29.

Romance Completed 46610

Mereka sampai di Airport KL pada jam 8 malam. Melissa dan suaminya Zul menanti penuh sabar di pintu ketibaan.

"Mell!!!" Teriak Aura.

"Ya Allah. Aura!!!" Teriak Melissa dan berlari memeluk tubuh yang dirinduinya.

"Kenapa baru sekarang kau muncul lepas setahun lebih kau bawa diri." Kata Melissa.

"Hmm hmm." Jumpa Mel terus lupa By kat sisi." Kata Uthman.

"Uth!! Ya Allah kuatnya jodoh korang satu kapal terbang pulak tu?" Kata Zul terkejut melihat Uthman ada disisi Aura.

"Buka je satu kapal terbang. Dah duduk satu rumah dah kami." Kata Uthman.

"Hah?? Bila??" Tanya Zul yang Faham akan maksud Uthman.

"Dah 4 bulan dah." Kata Uthman.

"Ya Allah. Tahniah." Kata Zul.

"Betul ke?" Tanya Melissa.

Aura menganggukkan kepalanya.

"Eee kau. kenapa tak cakap dekat aku." Kata Melissa mula mengunci leher Aura dengan lengannya.

"Isshhh sakit lah." Kata Aura terlepas dari lengan Melissa.

"Kitorang taknak heboh sangat. Asal aku dan dia halal dah cukup." Kata Uthman..

"Bilik aku masih ada ke?" Tanya Aura pada Melissa.

"Adalah. Dah Jom. Bawak beg tu eh." Kata Melissa menarik Aura didepan dan meninggalkan suami mereka dibelakang.

"Amboii dapat kembar tak seiras, lupa suami?" Kata Zul.

Zul dan Uthman duduk diseat depan kereta Vios milik Melissa. Manakala Melissa dan Aura duduk diseat belakang.

"Kau masak apa?" Tanya Aura.

"Takde. Sapa suruh cakap dekat aku petang tadi. Cubalah kau call semalam ke seminggu lepas ke. Dapat juga aku prepare apa yang patut." Kata Melissa.

"Amboii sepatah aku tanya seratus patah kau jawab ye." Kata Aura.

"Kau tau tak aku rindu kau. Rindu kau yang Chubby dulu. empuk kalau dicubit." Kata Melissa.

"Haihh kau ingat senang ke aku nak dapat body aku sekarang ni?" tanya Aura.

"Hmm susah nak dpat, Susah juga By jaga. Kalau boleh By ikat sayang kat rumah. Asal keluar dah segala mata memandang." Kata Uthman dalam nada cemburu.

Zul ketawa mendengar omelan sahabatnya.

"Sama gak cam aku. Kadang tu buat makan hati tau kawen dengan pompuan cantik ni." Kata Zul.

"Mana ada cantik kami ni. Nak dibanding dengan pompuan kat luar sana tu, Baju ketat sendat mendat. Kitorang ni baju macam mak mak. kalau boleh nak labuh lagi dari ni." Kata Melissa membidas kata suaminya.

"Aku lebih suka Aura pakai pakaian macam tu. Biarlah aku je yang tahu lenggok tubuh dia. Tak nak aku bini pakai baju sendat mendat tu." Kata Uthman.

Mereka sampai di rumah sewa Melissa. Aura tertidur disisi Melissa.

"Hmm masih sama macam dulu. Kuat sangat tidur." Kata Melissa.

"Kejap." Kata Uthman lalu keluar dan mengendong isterinya yang sedang lena.

Melissa menunjukkan bilik Aura. Uthman membawa masuk isterinya dan dileakkan perlahan diatas katil. Membantu membuka tudung yang masih terlekat dikepalanya.

Uthman mengucup lembut dahi isterinya.

"Sayang tidur ye." Kata Uthman apabila Aura mengubah posisi tidurnya.

Esoknya Uthman dan Aura pergi menemui Irma dan Roslan di Banglo mereka.

Uthman ingin keluar namun dilihat wajah siisteri yang gundah.

"Kenapa ni?" Tanya Uthman.

"Aura takut Umie dan Baba tak boleh terima Aura.

"Trust me Sayang." Kata Uthman menggenggam erat jemari isterinya.

Uthman yang berdiri disisi Aura memberi salam sambil menekan lonceng yang terdapat disisi Pintu utama.

Melati keluar dari Pintu utama. Alangkah terkejutnya melihat Uthman didepan matanya.

