BAB 9

Other Completed 4897

"Apahal kau ni?"Ika mula menyinga. Irdina sentap. Kuat sangatkah dirinya
menjerit sebut nama Ika tadi? Erm. Dia buntu. Apa yang dia tahu dia
harus cepat-cepat menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh proffesor
Usman ini kerana esok pagi tugasan itu harus segera dihantar.

"Tolong aku beb. Kau faham tak soalan ni?"tanpa disuruh dia bingkas
bangkit dari tempat duduknya lalu mendekati Ika. Gadis itu melihat
soalan yang diajukan di dalam buku manual berwarna pink itu. Sekadar
menjeling kosong.

"Entahlah. Aku pun confuse."jawabnya acuh tidak acuh. Betulkah dia
benar-benar tidak tahu soalan itu? Arghh!! Jiwanya mula meracau.. Ada
kawan pun masing-masing seakan lupa diri siapa yang menolong mereka
mendapatkan tempat tinggal di kolej kediaman ini. Dia bermonolog
sendiri. Jauh dari hati kecilnya, dia sangat-sangat terasa hati. Inikah
yang dinamakan sahabat sejati?

Matanya langsung tertumpu kearah Amylia. Dia mula menyedari gadis itu
sedang memandangnya dengan pandangan aneh. Amylia cepat-cepat
menundukkan pandangannya. Terasa bersalah pula dia. Timbul tanda tanya
dalam diri. Mengapa mukanya semacam saja? Dia ada masalahkah?

Irdina balik ke ruang belajarnya semula. Rasa sakit hati kian menebal
dalam diri. Dia terasa makin benci dengan sifat seseorang manusia itu
sendiri. Mahu tidak mahu, terpaksalah dia menangguhkan tugasan itu.
Alamatnya repeat lagilah aku subjek ni sem depan! Hatinya seakan pasrah.
Itu memang sikap negatif yang ada dalam dirinya. Dia sememangnya kurang
dorongan dan sokongan untuk terus belajar. Malah, untuk semester ini
saja dia terpaksa repeat dua paper sekaligus.. Sesekali dia menjeling
tajam kearah Amylia.. Tak kan lah dia mahu bertanya pada Amylia pula.
Pasti sekali lagi dia akan ditertawakan. Oleh ketidakpandaian dia dalam
menguasai sesuatu subjek. Lagipula Amylia jauh lebih pandai serta bijak
jika mahu dibandingkan dengannya. Terasa malu tiba-tiba menerkam ke
dasar hati.

Entah mengapa hatinya malam itu terasa begitu sepi. Ada kawan pun tidak
serupa kawan. Tidak semena-mena air jernihnya keluar menisuri pipi.
Kelakunya sekadar diperhati dari jarak jauh oleh Amylia. Dia merasa
serba salah. Dia tidak tahu apa yang bisa dia lakukan waktu itu. Mahu
memujuk? Macam tak kena gaya pula. Mahu bertanya? Agak-agak kena
pelempang free pula dia nantinya.
Hatinya jauh sekali menyimpang itu ini. Tidak betah lama-lama melihat Irdina mengalirkan airmata dia cuba
mendekati gadis itu. Dia mula menyapa Irdina. Namun gadis itu seakan
kaku. Dia sekadar menjeling dengan ekor matanya. Amylia sentap. Tidak
tahu jikalau dia ada tersalah kata.

"Dina.. Kau kenapa ni?"soal Amylia risau. Ika juga sudah mula berkalih
kearah mereka berdua.

"Kau kenapa ni weh?"Ika mula tidak tentu arah. Dia jadi kelam kabut
tiba-tiba.

"Ha ah la.. kenapa kau nangis?"Amylia tidak menghiraukan perasaan egonya
lagi buat masa sekarang. Keadaan Irdina lebih penting buat masa ini.

"Tak ada apa-apalah.," selindungnya kemudian.

"Kau..kau ada masalah berkenaan subjek akaun ke?"teka Amylia membuat
andaian. Dia tahu tetapi sengaja dia mahu menduga hati gadis itu. Irdina
kelihatan semakin berang. Maruahnya terasa seakan dicarik-carik.

"Apa hak kau nak hina aku?!"tinggi nadanya.

"Bila pulak aku hina kau? Aku tanya?"

Kerusi terundur ke belakang serta-merta. Irdina menepuk meja.

"Dahlah! Takpayah kau nak sibuk-sibuk hal aku!"balas Irdina geram. Dia
sebal kerana terasa dirinya dihina. Tahulah dia pelajar setiap sem
repeat paper tak layak tinggal di bilik ini. Bahkan tidak layak untuk
mendapat kolej sekalipun. Dia sedar perkara itu. Dia berlari-lari anak
meninggalkan kedua rakan sebiliknya. Mereka terpinga-pinga.

"Apahal dengan dia tu!"bebel Amylia. Buat penat saja dia mengambil berat
tentang gadis itu. Seakan sia-sia. Dia mendengus kuat. Ika sekadar
memerhati sambil mulutnya turut menyumpah itu ini. Nasib kau lah jemah.
Takde pasal aku nak kejar-kejar kau macam romeo dengan juliet. Getus
hati Ika.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience