Bab : 52

Action Completed 53513

"Hentak kuat lagi!"

Tiga lelaki dengan batang besi di tangan menghayun seorang demi seorang pada permukaan kaca silinder di situ.

Caleb dengan cemas pandang kanan dan kiri.  Mencari sesuatu.

"Tembak je kaca tu.. "arah mereka yang lain.

Tersentak mendengar cadangan itu,  Caleb tanpa membuang masa,  keluarkan pistol dari poket console senjatanya lalu di acukan tepat ke kaca silinder dimana Davina sedang tenggelam dalam air di bekas itu.

"Hati-hati... "pesan mereka penuh debaran. Tidak mahu peluru itu mengenai Davina.

Caleb pegang pistolnya dengan kedua-dua tangan.  Lantas dia tembak dua kali di bahagian atas silinder kaca itu.
Terus meledak pecah kaca silinder itu bersama-sama percikan air ke merata arah dan mereka yang ada di sekitar.

Tentera yang ada berdekatan dengan silinder itu sambut tubuh Davina apabila air di dalam silinder itu habis dam kaca di situ pecah berderai menjadi serpihan dan hasilkan bukaan di situ.

Dengan berhati-hati tubuh Davina yang sudah pucat itu di dukung lantas di bawa keluar dari kontena tersebut.

Terkulai badan Davina setelah fia di baringkan atas tanah di situ. Mata terpejam rapat,  bibir pucat kebiruan seperti sudah tidak bernyawa lagi.

Caleb tunduk hendak memeriksa nadi dan degupan jantung dari dada dan leher.  Tapi dia tak dapat nak kesan.

"Sh*t!Dia tak bernafas! " maklum Caleb dengan takut. "Mana Eden! sesiapa dapatkan dia sekarang! " katanya sambil menegakkan kepala Davina supaya salur udara terbuka sebelum dia tekan dada itu beberapa kali sebelum beri bantuan penafasan dari mulut ke mulut dan ulang proses yang sama.

Tapi Davina tidak memberi sebarang respon. Mata itu hanya terpejam rapat dan badan itu kaku tidak bergerak.

"Wake up Davina!"minta Caleb sambil tekan dada itu dengan lekas. Berharap dapat kejutkan jantung dalam tulang rusuk ni untuk bergerak semula.

Ketika itu la muncul Eden. Dia tolak setiap seorang di situ yang menghadang laluannya sehingga tiba di mana Davina terbaring.

"Tepi!Tepi aku kata! " arah Eden dengan histeria pada semua yang berkumpul di sekitar tempat itu.

Caleb terduduk dekat situ selepas di tolak oleh Eden dari membantu Davina sedar di situ.

"Davina!!!"panggil Eden dengan sedih saat menepuk pipi dingin itu.  "Bangun Davina!"

Caleb kembali melutut di situ lalu memegang bahu Eden.  "Aku jumpa dia tenggelam dalam tangki air tadi..dia tak bernafas... Kau kena beri bantuan kecemasan sampai dia sedar! " beritahunya.

Terkedu mendengar kata-kata itu,  Eden pandang ke Caleb dengan air mata bertakung di kelopaknya.  Tenggelam? Dia pandang ke wajah kebiruan Davina. 

"Tak...Davina... Bangun Davina! " Eden mula menekan dada Davina.

"Call paramedic sekarang.. "arah Caleb.  "Arahkan pasukan back up untuk datang ke sini bersihkan tapak." arahnya pada mereka di situ.

Tidak terkutik sejak tadi,  Davina hanya diam tidak bernafas di situ.

"Tolongla Davina... Demi aku... Bangunlah...."minta Eden yang sudah menangis di situ. Dia berhenti sekejap untuk beri bantuan pernafasan beberapa kali sebelum kembali menekan dada Davina.

Semua yang masih berada di situ tunggu dengan perasaan penuh berharap dan syahdu. Dapat mengagak apa yang bakal berlaku nanti.

Teresak-esak sedih,  Eden ulang semula tindakannya beberapa kali. Tapi semuanya tiada hasil.

"Eden...cukup! " minta Caleb bila tahu yang mereka telah terlambat.

"No!" bantah Eden yang menolak Caleb jauh darinya.  "Dia tak mungkin tinggalkan aku!Davina bangun la... Aku merayu! " tekannya lagi di dada itu.

Caleb tak tahu nak cakap apa.  Dia hanya melutut di situ memerhati Eden dengan rasa susah hati menyelubungi dirinya.

Melihatkan tiada respon dari Davina,  Eden pandang wajah itu buat seketika. Melihatkan mata itu terpejam rapat tidak bergerak sejak tadi buatkan dia putus harapan di situ sesaat kemudian.

Tercebik-cebik sedih,  terus Eden capai kepala Davina dan di bawa ke dadanya.  "No! God! Please no!Don't take her from me please... "ratapnya dengan terdesak.  Memeluk erat kepala itu ke dadanya.

Tangan Davina terkulai dekat atas tanah itu di capai Eden sebelum dia kucup dengan syahdu dan linangan air mata berjuraian di pipi.

"Maafkan aku!Maafkan aku sebab lambat!"raung Eden dengan sedih di situ sewaktu memangku Davina atas ribanya dan kepala itu di peluk rapat ke dada dengan erat.

Tertunduk semua kepala di situ sambil meletakkan tangan di depan perut masing-masing.  Yang bersenjata menurunkan senjata. Yang berhelmet turut menurunkan helmet dari kepala mereka.

"Uhuk!Uhuk!"keluar satu suara batuk tiba-tiba dari balik pelukan Eden yang mana buatkan seluruh kawasan itu menjadi sepi.

Eden yang paling dekat tunduk memandang ke bawahnya, tangan yang memeluk kepala itu di longgarkan. Dia agak terkejut dengan apa yang di dengar.

"Uhuk!"batuk Davina yang mengeluarkan air dari dalam mulutnya dengan susah payah. Tangannya dengan lemah memegang lengan yang berada di tepi kepalanya.

"Davina! "panggil Eden sambil tegakkan badan tu dan di tepuk perlahan. Oh my god!

Masih senak dan sakit bagai baru dihentak sesuatu yang berat di kepala dan dada,  Davina kedipkan matanya yang pedih sebelum nampak akan orang berdiri mengelilinginya. Lantas dia terpandang wajah Eden.

Terduduk Caleb semula dekat situ sebab lega. 

Semua di situ lepaskan hela nafas lega masing-masing.

Sementara Eden tarik Davina ke dalam pelukannya sebelum mengucup tepi kepala tu dengan air mata berlinangan di pipinya. Thank god! Terima kasih!Terima kasih kerana dengar permintaannya.

Davina pejam mata sewaktu tahan sakit. "Kau datang... "sebutnya semasa angkat tangan hendak memeluk badan Eden.

Eden mengangguk kepala. Dengan sebak dia berkata. "Mesti la aku datang... "

Berasa lega kerana Eden ada, Davina lepaskan hela nafasnya sebelum memejam mata hendak rehatkan diri.  Tak sia-sia dia gunakan teknik yang Eden pernah ajarkan kepadannya suatu masa dulu. Walaupun sekejap,  dia dapat tahan nafas dengan lama sebelum tidak sedarkan diri.

"Terima kasih sebab datang Eden." lafaz Davina dengan sedih. Mujur la dia sempat diselamatkan.

Eden eratkan pelukannya pada tubuh Davina. "Terima kasih sebab teruskan hidup Davina... " balasnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience