"WOW! cantiknya bilik you."puji Intan dan sambil mahu menjenguk ke dalam.Tetapi cepat Harith halang.
"Iris ada kan.."Harith letak jari telunjuk di mulut menyuruh Intan memperlahankan suaranya.
"Alaa you ni..I nak tengok sikit bilik you saja bukan nak buat apa pun.Bertuah isteri you kan dapat sebilik dengan you.."suara Intan sudah bertukar manja.
"Dah la.Baik you pergi balik bilik you.Nanti isteri I bangun."Sesekali Harith mengintai ke dalam.Bimbang Iris terbangun.
"You..nanti I nak bilik lebih cantik dari ni..You janji tau."Suara Intan masih dalam nada manja dan mengoda.
Iris yang hanya berpura tidur,mendengar setiap butir bicara dua manusia itu.Rasa sakit hati bila Harith berani bawa balik perempuan lain ke bilik mereka.Niat Iris nak keluar cari Harith di pantai tetapi lain pula yang jadi.
"Intan lebih baik you balik bilik sekarang.I takut Iris bangun."Harith tidak senang hati khuatir Iris akan terjaga bila-bila masa.
"Apa kata you yang datang ke bilik I..."Intan buat aksi mengoda.Jari telunjuknya berlari di atas dada Harith.
Harith telan liur.Perbuatan Intan itu sedikit sebanyak mengocak naluri kelakiannya.Dengan pakaian Intan yang mengikut bentuk badan sudah tentu mata setiap lelaki melekat di situ.
"Jangan macam-macam Intan.Pergi balik bilik you sekarang!"kata Harith tegas masih dalam nada rendah.Mungkin rimas dengan Intan atau takut Iris terjaga.
Intan tarik mulut muncung.
"Tadi you okay saja peluk I.Sekarang you takut pula.Biar I cakap dengan Iris pasal kita."Intan mula mendesak.
"Stop it Intan!Pergi balik bilik you.Jangan buat masalah dekat sini!"Harith mula naik angin.Geram dengan sikap mengada Intan yang tak kena pada tempat.
"Baiklah lepas ni you jangan cari I lagi!"Intan merajuk.Sambil berjalan laju menghentak tumit kasutnya.
Kalau patah tumit kasut padan muka!
"Intan!Intan!!"jerit Harith geram.Suara masih dalam nada rendah.Degil sungguh.Dia menggeleng geram dengan sikap Intan.Tahu lah dia nak pujuk macam mana nanti.
Jantung Iris berdegup tak berhenti saat terdengar perbualan dua makhluk tadi.Tak sangka mereka kembali menjalin hubungan.Kasih Harith kini sudah beralih arah.Bila terdengar pintu bilik air di kunci dari dalam baru Iris berani buka mata.
Apa yang ditakutkan selama ini,sudah menjadi kenyataan.Harith dengan Intan!Tak mustahil mereka masih ada hubungan.Dulu mereka pernah saling menyintai antara satu sama lain.Nampaknya cebisan kasih antara mereka kembali bertaut
Bau haruman sabun membuatkan Iris kembali memejamkan matanya.Terasa sedikit gegaran bila Harith panjat ke katil.
Tangan Harith mula melingkari pinggang Iris.Di cium pipi Iris.Iris keraskan badan.Ini kali pertama dia tolak ajakan suami.Dia berdosa.Tapi dia tak rela bila tangan saa juga yang telah memeluk Intan.Iris rasa jijik.
Harith mendengus kasar bila hajat nya tidak kesampaian.Iris tak rela ditiduri dengan paksaan.Jasadnya yang Harith takluki tetapi dalam fikiran Harith terbayang wajah Intan.Intan sangat cantik di mata Iris apatah lagi di mata seorang lelaki seperti Harith.
Sakit dan pedih menusuk ke hati!Setitis dua airmata Iris jatuh ke bantal.Sesuatu yang amat merobek jantung hingga ke hulu hatinya.Sepanjang perkahwinan mereka ini kali pertama,airmatanya tumpah kerana Harith!
selamat membaca :) Sakura Leo
Share this novel