"Uthman." Serunya dan ingin memeluk tubuh lelaki itu, Namun dia mengurungkan selepas melihat jemari Uthman menggenggam erat tangan gadis disebelahnya.

"Mana Umie?" Tanya Uthman.

"Umie dan Baba dekat laman belakang." Kata Melati.

"Jom Sayang." Kata Uthman lalu memimpin tangan isterinya masuk kedalam.

Uthman dan Aura pergi kelaman belakang apabila melihat Irma dan Roslan yang sedang duduk disisi kolam renang sambil bergurau.

"Umie, Baba." Panggil Uthman.

Serentak Irma dan Roslan menoleh kebelakang.

"Ya Allah. Anak Umie dah balik." Kata Irma lalu memeluk erat Uthman. Begitu juga Roslan.

"Setahun lebih Uthman tak jenguk Umie dan Baba." Kata Irma dalam esakan.

Irma melihat gadis dibelakang Uthman.

"Uth??" Tanya Irma dengan pandangan tak lepas pada Aura.

"Kenalkan Isteri Uth. Aura." Kata Uthman.

"Hah?? Isteri Uth. Betul ni Aura anak Rasyid?" Tanya Roslan.

"Ya Allah. Cantiknya menantu Umie dan Baba." Kata Irma mula mendekati Aura.

"Umie. Baba." Aura menyalami kedua mertuanya.

"Ya Allah. Apa dah jadi pada Aura ni. Kenapa makin cantik ni. Seri pun nampak kat wajah." Kata Irma lagi.

"Kenapa Uth kahwin tak bagitahu Umie dan Baba?" Tanya Roslan.

"Uth taknak terlepas Aura lagi. Tambah lagi Aura dah macam ni, Utn takut Aura terlepas ke tangan orang lain." Kata Uthman.

"Takpelah. Asalkan Uth dan Aura dah sah dimata Agama kita." Kata Irma dan diiyakan oleh Roslan.

Padahal seseorang melihat kemesraan itu dengan tatapan benci. Benci pada gadis yang bertudung Shawl disisi Uthman.

Melati masuk kebiliknya dan mula mengurung dirinya didalam.

"Aku takkan lepaskan kau Uth. Kau milik aku." Kata Melati menghapus dengan kasar Air matanya yang jatuh dipipi.

Aura yang menerima panggilan dari Abdul meminta diri sekejap untuk bercakap dengan peguam itu.

"Ba, Mie, Uth naik ke bilik bacaan kejap. Uth nak ambil Laptop Uth." Kata Uthman.

"Hmm ok." kata Irma.

Uthman menaiki anak tangga. Dalam masa yang sama Melati ingin keluar dari biliknya. Apabila terlihat Uthman sedang menuju kearah bilik bacaan timbul satu muslihat didalam kepalanya.

"Ini peluang aku." Kata Melati.

Melati mula menapak masuk kedalam bilik bacaan dan melihat Uthman yang sedang menatap laptop didepannya.

"Kau nak apa lagi?" Soal Uthman.

"I nak You. I nak kita macam dulu." Kata Melati mulai mendekati Uthman.

Uthman melihat Melati mula mendekati dirinya yang sedang duduk dikerusi kerja didalam bilik bacaan.

Uthman mengeluarkan Phonenya dan mula mendail nombor Luthfan. Dia mahu Luthfan tahu siapa Melati.

Uthman meletakkan phonenya dengan posisi Screen menghadap meja kerja.

"I nak you semula. I taknak Abang you. I nak you." Kata Melati.

"Kau sedar lah Melati, Kau tu dah takde makna pada aku. Aku dah cukup bahagia dengan Aura sekarang." Kata Uthman.

"Aura takkan dapat bahagiakan you macam mana I bahagiakan you." Kata Melati yang mula berani meraba dada Uthman.

"Jangan sampai tangan aku ni melekat kemuka kau." Kata Uthman.

"I tak kisah. You nak buat apa buatlah. I tetap sayang kan You." Kata Melati yang mulai bertindak diluar batasnya.

Pintu ruangan terbuka luas. Aura melihat apa yang berlaku didalam. Jelas dimatanya diantara Melati dan Uthman.

Kaku didepan pintu. Kakinya tak mampu melangkah. Lemah seluruh badannya menggigil antara tak percaya, Marah, Kecewa semua menjadi satu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience