Chapter 35

Romance Completed 35261

“Eh? Adam? Bila kau sampai?” soal Khairil bingung.

“Tadi.” jawab Adam dengan nada geram. Dirinya ingin untuk tinggal seseorang pada masa itu. Layanan ayah dan perbuatan Sofia Amelia asyik berlegar di minda Adam.

“Kenapa dengan muka kau? Bengkak ni? Kau gaduh dengan orang ke?” Khairil menengok muka Adam yang bengkak akibat tumbukan James tempoh hari di balai polis.

“Kau boleh diam tak?” jerkah Adam. Kunci keretanya diambil untuk keluar dari rumah mencari ketenangan.

“Adam! Kau keluar sekarang!” Adam dan Khairil dengar satu suara lantang dari luar rumah. Adam tanpa melengahkan masa keluar dari rumah. Khairil pula mengikut Adam dari belakang.

“Kau Is kan?” tanya Adam apabila berdiri berhadapan dengan Iskandar Faiz.

“Apa kau buat dekat Sofi?”

“Sofi?” raut muka Adam berubah saat mendengar nama Sofi.

“Aku tanya kau! Apa kau buat kat Sofi?” kali ini suara Iskandar Faiz naik seoktaf.

Mata yang jelas kemerahan dan muka yang menunjukkan reaksi marah Iskandar Faiz menggetarkan Adam. Khairil yang setia berdiri di sebelah Adam mengerutkan dahinya. Tidak tahu apa yang sedang berlaku antara Iskandar Faiz dan Adam.

“Kenapa diam? Jawablah. Tak akan lah kau ni dah pekak. Dah bisu!” desak Iskandar Faiz.

“A...aku…Sofi…” gugup Adam. Peluh membasahi mukanya.

“Cha, kau cakap dengan aku. Apa yang kau buat kat Sofi? Sampai Is datang marah kau?” Khairil menyoal. Sejak tadi Khairil memikirkan kenapa Iskandar Faiz datang ke rumah mereka? Apakah tujuan Iskandar Faiz berjumpa dan marahkan Adam? Kenapa tiba-tiba nama Sofia Amelia disebut oleh Iskandar Faiz? Apakah hubungan antara mereka bertiga?

“Kau boleh diam tak?” tengking Adam.

“Masalahnya ini rumah aku. Orang sekeliling ni tengok tau tak? Nama aku yang akan jadi buruk. Sampai sekarang tiada orang pun cari aku dan serang aku macam ni tau. Kau suruh aku berdiam?” balas Khairil geram. Beberapa orang sedang memandang ke arah mereka.

“Kau dengar sini eh Adam, kau jangan sesekali kacau Sofi lagi! Faham! Sekali lagi kau kacau Sofi, kau akan kena dengan aku! Kau ni tak malu ke ah? Tak fikir ke perasaan Sofi? Tergamak kau cuba memperkosa Sofi. Kau ni jantan jenis apa?”

“Adam cuba memperkosa Sofi?” terkedu Khairil mendengar perkataan memperkosa dari mulut Iskandar Faiz.

“Apa masalah dengan kau? Kenapa kau ni buat hal kat sini?” Adam menyoal sambil mendekati Iskandar Faiz.

“Aku tak nak kau kacau Sofi lepas ni. Faham?” Iskandar Faiz memberi amaran.

“Apa kena mengena Sofi dengan kau? Kenapa kau pula ambil kisah pasal dia? Dahlah papa dia pun tak ambil kisah.”

“Dato’Johari tak buat report polis pun sebab Sofi. Kalau Sofi setuju untuk buat report polis, sekarang ni kau akan meringkuk dalam penjara. Ingat tu.” Iskandar Faiz mengingati jasa baik Sofia Amelia bersama dengan senyuman sinis.

“Apa kau akan buat kalau aku kacau Sofi lagi?”

Soalan Adam membuatkan kemarahan Iskandar Faiz mencapai kemuncak. Satu tumbukan singgah di pipi Adam. Hilang sabar Iskandar Faiz.

“Ini baru permulaan! Kalau kau berani lagi kacau Sofi, kau mampus! Faham?”

“Kau ni apasal overact Is? Kau ni bukan kekasih Sofi kot.”

“Memang betul Sofi bukan kekasih aku. Kalau seorang lelaki bergaduh sebab seorang perempuan bukan bermaksud mereka berdua ada special relationship. Sebagai seorang kawan pun boleh melindungi kawan perempuan.” jelas Iskandar Faiz. Bagi dia, sesiapa pun berada di tempat Sofia Amelia, sudah tentu Iskandar Faiz bertindak sebegini.

