalu membuka beg sekolahnya. Ibunya terdiam sahaja tanpa berkata apa-apa.
Faridah mengeluarkan sehelai kertas dan menatap dengan wajah yang muram.
"Apa tuh Ida?" tanya Puan Yusnita.
"Slip exam trial Ida...nah mama" kata Faridah lalu menyerahkan slip keputusan peperiksaan kepada ibunya. Ibunya melihat keputusan anaknya satu persatu. Mukanya muram sahaja.
"Ida dah buat satu kesilapan...Ida mintak maaf sangat-sangat sebab buat mama dengan ayah kecewa" kata Faridah.
"Hmmm Ida kenapa sampai tiga gagal nih...kau belajar apa selama ni. Ni baru percubaan. Belum lagi exam betul-betul ni Ida" kata Puan Yusnita.
"Sorry mama. Trial kali ni memang betul-betul susah. Please mama. Jangan rampas fon Ida. Ida bersusah payah study untuk trial nih. Ida jarang hadap fon masa trial. Tentang hari semalam tu...Ida mintak maaf banyak-banyak" kata Faridah sambil menundukkan kepalanya.
Puan Yusnita mengangguk faham lalu memeluk anak bongsunya itu.
"Takper Ida. Mama faham dengan apa yang kau hadapi nih. Tapi jangan buat mama runsing. Kalau ayah tahu,apa ayah nak jawab nanti. Dulu abang-abang kau..sekarang jangan kau pulak yang buat hal" kata Puan Yusnita.
"Takper mama. Nanti Ida tunjukkan kat ayah kalau ayah balik kerja nanti. Mungkin ayah faham kan ?" tanya Faridah dengan yakin.
"Itupun kalau ayah kau faham. Kalau tak macam mana? Nak ke ayah jadi macam dulu? Ayah kau sekarang macam-macam dia fikir pasal kerja pasal family ni" kata Puan Yusnita.
"Mama nih pun. Jangan lah doa macam tu kat ayah" kata Faridah sambil bermuram muka.
"Haih dah kalau ada sesiapa yang buat hal,mana ayah tak stres heart attack apa semua. Ni mama nak tanya kau, kau exam SPM bila yang betul-betul?" tanya Puan Yusnita kepada Faridah.
"Bulan 11 cikgu kata. Rasanya cikgu dh confirmkan bulan 11 nanti baru SPM start nanti" jawab Faridah.
"Mama nak lepas raya nanti kau pergi join kelas tuisyen yang kawan mama buat kat Seksyen 6 sana. Study balik yang mana mata pelajaran yang gagal nih. Tuisyen ni boleh menolong kau. Boleh tak?" kata Puan Yusnita.
"Tuisyen yang Aunty Khalira buat tu ke. Mahal la mama. Satu mata pelajaran berapa puluh mama. Takperla mama Ida boleh study sendiri" kata Faridah.
"Kenapa nak study sendiri. Bukan boleh dapat apa pun kalau study tanpa bimbingan dari sesiapa. Biar mahal pun asalkan nak tengok anak mama berjaya. Mama nak kau jadi anak yang membanggakan keluarga kita. Join je kelas tuisyen tuh" kata Puan Yusnita. Faridah terdiam sahaja.
"Kenapa diam? Macam mana Ida. Boleh tak?" tanya Puan Yusnita.
"Yelah mama. Ida join kelas tu nanti" kata Faridah sambil tersenyum.
"Bagus anak mama nih" kata Puan Yusnita sambil mengusap kepala anak bongsunya itu. Faridah tersengih sahaja.
"Bestfriend kau tuh dapat berapa A. Ke sama je macam kau?" tanya Puan Yusnita kepada Faridah.
"Err...sama je mama. Bukannya tiru tapi trial kali ni memang susah gila. Math pun ada dua orang je lulus. Yang lain gagal" kata Faridah.
"Math pun boleh susah. Ke kau tak boleh buat? Kalau tak boleh buat macam mana diorang boleh lulus?" kata Puan Yusnita.
"Yelah mama setiap orang lain-lain. Eh mama haritu ayah kata ada berbuka puasa beramai-ramai kat tempat kerja. Ayah confirm ke mama dengan Ida join sekali?" tanya Faridah.
"Ayah tak call mama lagi. Mungkin lepas solat Jumaat baru ayah call mama kot untuk confirmkan" kata Puan Yusnita.
"Fadzil ikut sekali tak? Lama tak berbuka dengan Fadzil" kata Faridah.
"Oh lupa mama. Fadzil tak boleh datang malam ni. Dia ada outstation kat Subang malam ni. Dah pergi mandi sana busuk dah kau nih. Mandi pastu solat. Mama nak solat ni" kata Puan Yusnita.
"Okay mama" kata Faridah lalu bangun dari katilnya dan menuju keluar dari bilik ibunya.
.
Pulau Indah, Klang
Halim Tokan sedang mengira-gira wang hasil jualan dadah dari anak-anak buahnya yang menjual segala dadah di sekitar bandar Klang.
"Haih apa cerita si Farhad sekarang nih. Dah mampus ke agaknya dia tuh. Ke dia nak lari dari aku?" kata Halim Tokan seorang diri apabila dia mendapati Farhad tidak lagi berada di kawasan Klang sejak kes rakan-rakan Farhad dibunuh padatempoh hari.
"Bos. Farhad tak jumpa lagi nih. Dia dah larikan diri. Tapi aku dah suruh kawan-kawan aku carikan Farhad ke luar Klang sana. Dia mungkin ada lagi kat Selangor nih" kata Fahmi,abang kepada arwah Fuad yang menjadi pengkhianat kepada Farhad dan rakan-rakannya sehingga rakan-rakan Farhad menjadi korban di tangan Halim Tokan.
"Okay bagus. Takper biarkan dia lari. Selangor ni kecik je. Dia tak boleh sembunyi dari aku. Kau peaan kat kawan-kawan kau, kalau dah jumpa si Farhad tu. Bawak balik dia hidup-hidup. Aku akan habiskan dia" kata Halim Tokan sambil menyalakan cerutnya.
"Baik bos. Nanti aku cakap dengan diorang" kata Fahmi lalu menelefon rakan-rakannya.
.
7 malam
Sementara itu d Farhad masih bersembunyi di dalam hotel. Dia ingin pulang ke rumahnya tetapi banyak masalah konflik yang dihadapinya dengan keluarganya dulu.
Dalam masa yang sama,dia merindukan rakan-rakan serumahnya yang pernah duduk di rumah sewa dahulu. Suka duka mereka masih terlintas di fikiran Farhad. Apabila dia memikirkan tentang Shah dan Fariz yang telah meninggal dunia kerana dibunuh oleh bekas tokannya sendiri, serta merta air mata Farhad mengalir.
"Ini semua salah aku. Aku fikir untung aku je. Kenapa aku terjebak semua nihh ?" kata Farhad sambil menangis.
Farhad bersedih dan berasa menyesal atas perbuatannya. Dia berasa risau kerana mungkin ramai orang sedang mencarinya terutamanya orang-orang yang terapat dengan Fariz dan Shah.
"Diorang akan cari aku jugak. Family diorang pun akan suruh polis cari aku. Mati aku kalau macam nih. Belum kira ganja yang sangkut kat Subang lagi. Aduh mampus" kata Farhad seorang diri.
Farhad terdengar azan Maghrib di luar tingkap menandakan waktu berbuka telah masuk. Dia menjamah sedikit makanan yang dibelinya melalui penghantaran makanan.
Sedang Farhad menikmati makanan, dia mengingati kembali pada tahun lepas apabila abang sulungnya, Fadzil mengajak Farhad dan Faridah makan di tempat makan yang mewah di Kuala Lumpur. Waktu itu Encik Shuhaimi dan Puan Yusnita tiada di rumah kerana mereka sedang berbulan madu di Terengganu
Setahun yang lalu...
.
.
"Fadzil,kau kata bakal tunang kau nak datang? Mana?" tanya Farhad.
"Alah kau sabar lah. Dia baru sampai nih" kata Fadzil.
"Lina kan nama dia? Dia duduk mana Fadzil?" tanya adik bongsunya Faridah.
"Dia duduk kat Ampang. Rumah dia besar gila. Mak ayah dia selalu kerja kat luar negara. Kat Paris sana. Lina duduk dengan kawan-kawan dia kat sana lah. Selalu jugak aku pergi rumah dia" kata Fadzil.
"Jauh gila mak ayah dia kerja. Hm kira Lina tuh anak orang kaya la tuh kan. Kalau kita ni mak ayah kita je yang kaya. Kita adik beradik je tak kaya. Huhuhu" kata Farhad.
"Takper kalau kita tak kaya pun. Kita kaya atas usaha kita je selama nih. Kau sekarang kerja mana Ad?" kata Fadzil.
"Dekat Klang je. Aku kerja welding. Yelah result aku dulu mana laku kan. Dahla aku gagal SPM" kata Farhad.
"Eh setahu aku Ad, SPM boleh je repeat. Mana tahu nasib kau lulus ke. Yelah peluang kau semakin cerah nanti" kata Faridah.
"Tahu Ida. Tapi aku macam tak tahu bila aku nak repeat SPM. Jadual kerja aku padat gila. Macam mana nak asingkan masa belajar dengan kerja" kata Farhad.
"Ad. Kalau kau nak ambik SPM balik. Cakap jelah dengan aku. Kita boleh bincang dengan mama dengan ayah. Cuma kau kena ambil cuti tu yang susah" kata Fadzil.
"Fadzil...aduh kau tak payah lah susahkan aku. Nanti aku mohon la sendiri" kata Farhad.
"Ish tak boleh la macam tuh. Kita nih adik beradik. Walaupun kau teruk macam mana pun Ad..kau gagal SPM pun, kau tetap adik aku. Aku sayang kau Ad. Cuma satu je. Aku tak nak hubungan kita terpisah. Aku sendiri dah janji dengan mama ayah kita. Sekarang ni boleh ke tak aku tolong kau Ad. Kau ambil je SPM balik" kata Fadzil.
"Fadzil. Farhad. Walau apa pun,jangan pisahkan aku dengan korang. Kalau mama dengan ayah takde, siapa yang ada dengan aku nanti ? Korang jangan tinggalkan aku" kata Faridah.
"Takdelah Ida. Kau jangan cakap camtuh. Takde apa lah. Aku dengan Ad ada selalu dengan kau walaupun aku dengan Ad ada tujuan hidup sendiri. Nanti apa-apa call jelah. Nih tunang aku dah nak sampai" kata Fadzil.
"Hmm lama sangat tunang kau tuh. Sesak jalan ke masa on the way ke sini" kata Farhad.
"Yelah kot. KL kan selalu sesak. Hehehe" kata Fadzil.
.
.
Farhad baru sahaja selesai menghabiskan makanan. Apabila dia mengingati kembali apabila dia dan adik beradiknya yang lain makan bersama-sama, fikirannya selalu mengingati tentang pertengkaran selepas Fadzil dan Azralina berkahwin atas niat yang tidak elok.
Farhad masuk ke dalam bilik air lalu membasuh tangan dan mengambil wuduk untuk menunaikan solat fardhu Maghrib. Hatinya terdetik untuk solat dan menginsafi atas dosa-dosa lampaunya dahulu. Selepas dia mengambil wuduk,dia menunaikan solat Maghrib. Selepas bersolat,dia berdoa dengan bersungguh-sungguh.
"Ampuni dosa aku ya Allah,dosa kepadaMu, dosa kepada kedua ibu bapaku,dosa kepada adik beradik aku serta sahabat-sahabat baik aku. Aku banyak melakukan dosa ya Allah. Ampuni aku atas segala dosa yang telah aku lakukan" kata Farhad berdoa.
Selepas Farhad menunaikan solat, tiba-tiba handphone Farhad berbunyi. Dia mengambil handphone lalu menjawab panggilan itu
.
Sementara itu Fadzil baru sahaja menunaikan solat Maghrib bersama-sama dengan rakan kliennya. Fadzil sedang menghisap rokok di luar kereta disapa oleh rakan kliennya.
"Fadzil, selalu kau pergi meeting dengan klien memang kau berdua kan? Mana partner kau sorang lagi. Haih siapa entah nama dia?" kata Kamil, rakan klien Fadzil.
"Si Reza tuh ke? Dia dah dua hari lepas tak datang kerja. Bos aku cakap dia nak berhenti. Pastu esoknya dia tak datang terus. Dia tu memang nak berhenti kerja sejak...." Fadzil tidak menghabiskan kata-katanya.
"Sejak bila Fadzil? Asal kau cakap tak habis?" tanya Kamil sambil menyalakan api pada rokoknya.
"Hmm takde apa lah Kamil. Ni lepas habis kau hembus rokok ni, kau balik KL terus ke?" tanya Fadzil kepada Kamil.
"Yelah. Dah takde apa-apa appointment lagi kan? Kita balik jelah. Asal bos ada cakap apa-apa pasal meeting tadi ke?" kata Kamil.
"Takde dah. Boleh dah balik nih sebenarnya. Takperla nanti lepas habis nih aku balik terus. Esok aku halfday sebab petang esok nak balik kampung" kata Fadzil.
"Ouh yelah. Esok aku pun dah start cuti hahaha" kata Kamil.
"Awalnya padahal aku kerja esok sampai tengah hari je. Kau dah mohon awal ke apa nih?" kata Fadzil.
"Ah mana aku tahu. Bos yang suruh aku cuti esok. Bukan ke patutnya kau start cuti harini? Sekarang ni siapa yang mohon cuti awal? Hahahaha" kata Kamil.
"Yang tu sebab bos yang suruh. Dia kata sebab nak cover staf non muslim yang kerja raya nanti. Kan staf non muslim paling ramai kat tempat kita tuh" kata Fadzil. Kamil mengangguk.
"Betul lah tuh. Habis asal kau ambik separuh hari esok?" tanya Kamil kepada Fadzil.
"Aku nak habiskan kerja aku esok. Takkanlah nak biarkan kerja aku tergantung esok. Baik aku habiskan esok" kata Fadzil sambil membuang puntung rokoknya.
"Okay takperlah. Aku nak gerak dulu. Before that selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin Fadzil" kata Kamil sambil bersalaman dengan Fadzil.
"Amboi awal balik. Okay takperla selamat hari raya jugak Kamil. Kalau aku buat salah ke terkasar bahasa kat kau ke maafkan aku tau. Jumpa lepas raya nanti" kata Fadzil.
"Okay takper aku pun sama. Insyaallah lepas raya kita jumpa. Gerak dulu Fadzil assalamualaikum" kata Kamil lalu masuk ke dalam kereta.
"Waalaikumussalam" kata Fadzil sambil memerhatikan Kamil menghidupkan enjin kereta lalu dia memandu keluar dari perkarangan masjid.
Fadzil masuk ke dalam kereta dan memandu keluar dari perkarangan masjid. Tiba di simpang tiga keluar dari masjid, dia ternampak sebuah motosikal yang dikenalinya lalu di hadapan keretanya.
"Eh macam motor adik aku. Buat apa kat Subang nih? Kerja outstation ke?" kata Fadzil di dalam hati. Dia mula mengikut motosikal milik adiknya itu.
Fadzil mengikut motosikal Farhad dari belakang. Entah berapa lama Fadzil mengikutnya dia tidak pasti. Beberapa kali Fadzil menempuh lampu isyarat.
Beberapa minit kemudian Fadzil ternampak Farhad membelok ke lorong paling kecil. Fadzil. berhenti di situ dan memerhatikan adiknya ke mana dia pergi....
"Apa kejadahnya dia buat dekat lorong tuh. Eh siapa orang tuh. Asal ramai sangat?" kata Fadzil sebaik sahaja ternampak Fadzil bersama dengan tiga orang lelaki yang tidak dikenalinya.
Share this novel