“Dengar sini baik-baik! Buka telinga kau tu! Jangan kacau Sofia Amelia lagi! Faham!” Iskandar Faiz memberi arahan dan menaik kereta untuk meninggalkan kawasan itu.

“Adam?” panggil Khairil perlahan. Muka bengang Adam membuatkan Khairil kecut perut.

“Kau ni nak apa? Nak bebel macam Is tu?”

“Leave Sofi, Adam. Jangan ganggu dia lagi.”

“Kau boleh diam tak? Aku tak akan putus asa. Aku akan pastikan Sofi jadi milik aku!”

“No one can help you if you don’t want to help yourself, Adam.” menyesal Khairil dengan Adam. Lama-lama perangai Adam menjadi lebih buruk.


************************

“Assalamualaikkum Sofi. Sihat?” - Iskandar Faiz

“Waalaikumsalam Is. Sihat.” - Sofia Amelia

“Esok free tak? I will come to meet you.” - Iskandar Faiz

“Esok kan ada praktis tarian. Tak sure habis pukul berapa.” - Sofia Amelia

“Okay. Kalau macam tu, kita jumpa kat campus.” - Iskandar Faiz

“Cik Sofi.” Sofia Amelia memandang ke arah pemanggilnya. Telefon bimbit diletak di atas meja.

“Mak Ziah. Masuklah.” ajak Sofia Amelia.

“Saya ada bawak bubur daging. Kata sakit tekak kan.” kata Mak Ziah. Mangkuk yang penuh dengan bubur daging diambil perlahan.

“Mak Ziah. Letak dulu mangkuk bubur itu.” arah Sofia Amelia.

“Kenapa Cik Sofi? Tak nak makan bubur ke? Kalau tak nak, saya masak lain.”

Kedua-dua tangan milik Mak Ziah dipegang kemas oleh Sofia Amelia. Tubir matanya berasa panas. Mak Ziah yang tengok kelakuan Sofia Amelia semakin pelik.

“Maafkan saya Mak Ziah. Sofi tahu Sofi tak patut layan Mak Ziah teruk selama ini. Sofi minta maaf atas semua layanan dan cacian kat Mak Ziah.” kata Sofia Amelia dengan penuh kesal.

“Cik Sofi…” Mak Ziah tidak tahu bagaimana hendak membalas Sofia Amelia. Dalam masa yang sama, hatinya berasa gembira.

“Bukan cik Sofi. Panggil Sofi je Mak Ziah.”

“So… Sofi… Mak Ziah…”

“Maafkan Sofi ke tak?”

“Mak Ziah dah lama maafkan Sofi. Mak Ziah gembira sebab Sofi dah berubah.”

“Terima kasih Mak Ziah. Terima kasih banyak-banyak sebab maafkan semua kesalahan Sofi.” tubuh Mak Ziah dipeluk erat oleh Sofia Amelia.

Dato’Johari memerhatikan segala-galanya. Hatinya bersyukur sebab anak tunggalnya sudah berubah.

“Terima kasih Ya Allah.”


**********************

Dewan Kenari di universiti dipenuhi oleh pelajar, pensyarah, ibu bapa dan juga jemputan khas. Hari yang ditunggunya sudah pun tiba. Hari ini merupakan majlis perpisahan untuk pelajar-pelajar senior yang sudah menamatkan pengajian mereka.

“Abi, umi, Tasha ni lah tempat duduk. Duduk di sini, okay? Kejap lagi Is sampai. Nak jumpa pensyarah kejap.” kata Iskandar Faiz dan mengorak langkah untuk berjumpa dengan pensyarahnya.

“Harini aku mesti buatkan Sofi milik aku. Kalau aku terlepas peluang ni, susah untuk jatuhkan Sofi ke dalam perangkap aku. Aku susah untuk jadikan dia untuk kahwin dengan aku.” omel Adam. Tiba-tiba matanya menangkap kelibat Christina.

“Dah dapat pun satu kambing. Apa masalahnya. Aku guna je lah minah ni.” dengan gembira Adam menghampiri Christina.

“Hi awak.”

“Oh my god. Adam.”

“Dah ready ke untuk dancing?”

“Dah. Jangan lupa untuk tengok aku dancing tau.”

“Ye.Ye. Kau nampak penat semacam je.”

“Memang penat lah. Aku nak beli air ni.”

“Oh. Beli air. Tak apa lah. Kau duduk sini. Aku belikan air untuk kau.”

“Tak apa. Aku nak beli air untuk Sofi jugak.” tolak Christina.

“Tak apalah. Kau bagitahu nak air apa, aku belikan. Kau tak payahlah susah-susah.”

“Betul ni?”

“Betul.”

“Saya nak fresh orange. Watermelon juice for Sofi.” Christina memberitahu air yang perlu beli.

“Nampaknya mudah je plan aku untuk jalan.” gumam Adam.

15 minit kemudian,

Satu paket ubat serbuk dikeluarkan dari pocket Adam. Adam mencampurkan ubat serbuk ke dalam air Sofia Amelia.

“Sofi, lepas ni kau akan jadi milik aku.” satu senyuman gembira menghiasi bibirnya.

“Apa kau campur Adam?”

Terkejut Adam mendengar suara dari belakangnya. Dengan laju badannya dipusing ke belakang.

“Khairil.”

“Aku tanya kau! Apa kau campur dalam air itu?” soal Khairil lagi.

“Kau tak payah sibuk lah!”

“Adam, kau jangan buat hal! Buang air itu, beli air baru. Aku tahu ni air untuk Sofi.” Khairil mendengar perbualan Christina dan Adam tanpa mereka berdua sedar.

“Tak boleh. Kau jangan campur urusan aku.”

“Aku tak akan benarkan kau bagi air ni kat Sofi.” Khairil cuba ambil air tembikai dari tangan Adam.

Buk! Buk!

Dua tumbukan dihadiahkan kepada Khairil oleh Adam. Khairil rebah di atas lantai akibat kuat tumbukan di perutnya.

“Aku dah cakap kan! Jangan campur dalam urusan aku!” tengking Adam.

Tanpa mempedulikan kawannya, Adam tinggalkan tempat itu. Niatnya harus dicapai.

“Christina, here are the drinks.”

“Thank you Adam.”

“My pleasure.”

“Aku pergi dulu eh.” kata Christina.

“My plan will be done in a while.”


**************************

“Aku kena selamatkan Sofi.” dengan payah Khairil mencari Sofia Amelia. Namun bayangan Sofia Amelia tidak dinampak.

“Sofi dah minum air tu ke? Aduh! Sakitnya perut aku ni! Macam mana aku nak selamatkan Sofi?”

“Christina? Dia mesti tahu mana Sofi.”

“Christina kan?” tanya Khairill dengan memegang erat perutnya.

“Ye. Saya.”

“Mana Sofi?” tanya Khairil.

“Sofi? Kenapa? Awak ni siapa?”

“Saya Khairil. Kawan Adam. Nak jumpa Sofi. Sofi is in danger.”

“Danger? Apa awak cakap ni?” gelisah Christina.

Khairil menceritakan muslihat Adam kepada Christina. Christina terkejut mendengar plan Adam untuk memiliki Sofia Amelia.

“Tak guna punya jantan!”

“We have to save Sofi, Christina.” kata Khairil lemah. Matanya berpinar. Berasa sangat lemah. Tidak sempat menahan, Khairil pengsan.

“Ya Allah! Khairil! Aku perlu buat apa sekarang?”

“Is! Is!” laung Christina. Kebetulan Iskandar Faiz lalu di situ selepas berjumpa dengan pensyarah.

“Christina? Awak buat apa kat sini?” soal Iskandar Faiz.

"Sofi! In danger. Adam cuba dapatkan Sofi dengan guna cara kotor.” kata Christina.

“What? How do you know?”

“Khairil, kawan Adam yang bagitahu. He is unconscious over there.”

“What do we want to do now?” menyoal Christina.

“Biar saya carikan Adam. Awak tolong call ambulance. You take care of Khairil.” arah Iskandar Faiz.


***********************

“Kenapa aku rasa mengantuk ni?” Sofia Amelia memegang kepalanya. Langkahnya lemah longlai.

Bahunya rasa seperti ada orang menyentuh. Matanya cuba buka besar oleh Sofia Amelia. Dah lah tiada sesiapa di situ. Hanya dia seorang sahaja di kawasan tandas itu.

“Adam?”

“Yes. It’s me.” senyuman sinis ditayangkan oleh Adam.

Tanpa menunggu, badan Sofia Amelia dicempung. Sofia Amelia tidak mampu untuk jerit. Badannya rasa sangat lemah. Akhirnya Sofia Amelia lena.

“YOU WILL BE MINE SOFIA AMELIA!”

*Follow my ig miz.kikki_novelplus :) Enjoy reading ;)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience